Ini Warisan, Jangan Main-Main!
Hah, kenapa?
Macam pakcik-pakcik yang sukakan Liverpool, aku pilih FIFA keluaran EA Sports atas faktor nostalgia. Apa barang layan Pro Evolution Soccer keluaran Konami? Dah macam kartun Captain Tsubasa aku tengok gayanya.
Aku main siri FIFA semenjak dari yang pertama, FIFA 94. Masa ini CD pun belum cukup popular dan FIFA 94 boleh dimainkan dengan menggunakan MS-Dos.
Video di bawah adalah contoh terbaik sebuah permainan FIFA 94, antara Scotland dan England. Sekarang tengok memang macam Super Mario rupanya, tapi percaya atau tidak 16 tahun dulu aku boleh berjaga sampai 3 pagi layan menatang ni.
Yang paling cibai sekali tentang FIFA 94 ini ialah kita boleh letak pemain depan penjaga gol lawan ketika dia hendak menendang bola. Bola tersebut akan melantun dan boleh katakan 99% akan masuk ke dalam gawang.
Jangan gelak. Benda macam ini tradisi dan warisan permainan video bolasepak. Dari tahun 1994 hingga 2010, EA Sports telah mendidik berbilion individu melalui siri FIFA mereka, bermula dari FIFA 94 ini.
PES? Sesuai untuk budak-budak Arsenal yang belum sunat je. Macam aku cakap, cantik di mata tapi pengisian kurang. Macam mana nak bina jati diri sebagai seorang hadkor bolasepak?
Okay, jom layan video FIFA 94.
Rebiu: FIFA 11

Ya, EA Sports datang lagi dengan FIFA 11!
Pejabat Sokernet telah pun menerima set FIFA 11 ehsan dari EA Sports semalam. Memang selama ini dalam proses pembikinan permainan video ini EA Sports banyak menghubungi Sokernet untuk mendapatkan input dan nasihat pakar. Contohnya nasihat mengenai ‘ART bolasepak’ dari Pipiyapong dan ‘bolasepak sebenar’ dari Jorji.
Apa yang EA Sports tidak tahu ialah lama sebelum Sokernet menerima set FIFA 11 percuma kami terlebih dulu telah membeli CD pirate FIFA 11. Harga tak mahal dalam RM5 ke RM10 bergantung sejauh mana kamu ngam dengan tauek jual CD tersebut.

Pejabat EA Sports. Sokernet punya 10 kali lagi banyak jersi, tapi Siam punyalah.
FIFA 11 adalah edisi ke-19 dalam siri FIFA yang merupakan sebuah permainan video bolasepak. Dah namanya pun FIFA mestilah main bolasepak, bukannya main konda-kondi.
KAVER
Sekali lagi FIFA 11 menampilkan wajah mamat tumbukan padu ke udara Wayne Rooney, kali ini digandingkan dengan Kaka. Menurut penjelasan dari pihak EA Sports, wajah Rooney kekal sebagai penghias kaver kerana kurangnya publisiti dan nilai komersil pada mamat mirip ala-ala Shrek ini. Jadi pemilihan ini boleh dikira sebagai amal jariah dan tanggungjawab sosial EA Sports kepada seorang pemain bolasepak yang kaki Red Light District. Pemilihan Kaka sebagai gandingan pula sekadar untuk mengurangkan aspek trauma yang mungkin wujud pada anak-anak setelah terlihat wajah Rudeboy Rooney. Kira Kaka ni cooling factor-lah.
DEMO
Sebelum FIFA 11 dikeluarkan, EA Sports telah menghasilkan sebuah demo untuk test market. Demo ini membariskan kelab-kelab seperti Chelsea, Barcelona, Real Madrid, Juventus, Bayer Leverkusen dan Lyon. Kenapa Manchester City dan Manchester United tidak ada? Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga kata orang. Liverpool? Pipit sama enggang manakah layak terbang bersama.
CIRI-CIRI
Ada banyak cirri-ciri baru yang diketengahkan dalam FIFA 11 ini. Tapi kebanyakan cirri-ciri terbaru ini hanya khas untuk platform PS3 dan Xbox 360, sedangkan platform yang ada untuk Sokernet test drive permainan video ini hanyalah PS2.
Namun begitu satu ciri terbaru yang boleh dirasai untuk mereka yang menggunakan platform PS2 ialah mod Be A Goalkeeper. Kali ini kita juga boleh bermain sebagai penjaga gol, menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Mod Be A Goalkeeper ini dibangunkan oleh EA Sports bersama penjaga gol Chelsea, Petr Cech. Kenapa bukan Manuel Almunia atau Pepe Reina? Lu jangan tanya soalan bodoh brader.
TIM-TIM
Apa yang membuatkan FIFA 11 permainan viedo bolasepak yang terunggul ialah jumlah tim yang boleh dimainkan. Kelab-kelab dari 31 liga mewakili 24 buah negara tersedia untuk kita nikmati bersama rakan taulan. Itu belum campur dengan 7 buah kelab Rest of World dan 2 pasukan yakni Classic XI dan World XI yang boleh kita buka selepas mencapai tahap dewa.
Masa peringkat pembangunan EA Sports ada mengatakan hasrat untuk memuatkan Liga Malaysia dalam FIFA 11 tetapi rancangan ini akhirnya gagal kerana tidak mendapat perkenan Sultan Bola. Sokernet percaya ini kes FAM minta komisen lebih.
Untuk pasukan kebangsaan pula sebanyak 39 negara boleh dimainkan, dari Argentina hingga ke Uruguay. Sekali lagi skuad Harimau Malaya tidak disertakan kerana tidak mendapat perkenan dari Sultan Bola.
TREK BUNYI
Macam biasa FIFA 11 membariskan hanya yang terbaik untuk soundtrack mereka. Massive Attack, Linkin Park, Groove Armada dan Gorillaz adalah antara beberapa nama gah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tetapi penyanyi dan kugiran baru yang berpotensi juga turut tidak ketinggalan. Setakat ini pilihan utama Sokernet ialah Dum Dum Girls, Ze Maria dan Charlotte Gainsbourg. Senang cerita lagu dalam FIFA 11 ini boleh juga buat muzik latar belakang sempena open house raya.

Demm pula Charlotte Gainsbourg ni
PERMAINAN
Okay setelah bercerita tentang Rooney hinggalah ke Charlotte Gainsbourg, tibalah masanya untuk menguji permainan FIFA 11 ini.
Langkah pertama, aku mulakan dengan tekan butang eject pada konsol PS2, keluarkan CD FIFA 10 dan masukkan CD FIFA 11. Langkah pertama ini memang wajib kita buat.
Untuk kali pertama kita akan diminta mencipta profail peribadi. Yang ini penting buat merekodkan pencapaian kita, sama ada masih tahap pipistuta atau sudah capai tahap dewa. Kalau sudah capai tahap dewa ada banyak markah dan boleh unlock benda-benda ajaib.
Selepas mencipta profail, kita diminta untuk memilih kelab pilihan. Skrin terlebih dulu akan memaparkan sebuah kelab EPL yang bernama Arsenal.
Kenapa Arsenal?
Pejabat Sokernet IDD pejabat EA Sports.
Sokernet: Apa barang letak Arsenal mula-mula sekali?
EA Sports: Pipiyapong yang minta letak Arsenal mula-mula sekali. Kasi can la kat dia.
S: Cis, kelab budak-budak belum sunat lagi ni.
EA: Tau, tau. Takpe la yang beli game ni pun ramai budak-budak juga kot, bagilah diorang seronok sikit. Lagi pun Arsenal kami letak 4 setengah bintang je.
Ya, Arsenal 4 setengah bintang. Aku tengok Chelsea dapat rating 5 bintang. Liverpool dapat 4 setengah bintang tapi menurut EA Sports, patutnya setengah bintang je. Yang lagi 4 tu faktor kenang-kenangan kata orang.
Okay, aku tukar Arsenal kepada Chelsea. Baru klasemen.
Untuk ujian perlawanan pertama, aku pilih Chelsea dan secara otomatik lawan yang ditetapkan ialah Arsenal. Macam tau-tau je.
Difficulty: World Class. Goalkeeper: World Class. Main kat Stamford Bridge, malam dan tidak bersalji. Camera: Dynamic. Game Length: 4 minutes.
Grafik secara keseluruhannya memang ART. Kelancaran permainan juga memuaskan dengan pilihan untuk bermain bolasepak secara ART atau secara sebenar. Walaupun tahap Wolrd Class, bermain menggunakan Chelsea menentang Arsenal masih lagi terlalu mudah. Faktor pihak lawan kot?

X+R1+O+X+O+R2+R3r+L3+X+L3+R1+X+O+L2 untuk terbang di udara
Keputusan penuh, Chelsea 2 – Arsenal 0. Nicolas Anelka dan Didier Drogba. Macam tak biasa.
KESIMPULAN
Tidak ada apa yang dapat kami simpulkan di sini melainkan ini ialah permainan video bolasepak. FIFA 11 seperti biasa adalah evolusi berterusan kepada siri permainan FIFA yang bermula sejak tahun 1994. Enam belas tahun telah berlalu dan dalam tempoh ini sebanyak 19 edisi telah dikeluarkan sementara Liverpool pula gagal menjuarai liga. Ya tidak ada kena mengena pun, saja aku nak menganjing.
Grafik yang menarik, permainan yang kemas dan seleksi pasukan serta stadium yang banyak menjadikan FIFA 11 antara permainan bolasepak mesti milik. Dengan FIFA 11, setiap lelaki mempunyai alasan kukuh untuk mengajak awek mereka ikut balik ke rumah.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan FIFA 11 anda di pasaran, ori atau tak ori terpulang pada pilihan masing-masing. Untuk penyokong Liverpool, ini adalah peluang anda untuk memastikan kejuaraan EPL akhirnya menjadi milik Liverpool. Tapinya, di alam maya sajalah.
EMEL KAMI
PENGULAS
DISCLAIMER
LANGGANI RSS KAMI