ANDA SEDANG MEMBACA

26

Guten Tag!

LuciusMaximus Isnin, Ogos 30, 2010
Seperti biasa, hari Isnin ialah hari rangkuman Bundesliga, liga bolasepak paling meriah di Eropah tapi kurang mendapat sambutan di kedai mamak sekitar Malaysia. Kenapa? Sebab rakyat Malaysia masih ramai yang gilakan kelab ‘sandarkan pada kenangan’.

Kesemua 9 perlawanan Bundesliga telah berlangsung sepanjang hari Jumaat hingga Ahad. Ini adalah matchday ke-2 dan macam biasa dalam Bundesliga, sukar untuk menduga keputusan perlawanan.

Peminat Kaiserslautern suka sapu tangan putih kot?



Sebagai contoh, perlawanan antara kelab yang baru dipromosi naik yakni FC Kaiserslautern bertemu gergasi Bundesliga, Bayern Munich. Sebelum perlawanan Kaiserslautern telah dipeningkan dengan tempahan tiket dari para penyokong berjumlah 130,000 sedangkan Fritz-Walter Stadion hanya boleh menempatkan 49,780 penonton. Anfield pun tidak pernah sold-out ini macam punya hebat. Dua gol separuh masa pertama memberikan Die Roten Teufel kemenangan kedua mereka. Kaiserslautern 2 – Bayern Munich 0.

Salah satu pasukan faveret Bundesliga, Schalke 04 menerima kunjungan Hannover 96. Tujuh tahun sudah berlalu sejak kali terakhir Hannover 96 menewaskan Schalke 04 dan sepatutnya Die Konigsblauen mampu menundukkan tetamu mereka. Tetapi sebaliknya yang berlaku, Konstantin Rausch dan Mohammed Abdellaoue menjaringkan gol untuk Hannover 96 untuk keputusan penuh Schalke 04 1 – Hannover 96 2. Mohammed Abdellaoue usai perlawanan berkongsi rahsia pemakanan kurma sepanjang bulan Ramadhan adalah petua kejayaan beliau.

Kelab lama Mesut Ozil, Werder Bremen pula membuktikan mereka masih mantap tanpa kelibat Ozil. Torsten Frings, Marko Arnautovic dan Hugo Almeida semuanya menemui jaring untuk memberikan Werder Bremen kemenangan ke atas pasukan kambing, FC Koln. Werder Bremen 4 – FC Koln 2.

Bukanlah Bundesliga namanya jika tidak ada drama, kejutan dan gol yang banyak. VfL Wolfsburg, kelab dari pekan Volkswagen meraikan kunjungan FSV Mainz 05. Bezanya antara dua kelan ini ibarat Chelsea dan Wigan Athletic. Dibarisi pemain seperti Diego, Grafite, Edin Dzeko dan Arne Friedrich serta dikendalikan oleh Steve McClaren, Wolfsburg dijangka mudah meratah Mainz. Dan begitulah nampaknya sebaik pada 45 minit separuh masa pertama bila Wolfsburg selesa dengan 3 gol berbalas 1. Tapi entah apa yang merasuk Mainz, mereka bangkit pada separuh masa kedua untuk menghuru-harakan Wolfsburg. VfL Wolfsburg 3 – FSV Mainz 05 4.

Sementara itu di Commerzbank Arena, lebih 51,000 penyokong Eintracth Frankfurt terpaksa berputih mata bila Hamburger SV berjaya mencuri 3 mata penuh bagi mengekalkan rekod kemenangan 100% musim ini. Joris Mathijsen, Paolo Guerrero dan veteran Red Devils Ruud van Nistelrooy menyumbatkan gol untuk keputusan Eintracht Frankfurt 1 – Hamburger SV 3.

Di bekas tapak perhimpunan parti Nazi dulu, FC Nurnberg berentap dengan SC Freiburg. Tuan rumah terlebih dulu di depan pada minit ke-15, tetapi dua gol oleh Papiss Demba Cisse (tidak ada kena mengena dengan Djibril Cisse ‘sandarkan pada kenangan’) membantu SC Freiburg muncul pemenang. FC Nurnberg 1 – SC Freiburg 2.


Lanun St Pauli


Lain pula nasib yang menimpa jiran Hamburger SV. St Pauli, kelab sayap kiri yang mula menjadi bualan hangat di Sokernet menjadi tuan rumah untuk lawan mereka, TSG 1899 Hoffenheim. Empat tahun lalu kedua-dua kelab ini bersaing dalam 3. Liga tetapi kini keduanya berada di dalam peringkat tertinggi bolasepak Jerman. Sedang St Pauli melakukannya dengan cara se-punk mungkin atau DIY, Hoffenheim pula berjaya ke Bundesliga hasil bantuan kewangan yang melampau. Lantas pertembungan ini antara si miskin lawan si kaya, sosialis lawan kapitalis atau punk lawan sell-out. Keputusan? Agak mendukacitakan bagi mereka yang punk, kerana St Pauli 0 – TSG 1899 Hoffenheim 1.


Tak Bundesliga-lah kalau tak skor macam ni


Sementara itu, 30,210 penonton di BayArena disajikan dengan debaran perlawanan 9 gol antara Bayer Leverkusen dan Borussia Monchengladbach. Patrick Hermann meletakkan Monchengladbach di depan pada minit ke20, tetapi selang 4 minit Eren Derdiyok mengikat kedudukan 1-1. Kemudian berubah menjadi 1-2, 1-3, 1-4, 2-4, 2-5, 2-6 sebelum akhirnya berakhir dengan 3-6. Bayer Leverkusen 3 – Borussia Monchengladbach 6. Ia kemenangan pertama Monchenglabach ke atas Leverkusen dalam tempoh 16 tahun.

Perlawanan terakhir minggu ini pula menemukan VfB Stuttgart dan Borussia Dortmund. Kedua-dua pasukan telah kalah perlawanan pembukaan Bundesliga mereka dan perlu mencari kemenangan secepat mungkin bagi menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga. Seramai 40,500 memenuhi Mercedes-Benz Arena (yang kini dalam fasa terakhir pembinaan untuk ditingkatkan kepada 60,000 kapasiti). Khalid Boulahrouz yang sebelum ini menendang bola hingga terkena kepala pengacara televisyen wanita sekali lagi mencipta nama, menjaringkan gol sendiri seawal minit ke-5 untuk Dortmund berada di depan. Lucas Barrios dan Mario Gotze menambah derita Stuttgart dengan Dortmund selesa mendahului 3 gol tamat separuh masa pertama. Cacau memberikan gol saguhati buat tuan rumah pada minit ke-69. Keputusan penuh VfB Stuttgart 1 – Borussia Dortmund 3. Cayalah Dortmund!

Top 3 Bundesliga kini diisi oleh kelab-kelab kecil: TSG 1899 Hoofenheim, FC Kaiserslautern dan FSV Mainz 05.

Silap-silap Sir Alex pun boleh kena penumbuk kalau jumpa Holger 'skinhead' Stanislawski ni

26 Ulasan:

Md Afzan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mukashams berkata...

erste!!

Luca DK berkata...

3rd!

Pet Shop Boys berkata...

Jangan lupa tonton Dokumentari Mokhtar Dahari malam ini di Astro.....

kitt berkata...

astrein!!!

Jarr berkata...

Pet - channel brape?

meor-name-depan-ku berkata...

channel 555. History

WassapBerasap berkata...

dalam ramai2 pengulas sokernet, gua rasa lucy paling steady.. yg lain2, balik2 tumbukan padu ke udara, balik2 sandarkan pada kenangan, balik2 sekolah sukan anak ikan.. pidomat? Lagi la, balik2 bancuh susu anak.. steady la Lucy, u the best.

Zinedine Zaiddin berkata...

Terbaik..ulasan stylo. Suke suke!! HAHAHAHA

Hari Selasa ulasan Liga Sepanyol, Hari Khamis ulasan Liga Perancis, Hari Jumaat ulasan Liga Itali..HAHAHA

Jarr berkata...

thanks meor!

Cob Nobbler berkata...

cantik punya cadangan zinedine zaiddin!

keli berkata...

Nk lebih info psl liga france. Tp aku rse pelik la asl klab jerman ni ade nombo lps name kelab cth: hannover 96,Schalke 04,FSV Mainz 05.Nombo kt blakng tu stand for what? Any info? Gua betul2 xtau.

Jiraya berkata...

ulasan yg memberi pengetahuan....terima kasih en lucius

Nazri berkata...

muaz - itu dinamiknya sokernet.

Masing-masing dengan stail tersendiri.

Apa yang kau suka tak semestinya orang lain suka. Apa yang best bagi kau tak semestinya best bagi orang lain.

Jadi chill saja, ngak perlu compare dan komplain, ini laman blog for hobby dan usah depresskan diri anda jika Pidomat cerita pasal susu anak, orang lain might like it.

Cheers

Jarr berkata...

Salam nazri...
bagaimana keadaan anda disana?

Nazri berkata...

mana? Bali? okey je. Makan cukup, tidur lena, hati gembira disamping yang tersayang, cewaaahhhh

Jarr berkata...

ceria la ramadhan anda kalau begitu.jangan gaul sama anak anak celeng disana..kalau ade rezeki lebih gua sampey.

msyafiqg berkata...

hati-hati, tsunami kan...ekeke..gua gurau jer..

Nazri berkata...

Takde cerita yang worth to tell pun. Sama saja seperti di Malaysia. So far takde jumpa yang jahat2 di sini. Kalau sampe kasitahu.

syahid berkata...

dah nama pun kelab..kalau ada nombor, aku rasa tahun kelahiran...itu belum kelab negara lain lagi...jom la layan liga belgium, hehehehe..liga swiss ke..{ok, aku main2)

julu berkata...

werder bramen main mantappp...

talkIZcheap! berkata...

aku rase Lucy la yg asek2 sandarkan pada kenangan tu... huhuhu

.Gory. berkata...

Sedey siot Diego debut. da skor cantik, sekali kene kejar 4 GOL!

Gile.

St Pauli pun kalah last minute.

Btw, sapa nak jersi home St Pauli yang reversible? RM 250 sehelai. Ori. Cari siam tadak.

meor-name-depan-ku berkata...

gory, aku nak

r.k berkata...

gory , awat sampai 250 ... reversible yang kaler coklat tu kan . ghua macam nak ...

Jimmy Stracqualursi berkata...

woh, kaiserslautern nye fans gile babi liar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...