ANDA SEDANG MEMBACA

35

You'll Never Walk Alone? Pungkok!





Menjapa? Menjapa kau khianati peminat Liverpool di Malaysia wahai Gerrard?


Kita semua tahu kelab bolasepak paling power dan bersejarah, Liverpool, mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai di Malaysia. Bancian yang dibuat menunjukkan bahawa sekitar 20 juta dari 28 juta rakyat Malaysia menyokong Liverpool. Lagi 5 juta adalah penyokong Kelantan Red Warriors dan selebihnya adalah penyokong kelab picisan seperti Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

Kelebihan ini selalu dibangga-banggakan oleh penyokong Liverpool. Tapi walaupun mempunyai peminat paling ramai di Malaysia, Liverpool tidak pernah bertandang ke sini. Kunjungan ke Malaysia pada 16 Julai nanti sebenarnya adalah kali pertama buat Liverpool. Sedangkan Arsenal, Chelsea dan Manchester United sudah banyak kali berkunjung ke Malaysia demi menghargai peminat kesayangan mereka.

Tapi macam biasa peminat Liverpool pastinya ada alasan tersendiri. Antara yang selalu digunakan ialah Liverpool tidak perlu datang ke Malaysia dengan kerap kerana sudah mempunyai fan base yang besar di sini. Tak macam Arsenal, Chelsea dan Manchester United yang perlu selalu datang kerana tujuan pemasaran dan publisiti.

Biasalah, tipikal Liverpool selalu saja ada alasan. Tak menang liga dah 20 tahun pun masih ada alasan nak diberi inikan pula benda kecil macam isu kenapa tak pernah ke Malaysia sebelum ini.

Dasar.

Namun pada 16 Julai ini, Liverpool buat pertama kalinya bakal menjejak kaki di Malaysia. Barulah mahu berjumpa dan bermain di depan puluhan juta peminat setianya selama ini (belum kira peminat setia yang berusia dan kebanyakannya dah masuk kubur), itu pun lepas sudah tidak menjadi Big 4 dalam EPL. Ramailah peminat yang berharap dapat jumpa idola Kop macam Steven Gerrard atau bintang baru Liverpool, Luis Suarez.

Tapi Luis Suarez sekarang sedang sibuk di Argentina bermain dalam Copa America. Mamat gigi arnab ini tidak ada masa nak layan peminat setia Liverpool di Malaysia. Begitu juga dengan Lucas Leiva.

Sementara Steven Gerrard, kapten kesayangan pula baru mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana masalah kecederaan. "I'd really been looking forward to travelling out to China, Malaysia and Singapore and meeting first-hand as many of our fans as possible," kata Gerrard kepada stesen TV rasmi Liverpool, The History Channel (Astro 555). "I'm really sorry that I won’t now be able to do that," tambahnya lagi.

Apa nak buat, kapten kesayangan sendiri pun tak berkenan nak jumpa peminat setia di Malaysia. Kalau pun cedera apa salahnya datang salam dan bertanya khabar pada peminat seperti Dingin dan Jannah? Tapi mungkin bagi Gerrard benda ini small matter. Kalau peminat setia boleh terima 20 tahun tak menang liga, apalah sangat kalau buat tahi tak datang Malaysia dalam kunjungan sulung Liverpool ke sini?

Nampaknya Gerrard lebih suka berehabilitasi di Melwood. Jangan kantoi keluar gambar tengah clubbing di London atau berjemur di Ibiza sudahlah.

Walaupun tiada Gerrard, para kipas-susah-mati Liverpool semuanya masih yakin sambutan luar biasa bakal menanti kedatangan kelab kesayangan mereka. Ya lah kelab paling ramai peminat di Malaysia, apa ada hal?

Tapi mitos sambutan luar biasa itu hancur apabila Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Razak mengumumkan di laman Twitter beliau mahu memberi 100 tiket percuma perlawanan Malaysia dan Liverpool nanti melalui stesen radio Hot FM.


Harap duit peruntukan tiket percuma ini tak guna wang rakyat, kalau tak nanti apa kata pembayar cukai yang sokong Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Kelantan Red Warriors?

Kita tidak tahu sama ada ini bantuan wang ehsan atau sebenarnya berniat mahu menganjing. Siapa yang boleh lupa bahawa Perdana Menteri 1Malaysia selaku peminat Manchester United (dan juga peminat nombor 1 Red Warriors) pernah menganjing Liverpool di Hot FM dengan mengatakan bahawa Manchester United dan Chelsea mempunyai stesen TV sendiri dan Liverpool pula mempunyai History Channel.

Tapi itulah, baru kali pertama datang Malaysia dah nak kena harap kerajaan bagi tiket percuma. Biasalah kelab nombor 6 EPL!

35 Ulasan:

latecomer berkata...

najib suka jersi warna merah

Abdullah berkata...

PUNGKOK! jugak...

Haris berkata...

butthurt lak abdul .LOL

Pert Doherty berkata...

ini binatang apa? najib suka jersi kuning x?

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah.

Lucu betul la si abdul ni.
kah kah kah

Syafiq berkata...

gerrard nak masuk west brom,tu yang die stay sane,training dengan team baru katenye.

hellghast berkata...

peh! Najib punye menganjing Liverpool sampai bagi tiket free!!! memang hina siot penyokong liverpool ni sampai dianjing sebegini! hahaha!!!

Gua tak sabar nak buka History Channel!

Jarr berkata...

Bila tgk pengulas pakai nama Abdul,aku kensel balik apa yg aku dah tulis.

Buang masa.Enjoy.



aksara:dinkhald = dickhead.

rashideeshukri berkata...

tak payah guna Abdul la Lucy. semua orang tau camne lu tulis. keh keh keh.

Chelsea, kelab nombor 2 tahun lepas. dapat lawan dengan skuad Olimpik. diorang bagi kelab nombor 4 dengan 6 lawan dengan skuad senior? mana bolehhhhh.

Tanpa Nama berkata...

silapnya adalah tatkala liverpool memutuskan untuk stay di liga perdana.. jika mahu merangkul piala, turunkan liverpool ke div ke-2, apa susah.. jika tidak, pelawa sahaja liverpool bermain diliga super disamping the red warriors.. kita lihat mana lebih merah, mana lebih gagah, mana lebih tabah dan mana lebih pasrah.. hahahah..
liverfool pungkok forever!!! yeah!!!

jiwa sifar berkata...

LOL.

pjoe berkata...

tu je? pathetic. u mad? kah kah

luqman eshak berkata...

ABDUL,PROBLEM?

Azlan Zed berkata...

" it's not about the player, it's about the team... "

farking noob

#zzz

mooie berkata...

"Biasalah, tipikal Liverpool selalu saja ada alasan. Tak menang liga dah 20 tahun pun masih ada alasan nak diberi inikan pula benda kecil macam isu kenapa tak pernah ke Malaysia sebelum ini" aku suka part ni. haha.

pndai gak si najib ni menganjing. siap bagi subsidi lagi. haha. nice writing abdul.

Fad Zandra berkata...

haha..mmg liverpool sbnrnya xnak dtg malaysia..sebab standard chartered jadi penaja baru la nak dtg..promosi suh org bkk akaun kat standard chartered dpt jersi liverpool

Jojoe Ali berkata...

At last, SOKERNET dah bernyawa kembali.

Tapi.. mana pegi entry tentang REJECT SHOP dan LIVERPOOL? MENJAPA ambik masa lama sangat.. haih...

cantona79 berkata...

Nape yang Najib lebih2 pulak ni..taula dh team ni kena knocked from their f****** perch tapi kesian peminat kat M'sia..nak terbang kemana pulak lepas ni..YOU'LL FOREVER WALK ALONE

Jarr berkata...

gua syak ini artikel nak tutup issue Ferdy mantat ngan 10 org awek tu...Kapten Pervy punya hal Abdul cari alasan lame pasal Kapten Stevie.

Man Utd ngan Playboy Mansion ni sgt sinonim.



aksara:bedog = Scums be a dog.

ijan de bunks berkata...

kahkahkah

hidup nya sokernet kerana menganjing liverpool.
i loike

Hafizzuddin Rubaee berkata...

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!!!!!!!!

pakkordi berkata...

Abdul, Abdul...

Makin lama, entri adik makin macam Utusan Malaysia.

Pai berkata...

hahaha..i am looking fwd artikel Liverpool dgn Reject Shop!!

butthurt gilo babi meh!

Net berkata...

smart la abdul menganjing... hahahhaha

Meru berkata...

dudes, banner blog ni kene tukar dh..wes brownies already RIP.

lol

Nizam berkata...

anak harommmmmmm!

Tengku Firmino berkata...

layan jer lah si Abdul Ni..KESIAN..LAYAN...

kareem berkata...

pergh..gunakan nama Abdul untuk menghalalkan tulisan mengeji Liverpool memang keji...

Ibarat najib sudah terlajak kata, mahu pula dibelanja 100 tiket menggunakan wang cukai...

Asohoku Keita berkata...

menci menci...x suke x suke.
nasib baik Spearing datang...hahaha

Gorgon Kuning berkata...

2 Thumbs up ! Aku mmg selalu tunggu post ko ngutuk Liverpool. haha..Bukanlah sokernet namanya kalo tak ngutuk liberpool kan. haha..

Kipidap Abdul. Ramai yang suka. yang butthurt geng History Channel je. muhahaha..

3rdfrom9 berkata...

bontot aku x berdarah pon ..... entry nie x cukup keji ......YNWA

RABUN berkata...

modal ciput! pi balik cari modal lain

Streetwizer berkata...

pungkok = ass = ass-enal?

bojan berkata...

najib menganjing macam siut! hahaha

bojan berkata...

najib menganjing macam siut! hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...