ANDA SEDANG MEMBACA

27

Wunderbar!

LuciusMaximus Isnin, Ogos 23, 2010
Joachim Loew dengan citarasa ala gay!
(Siri musim baru Sokernet ialah rangkuman mingguan Bundesliga. Tapi tak boleh janji tiap-tiap minggu ada rangkuman, sama macam pengurusan Sokernet tak boleh janji bayar gaji pengulas tiap-tiap bulan)

Ya Bundesliga kembali lagi. Apa yang membuatkan Bundesliga ini sebenarnya jauh lebih menarik dari EPL, tanya mereka yang pakai baju Manchester United dan duduk tengok bola di kedai mamak. Mudah saja jawapannya.

1) Beer murah
2) Setiap kelab adalah milik komuniti atau penyokong, tidak ada monopoli oleh individu tertentu
3) Beer murah
4) Oleh kerana kelab itu milik orang awam, mereka ada tanggungjawab moral untuk menetapkan harga tiket yang murah dan mampu dibeli oleh orang ramai
5) Beer murah
6) Oleh kerana harga tiket murah, stadium sentiasa penuh dalam setiap perlawanan
7) Beer murah
8) Walaupun selalu penuh, suasana stadium adalah selamat dan selesa, terima kasih pada kemajuan teknologi Jerman yang menyediakan stadium-stadium moden
9) Beer murah
10) Pun begitu, walaupun moden stadium-stadium di Jerman menyediakan ‘standing terrace’, tempat di mana penyokong boleh berdiri dan melompat. Stadium England? Semua 100% berkerusi.
11) Beer murah
12) Bundesliga antara liga yang paling sukar diduga. Bayern Munich mungkin kuasa utama, tapi kelab-kelab lain juga mempunyai peluang terbuka. Keterbukaan ini juga punca kenapa Bundesliga antara liga yang banyak menghasilkan gol.
13) Eh, ada aku cakap tadi yang beer dijual dalam stadium ketika perlawanan dengan harga yang sangat murah?

Musim 2010/11 Bundesliga bermula pada hari Jumaat lepas. Sebanyak 18 buah kelab bersaing untuk merebut Salatschussel, atau dalam bahasa Melayunya mangkuk salad. Dinamakan sedemikian kerana trofi liga ini menyerupai mangkuk salad.

Kesemua 9 perlawanan telah berlangsung sepanjang hari Jumaat hingga Ahad. Koresponden Sokernet, Sarah Brandner melaporkan dari Jerman sebaik sahaja hilang kogutan.

HUMBA! Salah satu tradisi Bundesliga, pemain mesti salut kepada penyokong selepas perlawanan, seperti yang dilakukan oleh Bayern Munich


Bayern Munich 2 – VfL Wolfsburg 1

1899 Hoffeinheim 4 – Werder Bremen 1

Borussia Monchengladbach 1 – FC Nuremberg 1

Geng buka baju, Kaiserslautern!


FC Koln 1 – FC Kaiserslautern 3

Hannover 96 2 – Eintracht Frankfurt 1

Walaupun sedikit, penyokong pasukan pelawat Schalke 04 masih tidak mahu kalah dari segi memberi sokongan


Hamburger SV 2 – FC Schalke 04 1

Salah seorang dari mereka berdua pernah bermain untuk Manchester United


FSV Mainz 05 2 – VfB Stuttgart 0

Paderi Borussia Dortmund menyucikan padang sebelum sepak mula


Borussia Dortmund 0 – Bayer 04 Leverkusen 2

Eh, macam kenal?


SC Freiburg 1 – FC St Pauli 3

Pengurus FC St Pauli, Holger Stanislawski. Mana nak cari pengurus yang pakai seluar jeans, T-shirt lengan panjang kat dalam dan jersi kat luar masa perlawanan? Hanya di FC St Pauli, kelab bolasepak paling punk dalam dunia

27 Ulasan:

Obefiend Weiland berkata...

is it just me or i got drunk just by reading this entry

PROST!!

meor-name-depan-ku berkata...

Arch Tung!!!

Hail der Spiellfuhrer "Eh,macam kenal".

syahid berkata...

TOR!!!!!

Kap berkata...

jangan tinggal la liga pula.

meor-name-depan-ku berkata...

Mane Kardio dan Holden suke tak?

Hambali ® berkata...

Alle hageln bundesliga…. zur Hölle mit englischer erster Liga !!

adijaya berkata...

Blitzkrieg !!!

Jarr berkata...

Sozialdemokratische Partei Deutschlands, semuanya equal..semua hak sama rata.tu pasal la muhibbah lagu tu..yg penting beer murah..oktoberfest dah nak start hujung september sampai awal oktober..lucius kalu nak gi, aku tompang.

oh ye, aku f**k filem Valkyrie...heh.

Führer ist mein Held - oh aku fail pakai google translator.kalau fuhrer tau mesti dia sedih..

Nazri berkata...

Bali pun murah. Tapi Bali takde liga bola la.

ekekeke

Jarr berkata...

Statement Nazri, buat aku rindu je kat Kuta...

talkIZcheap! berkata...

mana korang sembunyi time malaikat dtg carik setan2 ramai2 ari tu?? tak nampak pon muka korang kat tmpat aku... :P

zul efron berkata...

memang punk!

Berto berkata...

Ich liebe dich Bundesliga!
Ich liebe dich Bayern Munchen!

Azizan berkata...

terima kasih kpd en google kini semua pembaca sokernet bukan sahaja boleh berbahasa english dan melayu tetapi juga jermen, spanyol ,viatnam hatta hebrew sekalipun...

Cob Nobbler berkata...

Gua root kat St Pauli mulai hari ni.Selama ni gua follower Borussia Dortmund.

Yeah punk!

r.k berkata...

ghua sempat layan dortmund punya game kejap lepas game Fulham .

*laju sial liga jerman . totally physical .
dah leading pun kejar bola macam kena tinggal 3 biji .

.Gory. berkata...

No 13, kaler biru. Macam kenal. Budweiser dekat England mungkin mahal kot.

Apa pun, selaur jeans memang rokes!

Zinedine Zaiddin berkata...

Buat ulasan game St. Pauli - Freiburg weh!

Member aku cakap game tu dramatik giler~

LS berkata...

Liga Jerman kurang foreigner. Tu yg aku suka.

Ozil ke Real, Khedira ke Real, biarkan saje. Janji yg core player ada di Jerman. Baru boleh main WCup!

Afham berkata...

share link bro..

http://arsenalmalaysia.blogspot.com

shukri hidayat berkata...

"Salah seorang dari mereka berdua pernah bermain untuk Manchester United"

mungkin kedua2 skali...hehe

kareem berkata...

du bist schwein!!

kitt berkata...

ish..19sept baru sampai Mercedes-Arena, kalu tak boleh layan VfB Stuttgart jumpak Monchengladbach dengan Sarah Brandner.

Irwan berkata...

Terima kasih kepada Sokernet kerana memberi review Bundesliga, syabbaz inspektor sahab, syabbaz! Harap tidak segan-silu menulis review lagi.

Oh ya, jika ada antara kalian yg meminati kelab Bayern Munich, jemput sertai kami di mailing-list & Facebook

-irwan

Pai berkata...

sepanjang aku blajar 5 thn kat jerman, mmg byk kali aku g stadium..game vfb stuttgart lwb Aachen pun aku g sbb suasana stadium dia cara! time nak umum barisan kesebelasan home team, satu stadium sebut nama player2 (di ketuai oleh ketua sorak). Tak kira stuttgart, bayern ke..smua mcm tu..tapi memandang kan kebanyakan stadium2 di german agak terbuka...menonton bola di musim salju sgt lah sejuk..adoi..

Azlan Zed berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Azlan Zed berkata...

setakat paderi tue, level bomoh hujan jer kat malaysia nie lucy...

nice recap on bundesliga.

lu rindu mesut ozil tak?

hehe. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...