ANDA SEDANG MEMBACA

27

Oi! Ferdinand!

Jorji Sabtu, Jun 05, 2010
Bila Emile Heskey dipilih oleh Fabio Capello dalam 23 pemain England ke Afrika Selatan, ramai pengkritik bolasepak England hairan dan berasa tidak puashati. Bagi mereka, Heskey langsung tidak menonjol bersama kelabnya di EPL dan jumlah jaringannya juga jauh lebih rendah dari penyerang lain, Agbonlahor misalnya.

Tapi Capello tetap pilih Heskey.

Ferdinand, Kapten England (juga Manchester United) terpaksa melupakan piala dunia walau telah sampai ke Afrika kerana berlaga dengan Heskey ketika latihan dan mendapat kecederaan lutut yang serius. Barisan pertahanan England kehilangan Ferdinand, England kehilangan Kapten mereka. Persiapan kem England nampaknya sedikit terganggu. Ledley Kings tidak boleh diharap 100% kerana masih belum pulih dan cergas sepenuhnya. Barry (defensive mid) juga belum cergas sepenuhnya.

Pengganti Ferdinand yang telah terbang ke Afrika ialah Michael Dawson(Spurs) dan beliau merupakan gandingan terbaik Ledley Kings. Diberitakan juga hero tunggal Ivory Cost, Drogba juga mengalamai kecederaan siku ketika menentang Jepun dalam perlawanan pemanas badan. Beliau mungkin boleh melupakan terus Piala Dunia dan pergi bercuti bersama-sama Ferdinand.
Nasib badan..

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya terpaksa melupakan peluang yang hadir hanya sekali dalam masa 4 tahun.

Perpindahan

Summer transfer bermula lebih awal dari kebiasaannya. Selalunya manager pasukan akan melihat bakat pemain ketika Wolrd Cup dan mula membida selepas habis kejohanan. Ada yang awal-awal lagi mengikat kontrak pemain sendiri, takut di sambar kelab lain semasa World Cup. Yang menjadi rebutan hangat sekarang ialah Fabregas. Adakah Fabregas masih berpuashati tanpa piala setiap tahun atau berpindah ke Barca dan mejadi 'successor' Xavi? Kalau Fab masih kekal di Arsenal, beliau adalah luarbiasa!

I am Human and I need to be loved
Just like everybody else does.. - The Smiths (how soon is now)

Walaubagaimanapun, sebuah kelab 'pertengahan' liga EPL, Liverpool telah mula melakukan 'pembersihan'. Mangsa pertama mereka ialah Rafa Benitez. Memang patut pun beliau disingkirkan. hehehe. Dipercayai Torres akan dijual juga untuk mem 'balance' kan buku. Diikuti oleh Gerrad (itupun kalau dia teringin nak kucup piala EPL sebenar) dan beberapa pemain entah apa-apa yang dibeli Benitez sebelum ini.

Dengan tiadanya Benitez di Liverpool, kem Manchester United 'kehilangan' seorang badut 'bahan' terbaik yang paling mereka suka 'lawaknya'. Sedih jugak la..

27 Ulasan:

mietxer berkata...

hehee..abdul drogba ruled out,maybe..ballack,essien, n mangse terbaru ubi mikel juga tersingkir dek kecederaan...ni sume drp kem chelsuck..ape cer,der??

Shankly berkata...

Gerrard akn jd armband.

iftitah berkata...

kebarangkalian fabregas masuk barca tinggi, tapi kalau arsenal tak puas hati jual fabregas kat real pun masyuk jugak.

xabi alonso nak reunion dengan gerrard kat real madrid.

torres confirm tak stay liverfool.

DzULhAFiZi berkata...

Heskey penting aku rase as a physical-imposing striker, sbb badan die tough2 gitu...and besar...hahah...tp aku still xpuas hati ferdinand injured...

p/s - xpelah, kite tggu kehadiran badut 'bahan' yang baru! haha

farwalis berkata...

bagus jugak ferdinand injured. cepat sikit pemain england pulang.kihkih

Mr. Shcomey™ berkata...

sedih ar camni. sape lg man u nak bahan season depan..

fingerscrossed berkata...

Harap harap England dapat berikan persembahan yang memuaskan agar World Cup lebih bermakna!!

E berkata...

berdegup2 laju jantung semalam masa dapat berita (baca update) abg drogba ku patah sikunya..

tapi, main bola dgn kaki, bukan dgn siku..

bintang2 Chelsea malap di WCup 2010 South Africa. nak tunggu lagi 4 tahun, Drogba ngan Ballack dah seasoned agaknya...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

heskey kalo tengok pada rekod jaringan nye mmg kurang dan tak menyerlah... tp capello pilih heskey pasal die nampak kelebihan heskey untuk mencipta gerakan yg membawa kepada gol... kire super assist la... tu la gunenye heskey dalam england...

pape pun nederland tetap the best...
go oranje...

p/s: obe taknak buat cover pasal nederland ke?? lame tunggu ni!!

palytoh berkata...

england leh la lepas kut peringkat kump.

adijaya berkata...

mana mamat pet shop boys ni? next week cuti skolah dah. konfirm selalu masuk cc, online buka blog. kalau jumpa, memang aku lempang la budak ni.

ayat celupar dia kat posting bawah-bawah memang takleh blah.

henrymevez berkata...

Hahaha, kem manscum mmg total loser....selalu nak habiskan tenaga yang tak seberapa tu utk buat spekulasi ttg liverpool..."torres blah" la, "gerard reunion ngan alonso la"...sampai macam2 lagi citer dongeng aku baca...ceh, klu aku, aku mmg tak kisah langsung ngan manscum...muahahaha

Well, tp sebenarnya aku tak heran pun...korang sumer mmg cintakan liverpool...

ChesterChaz berkata...

liverpool? hahahaha..
a funny side of a football.. hehe

zul berkata...

sejarah kapten england sume injured last minute

talkIZcheap! berkata...

sedih gila Benitez dh kluar...

tapi btul juga kata henry, kami memang 'cintakan' Liverpool... Love to hate, :p

apa-apa pun, panggil aku Park Ji-Go sepanjang world cup :D

Holden Caulfield berkata...

Gua lebih rela layan Liverpool FC versi Uruguay dari England.

Nunca caminaras solo!(You'll never walk alone) kah kah kah!

atok berkata...

carragher laa yg akan ganti dlam first 11. heh

henrymevez berkata...

haha, korang sumer mmg sempoi...hahaha..

Korang jgn la amik ati ngan komen aku, ianya sekadar utk bakar membakar sahaja...tak best la klu takde fan liverpool yang setia di belakang kelabnya setiap kali ada entri macam nih...hoho

Haha, jgn ingat korang boleh suka2 hati kutuk team aku, sbb ada mamat bernama HENRYMEVEZ nih akan menghuru-harakan sokernet nih...

Yeah! YNWA!!!

biz berkata...

@ mietxer
hehee..abdul drogba ruled out,maybe..ballack,essien, n mangse terbaru ubi mikel juga tersingkir dek kecederaan...ni sume drp kem chelsuck..ape cer,der??
_________________________________________________

Bgs la mcm tu..next season key player Chelsea fresh2

Raiden berkata...

memang tak berseri Piala Dunia kalau Essien ngan Drogba takde walaupun dua ekor nie gelap2..kurang2 aku tengok kem Chelsea yang banyak wakil negara dan memeriahkan Piala Dunia, hatta Stoch pon wakil Slovakia, first team lagi..kalo ikut penyertaan, boleh ke The Blues menang World Cup??

Hambali ® berkata...

gua rasa piala dunia ni hilang seri ... ntah kenapa. Gua miss Ronaldo Gemok dari Brazil. Kehebatan yang gila khinzir ...

ayobkelubi berkata...

keh keh keh..

baik gua sokong subkhidin.

palytoh berkata...

takpe.. kite tengok kehebatan messi yang gila influenza khinzir .. kalau perform la..

Popo berkata...

gua pon nk gak si ronaldo gemok tu main lagi..
3 worldcup lepas die la yg bg brazil power..
thn ni takde die cam tak best je brazil..

Jarr berkata...

nak berseri letak bunga manggar la kat pintu masuk stadium...

Raiden berkata...

aku setuju Jarr

nak berseri lagi naik le bas sri maju

bdakmlayu17 berkata...

Capello pilih Heskey sbb key assist n pengalaman dia, berbanding Agbonlahor yang masih "muda"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...