ANDA SEDANG MEMBACA

33

We are The Famous Manchester United and we are the champions!

Jorji Selasa, Mei 24, 2011 , ,
So what else is new?

Matahari pun salut dengan Manchester United!

Orang kata 2nd place is the first L O S E R! Betul ke? Itu kita kene tanya Chelsea. Manchester United target tiap tahun nombor 1, jadi ‘perlumbaan’ merebut tempat ke 2 atau kelayakan champions league musim depan bukan isu.

Bersungguh-sungguh merebut tempat ke Europa league pula ……biarlah pasukan itu sedar sendiri dimana kedudukan mereka sekarang. 12 musim secara padu menghina mereka, apa yang kita dapat? Ya! Kita dapat kepuasan sementara mereka dapat…. mengulang dan mempertahankan sejarah! Cycle ini takkan berhenti.

Aku pada mulanya ingin membuat ulasan sepanjang musim setiap pasukan terhebat (juga Liverpool, walau mereka tidak hebat, tapi mereka bahan yang baik) tetapi apabila aku meneliti semula ringkasan kesemua perlawanan sepanjang musim, aku dapati ianya adalah serupa semenjak 1991! Pattern atau corak EPL ini acuannya sama atau hampir serupa.

3 pasukan akan bersungguh bermain untuk mendapat tempat ke 2 dan layak secara automatic ke CL, 2 pasukan lagi akan berlumba untuk mendapat tempat 3 dan 4 dan 1 pasukan akan mempastikan layak ke UEFA / europa league. Sementara 3 pasukan lagi berusaha untuk kekal di EPL (tidak turun liga).

Manchester United terus menguasai petak pertama.

Itulah corak EPL semenjak 1991. Akibatnya aku terus tumpul selera nak mengulas kehebatan Manchester United yang kekal hebat selepas 20 tahun. Mengulang benda yang sama ini bukan kegemaran aku. Itu kegemaran The Kops!

Kita lihat sepintas lalu;

1. Arsenal tetap tak mahu menang piala walau dah sampai ke perlawanan akhir piala mickey mouse. 6 tahun tanpa piala tapi tak mengapa – kata Gooners. In Arsene We Trust. Janji stadium baru dan besar. Pemain semua muda-muda dan bermain cantik dan tiap musim heboh kata Barcelona nak ambil pemain mereka. Apa yang baru?

2. Chelsea terus menguasai pasaran dengan kekuatan wang untuk membeli pemain. Mereka begitu kuat dan tak terkalah diawal musim dengan membuat banyak gol disetiap perlawanan. Asal main 6 gol mereka sumbat. Asal hujung musim buang manager.Momentum mereka diawal musim memang gaya si tua di kelab dangdut. Nafsu kuat, habis semua perempuan dia nak peluk dan main, tapi kantoi di pertengahan ‘permainan’. …tapi, fikir-fikir balik, nafsu-main- perempuan dan kantoi- ni memang sangat Chelsea.

3. Manchester City tak perlu ulas. Membazir megabytes je. Musim depan mereka akan ikut jejak Liverpool. Berebut tempat ke 6!

4. Spurs? Siapa makan Garam, dia rasa masinnya..kuikuikui..

Kita tak payah cerita pasal Torres. Membazir bercerita hal pemain yang tak boleh score. Lagipun, hal Torres ini selalu dijadikan bahan cerita penyokong Liverpool sebagai ‘escapism’ mereka musim ini. Mereka jadikan Torres sebagai bahan lawak diantara mereka difesbuk untuk melupakan prestasi kelab mereka yang hanya gah bila lawan Manchester United tapi melungkup bila lawan Blackpool.

Akibatnya Standard Chartered terpaksa keluar duit lagi dan bawa mereka ke Malaysia untuk cuba menang 1 piala disini....hmmm. Kesian.

Yes sir i will

Apa hebatnya Pak Alex bawa Manchester United jadi juara 19 kali dan tong sampahkan sejarah rekod Liverpool?

Ok, bayangkan Roberto Mancini kata beliau nak pecah
kan rekod 19 kejuaraan Inggeris Manchester United. Gerenti takkan ada seekor pundit pun yang akan kata misi Roberto Mancini masuk akal. Itulah yang berlaku bila Pak Alex kata nak pecahkan rekod 18 kejuaraan inggeris Liverpool. Semua orang anggap misi Pak Alex terlalu besar dan tak tercapai. "You'll never win anything with kids' kata Alan Hansen dimusim 95-96 (The Kops yang tak kenal Alan Hansen sila jangan tinggalkan komen) Tapi, yelah, siapa sangka Liverpool langsung tak berganjak dari angka 18 tu lebih 20 tahun? Kalau semua orang tahu Liverpool begitu punya bebal, mesti ramai manager akan buat kenyataan yang sama kan? huhuhu.

Justeru, bila rekod itu berjaya diatasi, kejayaan harus di diraikan....dengan A N G K U H !

Menjadi pasukan yang menjuarai liga terbanyak dibumi ingg
eris memang satu pencapaian luarbiasa. Tak caya tanya mana-mana penyokong Liverpool. Mereka ada sejarah itu. Ah, tapi tanya la tahun lepas. Tanya sekarang, cari pasal namanya! muehehe..

Lagi, apa hebatnya Manchester United jika mahu dibandingkan dengan pasukan lain di EPL? Ini soalan mudah. Aku ambil satu contoh pemain Mancheste
r United yang sangat loyal, berdedikasi, komited dan benci Liverpool. Banyak manager mahukan pemain seperti beliau ini didalam pasukan mereka, sayang.... Gary Neville hanya ada seorang.

Gary Nevilles is a Red and he hates scouser

Cuba Gooners, Kopites atau Chelsea namakan seorang pemain mereka yang sangat setia, komited, dedikasi, kurang ajar dan benci Liverpool for life yang sama KUALITINYA seperti Gary Neville, ada tak?

Ok. Tak payah cuba-cuba fikir. Takkan jumpa pun
ya! Kejuaraan ke 19 Manchester United ini juga khas untuk Gary Neville yang telah bersara setelah 20 tahun bersama Manchester United.
Manchester United lebih terasa kehilangan seorang lagenda yang bersara dari yang berpindah ke kelab lain. Cantona, Keane, Brucey, Pallister, Van Der Sar dan akan datang Giggsy dan Scholsy.

Nanti aku nak buat post tribute untuk Gary Neville. A
ku bagi sikit dulu...

Are you watching?
Are you watching?
Are you watching Merseyside?
Are you watching Mer-sey-side?

The infamous celebration

Sapa nak tiket free tengok Liverpool lawan Harimau Malaya? 16hb Julai 2011, Bukit Jalil...sila buka akaun bank di Standard Chartered. Support la sikit sponsor ni... mereka dah banyak habis tu..

33 Ulasan:

Jorji berkata...

fakinggggg!

Wanturd™ berkata...

CHAMP19NS!!

amexhazwan berkata...

TERRRRRBBBBBAAAIIIIIIKKKKKKKKKK

kejayaan harus di diraikan....dengan A N G K U H !

Tanpa Nama berkata...

g mamam Chelsea!

Muhammad Syahzannizam berkata...

oit sokernet Manchester United dah sah2 juara EPL 2010-2011 nape korang tak tukar-tukar lagi senarai juara EPL tu, ape jadah Astro plak juara ni..

AH7 berkata...

Champ19ns and we Bel19ve.. GGMU

adijaya berkata...

tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain fantasy premier league sokernet season 2010-11.

result akhir ada kat sini: http://fantasy.premierleague.com/M/table.mc?id=46098

jangan lupa menyertai lagi fantasy musim beikutnya. sekian.

Ainul Basirah berkata...

Miliki Al-Quran Syamil 22 dalam 1 sebelum Ramadhan, semoga dapat beramal dengannay. Layari http://produkpendidikan.com/

mohabaee berkata...

eh, mane mamak kutty???

Tanpa Nama berkata...

contoh klasik makhluk yang angkuh adalah syaitan/iblis, langsung tak nak ikut perintah Tuhan untuk meraikan Adam.

Apa jadi pada syaitan selepas tu?

Kita renung-renung kan. Selamat beramal.

Asohoku Keita berkata...

sampai kaitkan mcm tu?mcm geng2 teori konspirasi la plak...

Trekker berkata...

ARSENAL Menang cup season ni!!! Ladies FA CUP!!!! tahniah Arsenal!!!

mrlrie berkata...

3. Manchester City tak perlu ulas. Membazir megabytes je

ayat power bro.... hahahaha

mrlrie berkata...

soccernet.espn mcm aram... takdak pun letak header team champion smalam... dok ulang crita anceloti kena sacked saja.. buduh!!

mohabaee berkata...

editor soccernet.espn fan liverpool kot huhu

talkIZcheap! berkata...

Lama betul tunggu... ha-HA!

"20th is better than 19th, we'll do that next season" Dimi 'Golden Boot' BBtov...

Unknown berkata...

well, congratz

SEPHIA berkata...

kadang2 angkuh itu perlu.

Tanpa Nama berkata...

Secara rasminya Giggs dikantoikan oleh ahli parlimen.

Sesape nak sex tape Imogen Thomas dengan ex-bf die dulu, klik sini..MUAHAHHAHAAAHA

http://gutteruncensoredarchiveb.blogspot.com/2008/04/imogen-thomas-sex-tape-leaked-and-now.html

talkIZcheap! berkata...

Wah... selama ini kita disajikan dengan kehebatan Giggs di atas padang, kini kita boleh melihat kehebatan Giggs di ranjang pula?

TQ matbong...

adinda anna liyana berkata...

hi jorji...

well, congrats to MU youth team as well on winning FA youth cup yesterday.

hebat, hebat, hebat.

This is our season!

Jarr berkata...

Ni aku marah ngan Jorji.
Sahabat sahabat juge,entry Jang dah total Binaso mana?

Kena 3-0 up citer Man U lagi bokpe.Bila kena ngan negeri aku je terus konar buat entry man u bahan liverpool..

abis,N9 kena belasah ngan Ganu sapa nak citer?

jorji..jorji.baju foo fighters nak ke taknak ni?kah kah kah

Pet Shop Boys berkata...

apalah nak jadi dengan Arsenal ni

Cob Nobbler berkata...

The Sun UK dengan Liverpool memang gaduh la.

#Hillsborough #JF96

keli berkata...

So what else is new?
nothings new here...hehe.

Streetwizer berkata...

ok yg ni gua setuju sgt2, lg2 part kebebalan liverpool tu..keh keh keh!!!

mrlrie berkata...

MU vs Juventus (Gary Neville Testimonial)

game smalam nie dah mcm game kepulangan abg beckham ke OT daripada gary neville retired hehehehe

Askar MUFC berkata...

Setuju dengan Keli, nothing new here. pasukan yang dah biasa jadi juara tetap jadi juara dan yang tak menang apa2 tetap tak menang apa2 walaupun permulaan liga nampak macam pawer..huahuahua

GGMU

Mat Sabu berkata...

Ade Koi Kesah?
Just 1 ahead? Anytime lads..lalalala

hellghast berkata...

apebendanya ni? entry ape ni woih!!!

se7en berkata...

musim 2011, line up team MU kali nie adalah antara yg terlemah since 92... Berbatov dgn kebebalan finishingnya, Nani dgn ketamakan gentel sorang2nya, Scholes dan Giggs yg dah nak menoupos, Valencia yg patah riuk, Rooney dgn badi world cupnya, Hargreaves yg tak sembuh2 itu pun takleh nak makan,

kamonlah harap musim depan bagi cabaran lebih sikit tim MU yg lemah ini :)

kareem berkata...

gary neville ni gay sebab die pernah comolot ngan scholes...

SFB berkata...

aku sangat sangat like post ini..

good stuff....

merecik air di badan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...