ANDA SEDANG MEMBACA

48

Gergasi tak berakal?

Jorji Rabu, April 20, 2011 ,
Akal tarak?

Aku menonton perlawanan bolasepak diantara Selangor menentang Sabah disebuah kedai Tomyam.

Kedua-dua pasukan beraksi macam langau hurung taik. Menyedihkan. Sabah main seperti taik, Selangor pulak jadi Langau, berlegar-legar dan sekejap-sekejap singgah.

Diwaktu rehat, pengulas perlawanan, Saudara Zainal Abidin Rawop mewawancara Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor Dato' Abdul Mokhtar Bin Ahmad yang berada ditepi padang permainan. Ulasan beliau membuatkan aku ketawa dan teruja dalam satu masa. Diantara ayat beliau yang aku masih ingat ialah;

"Pemain seperti tidak tahu menggunakan akal fikiran"
"Tidak serius dan bersungguh, macam main petang-petang"
"Tidak membuat percubaan"
" Keupayaan pemain negara kita macam ni lah... tak berkembang"
"Dah tau penjaga gol cekap pada bola tinggi, cubalah bola rendah pula"

Dan macam-macam lagi yang pedas dan bernas.

Dato' Mokhtar Ahmad

Aku teruja sebab masih ada lagi pengurus yang lantang macam ni. Tabik hormat aku pada Dato'!
Inilah orang yang kita cari! Garang! Tidak menggunakan ayat basi seperti "pemain telah mencuba dengan baik" dan tidak teragak-agak untuk 'membelasah' anak buah sendiri jika mereka memang bengap!

Hakikat sebenar bolasepak Malaysia ialah selalunya mereka bermain ikut arah 'tolo'. Gelombang kebangkitan peminat sebenarnya hanyalah 'emosi'. Mutu permainan liga tempatan masih sama. Kalau bukan semakin bebal, semakin tak berakal.Tahniah Dato'! Dato' sepatutnya jadi Pengerusi FAM.

Siapa tengok aksi 'tak berakal' mamat ni baling bola ke muka pemain T.Team minggu lepas?

48 Ulasan:

Hizwan Nizam berkata...

gua tengok dengan pandangan kosong. baik gua layan soccerkids.

kareem berkata...

bangang...bangang..bangang

yuu donaghue berkata...

Hidup Dato' Mokhtar Ahmad!!!...kasik ajar sama player2 kita tuh...selalu sangat gembira diawangan

mohd berkata...

jorji,

N9 main okay walaupon sepuluh org, cuma HO yg tak berakal protes apa dekat pengadil (mungkin mencarut ala Rooney) terus red card.

Oh ya, Pahang main memang tahap cilaka punya cilaka!

Fan Pahang, Pahang.

j or ji berkata...

mohd : TQ :)

Berto berkata...

habih la kene bambu player sngor lepas ni

Khuzrin Kamarudin berkata...

Johor FC gak mantap...

PK berkata...

memang bangang punya match.
Mainan macam tu nak bawa pergi piala juara-juara eropah..eh asia. memang bangang.

rashideeshukri berkata...

adoi, walaupun aku fan Merah Kuning, aku tetap keciwa kalau dah main tu macam tahik.

takpe, Dato'. kasik bambu sama ini player-player, jangan kasik can.

asyraf berkata...

macam tapir je selangok main. . ape da, sokerkid lagi best. . ini ke profesional?

ZombA berkata...

tahi dan serius tahi....
itu selangor...
HA HA !!!

Obefiend Weiland berkata...

selangor memang bebal

yang tak bebal kelantan

banyak solat. MB dia banyak zikir

selangor apa ada? MB liberal tu yang pintu hati pemain selangor katup macam batu belah matakaji semarngiseng

kthnxbai

Abu Dolah berkata...

aku setuju dengan dato` ni.

btw, aku bukan fan selangor dan klo kita tengok pon, cmni la senario bola sepak malaysia. dan orang macam dato` ni la yang kita perlukan. klo stakat kritik, tapi player bebal tanak improve, tu memang sengal ah.

dan aku teros bingong dengan "raja seri" season kali ni. johor fc. wtf? sejak cerita penggabungan tempoh hari, teros merosot prestasi. seri tu kira ok la tapi sebenarnya mereka beraksi di bawah kemampuan sebenar berbanding dengan season2 lepas.

pengurusan ok. tengok list player pon ok. tapi bila maen, home ke away ke, hampeh. jangan risau. ni skadar pendapat untok kongsi besama. aku tetap setia blakang sang lebah.

one way~ berkata...

alahai selangor...media pon satu hal...pnyelah melambung klau pasal selangor..perghh..situ sini sana selangor je pun~

. berkata...

dengar cerita negeri sembilan tukar jurulatih baru sama je bebal pemain diorang tu?

presiden n.9 tak maki plak?

ermm dengan perlis pun kalah?

MOFASAD berkata...

ada ke? aku kat stadium tadi. sokong team selangor. tak layan live dekat tv tadi.

MOFASAD berkata...

betul juga apa dia cakap tu

mungkin faktor jadual yang padat buat pemain jadi kurang power tadi.

susah juga nak salahkan player dalam hal ni

ye dak?

Skeper berkata...

Notty nya ayat dia

Hazard Ali berkata...

Tah nape aku tengok gamba kat seblah ni, cam tele lak ngan gamba Mourinho. Adakah itu bermaksud pemain Selangor berakal The Special One?

Hurm.. Ibrahim Ali kena kaji nih...

AKSARA : 'conro' .. player Malaysia mana lak rambut cenggini.. aduu...

sopheamaya berkata...

hehe..sje nk mnyampok..suka tgk pic 'akal tarak' tu..lwak2..hihi..
suka gk tgk ulasan YB Dato' besttt...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Pastinya adik Juan kita akan menangis dan kecewa melihat permainan tahap 'BANGANG BANGANG BANGANG' Selangor dan Sabah malam semalam.


"dengar cerita negeri sembilan tukar jurulatih baru sama je bebal pemain diorang tu?" - .

Jangan buta hati dengan menyamakan keadaan pasukan Selangor dan Negeri Sembilan. Prestasi pasukan Jang memang diketahui menurun sejak kekalahan mereka kepada Perak pada perlawanan ke 3 Liga Super. Di samping itu, pasukan Jang juga menghadapi masalah 'rumahtangga' yang sekaligus memberi impak kepada prestasi pemain mereka.

Ini berbeza dengan Selangor yang sekarang ini merupakan pendahulu liga dan baru Sabtu lepas menewaskan Perak dalam satu perlawanan yang seimbang. Prestasi mereka antara yang terbaik di dalam liga pada masa ini dan pasukan Selangor juga tidak mempunyai masalah seperti Negeri Sembilan. Jadi, mana mungkin untuk kita melepaskan Selangor dari di'bambu' sebaik mungkin hanya kerana anda menyamakan mereka dengan Negeri Sembilan?

Menjadi satu pasukan yang berkaliber, kuat dan penuh piala di gudang sepatutnya menjadikan pasukan itu sebuah pasukan yang berintegriti, bermaruah dan bertanggungjawab. Sepatutnya mereka memberikan persembahan terbaik untuk peminat-peminat mereka yang datang dari pelusuk Selangor dan membayar RM15 untuk menonton pasukan kesayangan mereka beraksi. Adakah adil pengorbanan peminat mereka itu dibayar dengan permainan yang "tidak serius dan bersungguh, macam main petang-petang"?

adek dah besar berkata...

lalu tepi stadium orang tak bersorak.

Barai Barai!

aweeff berkata...

Bebal-bebal ni jugalah Top Liga Super..maknanya kalau Selangor dah langau?yg lain jd apa? Taik? kekekekeke... or makanan basi??

Selangor smlm mmg main cam HARAM.......

Jarr berkata...

Yeahhh..tabik Dato!
Walaupun saya selalu nampak Dato ngan Noreen Noor layan live band kat concorde jln sultan ismail suatu ketika dahulu.

ternyata dlm hal ni,fato ade akal fikiran.dlm masa yg sama akal kelain dato juga ligat.

Syabas!

saya penyokong Ganu & T-Team.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Aweef - Untuk pengetahuan anda, Selangor sahaja yang BEBAL malam semalam.

Sekiranya anda masih tidak tahu, Kelantan menang besar 5 - 1 dengan Perlis (mungkin berkat doa Tok Guru), Perak pula seri dengan Terengganu di Stadium Perak di dalam perlawanan yang agak seimbang, dan stadium Perak hampir penuh malam semalam.

Jadi sekarang terbukti hanya Selangor sahaja yang BEBAL malam semalam.

Pasukan-pasukan lain, walaupun berada di kedudukan di bawah Selangor, tetap mereka tidak memilih untuk menjadi bebal/tidak berakal dan membebalkan penyokong mereka.

Give credit where credit is due, but in this case, it is a condemnation!!

Lim Eng Leong berkata...

Dua situasi dari dua personaliti

Jose Mourinho : "Main biar barai , gampang dan etc , janji menang !"

Arsene Wenger : " Main biar cantik , kena kitai pun tak mengapa !"


Jadi kalau Selangor menang tapi main macam haram , apa ada hal ?

Sepekara lagi , kelab/pasukan bola sepak negeri adalah ibarat "anak" kepada "bapa" Persatuan Bola Sepak Negara . Kalau dah "bapa" nya pun bingai , susun jadual macam susun jadual waktu kelas , tak hairanlah kualiti yang ditunjukkan "anak" pun jadi bingai sama !

Apapun , Selangor terbaik !

I Am Legend berkata...

Ini kalau tulis 'Red Warriors Tak Berakal' ni mahu kena bakar Sokernet. Nasib baik menang 5-1 semalam.

Adalah Happy Warriors sikit

AnakJati berkata...

Tak suka tak suka ...

Kap berkata...

kurang kurang banyak pasukan yang lebih daripada satu "bintang".

top_ace7 berkata...

"tidak serius dan bersungguh, macam main petang-petang" Ayat seorang legend. Hahahaha.

zu berkata...

dengan dato' tu aku setuju, dengan jorji aku berganda setuju.
kalau diperhatikan, memang takde yang berkembang tentang mutu permainan bola sepak malaysia ni. tak kira la team mana.
merujuk kepada game s'ngor vs sabah, sepatutnya pemain2 s'ngor boleh menunjukkan permainan yang bagus dan menarik. sebab player2 sabah banyak yang lost. dan bebal.
ini tak, pemain2 s'ngor pun ikot sama bebal.

kebangkitan penyokong hanyalah emosi - setuju.
kalau ada kutu2 ultras jawab nak pegi stadium sebab nak layan bola, sila check balik jawapan anda.
aku port kat ultras perak masa kat SSA game lepas. memang layan.
tapi nama nak layan bola, memang haram la. baik aku layan ultras. pow rokok barang sebatang dua.
asal tengok bola je, maki hamun.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Lim Eng Leong,

Disebabkan Selangor menang, anda bolehlah cakap 'apa ada hal'.

Mungkin anda akan memberikan komen yang lebih 'kejam' sekiranya Selangor tewas kepada Sabah dengan cara permainan malam semalam.

;-)

PS - Sebosan permainan Chelsea, nampak juga 'klas'nya dengan passing yang cantik, dribbling yang hebat dan cubaan yang mendebarkan. Tak ada pula mereka bermain bolasepak 'macam main petang-petang'.

Isu dasarnya adalah menghormati penyokong dan penonton. Kalau penyokong dan penonton dihidangkan 'bolasepak bangang' sebegitu, apakah tidak wajar jika pasukan Selangor dikeji sehingga butthurt?

hellghast berkata...

sampaikan pengulas nak pilih man of the match pun pening! hahaha!!! memang sampai tahap bangang...bangang...bangang...

btw aku ade tengok mamat bangang t main baling bola ke muka,lain kali hantar bola kat puntu gol,bukan kat muka player T-Team! hahaha!!!

rashideeshukri berkata...

tapi rileks la kot, baru satu dua game je macam ni. selaku penyokong Selangor, aku suka memberikan masa untuk mereka buat rectification.

aku setuju dengan TTB. kita bayar tiket bola untuk tengok diorang main cantik dan membuatkan kita terhibur, macam tengok Justin Bieber bagi gadis-gadis konsert jugak la.

diorang kena ingat bahawa komoditi diorang datang dari fans yang bayar tiket, beli jersi dan sebagainya. kalau kita tak dihadiahkan persembahan yang tak setimpal dengan apa yang kita bayar, tak ke rugi investment kita tu?

Tengku Sidek berkata...

What is going wrong:
1. Dato' Mokhtar di waktu rehat? hmm klakar2..baru 45 minit..kalau ulas lepas game br fair..
2. Cuba bola rendah pulak?..ingat sesi training bebas ker..cuba kira how much peluang terhidang nak try bola rendah..adoii!!
3. Macam mana nak berkembang..kalau asik bersaing sesama sendiri dalam Liga Super..hmmm cepat lah pemain import oii..
4.Dato' datang ker tiap2 training petang..cam tahu2 jer..
5.Memaki memang senang..bodoh bangang, langau..taik..its so easy..Lu pikir la sendiri..
6.Pengulas jemputan si Nazzab Hizzan..alamak tak ada org lain ker..lemah2..

Tq

mrlrie berkata...

gambar datuk amat skema!

asyraf berkata...

hahaha. . sebenarnye, korang sume yang bengong. . pegi layan bolasepak malaysia yang xkemane. . .

3viL X eIjI berkata...

As Salam.

Mungkin ada betulnya apa yg Dato Mokhtar tu cakap. But sometimes something better left unsaid.

Mmg adalah facts mutu bolasepak kita masih jauh. Tak payah la compare dgn EPL ke apa. Cukuplah compare dalam ASEAN je. Tapi tu bukan modal korang nak putus asa. Tgk dr sudut positif.

Takyah nak bising2. Keep supporting. Player tu kat luar stadium pun manusia biasa cam kita jugak. Taknak layan MSL, takyah kutuk2.

Pet Shop Boys berkata...

"Bersabar abang bersabar abang"
"Kau diam Peah...Kau diam Peahhh!!"

Jerbart Durhaka berkata...

hmmm...nampaknya...aku rase SOKERNET nie baik ko tukar jadik SOKERNESEMBILAN.....bukan aper..ko nie tak neutral langsung!!!..padangan ko tak membina..tak menjana fikiran langsung...cam hampeh tau tak...

Streetwizer berkata...

skali ramai butthurters daa...

keli berkata...

Nak sound pon biarlah lepas habis game kat player bukan kat wartawan..

hellghast berkata...

kalau korang butthurt Dato Mokhtar bising,apekata kita minta Bung Mokhtar bagi ulasan...sure dia bagi ulasan pasal Sumandak baiekk punye hahaha!!!

Johor FC ftw!!!

MOFASAD berkata...

asyraf tu lahir dekat mana?

ijan berkata...

Jerbart Durhaka ni bru bace sokernet agak nya

aranhellstorm berkata...

Mokhtar Ahmad bagi gua bukanlah orang yang boleh dipakai sangat cakapnya.

Musim 99 kalau tak silap gua dia start pegang tampuk pemerintahan FAS dari Aini Taib sampai 2003, 3 piala je dapat. Piala Malaysia sekali, FA sekali divisyen 1 sekali..

yelah, Malaysia punya team ni selain nak ukur berjaya tak berjaya pakai piala, nak harap main lawa? main cantik? jangan mimpi la bro..

JAIRO berkata...

mmg buhsan!!!

asyraf berkata...

mofasad, aku org singapura, so, knp? liga korang memang hampeh, , kitorang punye team da main sampai asian champions league, korang? still jaguh kampung. . hahahaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...