ANDA SEDANG MEMBACA

17

Aku, Liverpool dan Sarawak.

MDM FARAH FAIZURA Sabtu, Januari 15, 2011 ,
Apabila ada orang bertanya, apa yang aku ingat pada tahun 1985? Banyak yang boleh aku ingat, sebab hidup aku pada waktu itu bersifat khusus. Seperti hamster yang berlari-lari di dalam sangkar yang khusus. Tidak banyak protokal, hidupnya ringkas dan sekitarnya yang mudah diingat.

Tetapi bukanlah aku hidup di dalam sangkar melainkan aku hidup di sebuah kampung pedalaman di Sarawak, yang hanya ada jalan air. Lalu hidup aku menjadi sangat khusus. Tanah becak, ayam, anjing yang bernama Bobby, pokok kelapa, buah koko, pokok kopi, bot, pelita, bateri televisyen, kaset Joget Melayu Deli dan radio. Khusus.

Namun menyebutkan satu-satu perkara itu sebagai jawapan, bukanlah sesuatu yang menawan, apatah lagi apabila yang bertanya itu seorang gadis yang lahir di HKL. Nasib aku baik kerana aku sempat mengingati satu perkara yang tidak khusus. Perkara yang sampai sekarang aku masih tidak boleh fikirkan atas sebab apa ia berada di situ dan mengapa. Iaitu poster bolasepak piala dunia 1978 Argentina, berwarna hijau pudar yang terlekat pada dinding rumah datuk aku.

Selain bermain-main dengan Bobby di bawah rumah, merenung poster bolasepak itu juga adalah aktiviti kegemaran aku semasa datang ke rumah datuk. Poster itu lengkap dengan gambar semua pasukan dan pemain berserta dengan jersi-jersi yang menangkap mata aku. Itu pengalaman aku berkenaan bolasepak dan aku mula menyenanginya tanpa sebarang alasan.

Itu cerita dahulu. Bobby sudah lama mati dilastik pencuri pisang dan rumah datuk aku sudah dirobohkan bersama dengan poster itu.

“Jadi apa yang sebenarnya awak nak cerita?” Anggap soalan itu daripada gadis yang lahir di HKL.

Hanya dalam beberapa tahun lepas aku dapat mewakilkan perasaan aku pada tahun 1985 itu dengan satu perkataan, iaitu 'automatik'. Adalah lebih mudah apabila kamu pernah menggunakan kereta automatik dan manual. Jadi perasaan aku tadi adalah bersifat automatik dan ia tidak ada buku manual yang perlu aku ikuti, seperti apabila jalan jem, tukar ke gear dua.

“Jadi apa kena mengena dengan Liverpool dan Sarawak?” Soalan daripada gadis yang sama, cuma kali ini dia melepaskan rambutnya yang separas bahu.

Itu rasa automatik yang aku rasa apabila aku menyokong Liverpool. Untuk aku, aku tidak perlukan buku manual mengapa aku perlu sokong sesuatu kelab itu. Perasaan itu datang begitu sahaja dan apabila ia sudah datang, ia tidak akan pergi. (Semestinya itu semua atas izin Allah juga).

Membayangkan diri aku memerlukan buku manual bagi menyokong Liverpool adalah seperti aku membayangkan, pada tahun 1985, aku menyukai poster piala dunia 1978 itu kerana aku tahu warna font yang digunakan sesuai dengan layout poster.

Menyokong Liverpool tidak perlukan sebab dan sekiranya aku memberitahu juga dua tiga perkara menarik berkenaan Liverpool, ia bukan sebab tetapi ia cuma mahu bersikap rasional. Kerana logiknya, menyokong tanpa sebab itu adalah tidak rasional, dan dilihat tidak rasional itu sangat tidak manis apatah lagi oleh gadis yang lahir di HKL.

Tetapi ada perkara yang lebih 'automatik' dan lebih tidak rasional berbanding menyokong Liverpool itu sendiri. Iaitu menyokong pasukan Sarawak. Setidak-tidaknya, Liverpool aku masih kenal wajah dan nama pemainnya atas bantuan media. Namun Sarawak, haram seorang pun aku tidak kenal wajah dan nama pemainnya sekarang.

Aku cuma kenal, Jalil Rambli, Gilbelrt Casidy Gaweng, Affendi Julaihi, Affendi Jol, Ibrahim Mentali, Ramos Sari, Joseph Kalang, Safee Sali, dan Kamberi Hemlet.

Ada empat lima lagi nama pemain sebenarnya, tetapi aku boleh lupa pula sekarang. Kesemua nama itu sudah tidak bermain untuk Sarawak. Joseph Kalang ke Terengganu dan Kamberi Hemlet berhenti kerana mendapat tawaran kerja yang lebih menjamin berbanding bermain bola.

Lalu apa yang aku tahu berkenaan pemain-pemain Sarawak sekarang? Aku cuma tahu mereka sudah tidak bermain di Liga Super dan menjadi pasukan belasahan. Juga satu fakta yang mereka juga punyai kelab penyokong tegarnya sendiri, UltraCroc. Ultra Croc?

Namun aku tetap gembira dan bangga menyokong Sarawak. Aku masih tetap ingat bagaimana rasa gembiranya aku apabila Sarawak menang Piala FA 1992.

Semua perkara itu berbalik pada tahun 1985, pada saat aku mula mengerti, aku tidak perlukan manual untuk suka apa yang aku suka. Ngap Sayot dan YNWA!

Mujur zaman sekarang ada internet. Berikut adalah pasukan Sarawak yang diperoleh daripada laman webnya. Entah sudah update ataupun tidak, aku kurang pasti.


17 Ulasan:

Azlan Zed berkata...

YENUWA !

Jojoe Ali berkata...

2nd!

Haih.. bile laa ada org nak update pasal team aku Harimau Kumbang yang lemau itu. Atau haruskah aku sendiri yang melakukan segalanya?

Aku penah bertembung dengan team aku kat Harbour View, masa bekpes. Masa tu diorang baru kalah 0-4 dgn Bujang Senang. Sekor pun takde muka sedih.. semua excited nak pegi shoping kat waterfront.

Agi idup Agi ngelaban!
Haih...

talkIZcheap! berkata...

aku bersetuju dengan keseluruhan cerita/artikel ni, kecuali bab sokong Liverpool (heh heh :P)

aku juga beranggapan kita tak perlukan manual/sebab untuk menyokong/mencintai sesuatu...

YENUWA!!

Fil berkata...

kitak asal sarawak ka dingin ? :) siney kat sarawak ? :D

NGAP SAYOT!! YNWA!!

keli berkata...

Mse gua kecik mse skolah darjah 4 dlu abang gua yg sulong slalu belikn gua bju liverpool dan bilik dier pnoh dgn poster liverpool....secare automatik gua tros minat liverpool sbb didikn abg gua tuh...
Smpi skrg pon abg gua tuh msih tros belikn gua baju liverpool yg latest skli yg kaler hitam ader logo liverpool dan logo standard chatered kt bwh dier walopon gua da bole beli sendiri....tu yg gua x puas hati tuh...dier ingt gua kanak2 riang lg ke....kikikiki...
Yg gua paling suke mse die beli baju liverpool dgn logo carlsberg. Mak gua mmg hati panas mse tu kalo gua pakai...gua ckp abg yg belikn. kakakaka....

YNWA!!!

Ajeossi berkata...

@Hazard
ak rasa saudara patut mencuba nasib hantar artikel pasai Harimau Kumbang..


Agi idup agi ngelaban!
Haih,,,

jerong berkata...

xbest..xbest..xbest..!!!

keli berkata...

best....best...best...liverpool...liverpool....liverpool bestt...best....best. YNWA....YNWA....YNWA....

kareem berkata...

ade beza ngan boleh bela anjing ngan main anjing...

keli berkata...

Xde beza psl dua2 anjing....kakakaa...
Yg beza anjing dgn menganjing...kikiki....

Isa berkata...

Ni line up semasa. Rayjal Abdul Jalil anak Jalil Rambli. Season lepas dia main kat Terengganu; katanya sebab bapak dia baik dengan Irfan Bakti. Season ni balik semula ke Sarawak la kot. Nak bersepadu dengan Ultra Croc.

Union Equatoriale berkata...

motif kau kareem sembang psl anjing?

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Apa persamaaan Liverpool dan Sarawak ?

Jawapan : Kedua-duanya mempunyai peminat yang suka SANDARKAN PADA KENANGAN.

kareem berkata...

dikwahab,ko bace artikel dingin tu x? kan dia cite pasal anjing...

Maybe beliau nak menganjing kot...kehkehkeh

bowe berkata...

seriusly teringat knp memule aku sokong liverpool..finishing superb dan dilengkapi dgn misai tebal Ian Rush btol2 menterujakan aku..sempat la aku simpan misai tu pas hbs spm..kenangan..kenangan..

Alif Ozsmarani berkata...

Cerita bro dingin ne mengingatkan aku cerita aku mase mula2 kenal EPL dan LIVERPOOL.Mase tu tahun 90 an kalau x silap aku, yang aku ingat kat tv ada tunjuk satu match team baju putih ada tulisan carlsberg lawan dengan team baju merah ada tulisan sharp viewcam mase tu aku total zero knowledge EPL ne, tu je yang aku ingat jersi diorang. Akhir match tu Team baju putih kalah dengan team baju merah tapi waktu tu aku pilih untuk suka team yang kalah tu bukan yang menang.Lepas match tu aku tanya pakcik aku ape name team Yang kalah tu, pakcik aku jawab"LIVERPOOL'.

Wanturd™ berkata...

ada orang boleh explain tak ape kaitan poster piala dunia tu dengan liverpool? aku tak paham lak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...