Selepas aku pos rebiu mengenai FIFA 11, ada pembaca yang mempersoalkan kenapa FIFA 11? Layan PES baru best kata mereka.
Hah, kenapa?
Macam pakcik-pakcik yang sukakan Liverpool, aku pilih FIFA keluaran EA Sports atas faktor nostalgia. Apa barang layan Pro Evolution Soccer keluaran Konami? Dah macam kartun Captain Tsubasa aku tengok gayanya.
Aku main siri FIFA semenjak dari yang pertama, FIFA 94. Masa ini CD pun belum cukup popular dan FIFA 94 boleh dimainkan dengan menggunakan MS-Dos.
Video di bawah adalah contoh terbaik sebuah permainan FIFA 94, antara Scotland dan England. Sekarang tengok memang macam Super Mario rupanya, tapi percaya atau tidak 16 tahun dulu aku boleh berjaga sampai 3 pagi layan menatang ni.
Yang paling cibai sekali tentang FIFA 94 ini ialah kita boleh letak pemain depan penjaga gol lawan ketika dia hendak menendang bola. Bola tersebut akan melantun dan boleh katakan 99% akan masuk ke dalam gawang.
Jangan gelak. Benda macam ini tradisi dan warisan permainan video bolasepak. Dari tahun 1994 hingga 2010, EA Sports telah mendidik berbilion individu melalui siri FIFA mereka, bermula dari FIFA 94 ini.
PES? Sesuai untuk budak-budak Arsenal yang belum sunat je. Macam aku cakap, cantik di mata tapi pengisian kurang. Macam mana nak bina jati diri sebagai seorang hadkor bolasepak?
Okay, jom layan video FIFA 94.
Memaparkan catatan dengan label pro evolution soccer untuk budak belum bersunat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pro evolution soccer untuk budak belum bersunat. Papar semua catatan
39
Ini Warisan, Jangan Main-Main!
LuciusMaximus
Sabtu, Oktober 02, 2010
ea sports,
fifa 11,
fifa 94,
pro evolution soccer untuk budak belum bersunat
Langgan:
Catatan (Atom)
EMEL KAMI
PENGULAS
DISCLAIMER
LANGGANI RSS KAMI