1920-1932 : Dikenali dengan nama Piala Malaya. Ianya disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Format pertandingan sebenar
semenangnya tidak diketahui sepenuhnya. Perlawanan akhir pertama menemukan Singapura dan Selangor. Singapura
merupakan juara pertama kejohanan ini. Hanya tiga pasukan sahaja yang berjaya memenangi piala ini termasuk Perak. Pasukan
lain di zaman ini, sentiasa Hilang Punca dalam bolasepak, walaupun hampir 12 tahun Piala Malaya diadakan.
1933-1966 : Daripada Piala Malaya ianya ditukar kepada Piala HMS Malaya. Nama ini diambil sempena dengan nama kapal
perang HMS Malaya.Sekali lagi Selangor dan singapura merupakan kuasa besar dalam kejohanan Piala HMS Malaya ini.
Pada tahun 1942, kejohanan ini dihentikan akibat perang Dunia dan disambung kembali pada 1948.
Negeri sembilan dan Pulau pinang juga telah muncul juara pada kejohanan ketika era ini. Dari sumber yang tak rasmi,
nama piala ditukar mengikut nama kapal perang kerana zaman tu merupakan zaman perang. Trend la katakan...
mungkin dah Indie abis untuk zaman tersebut.
1966-Sekarang : Sekali lagi namanya ditukar. Piala Malaysia. Namanya gah hingga ke hari ini, Walaupun anak muda
ketika ini lebih gemar bertekak dan bertikam lidah mengenai Liga luar. Juara Pertama Piala Malaysia ialah Perak. Pada ketika itu
Perak Mengalahkan Singapura 2-1 dalam Perlawanan Akhir pertama piala Malaysia. Era 1970-1980 'an menyaksikan beberapa
juara baru seperti Pahang, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Pada tahun 1995, Singapura menarik diri dari Liga Malaysia dan secara
automatik tidak lagi bermain dalam kejohanan Liga Malaysia. Nak buat macam mana kan? Bodoh dan Sombong.
Pasukan Jemputan, Negara Brunei Darussalam turut memenangi piala ini pada tahun 1999. Kelab pertama yang memenangi
piala Malaysia ialah M.P.P.J Selangor pada tahun 2003. Secara umumnya kesemua pasukan negeri telah memenangi Piala Malaysia
dari tahun 1920 lagi. Hanya pasukan Kelantan, Sarawak dan sabah masih kempunan hingga ke hari ini.
Kesimpulannya, Selangor merupakan pemenang paling banyak piala ini sebanyak 32 kali. Diikuti Singapura sebanyak 24 kali dan
Perak, 7 kali. Memandangkan Singapura tidak lagi bermain di Liga Malaysia. Secara automatik, Perak jatuh ke tempat kedua secara
tak rasmi. Kelantan nampaknya masih gigih mencuba.
Harap semua dah tau serba sedikit knowledge pasal Piala Malaysia. Hidup tanpa Knowledge bagai seorang budak
Underground hidup dalam dunia penuh poser. Walaupun anda beria-ria menyaksikan liga-liga yang tak tercapai akal oleh orang Malaysia.....
Bersama-sama menantikan sepak mula Piala Malaysia selepas Aidilfitri nanti.
"MAJULAH SOKERNET UNTUK BOLASEPAK SEANTERO ALAM"
meor-name-depan-ku
http://meornamedepanku.
15 Ulasan:
ermmm... ok.
hi meor!
Hidup tanpa Knowledge bagai seorang budak
Underground hidup dalam dunia penuh poser
ini yang penting
Betul2..aku sokong tu..
"Hidup tanpa Knowledge bagai seorang budak Underground hidup dalam dunia penuh poser "
"Walaupun anda beria-ria menyaksikan liga-liga yang tak tercapai akal oleh orang Malaysia....."
sampai ati mike usik2 holden. nakal kamu ni
...u got my vote, bro...!!
Hi luca
" Remeber our roots... "
:)
hehehe...
semoga Kelantan bleh tamatkan kemarau tahun ni... :p
Usaha yang bagus...
Department bolasepak tempatan
takde lagi kat Sokernet kan?
Entry Rabu yang terbaik
minggu ni!!!!
thumbs up!!!!
gua sokong earthling2009..
wei,awat lu tak cite pasal Johor 1995-96?
gua shiok beb cite tu..
hahahaaa
Trimas bebanyk eh sdare meor, teman nyaris2 jd budak Underground yg hidup dalam dunia penuh poser......heh
n u got my vote too, bro =)
kalau ikut scene skang, mmg ramai idup dlm keadaan gitu kan bro meor?=)
Bro meor... blog lu terbaek!!!
memang true bola, lu ni..
Catat Ulasan