ANDA SEDANG MEMBACA

18

S! True Sokernet Stories - Terry Cooke : Pemain Class of 92 Yang Dilupakan





Semalam di Old Trafford perlawanan testimonial untuk Gary Neville diadakan bagi memperingati jasa beliau sebagai pemain Manchester United yang setia. Rekod kemunculan sebanyak 602 kali untuk United meletakkan Gary ditangga kelima didalam senarai pemain paling banyak muncul untuk kelab Setan Merah.

Kalau baca paper hari ini pasti korang akan nampak gambar dibawah. Gambar old school beberapa anak didik Ferguson dari Class of 92'.



Posing dari tahun 90' ini was recreated last night. I dunno about you guys but I can't help but feel old and slightly decrepit when I saw these pictures. I am not that much younger than Becks and co. Maka bila melihat sekor-sekor ahli Class of 92 berposing dan kelihatam tua kutuk agak sukar untuk aku tak rasa tua nak mampos juga. Sebagai seorang bekas penyokong ManU aku kena mengaku masa aku muda melihat anak-anak muda dibawah memberi aku semangat untuk berjaya.

"Kalau si ginger macam Scholesy pun boleh maju masakan aku tak boleh"

I am sure other ManU supporting old farts like me was just as inspired by these lagendary Fergie's Fledglings. Foto diatas juga memberi imej betapa hebatnya Manchester United. Semua pemainnya jadi awesome. Tapi tahukah anda gambar diatas bukanlah gambar sepenuhnya. Gambar asalnya ialah begini



The forgotten man

Siapakah jejaka yang paling kanan sekali itu? Any true reds disini yang masih ingat pada beliau? Anyone? Tengok tajuk entry ini korang dah dapat agak nama dia. Kalau tak dapat agak jugak walaupun dah baca entry nampak sangat korang bangang. Anways ini ialah Terry Cooke, bekas pemain tengah ManU. Terry Cooke ialah pemain yang menjaringkan penalti yang memastikan ManU memenangai FA Youth Cup pada tahun 1995. Pada majlis anugerah akhir tahun ManU pada tahu itu, Terry Cooke diberikan anugerah Young Player of The Year. Beliau dilihat sebagai pemain yang boleh menjadi sehebat Andrei Kanchelskis dan Lee Sharpe. Malahan suatu ketika dulu jika bermain Championship Manager adalah perkara wajib membeli Terry Cooke didalam team korang. Aku beli Cooke semasa aku manager Newcastle United. Tahun 1996 Newcastle menang semua cup dan Terry Cooker menjaringkan 24 gol. Oh fantasy football.............

.

Cooke paling kanan disebelah Becks

Dilahirkan pada tahun 1976 beliau dilihat oleh peminat bola sepak dan pundits sebagai antara pemain yang bakal berjaya di United. Cooke membuat kemunculan pertama beliau didalam liga untuk United pada tahun 1995. Dalam perlawanan ini beliau melakukan sebuah assist untuk Giggs. Sungguhpun dianggap hot prospect Cooke hanya melakukan 7 kemunculan senior untuk United. Malang buat Cooke beliau bermain pada posisi yang sama dengan David Beckham. Kehebatan Beckham bermain di sayap kanan mengakibatkan Cooke tidak mendapat peluang menunjukkan kemampuan beliau. Tambahan lagi beliau sering mengalami kecederaan,

Untuk mendapatkan lebih masa bermain Cooke dipinjamkan kepada kelab Sunderland, Birmingham, Wrexham dan Manchester City. Usai musim 1999 beliau berpindah terus ke Manchester City dengan yuran perpindahan GBP 1 Juta. Beliau merupakan pemain ketiga selepas Dennis Law dan Brian Kidd untuk melakukan perpindahan across town diantara dua kelab Manchester. Dari situ it all went downhill. Semasa di City beliau sekali lagi tidak mendapat peluang bermain dan dipinjamkan ke kelab bawahan. Dari City berliau berpindah ke Grimsby kemudian ke kelab MLS Colorado Rapid . Di Colorado beliau bermain sebanyak 100 perlawanan dalam masa 5 tahun. Beliau sempat bermain sepadang dengan David Beckham sebanyak beberapa kali semasa beraksi didalam liga America Utara ini. Malah pada tahun 2008 dalam perlawanan dimana beliau menjadi kapten, Colorado Rapids membelasah LA Galaxy 4-0!



Lu kaya tapi gua menang David!

Selepas kontrak beliau dengan Colorado Rapid tamat Cooke berpindah pula ke North Queensland Fury. Di liga Australia beliau hanya bertahan setahun sebelum berpindah pula ke Azerbajian untuk bermain untuk kelab Gabala yang diuruskan oleh Tony Adams.

So there you go. Kisah salah seorang golden boy class of 92 yang tidak berjaya menjadi superstar. Sebelum menutup tirau marilah melihat line up team Manu semalam. This won't happen again in the future so enjoy the view ManU fans.



18 Ulasan:

top_ace7 berkata...

Terry Cooke - The Unsung heroes. Post ni macam cerita Misteri Nusantara pulak.

Becks looks good in red. Nuff said.

rashideeshukri berkata...

terbaikkkkkk...

gua pun sebenarnya dah lupa siapa dia ni.

rashideeshukri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azLina z. berkata...

Semangat setan merah tak cukup kuat dalam diri.

Tak macam Becks.

Muhaimin Rohizan berkata...

"Maka bila melihat sekor-sekor ahli Class of 92 berposing dan "kelihatam" tua kutuk agak sukar untuk aku tak rasa tua nak mampos juga."

Giggsy11 berkata...

"Dalam perlawanan ini beliau melakukan SEBUAH assist untuk Giggs" ..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

gua terkesima dengan post ni kerana walaupun gua mendabik dada dengan mengaku sebagai red devils, tapi gua langsung tak tahu menahu pasal Terry Cooke.. nice obe.. thanx..

Heysátan berkata...

Boring.

Hannibal King berkata...

Terbaek Obe!

mssarahnisa berkata...

sorry info yang salah ni...Terry Cooke bukanlah dari Class of 92...beliau dari class of 94/95...

aku rasa Gary Neville patut panggil Robbie Savage dan Keith Gillespie...baru la true class of 92.

terimakasih.

mrlrie berkata...

game nie Owen pakai jersi nombor brapa ha'a?

zackey berkata...

owen pkai no7..sme dgn beckham

Streetwizer berkata...

forgotten legend will always forgotten...

Hazard Ali berkata...

Manly tears for this one. No doubt.
Glory Glory.

Ann Zickler berkata...

not manure fans, but this post is very informative.. terima kasih and nice one!

MK berkata...

Cooke did it in 95, Becks & co in 92..nice try scouser!haha

nu_Ox3r berkata...

MK:nice try scouser????

nu_Ox3r berkata...

yg paling kiri tu sapa plak?AF ke?klu AF npe ad tls EH kt baju dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...