Hujung minggu berlalu dengan perlawanan ke-3 Liga Super selamat melabuhkan tirai. Pun begitu selepas 3 perlawanan masih sukar sebenarnya untuk kita menilai pasukan mana yang berpotensi menduduki kelompok atas liga. Tidak macam EPL atau La Liga, liga bolasepak tempatan kita sukar diduga dan lebih mirip kepada Bundesliga di Jerman yang sentiasa berubah-ubah kedudukan pasukannya setiap musim.
Apa Habaq Singa Utara?
Perlis terus kekal manjadi pasukan tunggal dalam Liga Super yang masih belum berjaya mengutip sebarang mata setakat ini. Tiga perlawanan dan 3 kekalahan bukan apa yang dijangkakan oleh Mustakeen Omar dan 227,025 orang penduduk Perlis nun di utara.
Skuad Penyu, yang bertandang ke Kangar selepas mencatat keputusan seri menentang Kelantan di Kota Bharu sebelum ini, tampak lebih merbahaya dan terlebih dulu di depan melalui Hadi Yahya hasil hantaran cantik Joseph Kallang pada minit ke-23. Gol kedua pula menyusul melalui jaringan pemain kebangsaan, Ashaari Shamsuddin.
Perlis terus dilanda musibah apabila Hafiszuan Salehuddin menerjah keras Ashaari Shamsuddin dalam kotak penalti. Pengadil menghadiahkan penalti buat Terengganu yang disempurnakan oleh Manaf Mamat untuk gol ke-3 skuad Penyu pada minit ke-57.
Hafiszuan Salehuddin membantu Perlis merapatkan jurang melalui gol tunggal Singa Utara pada minit ke-66 tetapi tidak lama kemudian dilayangkan kad kuning kedua. Singa Utara terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain untuk baki perlawanan manakala Irfan Bakti tersenyum puas dengan kemenangan pertama Terengganu.
Keputusan: Perlis 1 Terengganu 3
Gomo Kelate Gomo
Red Warriors kembali menemui rentak kemenangan di kubu keramat mereka Stadium Sultan Mohammad IV apabila meratah Johor FC ibarat seketul ayam goreng KFC.
Namun Johor FC yang terlebih dulu memberi kejutan apabila Riduwan Ma'on meletak skuad Lebah di depan seawal minit ke-25. Beliau kemudiannya bertukar menjadi malaon apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-49. Kelantan sebelum itu telah terlebih dulu mengikat kedudukan 1-1 apabila bekas pemain Johor FC yang berpindah ke Kelantan, Nurul Azwan Roya merobek gawang pasukan lamanya pada minit ke-28.
Jurulatih legenda M Karathu jelas seorang 'legend' apabila percaturan beliau selepas waktu rehat memperlihatkan permainan Red Warriors yang benar-benar klasemen. Norshahrul Idlan Talaha menambah derita Johor FC melalui gol minit ke-71 dan berselang 6 minit kemudian Nizad Ayub pula meledak gol ke-4 buat Kelantan.
Dengan kemenangan besar ini, Kelantan naik ke puncak klasemen dan Red Warriors benar-benar Happy Warriors buat masa ini. Sejumlah 10,000 botol budu khabarnya telah dibuka meraikan kemenangan besar Kelantan.
Keputusan: Kelantan 4 Johor FC 1
Derbi Lembah Klang
Perseteruan antara Selangor dan Kuala Lumpur adalah apa yang dinamakan Derbi Lembah Klang. Dan jika Selangor itu Manchester United maka Kuala Lumpur adalah Manchester City. Di pihak Red Giants ada 32 kejuaraan Piala Malaysia tetapi Kuala Lumpur sekali pun hanya pernah menjulangnya piala yang sama 3 kali, melakukannya dari tahun 1987 hingga 1989 di waktu Selangor melalui kemerosotan pasca Mokhtar Dahari. Dalam kejuaraan liga, Selangor juara 7 kali sementara Kuala Lumpur hanya 2 dan 5 Piala FA buat Red Giants berbanding 3 buat City Boys.
Derbi kali ini juga merupakan 'swan song' buat Safee Sali yang bakal berpindah ke Pelita Jaya selepas ini sekali pun Sultan Bola ada bertitah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri".
Perobek gawang Manchester United, Amri Yahyah memberikan hantaran lintang buat Fadzli Shaari menanduk muda gol pendahuluan Selangor minit ke-18. Selangor kemudian terus menggandakan asakan tetapi Norazlan Razali dan tiang gol cekal mempertahankan kubu Kuala Lumpur dari dibolosi lagi.
Ketika Selangor dilihat bakal beroleh kemenangan kedua musim ini, City Boys melakukan kejutan pada separuh masa kedua apabila Azwan Malek mengikat kedudukan 1-1 dan ianya kekal hingga wisel penamat. Dengan kehilangan Safee Sali selepas ini dan barisan serangan yang masih agak buntu, K Devan perlu bertindak segera mencari jalan penyelesaian buat Selangor.
Keputusan: Selangor 1 Kuala Lumpur 1
Harimau Muda Mengaum
Harimau Muda A, di bawah pimpinan Ong Kim Swee yang mesra dengan Arsene Wenger, terus mengganas dengan kali ini meratah T-Team setelah sebelumnya memberikan kemaluan besar buat Pahang dan Pipiyapong.
S Sivanesan, Irfan Fazail dan Fadhli Shas memastikan Harimau Muda A beroleh kemenangan kedua di Stadium MBPJ Kelana Jaya sementara Haris Safwan menjaringkan gol tunggal saguhati T-Team pada minit ke-87.
Keputusan: Harimau Muda A 3 - T-Team 1
Tok Gajah Kalah Lagi
Sebelum perlawanan ini, Sokernet sekali lagi meletakkan tilikan Pahang akan kalah besar 5-0. Sekali lagi ada pembaca memberikan kata-kata "bontot kau, talk to the hand!".
Semasa perlawanan ini, ia sepatutnya home game untuk Felda United dan away game untuk Pahang tetapi dimainkan di Stadium Darulmakmur, yang jelas merupakan gelanggang buat Pahang berpuluh tahun lamanya. Salah guna kuasa?
Karma itu akan sentiasa menghantui kamu. Tok Gajah dimalukan dalam away game di tempat mereka sendiri oleh sebuah pasukan yang baru dipromosi ke Liga Super. Liew Kit Kong tenang meletakkan Felda United di depan minit ke-47 dan Farderin Kadir menambah gol kedua pada minit ke-59. Pahang beroleh saguhati melalui tendangan percuma Azamuddin Akil pada minit ke-77.
Kekalahan kedua bermakna Pahang, yang merupakan pasukan klasemen di awal musim kini menghuni tangga ke-11 Liga Super dan atas sedikit sahaja dari zon penyingkiran. Tapi kalau nanti tersingkir pun apa ada hal, Sultan Bola kan ada?
Keputusan: Felda United 2 - Pahang 1
Yob Kokak Jang
Pertembungan Yob dan Jang bukan perlawanan picisan. Di sini pertembungan dua negeri dengan budaya dan loghat berbeza tetapi kedua-duanya popular baik dalam lagu atau filem. Dua pasukan yang para penyokongnya dapat dikenali dengan mudah hanya dengan merujuk kepada perkataan Yob atau Jang.
Jang bertandang ke Stadium Perak dengan reputasi klasemen sebelum perlawanan ini dan keyakinan tinggi mampu membawa pulang 3 mata penuh dan mempertahankan rekod kemenangan 100% mereka. Yob pula mengintai peluang untuk mencatat kemenangan kedua dan meleburkan rekod kemenangan 100% Jang dan Ayu Raudhah.
Hero of the Yobs - Akmal Rizal
Kedua-dua Yob dan Jang bagaimanapun buntu pada separuh masa pertama tanpa sebarang gol dijaringkan. Separuh masa kedua bermula dan Cikgu Jan jelas telah memberikan kata-kata semangat bermakna buat pemain Yob. Kapten Yob, Shahrulnizam Mustapa meledak gol pertama melalui sepakan penalti untuk kedudukan 1-0 yang kemudiannya digandakan oleh Akmal Rizal melalui rembatan cantik dari jarak 20 meter.
Kemenangan 2-0 Yob sekaligus meleburkan rekod kemenangan 100% Jang dan keputusan ini adalah mirip seperti keputusan 2-0 perlawanan akhir Piala Malaysia 2000 di mana Yob turut mengatasi Jang. Jang dilaporkan pulang ke Negeri Sembilan kempunan nak merasa deghoyan Bota.
Keputusan: Perak 2 - Negeri Sembilan 0
Sumandak Seksi Pukau Hijau Kuning
Penangan Ultra Sumandak terbukti hebat apabila Kedah bertandang naik kapal terbang ke Likas, terpukau, dikenakan kad merah dan pulang dengan tangan kosong tanpa mata dan tanpa nombor telefon sumandak barangkali.
Era kegemilangan Double Treble jelas sudah lama berlalu buat skuad Kenari dan bertemu Sabahawks mereka dikecewakan dengan gol kemenangan tunggal hasil jaringan Farid Ideris pada minit ke-26. Sabah turut dihadiahkan penalti minit ke-50 tetapi Sumardi Hajalan mensia-siakan peluang untuk menggandakan gol buat Sabahawks.
Kekecewaan Kedah jelas terpancar apabila Faizal Abu Bakar mengasari pertahanan Sabah, M Sivakumar. Terjahan keras tersebut mematahkan tulang Sivakumar yang terpaksa diusung keluar. Kedah pula kemudiannya terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain untuk baki perlawanan.
Sivakumar - Berpatah tulang demi Sabahawks
Kemenangan sulung Sabah diserikan lagi dengan kehadiran Ultra Sumandak di Stadium Likas yang mengembalikan keseksian dalam bolasepak Malaysia.
Keputusan: Sabah 1 - Kedah 0
Rangkuman
Tok Sami Besar dari Wat Suthama memang klasemen. Tilikan Harimau Muda A bakal menundukkan T-Team dengan keputusan 3-1 adalah jackpot tunggal minggu ini dan untuk 5 perlawanan lain tilikan siapa menang juga adalah betul. Hanya pertemuan Selangor dan Kuala Lumpur saja yang meleset.
Tamat perlawanan ke-3, Kelantan kini selesa di puncak klasemen dengan 7 mata tetapi Perak mengekori rapat dengan hanya dibezakan melalui perbezaan gol. Harimau Muda A di tangga ke-3 dan Negeri Sembilan melengkapkan Top 4 setakat ini.
Perlawanan Ke-4
Esok bermula pula perlawanan ke-4 Liga Super dan Tok Sami Besar dari Wat Suthama sudah membakar colok dan bermeditasi secukupnya untuk memberi tilikan seperti berikut:
Selangor 1 - Terengganu 1
Kuala Lumpur 0 - Kelantan 3
Sabah 2 - Johor FC 1
Kedah 1 - Perak 1
Negeri Sembilan 2 - Felda United 1
Pahang 0 - T-Team 5
Harimau Muda A 3 - Perlis 0
Perlawanan esok semuanya bersepak mula jam 8.45 malam kecuali Sabah lawan Johor FC yang bermula pada 8.15 malam. Rajin-rajinlah mengimarahkan stadium berdekatan anda. Bolasepak kita, wajah kita.
Kalau sumandak buli turun stadium, bah tak kan abang-abang kaki EPL nda dapat turun? Muhau!
*Gambar-gambar diambil dari merata sumber tanpa izin tapi dengan niat baik
59 Ulasan:
fes agaknya..
cissssssssssss....
cityboy kemain mantap itu hari depa punya game.
ngeri juga tgk injury sivakumar tu
Moga M Sivakumar dapat sembuh dengan cepat dan kembali pulih dari kecederaannya.
Sesungguhnya M Sivakumar lebih berhak menerima simpati dan ucap selamat dari peminat bolasepak tanahair berbanding Manchester United yang kalah pertama kali dalam liga musim ini kepada Wolves tempoh hari!
terbaik punya ulasan
tapi lagi terbaik la Ultra Sumandak
kelab yob xmo buat jugak ke?
budu dah macam wine bunyinya hahaha..buat rai hahaha
tp nape sabah je ade sumandak? hahaha...
kene usha awek2 siam masuk theredwarriors
keputusan teka bola mana? mana? hehehe
Riduwan Ma'on meletak skuad Lebah di depan seawal minit ke-25. Beliau kemudiannya bertukar menjadi malaon apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-49.....kahkahkah
ultra sumandak keluar dalam info sukan rtm! 5 bintang!
tidak ada penyokong sabahawks baling botol & mercun bila faizal patahkan kaki sivakumar! 5 bintang!
farid ideris skor pakai chip shot dari luar penalty box! 5 bintang!
nah!!
itu la pukulan ultra sumandak!!
baru la kick!!
Yep gol Farid Ideris superb, sebagai fan Kedah aku akui juga. Begitu gak dengan gol Akmal Rizal dan Hafiszuan. Malah nak banding dengan gol Rooney pun gol player local ni masih kelasss!
Entry ini pun kelasss! Patut lebih banyak respon pembaca dari entri satu video dan satu baris ayat untuk gol Rooney tu!
pasrah dengan nasib yang menimpa singa utara :(
Kudos pada Lucy dengan entri Liga Super. Kudos juga pada hampir 15K Yob yang turun ke stadium dan mengatakan tidak pada Manchester Derby malam itu.
Itu pun ada member teman post status kat FB katenye tak jadi turun stadium pasei nak nengok Manchester derby. Ajenye nak kena ceramah dengan teman, rumah kat area Greentown aje pun!
squad muda singa utara boleh di banggakan la..
tgok dorang main individual skill ada,team work ada,tgk 2nd half lawan tranung depa dpat kawal bhagian tgh,cuma bek dorang je lemah..biasa la player muda2 main rajin,bila dh star nk kejar bola pn maleh..
kalau semua team lain boleh ada sumandak macam sabah, i yakin stadium kita sentiasa penuh kot haha
Mari sama-sama kita nyanyi!
Kejor yob kejor selogan kami, ole ole ole, Perak sudah mari!
Ipoh mali! Ipoh mali! Ipoh mali talak sombong! Ipoh mali talak sombong! Ipoh mali talak sombong!
p/s: Perak tak perlukan sumandak, makcik-makcik yang badan macam badak pun dah cukup..
cecx - mmg la skill ada, teamwork ada, panas baran satu mcm pun ada. tu yg kena kad merah tu, gila apa baling bola pada pengadil? aku ingat roonet je yang buat lagu tu.
singa utara ada future, tapi tu cerita esok lusa. la ni nak kena mantain dlm liga super tu yg penting. bila manager perlis boleh pi cakap yang dia minta 3 tahun nak develop team, aku pasrah. kalau 3 tahun time tu perlis dok liga perdana dah kot.
skrg yg penting kena try survive dlm liga super, nak fight title mmg kirim salam la. budak muda singa utara ni kena cool sikit, jgn dok pikiaq panas baran depa ja. emosi terlebih tu yg kena tapau 3 gol tu
*roonet pulak dah. makasud aku rooney hehe
yes! liga super dalam genggaman kelantan red warriors!!!
gomo kelate gomo
Nate bewok!
Abih tu Yob mu nak letak mana? Menang Piala Malaysia pun baru sekali ada hati nak eksyen. Rupe hawo!
injury sivakumar tu tengok gaya mau out rest of the season tu. fam patut review balik insiden ni dan gantung faizal tu few games sekali dengan denda
Tak kemana laa yob tu, Berjumpa Kedah, tersungkur jua nanti..huahuahuah
Pulun Kedah Pulun!
@Dikwahab - Saya juga berharap begitu. Kecederaan sebegitu mampu memalapkan masa depan M Sivakumar. Denda dan hukuman keras patut dikenakan kepada pemain yang didapati sengaja mendatangkan kecederaan kepada pemain lain. FAM jangan pilih bulu pubis kalau mahu menghukum. Jurulatih Kelantan dihukum 6 bulan pergantungan akibat memberikan komen yang 'tidak digemari' FAM, jadi sepatutnya kesalahan mencederakan pemain dikenakan pergantungan 16 bulan atau 6 tahun.
PS - Kes Khairul Anuar Baharom tanduk Haris Safwan apa keputusannya? Adakah disebabkan bulu pubis Khairul Anuar Baharom berwarna Merah Kuning, maka FAM masih tercari-cari hukuman paling 'setimpal' untuknya?
keh keh keh .. baru 3 games .. sabar awe², yob² & jang² sekalian ...
TTB ... harap sangat la FAM tu adil
tapi tak yah harap sangat lah.. buat penat je mengharap
Yob jangan cakap banyak, jumpa di Darulaman esok kita tengok siapa 'klasemen'.
Akmal Rizal Hero Yobs tu harap mental kuatlah esok. Curva Ahmad Basri Akil akan memberikan layanan saiko 90 minit penuh kepada anak Kedah yand dah jauh merantau ni.
Jangan jadi macam perlawanan akhir Piala Malaysia 2007 udah le, kan Yob?
Pulun Kedah Pulun
Biar jasa Jadi Kenangan
@ I Am Legend - Rakan anda yang tinggal di Greentown itu sudah pasti peminat pasukan Ayu Raudah!
Setelah membaca ramalan Tok Sami Besar dari Wat Suthama di dalam Sokernet yang menjangkakan kekalahan pasukan Ayu Raudah di tangan The Yobs a.k.a Hantu Kak Limah, dia mengambil jalan selamat dengan menjadikan derbi Manchester sebagai alasan untuk tidak ke stadium.
Ater?
@Buenaventura Durruti - Ada apa nak disandarkan sangat kepada kenangan perlawanan akhir Piala Malaysia 2007 yang berlaku 4 tahun lepas dan mahu dibandingkan dengan Liga Super 2011 yang sedang berlangsung sekarang?
Dulu Kedah bolehlah berbangga dengan Awang import yang meletop, tetapi sekarang masih bolehkah Si Kenari mengharapkan Awang Import?
Dahulu The Yobs tidaklah sekuat mana kerana hanya ada zombie yang hanya tahu makan otak orang tak cerdik, tetapi sekarang The Yobs ada Hantu Kak Limah!
Jage kome!
gapo dio yang power sangat dengan yob?
kelate baru abih 3 games lawan top 4 season lepas, selangor (champion liga), terengganu nombor 3 ngn johor fc nombor 4, 2 menang 1 seri.
perak takat lawan kl pun seri, menang dgn johor fc pun 1-0 ngan negeri 2-0. negeri duk mano season lepas?
baru 3 game tapi nampak sgt dah kelantan plg mantap
gomo kelate gomo
@ Bunut Payung FC - Moga Kelantan tidaklah klimaks awal didalam saingan Liga Super 2011 ini! Bukannya tak boleh riak awal, cuma kalau nak riak, emosi dan jati diri kena mantap. Saya risau anda tak sanggup membaca 'komen-komen membina' di dalam Sokernet ini kelak apabila Kelantan merasai kekalahan pertama mereka. Peminat The Yobs sudah biasa dengan klasemen, jadi setakat mengharungi kekalahan di dalam liga adalah perkara biasa. Kami tidak emosional seperti peminat Liverpool dan Manchester United.
Melihat kepada prestasi pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super, kebiasaannya banyak pasukan yang klimaks awal. Yang terus menjunam ke liga Perdana pun ada selepas melalui musim yang hebat tahun sebelumnya!
semangat sungguh TTB ni pasal bolasepak malaysia. bagus ni yang kita mahu!
pasal singa utara yang masih muda, eloklah jadikan harimau muda sebagai contoh tauladan. tak salah sekali sekala sang singa belajar dari harimau, ye dak?
pasal kelate klasemen, masih awal lagi dan baru 3 game. season lepas pun rasanya kelate leading tapi kena cantas juga dengan selangor. kalau nak contoh luar, tengok je chelsea yang leading bagai nak rak tapi sekarang duduk di rak bawah2 je
pasal kedah lawan perak, gua orang kedah dan bini gua orang perak. malam ni kitorang try lawan tengok macam mana dulu
@Buenaventura Durruti
Biar Jasa Jadi Kenangan nampaknya dah jadi macam pasukan Sandarkan Pada Kenangan.
Itu cerita musim 2007. Dah berapa tahun berlalu dan Kedah pun dah tak menang apa-apa lagi dah selepas itu. Ya Perak pun sama, teman tak menafikan.
Sekarang its fair and square, kalau dulu mike pernah rembat Nidzam Adzha kali ni teman pula rembat Shafiq Jamal.
Esok 8.45 malam, kita tengok sape cempien utara semenanjung.
tony giler lucy betol bila baca prediction game pahang... sume game pahang, ko bg 5-0. ape teruk sgt ke pahang main? wess, dorg ada Azamudin Mohd Akil la... tak cukup bagus lg ke tu?
ape pun... GOMO TETAP GOMO...
kedah dengan sumandak pun tak lepas. main takik kaki lagi pula.
bah, sabahawks bersama yob untuk menundukkan kedah bisuk
Cakap byk tak guna... Kelate kalahnyer ngan KL sok... keh keh keh... Kompiden kene ade... Emosi letak tepi... Baru bleh klasemen... keh keh keh...
gwa nak tanya.
klasemen tu apa?
nk pronounce klasemen pula mcm mana?
sorry la berooo.
gwa baru stat baca sokernet semlm.
@ Blog Reader - Perlawanan pendahuluan Kedah dengan Perak yang anda katakan itu nampaknya menarik. Moga keputusannya dapat dikongsi bersama dengan peminat Liga Super yang lain. Apa yang pasti, tidak akan ada keputusan seri, betul tak?
Berkat sokongan dari Ultras Sumandak kepada The Yobs diharap dapat membangkitkan selera The Yobs untuk menjarah Sang Kenari di sarangnya. Kalau tidak dapat 3 mata, satu mata pun jadilah...
Apapun, saya berpendapat bahawa KL adalah pasukan yang perlu diberikan perhatian untuk musim ini. Dengan barisan anak muda yang bersemangat dan mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan ternama, tidak mustahil KL akan menjadi pencabar utama di dalam Liga malahan mampu layak ke pertandingan Piala Malaysia. Saya berharap KL mampu membuat kejutan apabila bertemu Kelantan esok.
hi adleen!
cewah...gambo "piccalasso" pun masuk tu..hehe, aku rase tuan dia xdehal dicilok ke sini, pasal sanggup dia x join geng2 layan derby manchester demi rombongan ke stadium ipoh.
baru 3 game bro...musim masih panjang...jangan klimaks awal mcm ahsengal...
Johor FC vs Sabah
kami tak kecur ayam sumandak...sebab ayam KFC lagi sedap!!!
peteh tganu peteh.
skg bnyk nama2 player muda mula ak dgr.dlu xpnh dgr@ak yg xamek tahu.tapi ni petanda bagus utk liga kita.budaya menganjing sesama negeri semakin hebat.klu x duk asyik man u,liv,chelsea,arsenal je.
hobin jang hobin...
lepas ni ak rase ayu raudah da makin power lepas kalah...
biase la heroin kalah dulu...
hi awi rui, bini kat rumah balik kampung ke?
@ Blog Reader - lepas lawan bini kau tu jangan lupa bagitau result kedah perak kau tu. Aku nak masuk peraduan teka bola. Hahaha
lucy buang masa je tulis pepanjang ni. Ppatut dia buat entri gambar torres meniarap atas padang dan letak ayat sebaris. gerenti ramai kipas susah mati liverfool datang komen.
perak, kelantan, selangor apa semua ni team luar, orang malaysia tak kenal pun. kalau local club mcm manchester utd atau liverfool diorg tau la nak komen
@ Dikwahab - Apa guna buat entri dengan meletak banyak foto dan sebaris ayat penerangan yang tidak seberapa, sekiranya entri tersebut kosong nilainya, bahannya berulang-ulang dan tiada memberi sebarang input melainkan menutup malu pasukan kegemaran di Liga Super?
Sesungguhnya entri yang panjang berjela yang kaya dengan ilmiah seperti yang dibuat oleh Lucius ini yang perlu kita raikan dan hargai.
Saya jangkakan peluang untuk kita membaca entri tentang Liga Super dari Obe dab Pipi memang tipis memandangkan pasukan kegemaran mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik di dalam Liga Super.
Moga kemeriahan Liga Super berterusan dan semakin hebat di dalam Sokernet.
Gua terpaksa suka dgn komen TTB kali ni ..Cilaker2.....sblom2 ni merepek cam org mati bini...
Dupdapdupdap
Rasa kalut pulak dah game besok ni, celaka Yob ni buat aku panik gak
hek eleh dik wahab...ape pun kita semua ni fan bola. tak kisah la team mana pun, takde lebih takde kurang, baik liga luar, liga dalam. Liga luar kita suka tengok pasal 'presentation' dia sangat bagus, ye lah kamera berpuluh2, gambar HD, pace laju, player international, boleh online bett.... uppsss...
liga tempatan lebih bersemangat assabiyyah, kenegerian dan ketempatanan (ada ke perkataan ni), jadi warna warni banter dia memang boleh bagi panas, macam Kelantan vs Semua Negeri Lain, memang boleh meletup stadium dek temperament fan for both set.
so yang kau nak pergi bangkit bab fan Liverpool ngan Man Yoo kat entry liga tempatan tu hapekejadahnya?
Viva Selangor! Ramalan gua menang 4-0 meleset sama sekali. hampasss!
dikwahab adelah bodoh..
sekian terima kasih
Kahkahkah, pandai dikwahab ni menyentap sensitiviti abang2 epl
gua muncul jarang2 je dlm ni... tggu ulasan semacam ni...
bravo Luci...
gapo2 pn.. Gomo Klate Gomo... ;-)
ulasan menarik..yang tidak memerlu publisiti murahan..kan aku dah ckp brother Lucius lagi bagus dari "budak gemok" budjet dia bagus sgt dalam bola sepak..kahkahkah
in Akhmal we trust!! Muahahaha..
"THIS IS THE YOBS"
sayahebat berkata...
"gwa nak tanya.
klasemen tu apa?
nk pronounce klasemen pula mcm mana?
sorry la berooo.
gwa baru stat baca sokernet semlm."
Kepada sayahebat (walaupun nampaknya anda tidaklah sehebat nama anda),
Saya tergerak nak menjawab soalan anda bagi pihak warga sokernet sebab nampaknya tidak ada yg ambil port. Mungkin kerana ramai yg hanya tahu menggunakan perkataan klasemen tetapi tidak tahu maksudnya.
Klasemen adalah dari perkataan Inggeris "Classement" yang bermaksud 'standings' atau lebih tepat lagi 'top-ranking'.
Mungkin juga classement itu dr perkataan French yang diserap ke bahasa Inggeris. Itu Saya kurang pasti.
Pronounciation? Itu saya serahkan kepada Cikgu Jannah Rafali yang berkeluusan dalam bidang TESL untuk menjawabnya.
p/s: tolong betulkan kalau saya silap sebab itulah pemahaman saya tentang klasemen.
afterc
TQ
Sawan bodoh dikwahab...
Dah dijangka
dlm bhasa Indonesia juga guna klasemen yg membawa maksud classification atau standings..
@Keli: LOLZZ!
"macam Kelantan vs Semua Negeri Lain,"
LoLZZ LoLZZ!!
XDD
wD: bilis -bukan team red/happy warrior!
Catat Ulasan