ANDA SEDANG MEMBACA

19

S! True Sokernet Stories - Mario Balloteli

Obefiend Weiland Khamis, Ogos 05, 2010 ,


Kisah sadis Super Mario Barwuah


Ketika artikel ini ditulis, pihak Manchester City dan Inter Milan sedang tawar menawar harga perpindahan bagi Mario Balloteli. Inter meletakkan harga GBP 29 juta terhadap pemain muda yang berbakat tetapi penuh kontraversi ini. Mengikut gossip perpindahan terkini perpindahan ke Man City sudahpun dipersetujui Inter.Yang tinggal hanyalah persetujuan tentang kontrak peribadai antara Mario dan bakal majikan barunya. Pihak City hanya mahu membayar gaji mingguan sebanyak GBP 65 000. Mario pula merasakan sebagai seorang upcoming star beliau sepatutnya dibayat GBP 180 000. Sekiranya ini dipersetujui pihak City, Mario bakal menerima gaji lebih tinggi dari Steven Gerrad, Rooney, Terry dan Lampard! Untung ada boss yang money no object. Mintak aje sure dapat.

Hari ini izinkan aku menulis dengan nada lebih serius daripada biasa. Kolum terkini S! True Sokernet Stories ialah percubaan aku untuk menulis dalam bahasa melayu. Jika ayat yang digunakan skema atau canggung, sila gelakkan aku diruang komentar. Ok? Mari kita dalami kisah silam Mario Balloteli yang aku rasa agak sadis. Kisah bagaimana seorang anak imigran setelah berjaya, lupa akan asal usulnya.

Mario Balloteli dilahirkan pada 12 Ogos 1990 kepada dua orang imigran dari negara Ghana. Bapa beliau, Thomas Barwuah bekerja sebagai kuli batak bagi membesarkan anak-anaknya. Kerana ketiadaan kerja kosong di Palermo, beliau terpaksa berjauhan dengan keluarganya. Setiap hujung minggu Thomas akan menaiki keretapi selama 12 jam untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ibu Mario, Rose pula menjadi suri rumah sepenuh masa dan membesarkan Mario bersama 3 lagi adik beradiknya.

bapak

Thomas Barwuah

Sejak kecil lagi Mario mempunyai masalah kronik pada bahagian usus menyebabkan dia terpaksa berulang alik ke hospital. Pernah suatu ketika kesihatan Mario sungguh kritikal beliau dibaptiskan diatas katil hospital . Selain daripada itu bil hospital yang tinggi menyebabkan kehidupan keluarga Barwuah semakin sempit. Atas nasihat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mario diletakkan dibawah penjagaan keluarga angkat buat sementara waktu.

budak

Mario (kanan) bersama adiknya Enoch

Mario diambil sebagai anak angkat oleh Francesco dan Silvio Balloteli, sepasang suami isteri berkulit putih yang berasal dari Brescia. Keluaga Balloteli datang dari latar belakang yang agak mewah. Kehidupan Mario yang sebelum ini serba daif berubah dan beliau dibesarkan disebuah rumah agam di Concesio.

Pada peringkat awalnya, pasangan Balloteli bersetuju untuk mengambil Mario sebagai anak angkat selama dua tahun. Semasa tempoh ini, keluarga Barwuah dibenarkan melawat Mario setiap hujung minggu. Setelah tamat tempoh 24 bulan, keluarga Balloteli memanjangkan tempoh penjagaan Mario. Menurut Thomas Barwuah keluarga Balloteli mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan orang atasan. Tempoh penjagaan dipanjangkan atas alasan keluarga Barwuah tidak mampu menjaga Mario dengan baik.

"Kami tidak mempunyai wang untuk mendapatkan khidmat guaman. Akibatnya kami tidak punya kuasa untuk meminta pasangan Ballotei memulangkan Mario ke pangkuan kami"

Akhirnya Mario tinggal bersama keluarga barunya selama 10 tahun! Walaupun tidak diambil sebagai seorang anak angkat secara sah, Mario mengubah nama akhir beliau kepada Balloteli setelah dianugerahkan kerakyatan Itali. Pada ketika itu Mario sudahpun mengukir nama sebagai pemain bawah 18 tahun yang mempunyai potensi yang tinggi. Keputusan beliau untuk menjadi seorang warga negara Itali mendapat liputan luas media tempatan. Malangnya keputusan beliau untuk menukar nama dari Barwuah ke Balloteli langsung tidak diberitahu atau dibincangkan dengan ibu bapa kandungnya. Thomas dan Rose Barwuah hanya menyedari hakikat ini setelah terbaca berita penganugerahan kerakyatan Mario didalam akhbar

white man

Mario dan mak bapak carrynya.

Thomas mengesyaki yang keluarga Balloteli tidak menceritakan perkara sebenar tentang status pengambilan anak angkat Mario. Beliau percaya Mario menganggap dirinya telah dibuang oleh ibu bapa kandungnya di hospital. Sehingga kini hubungan antara Mario Balloteli dan keluarga kandungnya dingin.

Maka sekarang korang pun dah tahu macamana seorang lelaki berbangsa Africa boleh mempunyai nama yang sungguh Italian.

Aku pun akan kembali kepada jenis penulisan bosan, tak kelakar, tidak informatif dan trolling bermula esok. Selamat menyambut kedatangan bulan puasa.

19 Ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Ini bukan Mario Barwuah...ini MArio Barua..

Dasar anak lupakan mak bapak..ada jugak yang jadi batu tengah2 padang bola nanti..HAHAHAHA




FC Lviv : Champion of Persha Liha 2008-2009

Tanpa Nama berkata...

woo...
biar btol...
mmg agak si tanggang sungguh.

-zAp- berkata...

perangai pun cam barua

brandon flowers berkata...

aku sangat bersimpati ngan mr and mrs barwuah. parent mana yg tak relai hatinya bila dilupakan anak.

budak2 malaysia amik iktibar kisah ni. kecuali kalo korang nak jadi gampang macam mario nih.

Wanturd™ berkata...

style gak nama kolum ni. nice obe! keh3

Amirul Idham berkata...

haha... tiru e true hollywood story.

aku ada baca benda alah ni dulu. memang lupa daratan mario ni. dah la jadi anak angkat, lepas tu buat perangai kat inter. manciteh nak beli, nak demand gaji plak

julu berkata...

si francesco ni bute ke ape amek anak angkat mcm tu.. (sedikit racist..keh2)

Kap berkata...

durhaka durjana punya Balloteli.

mrlrie berkata...

kalau penerbit filem kat m'sia baca dah tentu raya nie kuar filem kisah benar mcm nie... pak dia naik keretapi selama 12 jam wooo...

Jarr berkata...

mesti mak dia citer yg dia ni hasil dari kondom bocor francisco...

Wan Ahmad Faiz berkata...

si tanggang versi bola sepak

Azlan Zed berkata...

" barua punya anak... " kata thomas & rose senada...

aku nak promote league aku, boleh?

Code to join this league: 736241-187074

Liga Semi Pro

:P

xhafizi berkata...

memang betul laa die ni , mario butatuli. biasalaa dunia.

Cob Nobbler berkata...

gua tunggu je bila dia nak kena sumpah jadi batu.kah kah kah!

i'msosupernotcool berkata...

pergh.. bikin filem lah..

julu berkata...

haha...
komen jarr terbaik...

mr dimaz berkata...

umo bru 19 nk gaji cam player star..
mmg baruah la bdk ni..

Faiz Tapit berkata...

kes sperm terbakar la ni

Streetwizer berkata...

mmg patutlaah nama dia barua...mulut pun mcm barua..perangai lagila barua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...