ANDA SEDANG MEMBACA

24

Di Mana Semangat Sukan Negara? - Satu pendedahan eksklusif

MDM FARAH FAIZURA Rabu, Mac 02, 2011 , ,
Semangat sukan negara?

Sekiranya kita ditanya, di mana semangat sukan negara? Apa yang kita mahu jawab? Kalau ditanya kepada Drogba pun, mungkin dia buat-buat sawan fasal taraf soalan itu sangat ultras.

"Aku sawan, aku sawan, tolong," kata Drogba yang pura-pura sawan bagi mengelak menjawab soalan.

Kalau ditanya kepada Terry, mungkin ini pula reaksinya.

"Kasilah i tengok semangat you," rayu Terry di tengah Wembley. Hanya itu 'semangat' yang dia ingat.

Cuba pula tanya kepada Sagna. Mesti dia tunjuk rambut dia.

"Abang sebenarnya bukan owl," kata Sagna lalu membuka topeng owl dan menyambung, "Semangat tak rambut abang?"

"Kus semangat," kata budak perempuan itu lalu pengsan dua hari.

Kalau tanya Rooney pula, terus dia tunjuk siku.

"Kalau takda siku mantap macam abang, nenek-nenek pun boleh buat jadi semangat," kata Rooney sambil menunjukkan gambar seorang nenek.


Jadi di mana semangat sukan negara?

Aku yakin, ramai yang akan menjawab, semangat sukan negara letaknya pada pemain dan penyokong. Pemain bermain bersungguh-sungguh dan penyokong pula menyokong tanpa syarat macam ultras (ye ke?). Okey, memang panjang lebar kalau kita hendak berhujah berkenaan di mana letaknya semangat sukan negara. Ada banyak sisi dan ada banyak aspek. Ada aspek yang tidak boleh dilihat dan ada aspek yang boleh disentuh.

Kali ini kita bercerita berkenaan aspek semangat sukan negara yang boleh disentuh dan malah dapat dicari di Google map. Ya, ia memang boleh di google. Malah sebenarnya, semangat sukan negara itu ada di lima lokasi. Ia ada di Gombak, Selayang, Senawang, Nilai dan paling baru di Ipoh, Perak. Dengar cerita Hantu Kak Limah bukan main suka lagi. Apakah semangat sukan negara itu?

Inilah semangat sukan negara yang boleh kita google dan sentuh.

.

.

.

.

.

.

.

Laman web rasmi: http://www.mizisports.com/index.html

Facebook: http://www.facebook.com/pages/Mizi-Sports-Centre/107564895966156


Karnival Mizi Sports di Medan Gopeng dan kasut berharga RM9.99

Berkenaan Mizi Sports juga, untuk penduduk di Medan Gopeng, Perak boleh datang ke karnival Mizi Sports pada 5 Mac 2011 ini (hari Sabtu). Ini bukan karnival setakat baling tin ataupun tiup tepung sampai muka macam zomba. Ini karnival bertaraf klasemen dan FIFA. Ada aktiviti street futsal bersama Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi.

Aidil menunjukkan skill 'musuhnya habis binasa'. Skill bagaimana mahu melepasi dua pertahanan walaupun dikawal ketat.

Kalau anda datang seawal jam 10 pagi, ada lagi benda 'gila' yang anda akan dapat. Iaitu membeli kasut sukan yang berharga RM150 ke bawah dengan harga RM9.99 ringgit. Gila! Ini betul-betul semangat sukan negara! (Kecuali kasut Nike dan Adidas)

Kalau anda pengunjung ke 21-50 pula, anda akan diberikan voucher bernilai RM20. RM20, kalau memang baju harganya RM20, sedaplah. Jadi datanglah beramai-ramai ke Mizi Sports Medan Gopeng, Ipoh, Perak.

Mizi Sport Centre
No.200B-1,Burger Houz,
Jalan Raja Dr.Nazrin Shah,
(Jalan Gopeng)
Medan Gopeng 31350 Ipoh, Perak.
No.Tel : 012-5215075

Kalau tak tahu sangat, guna google map atau garmin. Kalau itupun tak tahu jugak, guna teksi. Senang!

Mereka sudah bergambar dengan pemain bola kebangsaan. Anda bila lagi?

Khabarnya Hantu Kak Limah pun datang.

Ke Medan Gopeng kita - Kak Limah dengan semangat sukan negara.


Mizi Sports - Semangat Sukan Negara

Jadi bercerita fasal Mizi Sports, seperti yang anda semua boleh baca di laman web rasminya, ia adalah butik sukan milik bumiputera. Sebut fasal bumiputera, memang bersemangat sukan negara dibuatnya. Laman webnya pun ditulis dalam bahasa Melayu. Sangat Interlok.

Sudah namanya pun butik sukan, maka kalau anda minat badminton, di sinilah tempatnya hendak membeli reket. Kalau minat futsal, di sini pun ada kasut futsal jenama terkenal seperti Nike dan Adidas. Seluar 3/4 sah-sah lah ada.

Ia memang sebuah butik sukan yang diwujudkan atas dasar semangat sukan negara. Ini bukan cakap kosong. Ini kerana semangat itu terdiri aspek dalaman dan luaran. Antara aspek luaran adalah keselesaan, keselamatan, harga dan gaya. Barulah bersemangat nak bersukan dan Mizi Sports menyediakan 'semangat' itu.

Apa bezanya ia dengan butik sukan lain? Antara bezanya, Mizi Sports bukan sekadar menjual, malah ikut menaja pemain bola sepak negara. Naik taraf pemain bola kita kerana sudah banyak penaja dan malah menjadi duta lagi. Malah sekiranya diperhatikan, lokasi Mizi Sports juga sangat merakyat. Ini memudahkan penduduk setempat merasai suasana butik sukan yang hanya boleh mereka mimpikan selama ini.

Butik sukan yang hanya mampu dimimpikan selama ini kini menjadi realiti.

24 Ulasan:

nwa berkata...

Hoi

Jarr berkata...

bab cerita semangat bergambar tu buat aku mengekek pepagi..haishh.

"Kasilah i tengok semangat you," rayu Terry di tengah Wembley. Hanya itu 'semangat' yang dia ingat.

kah kah kah!

sapot mizi sports!

Ozzz3000 berkata...

apasal entry ni sangkot xle buka subuh td?

Tendangan Gerek berkata...

terry suka telur

yaabbna berkata...

Kelmarin ada Final Engineering Premier League kt UIA..
Team Palmero yg champion ditaja oleh Mizi Sport Centre.
Pandai gak dorang taja tema yg boleh menang ni.

Ejoi berkata...

Perghhh!

Kat tempat aku pun Mizi Sport Centre ada?!

Alang-alang dah ada kat area Gopeng, bolehlah Mizi Sport Centre buat join venture dengan Shahir AF untuk buka gelanggang Futsal kat area Gua Tempurung!

adinda anna liyana berkata...

korang ni boleh buat komik la...confirm ketawa sampai keluar airmata....

Aie Isa berkata...

aku suka pegi al-ikhsan sebab nama dia ada unsur islamik.

kahkahkah!

kareem berkata...

sekali sekala dingin tulis, padu juga isinya...

Tanpa Nama berkata...

taik betol..iklan rupanya

talkIZcheap! berkata...

penyelamat terakhir umat manusi... eh? salah entri...

hantuLongkang berkata...

ooo butik...aku ingatkan kepala bookie bolaspeak negara...

maklum la, 'semagat sukan negara' ni terletak pada bookie je..bookie suh semangat, pemain2 semngat la..bookie suh bolos, diorang semangat la bagi bolos..

hehehe

hellghast berkata...

ape kaitan siku Rooney dangan nenek? kalau beli dapat hadiah nenek sorang satu malam ke? ahahahaha!!!!!

i'msosupernotcool berkata...

FTW!!

Arajo Dilangit berkata...

semangat aku baca...

Streetwizer berkata...

semangat kesukanan sebenar...

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Ini satu artikel yang baik bagi saya

PELAUNG PULAU berkata...

mahal jugak mizi sports ni sebenarnya.... aku ingatkan murah sikit dari al ikhsan..rupanya lagi mahal...

keli berkata...

Gua pernah nmpk Mizi sports masa gua lalu kat Senawang sekali tu aje...Harap2 la bley bukak kt tempt jin bertendang area selangor ni kalo ikut konsep merakyat die...bosan gak asyik g al-ikhsan je shopping brg sukan...ade jual reket, ok gak tu...

hellghast berkata...

@ bro keli,aku pelik? ape yang ko bosankan dengan Al-Ikhsan?
Mizi ke Al-Ikhsan ke,same aje...kedua2nya bumiputera...berbanggalah...adeh...

Adleen berkata...

hellghast, i think maksud keli dia nak pilihan lain sebab tempat dia ada al-ikhsan je. kan bagus kalau ada option boleh compare product n pricing

hellghast berkata...

memanglah tapi kan dah banyak dah kedai sukan dlm Malaysia ni...so ayat bosan tu tak kena bagi aku,mcm bunyi tak suke aje.

apapun terpulang pada individu nak beli kedai mana,butik2 sukan pun dah banyak,tapi sure lagi mahal kot...

Jarr berkata...

Butik Ah Hock racket YUNEXT baru 15.80...kan murah tu..

pergi rak belakang skit ada jual beras,Club 99,Seven Seas,Sabun Imperial mcm mcm ada.

keli berkata...

Butik Ah Hock...kakakakaka
Gua nak reket Yunext 2, sabun imperial 3, beras 4kilo.....ok tokey kasi kira....kikikiki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...