Europa bukan Eropah sebenar. Kehebatan bermain di liga eropah sebenar memang mengasyikkan dan mendebarkan. Dengar lagu tema Champions League aje boleh buat meremang bulu tengkuk. Hanya pasukan terbaik dipentas eropah saja yang layak bermain dalam liga elit ini.
Manchester United bertandang ke Valencia bersama rekod kemenangan yang buruk di tanah Sepanyol. Ditambah pula dengan beberapa tonggak utama yang cedera. Giggsy takda, Scholsy takda..C.Ronaldo takda..Tevez takda.. Rooney tak ikut jugak. Tapi kemenangan dan 3 mata tetap menjadi misi utama Sir Alex Ferguson. Untuk berjaya, sebarang alasan haruslah ditolak tepi. Biar putih tulang, jangan putih rambut macam Sammy Lee. Takkan tak kenal Sammy Lee... :P
Bila barisan pemain Manchester United keluar ke padang, aku terus rasa cuak. Valencia adalah pasukan yang kuat dan sedang top form serta Klasemen di La Liga sekarang. Mampukah barisan pemain Manchester United yang bukan first 11 bertahan?
Memang parah kesebelasan United malam tadi. Passing agak hancur, possesion hancur jugak, midfeild Carrick dan Fletcher hancur, Anderson tak support Berba dan Berba adalah Berba. Mujur pertahanan Manchester United bermain baik. Ferdinand kembali dan benar-benar menyumbang tenaga bersama Vidic. Adakah pertahanan United kembali menjadi 5 bintang?
Mengikut statistik perlawanan, permainan memang agak bosan. Valencia membuat 10 percubaan dan hanya 1 on target. Manchester United buat 8 percubaan dan hanya 2 on target. Memang penat melayan bolasepak sebenar malam tadi. Valencia menguasai 53% permainan dan menggasak kubu United sampai aku pun rasa nak turun pergi bertahan bersama Vidic! Phew!
Kemasukan Chikadies dan Macheda membuktikan percaturan Pak Alex sentiasa benar dan adalah salah (kalau dalam ugama, berdosa) mempertikaikan keputusannya. Beliau menurunkan Chikadies dan bukan Owen untuk menyerang dan ternyata berhasil dengan hanya beberapa sentuhan sahaja.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 Ulasan:
░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░ ░█░░░█░█▀░░░█▀░░▄▄░░█░░█▀█░█░░▀▄ ░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░
jorji, gua dgr lu ade darah Eropah ye?
jarr.. buat jugak sikt-sikit.
makcikda mmg power..aku tengok die ni cool je..bakal jadi striker hebat..cool macam 20legend
pehal ngan cesar sanchez nak bantai macheda semalam ekk?? xnampak la ape yg jadi...
kakaka.....glory2 man united
armando : dia pressure. kene challenge ngan budak kecik badan besar...marah la..sebab dah kene 1 kat budak kecik jugak.
chikadies! HAHAHAHAHA
Dengan memasukkan sedikit elemen junk food, player2 valencia mula hilang fokus, lalu melepaskan 3 mata berharga. HAHAHAHA
chi chi chi chi chi chi cha cha cha cha cha ri ri ri ri ri tooooooooooooooooo..!!!!!
apasal sammy lee lak kna ni,,hahaha..mmg taun menganjing libepool la..
anta budak2 je nk aja velencia..
chikadies = jajan
geli hati aku baca.kah kah kah.
tapi memang sakit jantung jugakla tengok MU main.macam haraaammm.
hahaha..glory2 man u..
rmi unjured pn steady lg..
macheda+chicharito=broken the deadlock..
xpe..xyah pegang bola lame2.xyah shot byk2.
yang penting menang..:P
kita tgk Fuckerster United lwn Sunderland nanti..
adakah badi away epl akan tamat?
Catat Ulasan