Setan merah lawan helang biru
Apakah yang anda sanggup lakukan untuk menunjukkan anda seorang peminat hardcore sebuah kelab bolasepak? Di Manchester dua orang teman baik yang menyokong pasukan berbeza melakukan taruhan yang cukup bodoh. Rodney Ward dan Paul Madden kedua-duanya berumur 24 tahun berjanji akan mencacah tubuh mereka dengan logo kelab lawan masing-masing jika kelab mereka gagal memenangi Liga Perdana England. Rodney seorang penyokong Man City berkata kelab yang memenangi FA Cup tahun ini PASTI memenangi liga. Beliau melakukan taruhan ini ketika dalam keadaan mabuk Ogos tahun lalu. Paul Madden teman beliau seorang penyokong Man United bersetuju untuk menerima taruhan Paul.
Siapa kalah harus mencacah logo kelab lawan sebesar 3x3 inci diatas dada kanan masing-masing. Siapa yang kalah juga tidak boleh membuang atau melakukan perubahan pada cacah tersebut selama 3 bulan. Rodney ketika ditemuramah berkata
"Saya malu dengan cacah ini tapi apa boleh buat? Tapi selepas 3 bulan saya akan meletakkan ayat "kalah bertaruh dengan Paul Madden musim 2010-2011" dibawah logo kelan Manchester United ini"
Rodney bersetuju dicacah dadanya didepan orang ramai didalam pub kegemaran mereka di Urmston. Pada waktu yang sama mereka melakukan kutipan amal untuk kajian kenser buah dada Manchester. Wel at least there is some good that came out of this. Rodney gets a stupid tatoo. Paul gets to have a laugh and people donated to a good cause. Pengajaran hari ini ialah jangan bertaruh kerana ianya marah dan tuhan murka nanti.
Laporan asal Daily Mail
16 Ulasan:
first.....
Perghh. Bila Manchester Derby, mamat ni tak boleh bukak baju. Confirm kena tibai nanti. Tapi at least ada jugak buat kutipan amal.
tidak mengapa, tidak nampak pun.. cacah di pusat itu lebih menonjol
aku masih igt pada bulan Oct lalu, masa isu rooney tak nak sign kontrak baru, ada penyokong city yang buat tattoo rooney city legend..massive club by name
http://www.heavensports.com/football/epic-fail-man-city-fan-wayne-rooney-tattoo/
bangang
takde post pasal Liverpool ke?
Kebodohan tahap dewa
Liverpool fans needn't worry anymore, at least they'll be playing in Europe next year.
Away to Swansea.
Tu laa...aku dah kata.Fan Liverpool memang layan History Channel,sebab tu berilmiah dan berintelektual.
Kahkahkah!Nak cakap apa lagi..kahkahkah!
Pengajarannya jangan minum arak sebab arak itu haram.
Betol kata Obe Rodney gets a stupid tattoo...kah kah kah.
fan Man U ni lemau ah...asyik nak nganjing Liverpool je. Cubalah tulis sikit pasal Paul Scholes ke, bagi credit pasal C Ronaldo yang dah buat rekod 40 goal kat La Liga.
fan Man U ni memang tak kenang jasa ex player ah. Tengok macam Liverpool, kami selalu kenang jasa Torres yang jadi top scorer kat EPL.
Berapa Torres score? ahak.
Nasib baik aku tak bet macam ni masa Kelantan tibai Selangor itu hari...kalau tak naya je kena cacah tattoo muka Mat Yo tak pun Abe Nuar Musa kat dada bidang ku ini..hoho
HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAAHAH~
winrar~
mencacah. bru 1st time gua dgr.
lemah sungguh vacob bm aku.haha
2 geng ni ala2 karektor komik beavis & butthead
ok..ini..ini..ini..bodoh...
Catat Ulasan