ANDA SEDANG MEMBACA

37

Sepakbolanet: Revolusi PSSI

LuciusMaximus Rabu, Februari 23, 2011 , , ,




Selepas Tunisia dan Mesir, gelombang revolusi rakyat telah bangkit di kebanyakan negara Arab yang lain. Tidak mustahil akan ada lagi despot-despot negara Arab yang bakal tumbang selepas ini.

Lain pula ceritanya di Indonesia. Satu gelombang revolusi dilaporkan sedang bangkit di sana, diberi nama Revolusi PSSI.



Revolusi PSSI adalah gerakan dari peminat sepakbola Indonesia yang menuntut agar Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid meletak jawatan dan berundur dari pucuk pimpinan PSSI. Nurdin Halid adalah seorang pengusaha dan politikus serta telah memegang jawatan Ketua Umum PSSI sejak tahun 2003.

Pernah disabitkan dengan kes jenayah, korupsi dan dipenjara; Nurdin Halid dituduh telah melingkupkan PSSI dan sepakbola Indonesia. Menjalankan pemerintahan kuku besi dari balik tirai besi penjara sebelum ini, beliau dikatakan pernah terlibat dalam mengubah statuta (perlembagaan) PSSI supaya kekal berkuasa sebagai Ketua Umum PSSI sekalipun pernah terlibat dalam kes jenayah.

Suara-suara revolusi khabarnya sudah mula kedengaran dari pertubuhan klub-klub sepakbola Indonesia. Ketua Umum Persema Malang, Peni Suparto berkata, "Tak ada kata lain untuk memajukan sepak bola di Indonesia, kecuali revolusi kepengurusan PSSI dan revolusi untuk menurunkan Nurdin Halid dari ketua Umum PSSI, karena selama PSSI dinakhodai Nurdin Halid tak ada prestasi yang bisa dibanggakan."

"Kalau masyarakat pecinta bola sudah mendesak dilakukannya revolusi, tidak ada aturan hukum yang mengalahkannya. Contohnya seperti Mesir, kalau sudah revolusi tidak ada aturan hukumnya," jelas Peni Suparto lagi kepada Sokernet.

Awal sebelum ini Nurdin Halid dan konco-konconya dalam PSSI telah memblok Jeneral George Toisutta dan Arifin Panigoro, dua calon yang mahu mencabar Nurdin Halid sebagai Ketua Umum PSSI.



Menjelang laga Timnas Garuda Indonesia menentang Turkmenistan hari ini para penyokong sepakbola dari klub yang lain juga akan turut berdemo. Perlawanan yang bakal diadakan di Palembang bakal disaingi demo yang dipimpin oleh suporter Sriwijaya FC.

"Kami akan melakukan demo saat Timnas bertanding lawan Turkmenistan. Bukannya kami tidak ingin memberikan dukungan, tetapi ini luapan kekecewaan kami akan tindakan pengurus di bawah kepemimpinan Nurdin Halid," kata Ketua Singa Mania Sriwijaya FC, Dedi Pranata ketika disapa Sokernet.



Lain pula ceritanya di Palangkaraya, foto Nurdin Halid dibakar oleh suporter Persepa Palangkaraya. Koordinator aksi, Sigit Wido berkata "Rejim Nurdin Halid adalah penghisap darah karena menyuburkan mafia-mafia yang bisanya hanya memeras dan merekayasa hasil pertandingan".

Sementara itu di Aceh, para pendukung Aceh United turut membakar foto Nurdin Halid sambil melakukan aksi tidur di jalan. "Tuntutan kami atas perubahan di tubuh PSSI adalah harga mati, dan kami akan terus berjuang demi kemajuan sepakbola Indonesia,” kata kordinator aksi, Oki Tiba.

"Harus Revolusi PSSI. PSSI merupakan sarang mafia. Kami menuntut Nurdin mundur. Pasalnya, selama tujuh tahun memimpin PSSI sepak bola nasional tidak pernah memiliki prestasi". Begitu pula ujar dari Arif Bondet, mewakili Persibo Bojonegoro dimana suporternya yang digelar Boromania mengusung sepanduk dan bernyanyi di hadapan kantor PSSI.



Dalam kebangkitan revolusi dan demo ini apa yang dikhuatiri oleh pencinta sepakbola ialah bentrokan atau rusuhan. Tapi Panglima Viking, Ayi Suparman yang mewakili organisasi pendukung Persib Bandung berharap ianya tidak akan berlaku. "Kita menghindari bentrokan saja. Tapi ini dilakukan atas nama pecinta sepakbola nasional, jadi tidak mungkin ada bentrokan," terangnya.



Demo juga dilaporkan telah dianjurkan oleh suporter Semen Padang, PSM Makassar, Persija Jakarta dan Arema Malang. Sarasehan suporter juga telah diadakan, mengumpulkan 30 kelompok suporter klub-klub sepakbola Indonesia dengan kugiran Slank juga turut vokal dalam menuntut Nurdin Halid berundur. Manakala jurnalis Erwiantoro pula telah menerbitkan buku setebal 276 mukasurat bertajuk 'Dosa-Dosa Nurdin Halid' yang mendedahkan segala perbuatan jenayah dan korupsi Ketua Umum PSSI itu.





Demo besar-besaran dijangka berlangsung hari ini ketika perlawanan Indonesia menentang Turkmenistan sebagai usaha untuk memaksa Nurdin Halid mengundurkan diri sebelum pemilihan Ketua Umum PSSI yang baru di Bali pada Mac depan.

Sementara itu di Malaysia, Sultan Bola masih lagi Presiden FAM yang berdaulat.

37 Ulasan:

Pet Shop Boys berkata...

First!
..aku rasa aku plg banyak first kat sokernet ni

Zinedine Zaiddin berkata...

Firstfag, LOL

Kalau kita buat macam ni tobat sekor2 kena cop derhaka.

LuciusMaximus berkata...

Astaghfirullah

MOFASAD berkata...

liga haram bola indon sudah berlaku hasil kuasa penyokong mereka di sana

dan liga haram itu di taja oleh Air Asia

jangan main main

bola sepak mereka dan anggap seperti agama mereka

mungkin apa berlaku di indon akan berlaku di malaysia juga

ijan de bunks berkata...

kalu ade geng2 yg nk bt macam ni ak nak join...
sampai biler la bolasepak malaysia nk maju kalau yg jage nye org yg same..
syaitan sungguh...

Plus Ultra berkata...

Dari Aceh ke Jayapura suara Revolusi PSSI kedengaran

Sementara di Malaysia, dari Kangar ke Kota Kinabalu kita masih berkumpul di mamak tengok EPL

I Am Legend berkata...

mofasad,

LPI tu haram pada mata Nurdin dengan geng mafia dia. Kalau nak kira EPL dulu pun haram sebab breakaway dari Football League.

Si Nurdin ni tahu dia tak ada kuasa nak control kelab dalam LPI macam mana dia control LSI. Tu yang dia terus nak haramkan.

Ozgur Cek berkata...

tumpang tanya..
sejak bila lagi sultan bola pegang FAM?

LuciusMaximus berkata...

1984

Syahir Cupin berkata...

semen padang? LOL.

revolusi!

sinach zawawi berkata...

daulat sultan bola!

Emoon Zulhilmi berkata...

kau peganglah lama lagi..

bukan takat bola,hoki pon kau sebat..

aku sajes kau jangan takat ganti muhammad hammam, kalau boleh sepp blatter skali ye..

kami teruja kredibiliti kau..

DAULAT TUANKU!

Kah kah kah

oni berkata...

Semuga sultan bola dapat jadi presiden fifa!

Pai berkata...

jadi kat TV Indon ade tayang tak game2 dari liga haram ni?

ska berkata...

kite bako je...

Ozgur Cek berkata...

perghhhh...lebih tua dri umur aku..
bila la dia nk jd al-marhum

Ozgur Cek berkata...

http://www.facebook.com/note.php?note_id=185503894818656&id=160510067324432

Baca ni...astro arena mengamuk kat facebook..

r.k berkata...

demi semangat sepakbola , ghua harap revolusi ini berjaya .. pelita jaya punya mafia tak turun demo ke ? keh keh keh

Pet Shop Boys berkata...

Nak cakap mende...dibawah sultan kita ada rekod yang boleh dikatakan baik.

U want statistic, they gave u statistik...

"Penghujung tahun 2009 kita sudah memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA. Penghujung tahun 2010 pula kita melakukan kejutan sekali lagi dengan menjuarai Piala AFF Suzuki."

Abdul Sokernet berkata...

gua ada simpan lagi komen adijaya hina sultan bola dulu..

kalau gua start dengan benda tu, agak-agak orang boleh bukak mata tak?

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@Pet Shop Boys,

Statistik kejayaan untuk 2 tahun terbaru itu tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan statistik kegagalan di dalam Piala Asia 2007 di Kuala Lumpur, kelayakan Piala Asia Qatar Kumpulan C, Sukan SEA 2005 di Manila, Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, kegagalan memenangi Piala AFF/Piala Tiger sejak ianya dimulakan hinggalah tahun 2010 dan banyak lagi.

Itu belum diambil kira dengan dasar-dasar dan keputusan FAM yang tidak efektif dan sering berubah-ubah secara membuta tuli yang secara tak langsung merosakkan bolasepak tempatan.

Sebagai sebuah negara yang pernah mempunyai pasukan bolasepak hebat yang mampu mengalahkan Arsenal FC tidak lama dahulu, adalah tidak wajar tahap bolasepak Malaysia terjerumus teruk hinggakan prestasi dan rankingnya menjadi suatu bahan komedi oleh negara lain dan rakyatnya sendiri. Sekiranya sesebuah badan pengurusan itu mempunyai kepimpinan, dasar dan perancangan yang baik, semestinya entiti yang diuruskan itu dapat melonjak kembali ke tahap yang sepatutnya dalam masa yang singkat, jika tidak pun berada dalam tahap yang boleh dibanggakan.

Namun mari kita lihat bolasepak Malaysia. Selain dari kejayaan 2 tahun kebelakangan ini dan kejayaan memenangi emas di Sukan SEA Kuala Lumpur tidak lama dahulu, apa yang boleh kita banggakan?

Nasib baik The Yobs cemerlang! Tidaklah saya kecewa sangat dengan bolasepak tempatan.

ron97 berkata...

penaja utama Nurdin Halid adalah Bakrie yg merupakan pemilik kelab Pelita Jaya
jadi peminat Malaysia sokong Safee = sokong Pelita Jaya = sokong Bakrie = sokong si Nurdin Halid

adakah kita anti revolusi PSSI??..LOL

Ocen berkata...

bila bola kita nak buat revolusi pulak?heheheheh...

adijaya berkata...

saya merasakan nama saya dipetik di sini..

dan saya terus muncul..

hai abg jarr, apa khabaq? bila torres nak buka akaun gol? adakah beliau antara pembelian gagal tahun 2011 ini?

hai abg pipi, game malam nanti nak tapau stoke berapa bijiq? persie sms tadi, dia kata nak rehat dan tak main mlm ni. nak simpan tenaga utk angkat piala kat wembley nanti.

hai kareem, pet shop, dan y.a.n.a, diharapkan you all semua berada dlm keadaan sihat wal'afiat.

sejarah baru akan tertulis hujung minggu ini. nantikan piala pertama arsenal setelah sekian lama menunggu. ini saatnya kita melaungkan slogan: Arsenal Juara!!!

*maklumat tambahan: liga bola sepak di indonesia telah terbahagi 2 tahun ini, Indonesia Super League dan Liga Primer Indonesia. liga tersebut adalah liga teratas di indonesia, tapi tak terletak di bawah satu pengurusan. Irfan Bachdim, superstar team nasional indonesia tidak dapat mewakili team negara nya kerana dia bermain di bawah LPI.

== once the gunners, always the gunners, Victoria Concordia Crescit =

Qazwsx berkata...

lucy,adakah entri ni sempena kekalahan chelsea kepada everton?hahaha

Streetwizer berkata...

gua nak psg lagu revolusi skali masa kita ber-revolusi nanti bleh tak?

r.k berkata...

entry kalah dengan everton : http://sokernet.blogspot.com/2011/02/pemain-terbaru-england-untuk-six.html

ini entri sepakbolanet .

kareem berkata...

adik khairul idham, mane hilang?sibuk isi borang UPU ke?

hellghast berkata...

Indonesia kalah dengan Turkmenistan kat Palembang hahaha!!!

keli berkata...

Bolasepak - Sepakbola
Gua rasa sepakbola macam lebih btol....pendapat saje.
Kalo korang buat camni kat malaysia kne cop derhaka nanti dgn geng2 abam ibrahim ali perkasa...adoyai...hang jebat katanya. hehe..

Malaysia menang dgn pakistan...yeyyy

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Sama ada Umer si penjaga gol Pakistan untuk separuh masa kedua itu memang terbaik atau pemain Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk membuat penyudah dan menjaringkan gol... fikir-fikirkanlah!

Qazwsx berkata...

r.k:ak tau.sje nk doggie lucy n fan chelsea.hhaha.peace

Tanpa Nama berkata...

di malaysia..

adakah rizal hashim dan astro arena akan menjadi mangsa?

Kerteh Kickers berkata...

penglaman aku dulu ialah pernah tgk game psms medan lawan psps pekanbaru.

2 club nih bukan la yang ngetop di indonesia tapi stadium tetap juga penuh dalam 15k penonton.

indonesia passion bola dia memang lain, dalam asean ni kira number 1 dan itulah yg bagus pasal mereka ni, tau nak hargai sepakbola sendiri

arwan berkata...

sultan bola tau x yang ramai orang xsuka dia?
atau dia wat xtau je.
gua hangin tul.

cecx berkata...

kat malaysia ni,team yg betul2 ada passion bola ialah kelantan..

Qazwsx berkata...

muhammad:xpyh koya la ngaku sek mu paling passion.try tny kelate msa sebelum anuar musa ambil alih wat rebranding.team lain dh busan mng piala pn xde la koya ngaku team die plg passion nate gapo la.stadium penuh sbb stadium kecik wat pe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...