ANDA SEDANG MEMBACA

14

Pitch Invasion

LuciusMaximus Jumaat, Julai 09, 2010 ,
Ini bukan Faizal Tahir



Pitch invasion atau Melayunya penjajahan padang (?) adalah satu seni dan budaya yang tidak asing dalam bolasepak. Benda ini sama hebatnya macam capo, ultra, nyanyian, bakar mercun dan yang terkini, vuvuzela.

Pitch invasion yang terkini dapat dilihat dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010, ketika Sepanyol lawan Jerman. Mario Ferri, seorang rakyat Itali datang ke stadium dengan berkerusi roda untuk mengaburi mata pihak keselamatan. Beliau kemudiannya bangun dan meluru ke tengah padang dan ini dapat disaksikan seluruh dunia melalui siaran langsung.

Apa faedahnya pitch invasion ini? Selalunya dilakukan bila meraikan kemenangan atau pencapaian sesebuah oleh kumpulan besar penonton. Kalau seorang diri macam mamat Mario Ferri tadi, ianya lebih kepada cubaan menyampaikan mesej atau demonstrasi sesuatu perkara.

Dalam kes Mario Ferri, apa yang cuba disampaikan beliau ialah mesej kepada pasukan Itali dan khususnya Marcelo Lippi. Mesej yang berbunyi “Cassano In Nazionale – Lippi Te l’avevo detto.”

Melayunya, “Cassano Dalam Skuad Kebangsaan Itali – Lippi gua dah cakap sama lu!”

Itulah mesej yang terpampang jelas pada T-shirt Superman milik Mario Ferri yang komited mahukan penyerang Sampdoria, Antonio Cassano disenaraikan dalam skuad kebangsaan Itali.

Tapi Marcelo Lippi tak mahu dengar nasihat dia. Tak apa, sekurang-kurangnya mesej telah disampaikan lebih-lebih lagi setelah Itali tersingkir awal, mungkin kerana tidak ada Cassano barangkali.

Sekarang pihak Sokernet nak cabar mana-mana pembaca buat pitch invasion ketika mana-mana perlawanan Liga Super atau yang melibatkan pasukan Malaysia.

Lari masuk padang pakai baju ada tulis “Sultan Bola – Tolonglah Letak Jawatan”. Lagi afdhal kalau dapat pakai baju Melayu.

Nanti Sokernet bagi hadiah.

Ada berani?

14 Ulasan:

Wanturd™ berkata...

mahu kena sula ngn sultan nanti. keh3.

Zinedine Zaiddin berkata...

Macam best. Tapi agak2 sampai ke mesej tu nanti? Berapa kerat la sangat pegi stadium? Nak harapkan penonton kat rumah? Entah2 bilangan yang tengok dari rumah tu pun lebih 2-3 orang aje daripada orang2 yg pegi stadium....

pembaris berkata...

Subkidin kalau jadi 4th official game ni kan bes..

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

SILAP2 KES ISA.. HEHEH

Nerzhul berkata...

dapat main kejar kejar ngan fru.

azrie hafiz berkata...

Calon terbaik mane2 kerabat atau artis yang minat sokernet..

Amirul Idham berkata...

kalau banner "President FAM tolong letak jawatan" dah bersepah la orang pasang.

kalau buat penjajahan padang, maybe belum ade yang berani

mrlrie berkata...

pagar stadium di m'si tinggi sropa penjara.. kadang2 siap dgn longkang besar yg bewak komodo pun bole bersila.. sebelum nak terjun ke padang dah tersangkut kepala kat pagar hehehe

jumari jipan berkata...

keh3..apekate pihak sokernet buat demo dulu?..

ashraf berkata...

terbaaaaikkkkkk!

Fabhanz berkata...

tapi kalau game final FA Cup ka Piala Malaysia ka sure penuh stadium. time tu terbaik punya...

kareem berkata...

Lucy, ape kate lu sponsor itu baju melayu? Gua tade hal...

brandon flowers berkata...

dalam 1 matchday setiap match sorang serbu. dalam masa yang sama. message recieved. loud and clear.

Tanpa Nama berkata...

Memang kena kendurila jawabnya dgn FRU... Polis ni semua kesalahan pun nak dikendurikannya!

Macam best angan2 Brandon Flowers...minta Luci jd ketua. Dia yg pepandai cadang.

Tp kalau dia tak cerita ni sumpah tak tau apa motif aku lari ke tgh padang kemudian confirm kena tangkap. Agak2 mcm Basti tu faham tak apa niat org tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...