ANDA SEDANG MEMBACA

18

Rangkuman Bundesliga Edisi Raya

Lucius Maximus Jumaat, September 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi. Raya sebulan kan?

Rangkuman Bundesliga sepatutnya keluar setiap hari Isnin tapi sekali ini terlambat sikit sebab koresponden Sokernet di Jerman, Sarah Brandner balik kampung beraya.



Perlawanan pertama menemukan 1899 Hoffenheim dan Schalke 04. Sebuah kelab yang masih dikira baru dalam Bundesliga, sebuah lagi kelab otai dan juga naib juara Bundesliga musim lepas. 1899 Hoffenheim bagaimanapun kini di puncak klasemen Bundesliga sedang Schalke 04 masih tercari-cari mata pertama. Di depan 30,150 penonton, 1899 Hoffenheim terus memberikan mimpi buruk kepada Schalke 04 dan Raul. 1899 Hoffenheim 2 – Schalke 04 0, terima kasih pada Isaac Vorsah dan gol sendiri Manuel Neuer.


75,000 penonton memenuhi Signal Iduna Park untuk menyaksikan Borussia Dortmund menyambut kunjungan VfL Wolfsburg, juara musim 2008/09 dan kini masih tanpa mata. Pemain Turki, Nuri Sahin dan pemain Jepun, Shinji Kagawa menyumbatkan gol buat Dortmund membenam Wolfsburg dan membuatkan masa depan Steve McClaren sebagai pengurus Wolfsburg semakin kelam. Borussia Dortmund 2 – VfL Wolfsburg 0.

Hamburger SV pula meraikan kunjungan FC Nurnberg dengan penyerang Ruud van Nistelrooy berada dalam keadaan terbaik. Berdepan dengan kelab elit Bundesliga, FC Nurnberg banyak bertahan dan sehingga minit ke-61 mereka dilihat seakan berjaya hinggalah Joris Mathijsen memecah kebuntuan. Tetapi penalti minit ke-82 yang disempurnakan oleh Javier Pinola meletakkan keputusan penuh perlawanan Hamburger SV 1 – FC Nurnberg 1.

Lain pula ceritanya di Monchengladbach. Borussia Monchengladbach yang sebelum ini menang besar 6-3 ke atas Bayer Leverkusen berdepan dengan Eintracht Frankfurt yang masih tercari-cari mata pertama mereka musim ini. Dan tipikal gaya Bundesliga yang memang sukar diduga, Monchengladbach tewas mengejut kepada Eintracht Frankfurt yang mempamerkan permainan menarik. Borussia Monchengladbach 0 – Eintracht Frankfurt 4.

Di Freiburg sebuah lagi kelab elit Bundesliga yang masih tercari-cari mata pertama menduga nasib. Juara Bundesliga 5 kali, VfB Stuttgart bertandang ke SC Freiburg kelab yang baru dipromosi naik musim lepas. Freiburg yang terkenal dengan jolokan Breisgau-Brasilianer bermula dengan permainan pantas. Tetapi Stuttgart terlebih dulu di depan pada minit ke-27 sebelum Freiburg bangkit kembali. Keputusan penuh SC Freiburg 2 – VfB Stuttgart 1.

Hannover 96 yang hampir disingkirkan musim lepas menyambut kunjungan Bayer 04 Leverkusen di AWD Arena. Die Roten di depan melalui jaringan Didier Ya Konan pada minit ke-20. Kemudian Michael Ballack dari Leverkusen terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-31 hanya untuk Hannover bermain dengan 10 orang kemudiannya pula bila Emanuel Pogatetz dibuang padang. Minit ke-50 Mohammed Abdellaoue meletakkan kedudukan 2-0 dan kelihatan jelas Hannover 96 bakal mengutip 3 mata penuh. Tetapi tidaklah Bundesliga namanya jika tidak ada kejutan. Leverkusen bangkit pada minit-minit akhir untuk mencatat keputusan seri. Hannover 96 2 – Bayer 04 Leverkusen 2.


Di Allianz Arena, Bayern Munchen ditemukan pula dengan SV Werder Bremen, kelab yang mereka gagal tewaskan di Allianz Arena sejak 4 musim yang lepas. Sebelum sepak mula Bayern Munchen meraikan hari jadi ke-65 pemain lagenda mereka Franz Beckenbauer dan semestinya hadiah terbaik buat Der Kaiser ialah kemenangan ke atas Werder Bremen. Bagaimanapun Bremen sekali lagi terbukti liat untuk ditundukkan oleh Bayern Munchen sekalipun kedua pasukan mempamerkan aksi menyerang, Franck Ribery mengepalai serangan Bayern Munchen sementara Marko Marin pula cemerlang di pihak Werder Bremen. Bayern Munchen 0 – SV Werder Bremen 0.



FSV Mainz 05 pula bertemu FC Kaiserslautern, kedua-dua pasukan masih cemerlang dengan rekod kemenangan 100% setakat ini. Pasukan pelawat terlebih dulu di depan pada minit ke-20 melalui jaringan Srdjan Lakic. Tetapi dalam minit ke-71 dan 73 Mainz bangkit untuk mengatasi lawan mereka. FSV Main 05 2 – FC Kaiserslautern 1.

Perlawanan terakhir ialah antara FC Koln dan FC St Pauli, dengan Koln masih lagi belum mendapat mata setakat ini. Jaringan tunggal oleh Taner Yalcin memberikan 3 mata pertama buat FC Koln dan kekalahan kedua buat St Pauli. FC Koln 1 – FC St Pauli 0.

Kedudukan semasa Bundesliga seperti berikut:

Top 3
1899 Hoffenheim
FSV Mainz 05
Hamburger SV

Bottom 3
VfL Wolfsburg
Schalke 04
VfB Stuttgart

Khas untuk edisi raya, kita ada video gol terbaik Bundesliga, ihsan Nuri Sahin dari Borussia Dortmund ketika menentang VfL Wolfsburg.

18 Ulasan:

al-rashid berkata...

nice recap! good job lucy

Holden Caulfield berkata...

gua dulu bundesliga ni fan borrusia..
masa dorang menang champions league dulu.

tapi hati gua skrang kat st pauli.
thanks to lucy gua dah jatuh hati dengan team punk ni.

lucy,bila hamburger derby ni - st pauli vs hamburg?ni cara ni nak tengok van nistelrooy vs punkers..

keli berkata...

Biar betul die pye bottom 3, sume team jaguh Bundesliga tu......mmg liga dowg byk kejutan. Xdela cam epl asyik2 team same jer. Sarah Brandner kmpg kt ner? hehe....

Ann Zickler berkata...

Nuri Sahin playmaker gua dalam FM. Shit.

mizu_sama berkata...

selamat hari raya lucy

abeih berkata...

aku minat la wei ngan nuri sahin ni. dan semua player turki lain la. tak silap aku, debut dia for turki, dia dah score. lawan jerman.

aku guna nuri dalam FM gak. main besiktas. terbaik je.

Ann Zickler berkata...

@Abeih
Dia kencang jugak. Tapi tak penah score macam ni pon time aku handle dia. Aku rasa aku tak pandai main FM lah. hahahaha

talkIZcheap! berkata...

masalahnya, liga baru start 3,4 game, memang la kedudukan liga nampak drastik (team yg sepatutnya kuat ada kat bwh dan sebaliknya)... Try tengok EPL, Blackpool ngan Everton duk no. brapa?

Huhu...

keli berkata...

Malas aku nk try tengok.....huhu. Everton team kuat ke?? heh..

pembaris berkata...

aku suka huntulaar..

ijan berkata...

siot td tgk berite ade plak muke sultan bola

bile la die nk turon

abeih berkata...

ish, ko sebut pasal sultan bola, tetiba je ada muka dia ganti beckenbauer kat atas tu. mimpi ngeri la wei..

talkIZcheap! berkata...

kuat la daripada Liverpool...

kareem berkata...

biase je die tendang tu...Pipiyapong pun bole buat itu hari masa futsal...

Kamen Rider berkata...

xde edisi nganjing ke?
arsengal seri

kareem berkata...

blackburn pun seri...
west ham pun seri..
villa pun seri...

ape ade hal...

alan zed berkata...

gua pernah cuba layan bundesliga nie, x leh beb. darah british masih mengalir... hahaha.

The Charlatans KL berkata...

mainz season ni nampak boleh pegi jauh, schurrle tu memang top la. lucius maximus harap lu dapat buat review derby gelsenkirchen semalam. padu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...