ANDA SEDANG MEMBACA

31

Debaran Piala Malaysia Ke Separuh Akhir

LuciusMaximus Rabu, Oktober 20, 2010 , , , , , ,
Sebelum kita pergi lebih jauh, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan 1Malaysia kerana prihatin dengan nasib bolasepak Malaysia. Penubuhan Akademi Bolasepak bernilai RM20 juta merupakan satu langkah yang tepat bagi melahirkan pemain bolasepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Soalan dari Sokernet, kenapa Pahang? Sebab PM 1Malaysia orang Pahang atau sebab Sultan Bola orang Pahang?

Kita nantikan saja kesan penubuhan Akademi Bolasepak ini nanti, sama ada membuahkan hasil atau tidak. Memang sudah tiba masanya rakyat Malaysia menggantikan tempat Wayne Rooney di Manchester United, kelab kesayangan rakyat Malaysia.

Sementara itu saingan separuh akhir Piala Malaysia 2010 berlangsung malam ini. Kedah menantikan kunjungan Kelantan sedang Negeri Sembilan bakal diuji oleh Johor FC.

Kedah – Kelantan

Hijau Kuning bakal menyambut kedatangan Red Warriors malam ini di Stadium Darul Aman. Kedua-dua pasukan telah bertemu 4 kali musim ini (Liga Super dan Piala FA) dengan Kedah menang sekali dan selebihnya seri.

19 Januari Kelantan 0 – Kedah 1 (Liga Super)
16 Februari Kedah 0 – Kelantan 0 (Piala FA)
20 Februari Kelantan 1 – Kedah 1 (Piala FA)
25 Mei Kedah 0 – Kelantan 0 (Liga Super)

Kemenangan Kedah ke atas Kelantan pada 19 Januari merupakan kekalahan tunggal Kelantan sepanjang musim Liga Super 2010.

Atas kertas, kedua-dua pasukan agak seimbang walaupun ramai yang akan mengatakan Kelantan tampak lebih kuat. Pun begitu Kedah di tempat sendiri bukanlah lawan yang mudah seperti dibuktikan dalam pertembungan suku akhir menentang Terengganu.

Sumber risik Sokernet memaklumkan B Sathianathan bakal menggunakan taktik menyerang untuk memastikan bekalan yang cukup dibawa ke Stadium Sultan Mohammad IV nanti, mengambil kira Kelantan agak gugup bila beraksi di depan penyokong sendiri (kalah pada Kedah dalam Liga Super dan Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia). Norshahrul Idlan masih digantung kerana kad merah dan harapan Red Warriors terletak pada gandingan Hairuddin Omar, Indra Putra dan pemain kelahiran Jitra, Akmal Rizal.

Bagaimanapun Kedah juga tidak kurang hebat dan sandaran mereka pastinya Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen untuk membekalkan umpanan kepada penyerang kelahiran Tumpat, Azlan Ismail.

Tilikan Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka: Kedah 2 – Kelantan 1

Negeri Sembilan – Johor FC

Sepintas lalu, Negeri Sembilan nampak mempunyai laluan mudah berdepan dengan Johor FC. Kedua-dua pasukan juga telah bertemu 4 kali musim ini (Liga Super dan Piala FA).

13 Januari Johor FC 1 – Negeri Sembilan 1 (Liga Super)
2 Februari Johor FC 2 – Negeri Sembilan 2 (Piala FA)
6 Februari Negeri Sembilan 5 – Johor FC 3 (Piala FA)
18 Mei Negeri Sembilan 2 – Johor FC 1 (Liga Super)

Setakat ini laluan skuad Jang dalam Piala Malaysia bolehlah dikatakan agak mudah. Dalam peringkat kumpulan hanya Kelantan saja yang mampu menggugat Jang, sedang KL Plus dan PKNS FC hanya pelengkap jadual. Dalam suku akhir pula berdepan Perlis memang tidak memberi masalah langsung buat Jang (Perlis menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-12 dari 14 pasukan, macam mana boleh masuk Piala Malaysia aku pun tak faham).

Kapten Jang, Rezal Zambery yakin sangat Negeri Sembilan akan ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut. Shukor Adan pula dilaporkan dah berkira-kira kalau menang Piala Malaysia, duit bonus nanti nak buat bayar muka Proton Inspira.

Tapi sebelum itu semua tercapai, Johor FC perlu ditangani terlebih dulu. Negeri Sembilan wajib menang di Paroi atau bakal berdepan dengan laluan sukar di Pasir Gudang nanti. Johor FC mempunyai rekod yang agak baik bermain di tempat sendiri (belum pernah kalah sepanjang saingan Piala Malaysia).

Persoalannya, adakah Wan Jamak berjaya menjadi arkitek kemenangan Negeri Sembilan malam ini atau bakal dikotak-katikkan oleh jurulatih Johor FC yang pernah berguru di Kanada?

Tilikan Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka: Negeri Sembilan 2 – Johor FC 0

31 Ulasan:

Jarr berkata...

nampak mcm laluan N9 dah diatur(statement mengundang)..kojo sonang kate Ebby Yus.

Selamat berentap kepada 4 pasukan.takmo gaduh2 ok.

adijaya berkata...

abg jarr, jom mai aloq staq. nak pulun habih malam ni. teringat memori tahun 1993: kedah vs kelantan, ada s.thanasegar jadi striker.

Jarr berkata...

jauh sgt...nantilah kalau tol jelapang dah betul2 selamat gua turun belah utara nun.

Kuwe berkata...

pertembungan dua KE.

gomo.

Unknown berkata...

pak long dan azlan x turun rasanya mlm ni

Jiwa Kacau berkata...

brader jarr, takut-takut kalau setiap game ada gaduh-gaduh,sukan bolasepak diharamkan kat Melesyaaa ni ye dak.kotlah sampai gitu kan..

[ a D D y ] berkata...

hobin jang hobin..


yamtuan sokong kito..
bukan sultan bola jago..

MOFASAD berkata...

jarr macam nak kena pukul ngan kawe nie

kah kah kah

Jarr berkata...

bolasepak kalau diharamkan kat mesia..main konda kondi la amri yahyah pasni..

mofasad, demo jange mace mace..nok keno ghetak ko?

Ridhwan Breakaz berkata...

johor fc bakal menggegar..

ku.mahu.KAY.tahu berkata...

insyaAllah Kedah!!
Kedah Pantang Kalah, Walau Sakit Jatuh dan Rebah!!

ong ong kedek kedek berkata...

hobin jang hobin...
prediction final:

Jang VS Kelantan
jang VS Kedah hu3

-zAp- berkata...

tiket stadium darul aman sold out termasuk tiket tambahan 6000 keping

tuan director berkata...

sokong kedah semangat utara

hellghast berkata...

aku harapkan game laju dan menarik malam ni,btw sultan bola buat akademi bola kat pahang sebab bengang dengan pahang,dah bagi can kekal kat liga super tapi kalah plak kat tangan pasukan kelab yang sultannya tak kacau pun pasal bola ni sebab hobinya lebih kepada main moto besar masuk kampung.huhuhu...
ape ingat kalau tertubuh akademi kat pahang tu,ingat negeri2 lain takde perancangan ke?team2 lain pun bagus2 sistem pengurusannya,bukan harap sultan bola...hahaha!!!
semangat sang lebah malam ni!!!

hellghast berkata...

btw apehal pulak Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka yang buat tilik aku tak paham!!! makin marah nanti si biz tu nanti,kena tuduh mempermainkan agama pulak sebab main tilik2 hahaha!!!

kitt berkata...

shukor adan masa score tap-in aritu dah beranagn Inspira tu..

Pulun Kedah!

ong ong kedek kedek berkata...

syukor adan beb... jeng jeng jeeenggg

r.k berkata...

ghua ingat final nanti , pahang boleh main la , Sultan cakap A , A lah .. nak buat cemana . cis .

aranhellstorm berkata...

r.k: Pahang dapat bye kan kat final? muahahahah!

pjoe berkata...

fail

tsubasa berkata...

JFC da mendapat bekalan selesa sikit di Paroi. kita tunggu sabtu ni plak. enjut lebah enjut!!!

*bgus tul Sultan Kedah ni. turun je support bila Kedah main. Sultan bola ada wat cam tu tak??

ruffey07 berkata...

sape nk main game fifa 11 kt PC boleh la download kt sini..

http://demamfootball.blogspot.com/2010/10/fifa-11-pc-games-download-at-mediafire.html

Azizan berkata...

nampaknya si rusa kena sengat lebah di paroi malam ni..


hidup johor fc.

ijan de bunks berkata...

adeh...
bongkak buntut ruse kono songat ngan lobah...
kat psir gudang nnt kito mengamok la..
tanduk sume sarang lebah...

in wan jamak we trust...

drizzt berkata...

nampak gayour tilikan ustaz nicolas sgt jauh tersasar neh ... kena tambah byk lagi ilmu didada hahah

hellghast berkata...

ustaz tabib anelka pakar tilik bab mati pucuk,masalahnya memanglah ade kaitan dengan mati,tapi bukan mati pucuk,tapi kalah mati...ape daa...

Azlan Zed berkata...

tilik pakai dadu ke, macam mana?

Syed Ahmad berkata...

ijan, bongkak buntut ruse takpo, jangan bongkak tinggi diri sangat, nanti malu..

ijan de bunks berkata...

arap nye cmtu la ced ea...
bg yo la n9 monang...
hahaha

Syed Ahmad berkata...

boley jan, n9 monang, tp jfc poie final, ok???haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...