ANDA SEDANG MEMBACA

28

PERADUAN TEKA RESULT LIGA SUPER 2011 #1

Abdul Sokernet Jumaat, Februari 11, 2011
TERKINI: Setelah mendapat khidmat nasihat dari yang pakar, rules NO.5 diubah. Rujuk law no.5

Untuk merancakkan lagi suasana Liga Super Malaysia 2011 ini, Sokernet dengan berbesar hati memulakan satu peraduan yang dinamakan (seperti tajuk entri) Peraduan Teka Result Liga Super 2011.

Mekanisme seperti berikut

1. Sokernet akan menyenaraikan perlawanan-perlawanan mingguan yang masuk secara rasmi dalam list peraduan. Maka mungkin ada game yang tak termasuk dalam senarai peraduan.

2. Teka keputusan setiap perlawanan.

3. Peserta yang berjaya meneka SEMUA perlawanan dengan betul akan memenangi hadiah RM10 setiap minggu perlawanan.

4. Jika tiada siapa yang berjaya teka SEMUA perlawanan dengan betul, hadiah RM10 akan di bawa ke minggu perlawanan berikutnya, dicampur dengan hadiah RM10 minggu itu.

contoh:

Minggu 1 - hadiah RM10 - tak ada pemenang,
bawak ke;
Minggu 2 - hadiah RM10 campur hadiah RM10 minggu pertama = RM20 hadiah minggu kedua.
Tup tup Kardio menang, so dia dapat RM20.
Minggu ketiga - hadiah RM10 (sebab hadiah terkumpul dah dimenangi oleh Kardio sebelum ini).

Dan begitulah seterusnya.

Faham ke tak?

5. Jadi untuk peraduan no.1, kita akan listkan game-game yang berlangsung pada 12 Februari 2011

Sabah vs Kedah
Kelantan vs Johor FC
Selangor vs Kuala Lumpur
PBDKT T-Team vs Harimau Muda
Perak vs Negeri Sembilan
Felda United vs Pahang

Deadline untuk peraduan no.1 ini pada jam 845 malam 12 Februari 2011.

Hantarkan penyertaan di emel: sokernetmail@gmail.com. SATU EMEL SATU PENYERTAAN.

6. Jika lebih dari SEORANG pemenang, standard la, sharing is caring. Pemenang sila hubungi sokernetmail@gmail.com untuk claim hadiah. PENTING GILA - Sila hubungi sokernetmail@gmail.com untuk claim hadiah. Jika tiada emel klaim, kami anggap tiada pemenang yang berminat dengan hadiah itu dan hadiah itu akan di bawa ke minggu seterusnya.

7. Kenapa RM10? sebab peraduan ini lebih nak kasi nampak meriah Liga Bola kita, bukan nak cari nak suruh korang cari sumber pendapatan.

8. Jom! Jom!

28 Ulasan:

Abdul Sokernet berkata...

first

talkIZcheap! berkata...

Sabah 0 - Kedah 1
Kelantan 7 - Johor FC 0
Selangor 1 KL 0
TT 0 Harimau Muda 2
Perak 1 NS 1
Felda 8 Pahang 5

M Fadhil berkata...

Sabah vs Kedah (1-2)
Kelantan vs Johor FC (2-1)
Selangor vs Kuala Lumpur (1-1)
PBDKT T-Team vs Harimau Muda (0-2)
Perak vs Negeri Sembilan (2-1)
Felda United vs Pahang (0-2)

julu berkata...

Sabah vs Kedah 1-3
Kelantan vs Johor FC 1-0
Selangor vs Kuala Lumpur 2-0
PBDKT T-Team vs Harimau Muda 1-1
Perak vs Negeri Sembilan 2-2
Felda United vs Pahang 0-1

ganu x main ke???

nate berkata...

Sabah vs Kedah 2 - 0
Kelantan vs Johor FC 3 - 0
Selangor vs Kuala Lumpur 2 - 1
PBDKT T-Team vs Harimau Muda 0 - 4
Perak vs Negeri Sembilan 1 - 0
Felda United vs Pahang 2 - 2

hyer greveieor berkata...

Sabah vs Kedah 2-0
Kelantan vs Johor FC 1-0
Selangor vs Kuala Lumpur 3-1
PBDKT T-Team vs Harimau Muda 0-1
Perak vs Negeri Sembilan 1-0
Felda United vs Pahang 2-2

LuciusMaximus berkata...

Abdul, Abdul...

Kalau letak kat ruangan komen habislah. Aku tengok semua tekaan orang lain lepas tu aku tapau hantar peraduan banyak-banyak tiru bulat-bulat semua orang punya.

Hadiah aku dapat makan separuh.

Hantar ke emel, baru rahsia dan baru selamat. Tak ada nanti gatal-gatal mengaku yang tekaan betul tu dia punya, atau yang gatal meniru tekaan orang lain.

Tak pernah main 4 nombor ekor ke atau berjudi bola ke?

the alpha... 'that' berkata...

jawapan aku sama macam julu

I Am Legend berkata...

Jawapan teman sama macam Talkizcheap, M Fadhil, Julu, Machonyer dan Hyer greveior.

TQ!

talkIZcheap! berkata...

kah kah!! Luci, tu lar pasal!! har har!!

Azizan berkata...

kalau mcm ni sorang menang semua menang. dah tu hadiah nak bagi brapa kepala.

Admin berkata...

Sabah vs Kedah 1-1
Kelantan vs Johor FC 3-0
Selangor vs Kuala Lumpur 2-0
PBDKT T-Team vs Harimau Muda
Perak vs Negeri Sembilan 1-2
Felda United vs Pahang 0-0

Abdul Sokernet berkata...

hai y'olls semua,

law no.5 dah berubah ye, rujuk entri

Muahhh

Sayang y'ollsss!!!

BanDeLa berkata...

yang kat sabah n sarawak ada kena tax x...kehkehkeh

Kairel Keflee berkata...

Sabah 1 - Kedah 1
Kelantan 2 - Johor FC 0
Selangor 3 KL 0
TT 0 Harimau Muda 1
Perak 2 NS 3
Felda 4 Pahang 1

BanDeLa berkata...

ok...nak copy paste semua tilikan kat atas n bawah nie(kalo masih ada)..then send guna 1 email jer...hehehe...

Arajo Dilangit berkata...

Sabah vs Kedah (2-0) sumandaks...!!
Kelantan vs Johor FC (3-1)
Selangor vs Kuala Lumpur (0-0)
PBDKT T-Team vs Harimau Muda (3-2)
Felda United vs Pahang (0-2)
Perak vs Negeri Sembilan (2-1)

p/s - gmbr atas tue tukar laa letak derby yop vs jang br semangat...

Ejoi berkata...

Adik aku mesti suka ni!

Ozgur Cek berkata...

Sabah vs Kedah (2-1)
Kelantan vs Johor FC (2-0)
Selangor vs Kuala Lumpur (1-0)
PBDKT T-Team vs Harimau Muda (1-1)
Perak vs Negeri Sembilan (0-0)
Felda United vs Pahang (1-0)

Kuwe berkata...

Sabah vs Kedah (0 -1)
Kelantan vs Johor FC (2-0)
Selangor vs Kuala Lumpur (2-0)
PBDKT T-Team vs Harimau Muda (0-3)
Perak vs Negeri Sembilan (1-1)
Felda United vs Pahang (1-1)

LuciusMaximus berkata...

Sila hantar tekaan keputusan ke sokernetmail@gmail.com

Harap maklum

ijan de bunks berkata...

giler nk teke banyak2...
klu 1 game slh yg lain mcm mne abdul??
xkn x blh mng???

hantuLongkang berkata...

antar pakai poskad tak boleh ke?

julu berkata...

ok..
aku nak tggu hadiah meningkat ke rm1k bru nak teka..
keh2.. bajet xde org leh menang

talkIZcheap! berkata...

bila kena hantar kat email, terus malas... huhu

keli berkata...

SMS je la...kakakaa...sokernet bley carik untung wooo....bley cas. Bijak2....

kareem berkata...

haah, soalan gua sama cm ijan. Let's say kalo ade 3 match teka tepat, 3 lagi tak berape tepat, nak kira mcmane?

Tp itu pasal la susah kot nak menang nih...huhu

Ozgur Cek berkata...

sokernet patut ringankn sikit syarat utk menang...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...