ANDA SEDANG MEMBACA

36

Lupa letak tajuk tadi..

Jorji Jumaat, November 12, 2010
FAM memang Punai!

Bolasepak Sebenar tercemar dengan keputusan FAM untuk menemukan pasukan Selangor, sebagai Juara Liga Super menentang Kelantan sebagai Juara Piala Malaysia untuk Piala Sumbangsih 2011.

Untuk rekod, kebiasaanya, juara Piala FA yang sepatutnya menentang juara Piala Malaysia; iaitu N.Sembilan bertemu Kelantan. Apakah punca sebenar perubahan ini, tidak dinyatakan oleh pihak FAMville.

Sumber yang Jang boleh percayai, punai-punai di FAM tidak mahu menyaksikan kebangkitan skuad Hobin Jang Hobin sebagai kuasa baru bolasepak negara. Mereka tidak mahu kemajuan dalam bolasepak, tetapi lebih kepada keunikan dan kekeluargaan.

Montori Besar Negeri Sembilan, selaku Presiden PBNS telah menghantar surat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung FAMville, Datuk Azuddin Ahmad.

Mengenai persiapan Negeri Sembilan, Montori Besar puas hati dengan pencapaian skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan musim ini dan berkata, pihaknya kini berusaha membentuk skuad mantap dalam usaha melonjakkan lagi prestasi dengan sasaran mempertahankan Piala FA selain merampas kembali Piala Malaysia dan menjuarai Liga Super.

Inilah contoh Bolasepak Sebenar. Punya visi,cita-cita dan wawasan. Bukan bermain sekadar dapat gaji bagai perkerja kerajaan dan dibantu naik liga bila kecundang.

Kalau nak memunah, memang la kerja FAM!

Debar derbi ala Mancini.

Bolasepak Sebenar juga hancur bila ada pengurus yang mementingkan kedudukan diri sendiri dari kesenian dan kehebatan bolasepak itu sendiri. Aku membazirkan masa Subuh menonton pasukan Manchester City bertahan sampai 7 orang dalam kotak penalti hanya kerana tak mahu kalah pada Manchester United.

Mancini tahu, jika mereka mengamalkan permainan bolasepak sebenar, mereka akan kalah dan turun ke kedudukan ke 4 liga. Keputusan seri memang dirancang awal oleh Mancini. Mungkin juga ini perancangan bersama dengan Ancelloti. Italian job! Memang hina!

Hanya sekali Van Der Sar menyelamatkan percubaan Tevez. Masa lain beliau pasang ubat nyamuk.

Walaubagaiamanpun, Manchester United bermain baik pada subuh itu. Mengamalkan permaina bolasepak sebenar meman memerlukan kesabaran dan kesungguhan professional. Pak Alex tak kisah seri kerana mengikut rutin, Boxing Day nanti mereka akan klasemen macam biasa.

..dan Manchester United tidak perlukan bantuan mana-mana pasukan atau pengurus untuk menjadi Juara.

Main Wau.

Bolasepak Sebenar membenarkan permainan aggresif atau robust selagi ianya dilakukan secara professional. Tackle keras itu biasa kerana tiada siapa boleh buat tackle 'lembut'. Masalahnya ialah bila pemain sendiri kene tackle, dia maki. Pemain dia tackle orang, dia kata takpa.

Siapo tu?

Liverpool.

Dah lama aku tidak dikejutkan oleh kokokan ayam-ayam Liverpool. Kemenangan keatas Chelsea hari tu, fesbuk dan dunia dikejutkan oleh kokokan nyaring mereka. Berkokok memang tugas ayam. Sekali-sekali mereka perlu berkokok. Kalau tidak, tak jantan la.

Tapi, kalau setakat team orang tua macam Chelsea.... boleh la...

Rudeboy.

Rudeboy melakukan kesilapan besar bila buat perangai dengan Pak Alex.
Perlu diingat, penyokong memang mengidolisedkan (dubook press iktiraf perkataan ini) pemain seperti rudeboy, keano, King Cantona dan sebagainya. At the end of the day, Manchester United
lah yang akan kekal dihati penyokong.

Dah lambat aku nak bercerita hal Rudeboy. Masa kes ni tengah panas, aku adalah seorang Jang dari Kuala Pilah. Sekarang, aku kembali sebagai Damansara Boy. wakaka.

Obbe.

Dia fanatik Manchester United! Period.

p/s : tumpang lalu Bota. :P

36 Ulasan:

zX berkata...

FAM memang shilake punya persatuan..

double standard, inconsistent, lembap nak mampus semua ada..

ptui!

'Ariff Ansaruddin berkata...

FAM memamg pkmk la!

Union Equatoriale berkata...

FAM=PUNA

LuciusMaximus berkata...

Apekehenye Jang ke Bota? Cari deghoyan ke? Ke nengok projek baru?

Cesc Luzeza berkata...

asal lak sel vs kelantan yerk..dan2 jerk boleh berobah..pelik2 la F.a.M ville ni...

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kalau diorang ambik Pahang main Sumbangsih gua tak marah sangat!

Arajo Dilangit berkata...

FAM wt kltn vs slagor sbb dia nk tgk ada gado2 lg...nnt lh wt duit dgn mendenda pasukan yg penyokongnya wt kecoh...terutama KAFA...hehe...

Jef Hadi berkata...

aiseh brader pipi.

baik ambil tronoh fc je.

ye dok?

haha.

Unknown berkata...

setuju dgn Awang Joe.. dorang ni suka layan wresling kat rumah/istana

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

"Hanya sekali Van Der Sar menyelamatkan percubaan Tevez. Masa lain beliau pasang ubat nyamuk."

kahkahkah! gelak guling-guling part ni..

SFB berkata...

nice one jorji... :D

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Main kat S.alam kn??
kualiti kerusi pada tahap x memuaskan tuh...
they'll need a new one..
Hahahaha....

ijan de bunks berkata...

fam mmg chilaker...
ak bru je nk tgk n9 mng sumbangsih..
taun lps ak pg n9 klh..

Cob Nobbler berkata...

1)Marketing strategy beb - Piala Sultan Ahmad Shah aka Sumbangsih ni bukan piala glamer.Untuk mengglamerkan piala ini - pasukan glamer haruslah dijemput.

Negeri Sembilan bukan team glamer.Harap maklum.

2)Gua rasa Arab Dubai adalah pelabur paling bangang dalam sejarah bila dia melabur kat Man City.Kalau dia melabur kat Sunderland pun takpe lagi.

3)Liverpool.Kalau team tu dah terklasemen dan power - tak payah la heboh-heboh.

4)Rudeboy mengingatkan aku terhadap Jaap Stam.Sepower mana pun - tapi kalau kurang ajar ngan Tok Wan Alex - maka keluarlah jawabnya.Even Beckham dan van Nistelrooy juga menerima nasib yang sama.

5)Obe - aku cadang nak buat Kelab Bekas Penyokong Manchester United.Aku pun turut bersimpati dengan tohmahan yang diterima.

Kita boleh jemput Tevez sebagai duta kita kelak.

hellghast berkata...

selangor anak emas FAM selain Pahang,Hamidin er...er...er... punye keja la ni,diaorg bengang Selangor punya nmaruah dah tercalar,konon2 kalau Selangor jumpe Kalantan Selangor boleh pulihkan imej la konon.
seboleh2 nak masukkan Selangor,macam cilake FAM,ada bagusnya Malaysia dibelasah oleh China,tapi tak guna jugak kerana ianya tak boleh menggegarkan perut sultan bola yang dah mcm fevernova aku tengok!

Ajeossi berkata...

@Cob Nobbler nice one!
eh, da mcm twitter pulak.

hantuLongkang berkata...

buat apa nak berkokok kalau xde orang nak jolok... ke ada entri dari kem Wigan itu hari berkokok berdegar2 nak tapaukan Liverpool? takde la pulak... miahaha

lain la kalau satu kem nama chelsea.. dah habis taik dia sapu berkokok nak tapau Liverpool.. last2 suara pecah, taik dapat.. miahaha

.Gory. berkata...

Ini ada gambar Glory Gay Man United. Haha

keli berkata...

OK pe ayam berkokok klu x cmne nk bgun pagi tgk bola. Viva Selangor, jgn jeles team selangor jd ank emas FAM. Hidup Sultan Bola hehe...aaaa kerusi kt stadium da cabut kene ddk kt tangga jer. Taik ayam bley wat baja wei. Kt Eastlands byk nyamuk aedes kot bai. Plan asal mancini aritu nk letak 11 org kt gol tu kasi budak2 MU emo trmsk Pak Alex biar xde gol. Heh ke laut gua hehe...

msyafiqg berkata...

err, kat petak sokershop sebelah tulis "kita boleh dipesan" daa..

Mat Pintu berkata...

duit aku bayar tiket stadium suma kena paw ngan FAMville ni. sheet! gua nk report kat KPWKM!

Zaid berkata...

FAMville.

new word coined by Sokernet.
memang cun.

Obefiend Weiland berkata...

@PEROKOK

itu bahasa johor tu.. KITE KITE AWAK AWAK

/cover kesilapan

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Gat wants to be your enemy in FAMville...

Accept Ignore(got no balls)

Sy's Den berkata...

Kalau betul FAM mmg shit. Pergh Nami, baru je gua mintak lu tulis psl bola, dh jadi cenggini. Hahah.

Anyway sapa punya idea dlu ek yg suruh fan lari atas padang pakai banner "Sultan Bola Sila Letak Jawatan"? Piala Sumbangsih ni la masanya. Fans N9 sila take note. Hahah.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

gua cadangkan j or ji la yg perlu melakukan pengorbanan tu. kerana sebagai jang sejati, lu kene tampil membela pasukan negeri lu yg ditindas. pakai banner besar2 tulis 'sultan bola sila letak jawatan' pada perlawanan piala sumbangsih nanti. gua penyokong selangor tapi gua tak setuju dengan cara n9 kene tindas.

Tanpa Nama berkata...

TRIBUTE TO MAN U CAMP

keli berkata...

Sultan syg dgn negri kelahiran gua lalala....Viva Selangooor. Klu btool jd lwn nnt wa da siap sedia dengan keris taming sari dan bom C4 nk mengadap abe2 kelate kakakaka.... Akhirnye ade org stuju bolasepak sebenar adalh game menyerang. Defensive is not football kate Wan Perlis aritu...heh

ijan de bunks berkata...

den pun nk lari dlm pdg 2 nnt...
soh FAMville bubar
amik kabinet sokernet jd pengurus bola sepak melaysia...
pipi jd presiden..amacam???

blitz berkata...

baru perasan kat bawah page ada nota.. haha.. aku rasa nota tu kena letak kat atas sekali ni..

hellghast berkata...

celaka!!! referee aussie nih! memang nak bagi China menang! dia tak kenal sultan bola lagi!!!
sultan bola dengan Hamam kamcing tau!

eleynashikin berkata...

fuhhh! dah lama tak baca sokernet...

reff aussie bong ok...

mankaran berkata...

Mari kita rate poor untuk referee ni http://sokernet.blogspot.com/2010/11/fam-memang-punai-bolasepak-sebenar.html

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

referee gila kad rpenye...
http://www.football-lineups.com/referee/1132/

SFB berkata...

dlm FB dh ada page nk kutuk kaw2 ref ni..

http://www.facebook.com/pages/Say-no-to-Ben-Williams/154060151304872

mari la sama2 join maki hamun ref ni...

ayobkelubi berkata...

@hellgast

kalau lu kata selangor anak emas FAM, lu silap.masa selangor kena drop pergi divisyen 2 ada FAM bekap?. haram takde langsung. masa PAHANG nak kena drop..dan-dan tu tukar format liga kan?. berapa kali dah PAHANG terlepas?. GALATICOS MALAYSIA sangattttttlah PAHANG tu!. ptuihh!.

apa masalahnya KELANTAN lwn N.SEMBILAN balik?. at least boleh repeat dendam atau menganjing dua kali. apalah FAM ni?. mmg dia buat persatuan mak ayah derang betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...