ANDA SEDANG MEMBACA

24

Pencarian sukarelawan futsal sokernet 2011

Abdul Sokernet Selasa, Februari 22, 2011
Apa itu sukarelawan futsal sokernet?

  • Ini bukan kerja pengadilan futsal.
  • Ini bukan kerja tetap dan bergaji lumayan tetapi ia menjamin kemahsyuran. Ingat, money is temporary glory last forever.
  • Ini adalah tugas sokongan bagi membantu pegawai-pegawai sokernet dalam melicinkan urusan pertandingan bertaraf FIFA ini.
  • Ini kerja amal jariah. Ingat, amal makruf nahi mungkar.

Ciri-ciri sukarelawan futsal sokernet.
  • Wanita adalah makhluk tuhan yang sabar dan sekiranya mereka tarik muka sekalipun, mereka tetap comel dan menyejukan hati. Jadi ciri utamanya adalah wanita. Ingat, wanita itu diciptakan daripada rusuk lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung bukan juga di kaki untuk dikasari.
  • Baik hati dan taat kepada ibu bapa.
  • Bagi yang sudah bersuami, walaupun sudah mendapat keizinan suami anda tetap tidak layak. Ingat, tempat isteri adalah di sisi suami.
  • Bagi yang ada BF dan tunang, tidak minta izin pun tidak mengapa.
  • Pembaca wanita di sokernet akan diberi keutamaan. Ingat, you know who you are.

Tugas sukarelawan futsal sokernet.
  • Menjadi pegawai gelanggang. Iaitu menjaga masa, menjaga keputusan pertandingan dan mengingatkan pegawai-pegawai sokernet yang mereka sudah lama berdiri dan perlu berehat.
  • Menyabarkan pegawai-pegawai sokernet yang mungkin stres kerana asyik disorak oleh gadis-gadis seksi.

Faedah yang akan diperolehi.
  • Baju t-shirt sokernet yang cool. Ia adalah air tangan brader Pipiyapong yang mahsyur. Dikhabarkan ia sangat laris jualannya sehingga brader PP terpaksa mencetak lagi sehingga dia jadi kurus.
  • Kos rawatan percuma sepanjang perkhidmatan.
  • Makanan dan minuman ditanggung.
  • Kemahsyuran yang berpanjangan dan boleh diletakkan dalam resume. Majikan mana yang sanggup menolak apabila melihat resume yang tertulis nama 'Sokernet'? Ingat, an offer you can't refuse.
  • Diambil berat masalahnya oleh pegawai-pegawai Sokernet yang kacak dan fit. Ingat, I'll take care of you.


Cara memohon.
  • Hantarkan e-mel ke sokernetmail@gmail.com dengan tajuk : SAYA MAHU MENJADI SUKARELAWAN SOKERNET. Berikan satu sebab sahaja mengapa kami perlu memilih anda.
  • Dalam e-mel letakan no HP dan FB bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.


Semua maklumat adalah rahsia. Pihak Sokernet akan membuat tapisan yang ketat ke atas setiap pemohon. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Ingat, man jadda wa jada.

24 Ulasan:

ijan berkata...

malehhhh

Abdul Sokernet berkata...

lu mintak pun, memang gua rejek terus.

r.k berkata...

kalau ghua turun jugak masa hari kejadian dengan niat jadi sukarelawan . agak-agak kena sepak tak ?

Abdul Sokernet berkata...

Tak kot. Sebab R.K ni nama regular jugak kat sini. ye dok.

ijan berkata...

ceh..x jadi nk dukarela camni

ayobkelubi berkata...

perghh..mmg berlari sampai tercabut lutut lah budak2 ni..

eJAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keli berkata...

Awekz2 je....

cecx berkata...

xde juliana evans ke?

Hazard Ali berkata...

Seksis. Benci i...

AKSARA : 'essem'. macam pegawai2 sokernet.

julu berkata...

mmg idaman para gadis..

ska berkata...

cara penulisan memang mcm baru lepas tgk movie Godfather... "I am Moe Greeeenn...u buy me out? no.. i buy u out.."

Ahmad Muhajir berkata...

amar ma'ruf nahi mungkar la..bukan Amal..haha..

Streetwizer berkata...

gua dtg tgk sukarelawan ajerla kalo cmni...

zX berkata...

sila pastikan gambar² bakal sukarelawati tu di pos @ sokernet utk sessi pemilihan oleh pengkritik² tetap dalaman ... kalau takleh celeng J.Evans kita rijek.

kakakaka!

kitt berkata...

sokernet muda dapat sukarelawati sorg dok? heh..

Point of View berkata...

jadahnya nak pompuan je?

word veri: fakersuc

sebelas berkata...

aku pun macam nak tetapkan niat datang tengok sukarelawan saja lerr...kekekeke

Pet Shop Boys berkata...

AKu boleh jadi sukarelawan futsal Sokernet. Tapi dengan syarat....

Syaratnya; pengulas SOkernet akan berhenti nganjing Liverpool. boleh?

huhuhu

PELAUNG PULAU berkata...

money is temporary, glory last forever...

ni ayat ayat tipikal fan liverpool neh.kahkahkah!

kareem berkata...

syarat lu mmg berat la pet shop. Lagi berat dari syarat puteri gunung ledang kepada sultan melaka...

keli berkata...

@pelaung pulau
Glory tu ayat tipikal MU pyelar...tiada kaitan dgn liverpool..

adinda anna liyana berkata...

"pembaca wanita di sokernet akan diberi keutamaan. Ingat, you know who you are" hahahaha..i like.

boleh saya cuba?
:p

galileo berkata...

sila lah dinda mencuba~hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...