ANDA SEDANG MEMBACA

15

Solidaritas Bersama Sendai

LuciusMaximus Selasa, Mac 15, 2011 , ,





Sokernet bersimpati dengan rakyat dan juga peminat bolasepak di Jepun di atas bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Sendai baru-baru ini. Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda pastinya perit untuk diterima penduduk negara matahari terbit itu dan turut menerima tempias pastinya sukan bolasepak yang dekat di hati kita semua.

Sendai merupakan antara bandaraya yang mempunyai wakil kelab dalam saingan J.League Division 1 iaitu Vegalta Sendai. Kesan dari bencana yang menimpa Jumaat lepas, Vegalta Sendai adalah antara kelab yang paling teruk terjejas.

Presiden kelab Yoichi Shirohata memaklumkan bahawa stadium, padang latihan dan kemudahan kelab yang lain telah musnah. Namun berita baik ialah kesemua pemain dilaporkan terselamat dengan para pemain asing telah diberikan pelepasan pulang ke negara asal sementara pemain tempatan dibenarkan pulang untuk bersama keluarga mereka.

Vegalta Sendai baru sahaja dipromosi naik ke J1 pada musim 2009 selepas 6 musim bermain dalam J2. Kelab Sendai ini bukanlah antara kelab bolasepak terkuat Jepun tetapi sebagai wakil tunggal Sendai dalam J.League mereka mampu menarik sejumlah 300,000 penyokong setiap musim secara purata. Stadium Yurtec Sendai mereka berkapasiti 19,694 penonton dan asalnya diasaskan sebagai kelab bolasepak Tohoku Electric Power Co. pada tahun 1988.

Kesan dari bencana yang menimpa juga semua perlawanan J1 dan J2 untuk bulan Mac dibatalkan, umum pengerusi J.League Kazumi Ohigashi. Beberapa kelab dari bandaraya lain yang berdekatan juga turut terjejas, antaranya Kashima Antlers yang melaporkan berlaku kerosakan kepada Stadium Kashima mereka.

Turut terjejas ialah semua perlawanan Japan Football League, liga ke-3 dalam piramid bolasepak Jepun. Sebuah lagi kelab dari Sendai bersaing dalam liga amatur ini iaitu Sony Sendai FC yang turut menerima kesan teruk apabila kilang Sony di Sendai dan semua kemudahan sekitar musnah.

Japan FA (JFA) bagaimanapun masih belum memberi kata putus mengenai perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan pada 25 dan 29 Mac serta penyertaan Jepun dalam Copa America pada bulan Julai nanti.

Bencana yang menimpa jelas telah memberi kesan yang besar kepada bolasepak Jepun. Namun apa yang pasti Jepun pasti bangkit kembali seperti sebelumnya dan harapan kita bolasepak Jepun amnya serta Vegalta Sendai (dan Sony Sendai FC) khususnya kembali pulih secepat mungkin.

Demi memperingati rakan bolasepak kita di sana dan sebagai tanda solidaritas, hayatilah lagu nyanyian John Denver, Take Me Home Country Roads yang merupakan club anthem untuk Vegalta Sendai.

15 Ulasan:

anerp berkata...

haha

Din Guerreroz berkata...

1st!!!

Din Guerreroz berkata...

fak second...

Plus Ultra berkata...

Aku tak faham, kenapa komen pertama untuk entri nada simpati macam ini kena berbunyi,

"haha"

?!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Sekiranya Jepun mampu bangkit dari letupan 2 bom atom, saya percaya mereka juga mampu bangkit dari bencana tsunami yang menimpa.

"Vegalta Sendai! Go! Yukuzo Sendai! Oletachi to tomoni Ready Go!!!"

Unknown berkata...

Like. semoga seluruh Jepun akan kembali menggegar dunia bolasepak dan ekonomi dunia, takziah utk semua yg terkorban.

ini entri yg menunjukkan kewibaan dan kehormatan sokernet sebagai laman bolasepak sedunia, dan pasal ni lah gua mmg like sokernet, tak kire la Sokernet Babi, cekelat angin toink2, haris adam, we hate sokernet, kami benci sokernet buat lawak puki, sokernet.com, Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki ), bangsat, mawar faking berduri, Adik Asyraf Ibrahim Ali (PERKASA) dan lain2 pesakit jubo tegar cakap ape.

Seig Heil Sokernet.

pjoe berkata...

nice translation

Mono berkata...

aku setuju dengan Blog Reader.
kalau tak simpati pun, janganlah persenda dengan komen ketidakpedulian. jangan komen terus lagi bagus la.

panji tengkorak berkata...

Copa America kn??? =)

LuciusMaximus berkata...

@panji tengkorak

Thank you, celaka macam mana pula boleh terkeluar Copa Libertadores ni?

Jojoe Ali berkata...

Nak sebut 'first', tapi malu.. terus tersebut 'haha'. Takpe, gua paham perasaan kedua dua pihak.

Tapi lebih molek untuk paham perasaan pihak Sendai, Sony Sendai dan semuanya kan?

Silent jap, seminit.

damaging berkata...

salut sokernet.

Ozgur Cek berkata...

takziah buat jepun

Streetwizer berkata...

mereka tetap hero...

Amjat berkata...

solidaritas tu ape maksud?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...