ANDA SEDANG MEMBACA

23

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-8

Lucius Maximus Sabtu, Januari 15, 2011 , , , , ,




May The Force Be With You!


Malam ini semua perlawanan Piala Asia 2011 akan bertembung dengan perlawanan-perlawanan liga bolasepak tempatan yakni EPL. Maka macam biasa keutamaan perlu kita berikan kepada EPL. Kalau bukan rakyat Malaysia nak sokong EPL, siapa lagi?

Senario EPL diutamakan dari Piala Asia ini bukan baru sangat dalam Malaysia. Pada tahun 2007 berjuta-juta anak jati Manchester di Malaysia pernah dihampakan kerana kunjungan Manchester United ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan akibat protes AFC kerana Malaysia juga adalah tuan rumah Piala Asia 2007. Ramai yang kecewa tetapi tidak menyedari Piala Asia 2007 adalah yang pertama buat negara kita sejak perginya arwah Mokhtar Dahari.

Malam ini, kerana EPL maka ESPN dan Star Sport terpaksa memberi laluan kepada perlawanan EPL. Buat mereka yang mempunyai Astro B.yond bagaimanapun bolehlah layan perlawanan Piala Asia 2011 di ESPN HD.

Sepatutnya FAM melobi kepada FA England supaya membenarkan pasukan Harimau Malaya bermain dalam EPL. Atau pun suruh Tony Fernandes beli Hull City dan namakan Harimau Malaya kemudian sumbat pemain Malaysia dalam kelab itu. Lambang pun dah harimau dah.

Asian Heavyweights

Negara bolasepak paling berjaya di Asia, Korea Selatan bertembung dengan pendatang baru bolasepak Asia, Australia. Korea Selatan pernah ke Piala Dunia 8 kali berbanding 3 kali untuk Australia, tetapi dalam ranking FIFA Australia ialah pasukan nombor satu Asia berbanding ke-3 buat Korea.

Korea Selatan yang pertama merobek gawang Australia, pada minit ke-24 melalui pemain muda Koo Ja-Cheol yang bermain untuk Jeju United. Keseluruhan babak pertama dikuasai baik oleh Korea Selatan dengan Australia lebih banyak mengejar bola. Tim Cahill dan Harry Kewell tidak langsung mengancam kubu Korea, dengan Cha Du-Ri cemerlang mengawal pergerakan Cahill.

Australia bagaimanapun menunjukkan peningkatan positif pada separuh masa kedua. Dan pada minit ke-62 mereka diselamatkan oleh pahlawan Jedi bernama Mile Jedinak yang bermain untuk kelab Turki, Genclerbirligi. Ia adalah gol antarabangsa pertama buat Jedinak.

Seri merupakan keputusan yang memuaskan buat kedua pihak. Cuma Korea Selatan kini lebih selesa kerana perlawanan berikutnya ialah India. Australia pula perlu berdepan Bahrain dan wajib menang jika mahu ke suku akhir. Masalahnya Luke Wilshire, David Carnay dan Jason Culina kesemuanya mengalami kecederaan dan sedikit menjejaskan persediaan Socceroos.

Goal Fest

Tujuh gol disajikan dalam pertemuan antara Bahrain dan India dengan penyerang Bahrain Ismaeel Abdullatif menjaringkan 4 gol manakala seorang lagi penyumbang gol Bahrain, Faouzi Aaish dilayangkan kad merah kerana melakukan aksi terjun dalam kotak penalti India.

India walaupun bolos 5 gol tetap memberikan saingan selayaknya buat Bahrain. Gouramangi Singh dan Sunil Chhetri menjaringkan 2 gol buat India. Okaylah tu, Malaysia pun hanya mampu mencatatkan satu gol dalam Piala Asia 2007.

Kalah 5-2, India kini sudah terkeluar dari saingan Piala Asia 2011. Tetapi mengikut kata jurulatih India, Bob Houghton, pengalaman bermain Piala Asia 2011 dan menentang pasukan handalan merupakan pengajaran yang berharga buat Bhangra Boys.

Malam Ini

Pertarungan Paksi Kejahatan antara Iran dan Korea Utara berlangsung jam 9:15 malam dan Jong Tae-Se kali ini berjanjikan akan melakukan satu tumbukan padu ke udara. Kemudian pada 12:15 pagi Emiriah Arab Bersatu berdepan pula dengan juara bertahan Iraq.

Sebelum berpisah, aksi gol dari pemain Sporting Kansas City dan India, Sunil Chhetri. Jadahnya India ada pemain yang bermain di MLS Amerika Syarikat? Kita baru nak hantar Safee Sali keluar pun dah kecoh satu kampung. Tapi sebenarnya kalau dilihat dengan teliti, Renedy Singh sudah pun terlebih dulu meletakkan bola dalam gawang melalui screamer beliau.

23 Ulasan:

LoStGuErReRoZzZ... berkata...

Aku first ke???

Remy berkata...

"Maka macam biasa keutamaan perlu kita berikan kepada EPL. Kalau bukan rakyat Malaysia nak sokong EPL, siapa lagi?"........hahaha menganjing terok.....

ijan berkata...

kne mulakan dgn menganjing bru la smangat nk bce hahaha

PELAUNG PULAU berkata...

apa guna bayar mahal-mahal kat astro tapi tak tengok EPL.... apa guna?? apa guna??

Berbo berkata...

baru perasan lambang harimau lebih kurang macam gloucester city afc punya

Cob Nobbler berkata...

gua ingat piala asia kat india - rupanya kat qatar.serious gila ramai imigran india kat sana yer?

middle east dah macam semut dah.lebih ramai orang india,orang indonesia,filipine or orang pakistan dari orang arab sendiri.

Hidup Sihat berkata...

bunyi seruling India dah macam vuvuzela.

Raiden berkata...

Harap Chelsea menang malam nie, Sturridge gol 8 bijik.

Eh salah post la, nie bukan pasal EPL ke??

keli berkata...

Mmg game Australia vs Korea Selatan game yg gua tggu2....mmg best. Walopon seri gua puas hati....

Mse tahon 2007 tuh gua x phm nape org beriye sgt tension bile AFC protes tuh psl MU nk dtg....Dan gua pling2 ingt mse gua g stadium bukit jalil nk tgk Malaysia lwn China. Mse tuh Malaysia kalah 5-1 dgn china. Frust gilerr....Mse tu malaysia jd pasukan belasahan jer..

Lps tu gua x slhkn fan m'sia kalo dowg lebih sokong klab EPL psl time tuh mmg m'sia men cam hampeh...
Tp gua hrp lps ni Malaysia bley men kt level piala asia blk....gua jugk teringin nk tgk fan selangor full kt stadium Shah Alam.

Azizan berkata...

aku memang respek penyokong korea utara disiplin betul. g stadium tengok bola pun nak pakai tali leher.

beron berkata...

setiap hari msti kurang2 ad satu gol lawa dr piala asia...world cup pn x macam ni

Nazrin Saad berkata...

bila bercakap pasal malaysia gua nak kompelin pehal malaysia naik ranking 2 je lepas menang aff suzuki cup?

kalau nak kata sebab point kita jauh tinggal dengan team atas kita gua mungkin boleh terima tu.

tapi pehal singapore yang tak lepas group stage boleh dapat point sedangkan vietnam yg masuk semi tak dapat, filipina pula kena tolak point?

gua harap ada pengulas sokernet boleh kompelin pada sepp blatter hal2 macam ni.

sumber :http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/lastranking/gender=m/fullranking.html#confederation=25998&rank=200

kareem berkata...

Apa lu igt menang suzuki cup boleh terus naik 10 point?naik 30 point? rilek der...

keli berkata...

Suzuki kapcai gua naik 100km/h jer aslnyer tp kalo modify bley naik 160km/h. Jd ader naik 60point....kakakaaa....
Sama gak dgn ranking FIFA kt malaysia asalnyer 144 thn 2010 tp naik ke 142 2011 ni, tp da menang AFF Suzuki Cup patot da naik 8point sbb ader 8 pasukan yg men. Teori gua yg x seriyes dan main2 je....kikikiki.....nnt kalo x ckp org kata gua seriyes plak...kikiki

ciriT berkata...

lame excuse! bkn 60point la,60kmh!
*layan siyes jgk* hahah


pening jgk aku cara dia kira, mngkin ade sape2 yg terer bleh tlg explain

nyzm berkata...

kalau menang dapat 3 points
kalau menang dengan penalty shootout dapat 2 points
kahkahkah

nyzm berkata...

gua tengok iran lawan china dpr, ada crowd rramai2 pakai baju mcm org korporat kahkahkah

dikwahab berkata...

Piala aff tu cap ayam, negara asean sekorpun tak dapat masuk piala asia, jadi sendiri mau ingat der

keli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keli berkata...

Ranking FIFA 2010 & 2011
Malaysia 144 142
Indonesia 127 126
Thailand 121 119
Vietnam 137 136
Laos 169 168
Myanmar 149 149
Singapore 140 139
Filipina 150 153

Jd kne tye org FIFA bro...

kareem berkata...

Minggu menganjing arsenal dah habeh kan?....sbb west ham tak main long ball dan sebab mereka mahu bermain bolasepak...kehkehkeh

Tengku Sidek berkata...

Liverpool..YNWA..in 3D match tu mlm ni..huhuhu

kareem berkata...

3D atau 2D tetap sama. Result yang penting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...