Stadium Old Skool begini jangan kita sia-siakan!
Kita semua sedia maklum perancangan kerajaan hendak membina sebuah bangunan 100 tingkat yang hendak dinamakan Menara Warisan Merdeka. Atau adakah ia sebenarnya idea PNB? Atau mungkin idea Rosmah Mansor?
Menara Warisan Merdeka yang dicadangkan ini akan dibina di tapak bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kedua-dua stadium dan kawasan sekitar dimiliki oleh PNB.
Menara Warisan Merdeka dilaporkan bakal menelan belanja sebanyak RM5 bilion. Mengikut cakap Hamad Kama Piah, bos PNB, sumber kewangan untuk projek mega ini datang dari poket PNB sendiri.
Soalannya, apabila bangunan 100 tingkat ini siap nanti apa akan jadi pada Stadium Merdeka dan Stadium Negara?
PNB menjelaskan yang kedua-dua stadium akan dikekalkan sebagai warisan negara. Okay, tapi isunya adakah kekal sebagai artifak sejarah atau digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kesukanan?
Stadium Merdeka adalah stadium keramat bolasepak Malaysia. Ia adalah stadium perlawanan akhir Piala Malaysia setiap tahun hinggalah tahun 1994 bila Stadium Shah Alam mengambil alih. Ia juga adalah stadium di mana kita menganjurkan Pestabola Merdeka dan perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan Harimau Malaya.
Begitu juga dengan Stadium Negara, stadium keramat badminton Malaysia yang pernah menyaksikan negara kita menjulang Piala Thomas.
Semenjak Kuala Lumpur FA berpindah ke Stadium KLFA di Cheras, Stadium Merdeka kini sunyi. Apabila kita meraikan kemerdekaan ke-50 ubahsuai telah dibuat dan Stadium Merdeka dikecilkan dari kapasiti 45,000 kepada hanya 20,000. Kini ianya jarang sekali digunakan walaupun terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Memandangkan kepada protes ramai rakyat Malaysia terhadap cadangan membina Menara Warisan Merdeka, adalah lebih baik sekiranya PNB mengambil pendekatan yang berbeza dalam membangunkan kawasan sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Cadangan dari Unit Pengurusan Strategik Bolasepak Sokernet, apa kata RM5 bilion yang didakwa duit poket PNB itu dilaburkan dalam satu pelaburan yang mungkin memberi pulangan dividen sebanyak 6 peratus setahun. Maka dalam setahun PNB bakal memiliki sejumlah RM300 juta dividen.
RM200 juta boleh digunakan oleh PNB untuk apa-apa tujuan, bayar bonus kepada pemegang saham atau sebagainya. Hanya RM100 juta saja diperlukan setahun untuk satu tujuan murni yang hendak Sokernet cadangkan.
Majukan bolasepak negara. Dan juga badminton kalau mahu.
Stadium sudah tersedia, hanya yang diperlukan ialah bakat-bakat bolasepak dan beberapa kemudahan lain untuk pembangunan bolasepak. Kawasan projek bangunan 100 tingkat seluas 19 ekar boleh saja digunakan untuk membina 2 atau 3 padang bolasepak tambahan bersaiz antarabangsa, sebuah asrama, pusat perubatan dan pejabat pentadbiran. Bina sebuah akademi bolasepak.
Dengan peruntukan RM100 juta setahun, ia sebenarnya lebih dari cukup untuk menguruskan sebuah akademi bolasepak. Malahan dengan adanya pusat pembangunan bolasepak ini kerajaan boleh melupakan saja rancangan Akademi Bolasepak di Pahang bernilai RM20 juta yang hendak dibangunkan itu. Atau jika masih berminat, kerajaan boleh turut serta membangunkannya di tapak PNB ini.
Bagi memaksimumkan lagi penggunaan Stadium Merdeka, PNB boleh juga mewujudkan sebuah kelab bolasepak profesional. Asalkan namanya janganlah PNB FC atau Hamad Kama Piah United. Namakan Kuala Lumpur FC atau Kuala Lumpur United, atau Kuala Lumpur Eagles atau apa saja asalkan ada perkataan Kuala Lumpur. Supaya ramai peminat bolasepak di KL yang dapat turun ke stadium untuk memberi sokongan.
Kelab bolasepak profesional ini mestilah dikendalikan secara profesional, sesuai dengan statusnya. Pemain-pemain boleh diserap dari bakat-bakat bolasepak yang berlatih di akademi milik PNB tadi. Apa lagi dengan pemain import dibenarkan semula pada tahun 2012, PNB boleh menggunakan peruntukan RM100 juta setiap tahun untuk mendapatkan tenaga import yang berkualiti.
Kalau betul cara pengurusannya, tidak mustahil akademi dan kelab bolasepak ini dapat membuahkan hasil buat PNB.
Kalau setiap kali perlawanan 15,000 penonton hadir ke stadium dengan setiap seorang membayar RM10, itu sudah memberi pulangan sebanyak RM150,000 buat PNB dari kutipan tiket sahaja. Stadium Merdeka milik PNB, begitu juga tapak stadium maka mereka tidak perlu membayar satu sen pun untuk sewa stadium atau tapak. Sedang akademi pula mungkin menghasilkan 20 bakat baru bolasepak setiap tahun, yang boleh diserap PNB ke dalam kelab profesional mereka atau dijual kepada pasukan bolasepak yang lain.
Dan paling penting, PNB boleh melaksanakan tanggungjawab CSR mereka. Padang bolasepak yang dibangunkan di sekitar Stadium Merdeka boleh dibuka kepada orang awam pada waktu tertentu untuk mereka bermain bolasepak. Sekurang-kurangnya, warga KL dapat hidup aktif dan sihat serta berpeluang untuk bermain bola di padang hijau yang sekarang ini hampir ketandusan di KL. Dan mungkin masalah gejala rempit, hisap gam atau merakam video 3gp juga dapat diatasi.
Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan untuk Stadium Negara dan sukan badminton.
Idea ini mungkin nampak sembrono dan sembarangan. Tapi aku rasa idea buat bangunan 100 tingkat lagi tidak masuk akal sebenarnya.
Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Bolasepak kita, wajah kita.
42 Ulasan:
This is awesome idea bro!
Bagi gua - Stadium Merdeka adalah ikon negara.
Yang ni gua memang betul2 setuju.
haha.. fes ke?
Kalau setiap kali perlawanan 15,000 penonton hadir ke stadium dengan setiap seorang membayar RM10, itu sudah memberi pulangan sebanyak RM15,000 buat PNB dari kutipan tiket sahaja.
HEhehehe.....
pendek akal , nafsu kuat PNB ni rupanya
@bigmek
Dah tolak kos la tu.
(masih berpikiran positip)
malaysia memang suka bab2 membazir ni. tp bola sepak nak majukan punya lah susah.ish3
PNB amik untung singgit ke apa dari RM10?Abih lagi RM9 hengget kemana?ke aku yg salah baca dan kira?atau Lucy tertinggal satu lagik kosong?
ah persetankan..mmg tak wajar bangunan 100 tingkat..apatah lagi akademi bolasepak kat Pahang skang ni...kuikuikui.
Dulu gua masa kecik datang stadium merdeka pergi makan nasik kari kepala ikan je selalunya
termantap. Gua x sabar nak g selection KL Eagles ni.
setuju dengan idea ni bro. lebih baik majukan kawasan sekitar stadium merdeka sebagai dataran bola sepak negara. takkan nak arkibkan stadium merdeka jadi macam muzium?
Nostalgia Stadium Merdeka, yang paling diingati
..
..
..
Tato Angkatan Tentera,. best!!!
Aiseh, aku tertinggal satu '0' lah. Biasalah rushing nak pergi masjid tadi tu, haha!
http://www.jobstreet.com.my/jobs/2010/10/a/10/1158144.htm?fr=11
Pergh, lucius. Kalau ada jawatan Presiden FAM kosong, kau cepat cepat la apply. Nanti borang habis dapat ke istana
bgs lucy, lu ade visi yg org kate "rare" bg generasi skrg nih
tp malang generasi baby boomer ni x nmpk "big picture" tuh, kehkehkeh
Majulah Sukan Utk Negara
bgus...satu idea yang cukup bernas...aku setuju sngt2 dengan apa yang lucy ckapkn ni..harap benda ni akan jadi reality suatu hari nanti..
majulah sukan untuk negara...
aku rasa stadium tu kekal,yang menara wrisan tu dibina disekitar stadium aje...hmm...hmmm...
dreammm dreammm dreammmm
kalau nk idea,mmg ramai rakyat msia mencurah idea2 bernas mereka
tp kalau yg memegang kuasa ialah aparat2 cibai,maka mcm tu jelah,kongkalikong nasib kta
btw,aku xstuju akademi bola buat kat KL
aku takut drang mlm2 g clubbing
remaja msia masih xkuat mental mereka
buat dulu diceruk2 utan atau kampung
bila dh ramai bakat dilahirkan,mental remaja msia dh asek pk bolaaa je,siap dh ada idola player2 msia masa tu,haa time tu baru leh wat kat kl/bandar besar
masa tu mereka lagi pentingkan game ujung mggu dari minum arak dan main pompuan di kelab2 mlm
aku sokong...buat menara apa dapat? kroni dpt asyyukkkkk
muzammil : buat menara dapat menara la hahahahaha
jangan marah hah nanti kena jual....
make sense
tapi lu lupa satu der
KL itu suburb greater manchester dengan SW7 London. banyak penyokong Manure dan Arse dalam KL lagi. Zaman megah Subadron Aziz sudah tamat!
sokernet! boleh tak you all buat ulasan live sempena final esok?
please! please! please!
Lucy:
Cadangan memang mantap. Ada analisis,fakta dan statistik. Yang aku paling suka ialah kritikan berhemah berserta dengan solusi alternatif yg dicadangkan..memang matang dan marvellous! :D
Malangnya orang2 kita ni ada satu penyakit. Bila dah ada banyak duit, bila dah selesa duduk kat atas, dah x nampak orang bawah, dah xingat sumber duit tu datang dari sape. HAHAHAHA
Lalu Hamad Kama Piah berkata PNB bukan badan kebajikan projek ini untuk kebaikan kaum BUMIPUTERA di masa hadapan kenapa harus menentang
bangga la korang dengan KLCC, Mid Valley, The Curve yang bukan langsung di bawah kepentingan Melayu. Takpa, kita still boleh berbangga dengan arked Mara. tu je tempat berniaga Melayu kontrol
Biar saya bagi pendapat saya pula.
Kalau ditakdirkan PNB yang mencadangkan perkara-perkara di atas, saya jamin abang lucius pasti akan membantah.
Abang lucius akan cakap mengarut betul cadangan buat padang tengah-tengah bandar. Apa kes main bola ditengah-tengah asap bas?
Orang yang datang main bola nak parking kereta di mana? Nanti makin ramai orang buat double parking, triple parking semata-mata nak main bola, kadar kesesakan jalan raya di area sana makin gila.
Malam-malam makin banyak mat rempit akan lepak area sana dan buat aksi 3gp di tengah-tengah padang.
Lagipun abang lucius akan mengeluarkan pendapat bahawa bola sepak takkan maju punya selagi sultan pipiyapong tak mati-mati lagi. Duit tu nanti masuk ke kantung mereka dan anak-anak mereka. Akhirnya duit entah ke mana, bola sepak pun barai ke mana..
Cadangan abang lucius lebih kepada konsep tanam pisang. Tanam harini, tahun depan tuai, dapat untung, pulang modal. Pastu tanam balik. Bro, fikirlah 50-100 tahun punya plan, bukan setahun dua punya. Rugi gomen gajikan abang kalau fikiran cetek macam ni.
Percayalah abang lucius, abang takkan bersetuju dengan apa-apa pun cadangan oleh majikan abang tu :)
hati kau belum terubat kardio.
@ Kardio
Tapak 19 ekar tu sangat luas nak dimasuki asap bas. Ko kate 50-100 thn punye plan, bolasepak tu bukan 50-100 thn punye plan ke? Lagi 1 kalo ko nak tau mat rempit ni kaki bola biasenye lar, ape kes diorg nk buat aksi tengah2 padang. Parking kete pon dah jadi masalah, naik le motor. Ko kene pk pelaburan die 5bilion. Rakyat malaysia atau rakyat KL ade hak ke atas pelaburan tersebut.Ko kate org cetek pemikiran, cube ko terangkan keuntungan pembinaan menara tersebut kepada rakyat malaysia sempena gagasan satu malaysia 'RAKYAT DIDAHULUKAN, pencapaian diutamakan'? Aku x emo punye sebarang pendapat yg ko nanti.
setuju dgn keli...
haha...kardio mmg keras..
x penah nk brubah...
stuju dgn Nazurah Aishah
mlm ni bt ulasan live jorji jd pengulas n9
abeshavin pngulas klntan
pipi jd wakil sultan sbgai pngacar jmputan..
cool~~~
*pengacara
depa sumer dok busy ngadap tv skang ni ijan...
sendiri ulas la nampak gayanya :D
i like ur statement~~
nay , ghua tak nampak kenapa lucy perlu bangkang idea akademi bola . lagipun duit PNB . bukan 20 juta duit *ehem* .
lagipun kardio , padang (stadium) tu dah sedia ada di tengah bandar .. dah tak kena buat padang lain ... kan . asap bas ? LOL
2 la psl aishah...
xpo la..result pon da tau..
hati den mmg sodeh la tgk n9 klh..
tp nk bt cmne..adat permainan
bertabah la ijan...
tahun depan ekau cubo lah laie...
Marilah kardio, kita tampil, duduk satu meja, luah pandangan depan depan. Cakap pakai akaun tak wujud pun not good jugak.
Menara tu bagi aku political milestone PM je. Impak paling senang jadi orang besar ni buat bangunan la. Macam Che Det ada KLCC, Pak Lah ada masjid hadhari masjid kristal.
Nak buat impak dalam polisi pelajaran ke, ekonomi ke lambat nampak impaknya. Nak2 dalam bolasepak negara.
Lagi lambat nampak impak dia..haha
agree with you aran...
semua PM nak tinggalkan belangnya sebelum depa bersara...
harimau mati tinggalkan belang
PM bersara tinggalkan hutang :)
RM 5 bill...
1) tolong kurangkan harga minyak
2) harga minyak turun rakyat boleh berjalan dan berbelanja
3) bila rakyat berbelanja ekonomi negara kukuh sebab duit berpusing dalam negara
4) bila ekonomi bagus,currency malaysia akan naik
5) bila currency malaysia naik dan ekonomi bagus pelabur luar dan dalam negara melabur
6) apabila ada pelaburan banyak pekerjaan akan ada
7) bila ada pekerjaan crime rate negara menurun sebab ada kerja boleh cari makan
8) apabila crime rate menurun negara aman dan makmur
susah sangat ke.
Ok, tadi Muhyidin Yassin cakap hal ini tiada kaitan dengan kerajaan pasal duit itu duit PNB, bukan duit kerajaan.
Kamon la, PNB punye saham amanah rakyat kot. Duit untung pun dari rakyat. Plus, Pengerusi PNB adalah PM, so nampak sangat ada pengaruh kerajaan.
Lagi satu, kalau PNB start buat menara tinggi tinggi, nanti semua syarikat mahu bina menara tinggi tinggi. Pulangan lambat kot 5billion tu.
Buat akademi, tade hutang involve, pasal macam Lucius cakap, pakai duit dividen.
Tapi saya ni bukan PM. Cakap pun tak guna, takde orang dengar
stadium ini akan menerima nasib yang sama dengan jirannya iaitu Pudu Jail.khazanah yang berharga diruntuhkan.baral pnya kerajaan.
wa respek kat lu ah lucy. sejak2 ni penulisan makin membuka akal.
wa sokong ! upgrade stadium dan mutu bola sepak negara lagi bagus dari menara 100 tingkat ntah ape2~
Catat Ulasan