ANDA SEDANG MEMBACA

25

We Are Borussia Dortmund And We Do What We Want

LuciusMaximus Jumaat, Mei 06, 2011 , , , ,




Die Schwarzgelben


Aku masih ingat lagi malam keramat itu, 14 tahun dulu lamanya. Zaman itu Astro baru nak bertapak dan yang boleh pacak piring Astro atas bumbung rumah hanya orang kaya-kaya saja. Nasib baik ada stesen TV percuma yang baik hati hendak tayang siaran langsung, entah RTM entah TV3 aku tak berapa ingat.

Apa yang aku ingat, aku sanggup korbankan kaset video Paranawei bertajuk 'Only The Strong' (sorry Mark Dacascos) semata-mata untuk rakam perlawanan tersebut. Memang tidak sia-sia, malam keramat itu, Borussia Dortmund menundukkan Juventus 3-1. Borussia Dortmund muncul juara Champions League 1997, buat kali pertama dalam sejarah mereka.


Paranawei!


Siapa sangka Juventus yang dibarisi pemain seperti Didier Deschamps, Alessandro Del Piero, Zinedine Zidane, Christian Vieri dan Alen Boksic boleh tunduk kepada Borussia Dortmund. Tapi apa nak hairan, dalam perlawanan separuh akhir Borussia Dortmund rilek-rilek saja kalahkan Manchester United.

Karl-Heinz Riedle menyumbatkan 2 gol sementara Lars Ricken menambah gol ke-3 Borussia Dortmund. Juventus mendapat gol saguhati mereka melalui Alessandro Del Piero. Dengan tambahan kejuaraan Bundesliga dalam 2 musim sebelumnya, pemain Borussia Dortmund dekad 1990-an adalah generasi emas kelab dari North Rhine-Westphalia ini. Tak sia-sia aku gadaikan kaset video video Paranawei.

Setakat Schalke 04 (musuh tradisi Dortmund) apalah sangat? Warna biru macam Chelsea dan menang Champions League pun tak pernah. Memang patut kena ratah dengan Manchester United ala Chicharito makan Chikedis.

Minggu lepas, generasi pemain moden Borussia Dortmund kembali meletakkan Die Schwarzgelben di puncak klasemen Bundesliga walaupun liga masih berbaki lagi 2 perlawanan. Kemenangan ke atas FC Nuremberg 2-0 dan kekalahan pesaing terdekat Bayer Leverkusen di tangan FC Koln juga 2-0 memastikan kejuaraan ke-7 buat Borussia Dortmund (5 dalam era Bundesliga).


Sebastian Kehl - Si Kapitan bersama mini Kehl


Bundesliga memang tidak sah kalau tidak ada mandi beer


Semua ini berlaku walaupun ketika di permulaan musim 2010/11 Borussia Dortmund bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pembukaan apabila tewas di tangan Bayer Leverkusen juga 2-0. Tetapi anak buah Jurgen Klopp yang secara purata berusia 24 tahun tidak mudah goyah seperti remaja Arsenal. Mereka bangkit dan terus menguasai puncak klasemen, setakat ini hanya tewas 4 perlawanan dan bolos 19 gol. Makan dan minum apa agaknya bebudak Dortmund ini?

Macam biasa, pork knuckle dan beer gelas besar. Dah namanya pun kelab Jerman.


Anaknya Mohamed Zidan dalam replika mangkuk salad


Mats Hummels meraikan kejayaan dengan meratah sup lidah


Pun begitu setiap kejayaan pasti bakal mengundang cabaran baru. Dan Borussia Dortmund macam banyak kelab Jerman lain ialah sebuah kelab komuniti, bukan entiti perniagaan kapitalis macam Real Madrid dan Manchester United. Maka tidak hairanlah pemain-pemain berpotensi seperti Mario Gotze, Shinji Kagawa, Kevin Grosskreutz, Lucas Barrios dan ramai lagi kini diintai kelab gergasi Eropah. Nuri Sahin khabarnya sudah pun disamber oleh Real Madrid.


Lucas Barrios aka La Pantera bersama Borussian


Kejayaan menjulang mangkuk salad Bundesliga ini hadir selepas 9 tahun lamanya sejak mereka kali terkahir menang mangkuk salad pada musim 2001/2002. Tetapi kejayaan memenangi Bundesliga saja tidak cukup sebenarnya.


Dede - veteran Borussia Dortmund dan pernah menjuarai Bundesliga musim 2001/02


Jurgen Klopp - Deutscher Meister


Ujian sebenar buat Borussia Dortmund ialah musim depan apabila mereka bermain dalam Champions League. Jika menang Champions League barulah pemain Borussia Dortmund layak mendabik dada dan mengaku sama hebat seperti generasi emas dekad 1990-an seperti Karl-Heinz Riedle, Lars Ricken, Matthias Sammer, Stephane Chapuisat, Paulo Sousa dan selainnya.


Otai 1997

Apa pun, tahniah buat Borussia Dortmund atas kejayaan muncul juara Jerman yang baru dan semoga penguasaan Die Schwarzgelben terus berkekalan selepas ini. Inilah dia YNWA yang sebenar!

Apa cerita Bayern Munich?

25 Ulasan:

pizli.mw berkata...

Hehe ada jugak cerita liga German.. Tq kalau tak, memang tak tau..

Azma Azmi berkata...

Nuri Sahin!!!!!!!!!

sekian.

Ejoi berkata...

Jersi pun warna kuning... Sama macam Perak. Player Perak pun banyak player muda...

Aku rasa tak lama lagi Perak pun mengikut rentak Paranawei...ehhh silap...rentak Borussia Dortmund untuk jadi juara Liga Super.

r.k berkata...

Kan .. dulu ECL pun ada kat tv percuma kan ... cis .

Ni yang ghua berbelah bahagi nak sokong siapa dalam ECL season depan ni .

Fitri Ezwan berkata...

Die Schwarzgelben.

The Black-Gold. Si Hitam-Emas

heheh. kadang-kadang pelik tengok bangsa Jerman ni. mereka adalah bangsa yang sgt proud pada keupayaan diri sendiri.

bagi mereka yg biasa dgn jenama-jenama dari Jerman, mereka tahu bahawa makna-makna brand itu sgt simple.

Tapi, di mata org asing, ada nilai commercial yg sgt tinggi.

Bayerische-Motoren Werke (BMW) - perusahaan automobil Bavaria

Volkswagen - kereta rakyat

Blaupunkt - titik biru

Calvin Klein - Calvin Kecik

Schwarzkopf - kepala hitam

dan seterusnya..

bila kita nak ada spirit mcm tu? haha

rashideeshukri berkata...

nampak macam sedap je 'sup lidah' tu, ermm...

bagus la tu Bayern tak menang. diorang kena belajar untuk hormat team-team bawah, walaupun kebanyakan Der Deutscher Meister bermain/pernah bermain dekat Bayern.

ni membuktikan bahawa Bundesliga ni liga yang 'hidup'. maknanya bukan la muka yang sama je angkat piala.

bojan berkata...

dengar cerita bayern saje je taknak menang pape season ni..yela asyik asyik diorang je menang bundesliga..abis kelab german yang lain nak menang apa? maggi cup? shield antivirus? season depan diorang akan kembali garang! mia san mia!

punchdrunk lovesick berkata...

cantik beb magkuk salad 2!!!!

Tanpa Nama berkata...

tahniah dortmund mengenepikan cabaran bayern. Pasukan paling konsisten dalam bundesliga musim ini..juga juara eropah 1997 dengan mengenepikan pasukan pilihan pada separuh akhir. i wonder who is pasukan pilihan?

Jarr berkata...

Lars Ricken tu legend..saya suka dia.Karl Heinz Riedle pon penah merasa jersi carlsberg kaler merah sekejap.

Kap berkata...

dan sup ekor untuk manchester united.

jon berkata...

hahaha
steady lucius
aku pun teringat waktu tu iklan pepsi asyik expose man utd n juventus je
dua-dua gergasi europe jaman tu
lagi satu jgn lupa lepas tu leverkusen pun pergi final
walaupun kena beat dengan real madrido
leverkusen main cantik masa HANJINGKAN liverfool kat semis
remember ze roberto,lucio,ballack,schneider
deustchland yolla!!!

wan_jb84 berkata...

@jon leverkusen jumpe liverpool kat quarter..jmpe mu kat semi..

rashideeshukri berkata...

@wan_jb84: dua-dua kelab hebat BPL pun kena kitai. Leverkusen memang klasemen...

asyraf berkata...

aku suke paranaweiiiiii!!!!

Mukmin Selamat berkata...

"the youngest championship-winning team in the German league’s 48-year history."

Purata umur 23.8
damn!

the magnificent magpies berkata...

fullamak itu final yang aku masih kenang. Lars Ricken dari dugout masuk ke padang dan terus score. Angelo Peruzzi tak mampu berbuat apa apa. memang super-sub.

Streetwizer berkata...

at least ader saingan kat bundesliga...bukan mcm la liga...

Zaid Akhtar berkata...

Bukan playmaker Andres Moller yang sepak corner untuk 2 gol Ridle?

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

dihatiku hanya st pauli.

hantuLongkang berkata...

borussia dortmund ni kelab rusia kan?..yang pengurus dia suka tembak beruang tu..tahun depan lingkup la tu...haha

nyzm berkata...

aku nk tengok dortmund lawan man utd cchampions league season depan haha

tk pun lawan Arsenal.. kelab tadika Al-Fahmi lwn kelab tadika Kemas

Tuan Menara berkata...

Mana entri pasal Perak? Mana?

Ni semua cover nak tutup cerita Perak kalah berturut-turut ni.

Lucius, taktik lama.

nyzm berkata...

Werder bremen 2-0 Dortmund

pokdegrunge berkata...

byok cte sek2 mg..koya minat..club punk the best..
lyn blake la ligas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...