ANDA SEDANG MEMBACA

14

Mari Bercuti Bersama Pemain Bolsepak EPL

Obefiend Weiland Khamis, Jun 16, 2011
Slow news day

Musim dah tamat dan tiada berita sepak bola yang menarik. Gosip perpindahan juga agak hambar dengan kebanyakkan perpindahan yang bakal berlaku hanya melibatkan pemain berprofil kecil.Jadi marilah menukar SOKERNET menjadi GOSSIPNET untuk beberapa minggu sementara menunggu musim baru bermula. Hari ini kita lihat bagaimana pemain dari EPL mengenjoice cuti akhir musim mereka.

Saudara Peter Crouch bercuti di Barbados bersama tunangan dan anak luar nikah mereka. Abby Clancy masih sanggup bercuti dengan abang galah panjang walaupun ketika Abby mengandung Crouch kantol bersenggama dengan seorang pelacur.




Saudara Phil Neville bercuti di selatan Spain bersama dua orang anaknya. Phil Neville boleh tahan bandannya. Lebih macho dari badan aku, Lucius, Pidomat dan Abdul Sokernet. Hanya Pipiyapong dan Saudagar Garam ada chance lawan badan ketak-ketak si Neville.




Sesuai dengan status duda hangat beliau, Ashley Cole bersantai riang di Las Vegas. Seperti bekas pengurus beliau Carlo Ancelotti, Ashley menghabiskan wang pound sterlingnya dengan mengisap rokok, minum arak dan memakai topi bangang yang selalunya dipakai oleh budak muka mintak penumbok di Pavilion atau Wangsa Maju.




Sementara itu Gareth Barry dan Joe Hart , seperti Ashley juga bercuti di Las Vegas. Walaupun mereka pemain Man City, kedua-duanya nampak sangat intim. Adakah mereka sebenarnya MEN UNITED? Know what I mean? Tengok gambar Barry manja menyapu sunblock pada tubuh Joe. Mereka juga menari riang didalam kelab yang dibelakang hanya kelihatan belalai dan tak ada satu pun apam balik. Adakah?


14 Ulasan:

shahirahkhairudin berkata...

jadahnye obe neh.. nak mati aku gelak..

eh aku first ?

ijan berkata...

slowpoke giler sampai takde sape berebut2 nak first? lol

Zinedine Zaiddin berkata...

Hanya kelihatan belalai dan tak ada satu pun apam..HAHAHAHHAHAA

kata pengesahan: MAKIST = maksiat?

Nik Saiful Anuar berkata...

belalai?? apam balik?? mcm harem

Tengku Sidek berkata...

hahahaha

hellghast berkata...

tapi banyak2 pic,yang gua paling fokus ialah pic peter crouch tgh comolot dgn abby clancy,bukan fokus pada diaorg tgh cium tapi alaa...u know what i mean! hahaha!!!


aksara - hermne = haram nie! hahaha!!!

Technobeez berkata...

sokernet dah jadi obefiend blogs..
mana penulis2 lain?
tpi aku xkesah pun ob post byk2

LS berkata...

HAHAHA!

cam haram
nice Obe

HiSaM ! ! ! berkata...

men united eh.......
macam haram.....haha

cantona79 berkata...

geli pulak aku nengok barry dengan hart..bertukar2 sunblock plak..kalau shower nanti kalau sabun jatuh dont bend yourself..just take a new one.

Santo berkata...

kah kah kah..awesome post obe

Hazard Ali berkata...

menCHESTer? Hauahauahua coolio bunyinya.

AKSARA : 'inally' = patut tuka first I tu jadi A ke?

top_ace7 berkata...

Gareth Barry tengok ape sampai muka klimaks tu?

ska berkata...

Abby Clancy terbaeekk......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...