ANDA SEDANG MEMBACA

49

Bolasepak Kita, Wajah Kita: Liga Super Malaysia Perlawanan Ke-3

LuciusMaximus Jumaat, Februari 11, 2011 , ,


Edit: Jangan lupa menyertai peraduan teka result di entri di bawah

Orang kampung teman udoh letak video Mr Os, otai Yob yang dihormati baik di Bota Kanan mahu pun Kiri. Jadi teman rasa video tu aje udah cukup untuk membakor semangat Yob sekalian. Tapi jangan dibakor sampai rentung udah le ye? He eh!

Kita bertukar pada cakap Kolumpo. 99% pembaca Sokernet semua tahu minggu ini adalah pertembungan Derbi Manchester dan jadual perlawanan EPL yang lain. Tapi berapa kerat saja agaknya tahu jadual Liga Super untuk minggu ini? Hah, berapa kerat?



Segar dari kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong, para pemain Harimau Malaya dan mereka yang tidak berpeluang beraksi untuk Harimau Malaya bakal bersaing antara satu sama lain bermula hari ini dan esok dalam perlawanan ke-3 Lige Super musim 2011.

Perlis lawan Terengganu

Pasukan tercorot, Perlis bakal meraikan kunjungan Terengganu (9) malam jam 8.45 malam di Stadium Utama, Kangar. Perlis adalah satu-satunya pasukan tunggal dalam Liga Super yang masih belum mengutip sebarang mata. Beban berat kini berada di bahu Mustakeen Omar, jurulatih Singa Utara dalam uasah mencari mata sulung buat pasukannya. Terengganu pula setelah menampilkan persembahan meyakinkan mengikat Kelantan seri 1-1 dalam Derbi Pantai Timur minggu lepas pastinya mahukan 3 mata penuh dibawa pulang dari Kangar malam ini.
Tilikan: Perlis 0 - Terengganu 1

Kelantan lawan Johor FC

Red Warriors, yang pastinya tidak ada awek pakai hot pants, akan menyambut skuad Lebah dengan kemenangan berada dalam minda jurulatih 'legend', Datuk M Karathu. Kelantan (2) perlu memenangi perlawanan ini demi memastikan mereka terus mengekori rapat pasukan klasemen, Negeri Sembilan yang berkemungkinan bakal tunduk kepada Perak. Buat Johor FC (10) pula, berkongsi mata boleh dianggap sudah cukup baik untuk mereka apatah lagi beraksi di Stadium Sultan Mohammad IV yang jelas mencabar mental mana-mana pasukan lawan.
Tilikan: Kelantan 2 - Johor FC 0

Selangor lawan Kuala Lumpur

Derbi Lembah Kelang bakal berlangsung minggu ini sekalipun ianya tidak lagi semeriah era 1980-an dulu. Red Giants mungkin mempunyai sejarah yang jauh lebih gah dari Kuala Lumpur tetapi buat masa ini, City Boys yang berada di posisi ke-3 Liga Super sedang Red Giants di tangga ke-8. Perlawanan ini juga bakal menjadi perlawanan terakhir buat penyerang Selangor, Safee Sali yang bakal berhijrah ke kelab Indonesia Pelita Jaya selepas ini.
Tilikan: Selangor 2 - Kuala Lumpur 1

Harimau Muda A lawan T-Team

Selepas berjaya memberikan Sultan Bola dan Pipiyapong kemaluan yang amat besar (sehingga Pipiyapong menulis megenai hoki di Sokernet), Harimau Muda A (6) bakal berentap pula dengan T-Team yang menghuni tangga ke-2 tercorot Liga Super. Anak-anak harimau Ong Kim Swee telah membuktikan mereka bukan kecil anak dan harus dipandang dengan rasa hormat oleh abang-abang senior pasukan Liga Super yang lain. Berdasarkan prestasi semasa tidak mustahil 3 mata penuh bakal menjadi milik Harimau Muda A sekali lagi.
Tilikan: Harimau Muda A 3 - T-Team 1


Pipiyapong kecewa apabila mendapat tahu Arsene Wenger lebih sukakan Ong Kim Swee dan Harimau Muda A berbanding Sultan Bola dan Pahang



Felda United lawan Pahang

Tahukah anda bahawa penempatan Felda pertama ialah di Lurah Bilut, Bentong, Pahang? Tahukah anda bahawa kekalahan Pahang tempoh hari kepada Harimau Muda A telah memaksa Pipyapong menulis tentang hoki secara mengejut? Tahukah anda bahawa Felda United bakal menang ke atas Pahang esok hasil sokongan padu belia Felda Lurah Bilut?
Tilikan: Felda United 5 - Pahang 0

Perak lawan Negeri Sembilan

Pertembungan paling hangat minggu ini ialah antara Yob yang meraikan kunjungan Jang di Stadium Perak, Ipoh. Jang sekarang selesa di puncak klasemen, tetapi Yob di tangga ke-4 Liga Super khabarnya semakin bertenaga dan bernafsu. Setakat ini Jang berbangga dengan rekod kemenangan 100% mereka dan juga sokongan padu yang diterima dari Ayu Raudhah. Tetapi Yob tak hairan, kalau Jang ada Ayu Raudhah, Yob pula ada Hantu Kak Limah. Ater?
Tilikan: Perak 3 - Negeri Sembilan 2

Hantu Kak Limah - Peminat nombor satu Yob di Kampung Pisang



Sabah lawan Kedah

Perlawanan pertama di Stadium Likas buat Sabahawks yang kini di posisi ke-12 Liga Super, bertemu Kedah yang menghuni posisi ke-5. Sabah mempamerkan permainan yang baik ketika bertemu Kuala Lumpur dalam perlawanan lepas tetapi masih tumpul dari segi serangan dan tidak bernasib baik untuk tewas 1-0. Pun begitu, Kedah juga kurang memberangsangkan dengan hannya mampu menjaringkan 1 gol setakat ini. Kehadiran Ultra Sumandak dijangka bakal menaikkan semangat pemain Sabah dan berpotensi membuatkan pemain Kedah pula hilang fokus.
Tilikan: Sabah 2 - Kedah 1



Tilikan kali ini dibuat khas oleh Tok Sami Besar dari Wat Suthama. Tok Sami Besar juga ada membuat timbang nasib dan nombor ramalan. Untuk mendapatkan pertolongan bolehlah hubungi Tok Sami Besar di 012-4393459 atau terus ke:
Wat Suthama
Lot 12/1-125 Kampung Tok Malak
Mukim Nami 06730
Nami Kedah Darul Aman

49 Ulasan:

julu berkata...

ok.. 1st..
baca skrg

taufik berkata...

komen dulu ye..baca kemudian

ron97 berkata...

pelawok pelawok pelawok

Ozgur Cek berkata...

3rd..huhu

Ozgur Cek berkata...

opsss...

talkIZcheap! berkata...

"Selepas berjaya memberikan Sultan Bola dan Pipiyapong kemaluan yang amat besar (sehingga Pipiyapong menulis megenai hoki di Sokernet)..."

Manakala selepas Liverpool berjaya memberi kemaluan yang besar kepada Chelsea dan Torres, Luci menulis pasal American Football di sokernet...

sama jer perangai korang yer.. huhu

Jang berkata...

den lotak 3-2 n9 monang. den dulik apo

Arajo Dilangit berkata...

walaupun murahan tp kata2 kamu mmg benar skali cheap...tembakan lucy kna pd diri sndiri...hehe...

Ejoi berkata...

"Setakat ini Jang berbangga dengan rekod kemenangan 100% mereka dan juga sokongan padu yang diterima dari Ayu Raudhah. Tetapi Yob tak hairan, kalau Jang ada Ayu Raudhah, Yob pula ada Hantu Kak Limah. Ater?"

Ajer nye iye!

Mencicit le Jang-Jang tu lari bile Kak limah melambai-lambai macam mamak nasi wanggey tepi tiang gol tu!

aSr1 berkata...

liga premier takda ker???cukup la bagi ramalan...liga premier pun liga malaysia.

ijan de bunks berkata...

kak limah???
ayu raudhah lempang2 je nnt hahahaha

Buenaventura Durruti berkata...

talkIZcheap! meroyan kerana terpaksa komen dalam entri bolasepak Malaysia sedang dia sendiri guna avatar kelab EPL?

Raiden berkata...

kak limah tak nengok AF ke?? ade AC Mizal..

hantuLongkang berkata...

perlis 1-4 terengganu...yang lain semua seri..doh waner?,,haha

I Am Legend berkata...

Tough game Perak vs Negeri Sembilan tu, tapi udah Lucy kata Perak 3 NS 2 teman iye kan aje.

Agak tak boleh makan, kite bawok masuk Hantu Kak Limah, gerenti menang!

PELAUNG PULAU berkata...

"Tilikan: Felda United 5 - Pahang 0"


murka sultan bola cenggini..ekau ingat sikit pahang tu nogori berdaulat..sehiris sultan bola terluka..seluruh Liga Malaysia terasa pedihnya

Amirul Amin berkata...

okeh koi mewakili seluruh rakyat sultan bola terasa sangat terluka dengan ramalan tak masuk akal nih..

bak kata sorang mamat tu:
"bontot ko la..talk to the hand laaaa.."

pahang 7 - 1 felda united!!!!

Qazwsx berkata...

talkcheap:ak skong ko kali ni.haha.dh kalah bukan men dia punya pusing2.mcm utusan bila BN kalah PRK.hahah

Union Equatoriale berkata...

habis tu nak apa? nak suruh dia tulis pasal Chelsea je? bodoh tak berakal talkizcheap dgn nu_ox3r ni

Point of View berkata...

bontot kalau dah hitam buat cara hitam, bolasepak kita wajah kita. jgn perasan bontot tu putih mcm muka torres

Point of View berkata...

tapi mslshnyer sekarang perlis tgh kena tapau dgn penyu. gampang tul!

Sinalau Bakas berkata...

Sa yakin sabah akan mengecap kemenangan pertama minggu ni. Lps tu kita aramaiti!

hellghast berkata...

hahaha perlis masih tak jumpe mata,kena titik kat home pulak tuh!...so Perlis boleh mengira2 untuk menjadi Invincible tak pernah menang pulak eh? hahaha!!!

Sinalau Bakas berkata...

hahaha! budu tu perlis, tia bole lawan tganu main kasar lg! tapi tu joseph kallang tie mmg 5 star bah!

talkIZcheap! berkata...

LOlZZ!! aku tak cakap pon yg diorang buat mende salah, aku juz cakap yg diorang perangai sama jer...

I don't hear Luci complaining... :P

Plus Ultra berkata...

joseph kallang tie memang the best wide man in malaysia doh! macam dirk kuyt pun ada aku tengok

I Am Legend berkata...

Ganu ni boleh tahan juga teman tengok. Ada potensi masuk Top 4 musim ni, macam musim lepas gak le

keli berkata...

Terengganu lwn team corot bley ler...

Buenaventura Durruti berkata...

Fans Kedah cawangan Sabah akan turun beramai-ramai malam ini di Likas khabarnya. Harap dorang juga tak tergoda dengan sumandak nanti. Pasrah ni

Adleen berkata...

kalau pasal local football mesti tak ramai yang komen. agaknya kalau sokernet stop tulis bout epl mau tutup kot blog ni

yzdz berkata...

Love is a burning thing, gambar mamat malaysia number 12. Takkan tribute to Amar Rohidan kot?

flamez berkata...

Dikwahab dan POV tu yg emo dan bodo x bertempat...
Biar la diorang nak sokong epl ke liga super ke...enjoy je la
Ni cerita pasal bontot hitam ke putih... Yang korang 2 ni sakit bontot apahal?
Umpama kalau Chong Wei suka main badminton xkan nak suruh die main bola kot...
Dikwahab cam biasa bodoh secara tetap. Sawan je manjang...

ijan de bunks berkata...

aku suke komen ko flamez

Adleen berkata...

habis tu yang flamez pun emo kenapa? lantak diorang nak komplen flamez bontot hitam ke apa ke

hellghast berkata...

@-Yzd- mamat yang pegang sepanduk Love is a burning thing tu bukan tribute pada player yang akai jersi no 12,tetapi player ke - 12 = penyokong...

sebab tu selalu kalau jurulatih akan kata contoh "kami bermain dengan bantuan 12 orang pemain iaitu para penyokong"

harap faham...

flamez berkata...

Yang minah ni lagi sorang sepesen gak...
Aku dah lama jugak baca sokernet ni dan aku enjoy komen2 yg diorang bagi sampailar makhluk2 macam korang ni sampai kasi tembak diorang...da jadi tak best. Kalau korang takde sense of humour janganlah kacau orang lain.
Korang kalo komen lain kali kalau tak tembak orang tak boleh ker?
Dulu minah ni kata fan liverpool pathetic..aku langsung tak minat liverpool tapi aku tak kan tembak fan diorang kalau diorang nak komen ape pon. Korang yang suka tembak orang ni rasa diri tu bagos sangat ker?
Padahal sengal2 ubi jugak...kalau nak jadi zionis suka merendah-rendahkan orang lain pegi cari blog lain...
Sekarang ni aku dah tembak korang ni jadi best ke tak best ruangan komen ni...

hellghast berkata...

adeh pasal bola pun nak butthurt ke?happy2 komen sudah la, kalau kena kutuk pun anggap ajelah member satu rumah yang kutuk,so takde la masing2 emosi adoi...hahaha!!!

p.s serangan peribadi memang tak elok kecuali abdul sokerleak dan rakan2...aduh rindu banget gua pada abdul hahaha!!! Yana owh Yana...sibuk rewang member aku kawin sampai tak sempat komen eh? hehe...

Union Equatoriale berkata...

apa puncak agaknya si flamez ni butthurt sangat eh?

Azizan berkata...

takyah la gadoh2. cuba la korang komen pasal geme mlm ni lagi baik.

Union Equatoriale berkata...

sebenarnya si flamez nak komen pasal manchester derby, tapi sokernet tak pos langsung pasal manchester derby tu yg dia frust tu

kareem berkata...

apa palat astro xsiar game liga super..faking shitt

yzdz berkata...

Well to be fair Hellghast, gambar mamat dalam gambar tu ada sikit iras Amar Rohidan haha.

Thanks for the info tough

ZombA berkata...

FT Perak 2 N9 0

HUAAAAAAAAAAAAAAAHAHAHAHA

KEJOP YEOP KEJOR

mfaiZal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
talkIZcheap! berkata...

ape citer buntut-buntut ni???

tapi apa2 pon, buntut Zabaleta jugak yang terbaik, buntut Silva pegi jahanam...

ooops... takleh komen pasal EPL lar kat sini, nanti kena marah...

so, komen pasal Liga Super,

Gomo Kelate Gomo!! <--- takkan yg ni pon nak kena marah jugak kot?? huhu...

p/s: camner lar bleh terkomen ngn akaun orang lain plak.. LOL!!

Point of View berkata...

Pahang apa cer? Talk to the hand lagi?

Tanpa Nama berkata...

4-0 kito katok..

2-0 tu pelawok..pelawok pelawok kohong hahahaha

Qazwsx berkata...

dikwahab bajet power!!!

alquinin berkata...

aku suspek adleen lelaki la. adleen kalau anda perempuan sila tunjukkan vagina anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...