ANDA SEDANG MEMBACA

45

Rebiu: FIFA 11

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 01, 2010 ,

Kaver versi United Kingdom menampilkan Shrek dan Kaka



Ya, EA Sports datang lagi dengan FIFA 11!

Pejabat Sokernet telah pun menerima set FIFA 11 ehsan dari EA Sports semalam. Memang selama ini dalam proses pembikinan permainan video ini EA Sports banyak menghubungi Sokernet untuk mendapatkan input dan nasihat pakar. Contohnya nasihat mengenai ‘ART bolasepak’ dari Pipiyapong dan ‘bolasepak sebenar’ dari Jorji.

Apa yang EA Sports tidak tahu ialah lama sebelum Sokernet menerima set FIFA 11 percuma kami terlebih dulu telah membeli CD pirate FIFA 11. Harga tak mahal dalam RM5 ke RM10 bergantung sejauh mana kamu ngam dengan tauek jual CD tersebut.


Pejabat EA Sports. Sokernet punya 10 kali lagi banyak jersi, tapi Siam punyalah.


FIFA 11 adalah edisi ke-19 dalam siri FIFA yang merupakan sebuah permainan video bolasepak. Dah namanya pun FIFA mestilah main bolasepak, bukannya main konda-kondi.

KAVER

Sekali lagi FIFA 11 menampilkan wajah mamat tumbukan padu ke udara Wayne Rooney, kali ini digandingkan dengan Kaka. Menurut penjelasan dari pihak EA Sports, wajah Rooney kekal sebagai penghias kaver kerana kurangnya publisiti dan nilai komersil pada mamat mirip ala-ala Shrek ini. Jadi pemilihan ini boleh dikira sebagai amal jariah dan tanggungjawab sosial EA Sports kepada seorang pemain bolasepak yang kaki Red Light District. Pemilihan Kaka sebagai gandingan pula sekadar untuk mengurangkan aspek trauma yang mungkin wujud pada anak-anak setelah terlihat wajah Rudeboy Rooney. Kira Kaka ni cooling factor-lah.

DEMO

Sebelum FIFA 11 dikeluarkan, EA Sports telah menghasilkan sebuah demo untuk test market. Demo ini membariskan kelab-kelab seperti Chelsea, Barcelona, Real Madrid, Juventus, Bayer Leverkusen dan Lyon. Kenapa Manchester City dan Manchester United tidak ada? Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga kata orang. Liverpool? Pipit sama enggang manakah layak terbang bersama.

CIRI-CIRI

Ada banyak cirri-ciri baru yang diketengahkan dalam FIFA 11 ini. Tapi kebanyakan cirri-ciri terbaru ini hanya khas untuk platform PS3 dan Xbox 360, sedangkan platform yang ada untuk Sokernet test drive permainan video ini hanyalah PS2.

Namun begitu satu ciri terbaru yang boleh dirasai untuk mereka yang menggunakan platform PS2 ialah mod Be A Goalkeeper. Kali ini kita juga boleh bermain sebagai penjaga gol, menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Mod Be A Goalkeeper ini dibangunkan oleh EA Sports bersama penjaga gol Chelsea, Petr Cech. Kenapa bukan Manuel Almunia atau Pepe Reina? Lu jangan tanya soalan bodoh brader.

TIM-TIM

Apa yang membuatkan FIFA 11 permainan viedo bolasepak yang terunggul ialah jumlah tim yang boleh dimainkan. Kelab-kelab dari 31 liga mewakili 24 buah negara tersedia untuk kita nikmati bersama rakan taulan. Itu belum campur dengan 7 buah kelab Rest of World dan 2 pasukan yakni Classic XI dan World XI yang boleh kita buka selepas mencapai tahap dewa.

Masa peringkat pembangunan EA Sports ada mengatakan hasrat untuk memuatkan Liga Malaysia dalam FIFA 11 tetapi rancangan ini akhirnya gagal kerana tidak mendapat perkenan Sultan Bola. Sokernet percaya ini kes FAM minta komisen lebih.

Untuk pasukan kebangsaan pula sebanyak 39 negara boleh dimainkan, dari Argentina hingga ke Uruguay. Sekali lagi skuad Harimau Malaya tidak disertakan kerana tidak mendapat perkenan dari Sultan Bola.

TREK BUNYI

Macam biasa FIFA 11 membariskan hanya yang terbaik untuk soundtrack mereka. Massive Attack, Linkin Park, Groove Armada dan Gorillaz adalah antara beberapa nama gah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tetapi penyanyi dan kugiran baru yang berpotensi juga turut tidak ketinggalan. Setakat ini pilihan utama Sokernet ialah Dum Dum Girls, Ze Maria dan Charlotte Gainsbourg. Senang cerita lagu dalam FIFA 11 ini boleh juga buat muzik latar belakang sempena open house raya.

Demm pula Charlotte Gainsbourg ni


PERMAINAN

Okay setelah bercerita tentang Rooney hinggalah ke Charlotte Gainsbourg, tibalah masanya untuk menguji permainan FIFA 11 ini.

Langkah pertama, aku mulakan dengan tekan butang eject pada konsol PS2, keluarkan CD FIFA 10 dan masukkan CD FIFA 11. Langkah pertama ini memang wajib kita buat.

Untuk kali pertama kita akan diminta mencipta profail peribadi. Yang ini penting buat merekodkan pencapaian kita, sama ada masih tahap pipistuta atau sudah capai tahap dewa. Kalau sudah capai tahap dewa ada banyak markah dan boleh unlock benda-benda ajaib.

Selepas mencipta profail, kita diminta untuk memilih kelab pilihan. Skrin terlebih dulu akan memaparkan sebuah kelab EPL yang bernama Arsenal.

Kenapa Arsenal?

Pejabat Sokernet IDD pejabat EA Sports.

Sokernet: Apa barang letak Arsenal mula-mula sekali?

EA Sports: Pipiyapong yang minta letak Arsenal mula-mula sekali. Kasi can la kat dia.

S: Cis, kelab budak-budak belum sunat lagi ni.

EA: Tau, tau. Takpe la yang beli game ni pun ramai budak-budak juga kot, bagilah diorang seronok sikit. Lagi pun Arsenal kami letak 4 setengah bintang je.

Ya, Arsenal 4 setengah bintang. Aku tengok Chelsea dapat rating 5 bintang. Liverpool dapat 4 setengah bintang tapi menurut EA Sports, patutnya setengah bintang je. Yang lagi 4 tu faktor kenang-kenangan kata orang.

Okay, aku tukar Arsenal kepada Chelsea. Baru klasemen.

Untuk ujian perlawanan pertama, aku pilih Chelsea dan secara otomatik lawan yang ditetapkan ialah Arsenal. Macam tau-tau je.

Difficulty: World Class. Goalkeeper: World Class. Main kat Stamford Bridge, malam dan tidak bersalji. Camera: Dynamic. Game Length: 4 minutes.

Grafik secara keseluruhannya memang ART. Kelancaran permainan juga memuaskan dengan pilihan untuk bermain bolasepak secara ART atau secara sebenar. Walaupun tahap Wolrd Class, bermain menggunakan Chelsea menentang Arsenal masih lagi terlalu mudah. Faktor pihak lawan kot?

X+R1+O+X+O+R2+R3r+L3+X+L3+R1+X+O+L2 untuk terbang di udara


Keputusan penuh, Chelsea 2 – Arsenal 0. Nicolas Anelka dan Didier Drogba. Macam tak biasa.

KESIMPULAN

Tidak ada apa yang dapat kami simpulkan di sini melainkan ini ialah permainan video bolasepak. FIFA 11 seperti biasa adalah evolusi berterusan kepada siri permainan FIFA yang bermula sejak tahun 1994. Enam belas tahun telah berlalu dan dalam tempoh ini sebanyak 19 edisi telah dikeluarkan sementara Liverpool pula gagal menjuarai liga. Ya tidak ada kena mengena pun, saja aku nak menganjing.

Grafik yang menarik, permainan yang kemas dan seleksi pasukan serta stadium yang banyak menjadikan FIFA 11 antara permainan bolasepak mesti milik. Dengan FIFA 11, setiap lelaki mempunyai alasan kukuh untuk mengajak awek mereka ikut balik ke rumah.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan FIFA 11 anda di pasaran, ori atau tak ori terpulang pada pilihan masing-masing. Untuk penyokong Liverpool, ini adalah peluang anda untuk memastikan kejuaraan EPL akhirnya menjadi milik Liverpool. Tapinya, di alam maya sajalah.

45 Ulasan:

Wahida Jumaat berkata...

mak ai pnjg bebenor...
T sy bli hadiahkn kt tunang...sbb xbpe nk pndai tekan button ps2...maen dgn anak sdara,asyk kalah je...

Last statement itu sy suke...menanti ahad ini...gegege

talkIZcheap! berkata...

duh, lagu raya yg aku pasang time open house asek kena suruh tutup atau tukar pasal guna track2 camni lah...

takde art betul depa ni...haw haw!!

admin@blogdiloz.com berkata...

part menganjing liverpool semua best-best belaka.

kahkahkah.

reformist101 berkata...

FIFA? Apa barang. WE or PES la bro!

Azlan Zed berkata...

nie review ke prediction?

Mukmin Selamat berkata...

teringat gua dekat fifa 1997, time tu tim-tim malaysia masih ade.

mat berkata...

PES la bagos... tu pun nk kena ckp ke

mikhaelahmad berkata...

nanti gua nak terai ajak awek datang rumah pakai FIFA 11 ni lah.

LuciusMaximus berkata...

PES terlalu banyak art, lebih pada arcade dari simulasi. Gambar memang cun tapi tak realistik pada dunia bolasepak sebenar. Lepas tu senarai tim-tim pun tak memberangsangkan. Belum kira lagu lagi, memang citarasa agak kurang matang.

PES - sesuai untuk peminat Arsenal dan Barcelona yang terlalu taksub pada benda yang indah-indah dan cantik di mata tapi kosong pengisiannya.

Mukmin Selamat berkata...

PES yang tak seronok tak boleh nak menackle, tackle tahap adik-adik pun dah foul.

fifa seronok sikit.

Jarr berkata...

fifa bleh foul keeper...PES foul jaring goal ngan tiang goal boleh la..sklempes.

striker hebat PES Master League - Minanda ngan Ordaz.kah kah kah...

aranhellstorm berkata...

dulu aku memang pendokong PES&WE, tapi bila sudah beralih pada konsol PS3, try main fifa, aku sudah tidak memandang PES&WE.

PES&WE memang grafik nampak real, tapi dalam Fifa11 (main demo) EA Sports akhirnya dapat menyaingi Konami dalam ke'real'an dan ke'art'an gameplay bolasepak.

Sekali tengok skrin, rasa macam tengok live match pulak.

tapi Fifa11 utk pelantar PS3 belom kuar lagi kat Malaysia. Sebelum tu agak ada sapa nak beradu tenaga add la PSN ID gua, aranhellstorm, kita try dlm FIFA10 dulu... heh

BanDeLa berkata...

da jumpa cari x FAM 11 punya game...kehkehkeh

meor-name-depan-ku berkata...

FIFA 1997 je yang ade liga Malaysia.. tu pun jersey dgn bendera ntah ape2!!!

ijan de bunks berkata...

luci nye prdiction 2 mmg xleh blah...

K berkata...

FIFA>PES

hellghast berkata...

aku dulu main Fifa 1998 kat PSone,tapi aku singgah kedai game nampak cover WE4 mcm cantik,aku pun sambar satu,terus melekat kat WE dan PES,sampai la sekarang,nak tukar Fifa aku rasa untuk umur aku yang remaja lewat usia ni tak berapa sesuai nak catch up.Btw bab menganjing korang memang 5 bintang hahaha!!! asalkan jangan menganjingkan Madrid sudah,hahaha!!!

nwa berkata...

jap2...soalan:apakah fan chelsea buat ketika chelsea dahulunya di era 90 an hanyalah diayam2kan je?atau mereka hanyalah manusia yg blm mencapai umur 25thn pada 2010 ini?

adijaya berkata...

baru je habis main FIFA11 kat PS3, tapi main yg versi asia punya la. takde pun gambar rooney kat cover.

boleh check kat sini: http://tinyurl.com/cd-aku-baru-beli

secara keseluruhannya, game ni memang best kalau control pakai analog. just pakai 2 button je, sangatlah simple and easy. pastu, kalau nak buat skill pun senang. hari ni main lepas jumaat dah jumpa 2 skills.

contoh skills:
1. ground cross - tekan L1 + petak. skill ni memang selalu jadi kalau pakai fabregas. pakai xavi atau iniesta pun jadi gak. tapi kalau pakai gerrard atau lampard, jarang sgt jadi. tak tau la kenapa.
2. backheel - hold L1+L2 pastu tekan X ke teammate. skill ni senang jadi kalau pakai arshavin, messi, kaka dan CR. pakai scholes atau nani tak pernah jadi.

untuk demo, walaupun hanya boleh start dengan 6 pilihan team, tapi boleh unlock arsenal kalau dah menang 5 games. sekali lagi diingatkan, hanya arsenal yg boleh unlock. bukan man utd atau liverpool.

satu lagi, bila main demo, match tu akan main kat default stadium, santiago bernabéu. dan boleh unlock emirates. stadium lain seperti stamford bridge, old trafford atau anfield tidak dapat diunlock dalam versi demo.

sebagai kesimpulan, game ni memang sesuai utk liverpudlian semua kerana inilah satu-satunya peluang anda utk menjadi juara EPL.

sekian.

nwa berkata...

kepada yg menyokong madrid di atas,apakah yg anda buat bila perlawanan2 BPL sedang berlangsung?

Faiz Tapit berkata...

tauek

Sy's Den berkata...

PES > FIFA

The challenging aspects - PES boleh massive edit. FIFA beli terus main. Haih.

Cob Nobbler berkata...

beb,

Football Manager baru ada keluar?Serious gua dah lama tak follow alam game2 ni..sejak dah tak jadi student..

Mukmin Selamat berkata...

game ni jugak peluang keemasan buat para arsenalian dan chelsealian mengGRAB piala uefa CL.

kah kah kah!

jalanjatuh berkata...

pes untuk enjoyment..
fifa untuk realistic
aku maen game untuk enjoy
korang??
football manager pon best gak..

zul efron berkata...

predict 2-0 je?
ye kita tgok nanti ye luci..

City Laundry Cafe berkata...

Holden Caulfield: dengo citer bulan NOV ni kuar....

hellghast berkata...

kepada makan bola,time EPL main aku still tgk semua game sebab nak tengok Man Lu,Arsengal,beachpool dgn chelshit main,lagi menambah kerancakkan kalau selalu gaduh antara team2 beso(mcm zaman Roy Keane gaduh dengan Vieira)hahaha...
liga Jerman pun aku layan,liga Malaysia pun aku layan sebab nak tengok pasukan kesayangan FAM iaitu Selangor dengan Pahang kalah.lagipun kat forum aku tgh betting sape menang soccernet fantasy manager...hahaha!!!
mesti ramai kutuk aku pasni hahaha!!!

mrWann berkata...

abg ak da bli da..hahahaha..
ak xsaba nk maen...
fifa best...
PES xbest!!!!klu bdk2 ley ar maen PES....
hahahaha..

PELAUNG PULAU berkata...

konda-kondi... rofl
sultan bola... rofl

sistem bintang... WTF!!
menyampah gila sistem bintang FIFA...


game ea sports paling klasemen... RTWC98
gila arh..ade mode futsal lagi

tuan director berkata...

hoi takda keja lain ka selain nak pangkah liverpool!haha
aduyai kenapa sultan bola x perkenan liga super
6gb download

PELAUNG PULAU berkata...

RTWC98 mmg klasemen... ada liga malaysia... di situ wujudnya harapan melihat Malaysia menjulang Piala Dunia dengan pemain2 lejen seperti Khairul Azman,Azman Adnan, Juzaili Sameon, Amri Yahyah...

RTWC98 mmg klasemen... kenangan indah bila Negeri Sembilan beat Liverpool 2-0... kenapa lawan Liverpool? sebab tatkala umo aku 10 taun ketika itu, aku kenal 2 team je.. Liverpool dan team haram....

BanDeLa berkata...

main game nie real madrid bole mng BPL x????

hellghast berkata...

oiii Madrid main kat La liga la wei...tu point nak nganjing Madrid la tu hahaha!!!

fikiranlicin berkata...

Konsul Game Boy ada kuar tak bende ni? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ijan de bunks berkata...

ak men gme bola pki token je...
lg layannnnnnnn

julu berkata...

cis.. esok kene bgn awal.. aku main fifa 2011 jek dari td..

Kazuma berkata...

macam biaSe., football manager akan kuo tiap2 ujung taon., nov atau dec., aku layan dr zaman Univ., smpi la skang., xtdo malam dibuatnye.,
pape pon both of PES n FIFA great., tepulang pade sape yg men., pade aku., asal kan dpt mengubat keboringan bile awek aku tade., kire ok la tu., ahaha.,

nwa berkata...

aku xpuas ati ar...fan chelsea yg tulis artikel ni sila jawab...dimanakah korang masa chelsea dilanyak2 dulu?xdela dulu sgt,90an je pun..masa tu nk tgk chelsea no 16 pun susah

hAdi berkata...

dont u realise the field size in fifa is not same as the real field.. pity

Tanpa Nama berkata...

walaupun rebiu game haha..sempat lagi diterapkan nilai-nilai woof woof di situ hahaha

abe berkata...

korang try la men pes11. control pon da lbey kurang cam fifa11 dh. ps3 punye la.

nyzm berkata...

FIFA 10 Xbox 360 = FIFA 11 PC
tu yg best tu
tp kena upgrade la pulak pc ni

false berkata...

team arsenal team budak2?
ok la banyak player budak2, daripada banyak fan budak2 cam fan chelsea ('budak' bermakna mereka2 yang baru nak belaja tengok bola bila dengar nama abramovich)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...