Laporan asal Zainal Abidin Temerloh
Manchester- Isnin - Ahad lalu penyerang sensasi Manchester United dan England Wayne Ronney tidak beraksi menentang Switzerland kerana dihospital menjalani rawatan rambut botaknya. Tanpa kehadiran Rooney pasukan Tiga Singa hanya mampu seri dua sama dengan skuad negara Alps dibawah kendalian Ottmar Hitzfeld. Pelbagai spekulasi tentang sebab mengapa beliau mendapatkan rawatan rambut tersebar. Teori paling popular ialah Rooney malu besar kerana peminatnya di Malaysia enggan memanggil beliau dengan nama gelara WAZZA tetapi sebaliknya memanggil beliau WAZZAIBO. Seperti yang kita sedia malu pelawak terkemuka Malaysia Zaibo mempunyai corak kebotakkan yang seiras dengan apa yang dihadapi Wayne sekarang
Pihak Metroll hari ini berjaya mendapatkan temu ramah telefon secara ekslusif bersama Wazza dan bila ditanya sebab sebenar beliau menjawab;
"Saya sebenarnya tak peduli sangat rambut saya botak. Botak macam mana pun saya kaya dan seperti kata pepatah Cina "Ada Wang Ada Amoi" poket saya yang tebal membuatkan gadis nampak saya sama kacak macam Shaheizy Sam. Tujuan saya menjalani rawatan sebenarnya atas desakan pihak pengurusan Manchester United. Mereka mahukan saya menjadi duta shampoo Clean and Clear seperti Cristiano Ronaldo. Sebagai pemain berprofil tinggi, saya harus memaksimakan pendapatan saya menerusi penajaan sebelum bersara kelak. Penajaan tahunan yang diterima Ronaldo dari Clear for Men cukup lumayan dan saya iri hati dengan beliau"
Rooney juga sudi memberikan kami gambar ekslusif beliau selepas menjalani rawatan rambut dibawah. Diharap rawatan yang dikatakan bernilai GBP 30 000 ini berbaloi dan Rooney akan dilantik menjadi duta shampoo dimasa hadapan. Jika gagal saya difahamkan pihak YUN NAM , TENCHO dan ZINDAGI sudi melantik beliau untuk menjadi duta rawatan rambut.
20 Ulasan:
OMG! Jangan buat rambut KPOP lepas ni sudah lah.
dia x main sebab suspended lah. kehkeh
damn, dengki ngan ronalda plak, lol
hahahha lawak nyewww hahahahahha
Si rooney ni buatlah ape pon tetap nampak macam gergasi warna hijau tu.
Khas untuk kau @makanbola..
Aksara: homants - mutant homosapien + semut?
( woof2..)
SHREK o SHREK!!!
rambut pacak ah..baru awek2 mari..HAHAHAHHAHAHAHAHAAHAHAHAH~
WAZZAIBO! kah kah kah!
Only Yun Nam care could lift England's curse - Rooney forever after
baik rawat bentuk kepala daripada rawat rambut....kah3
haha yun nam..tak pun yang latest dari jackie chan , bawang..jgn salah bawang sudah
Post ni tak best sebab takde nganjing the Kops! Blueks!
masa botak = romen granma
ada rambut ni = ?
minyak bon weh!
gua menunggu pasal artikel giggs fucking bini adik dia..
btol3. gilo babi otai la gigs nih. adik ipar pun nak ratah.
Scouse scally...
woit.. jangan kutuk2.. aku peminat setia die kot..haha
http://manutd-fanzone.blogspot.com
ok rooney, yun nam perlukan anda...
Catat Ulasan