ANDA SEDANG MEMBACA

28

FT: Arsenal 0 - Liverpool 2

Jannah Sabtu, Ogos 20, 2011 ,

Senang ada Twitter ni, nak check result bola follow sahaja akaun twitter surat khabar @staronline, kompak dan jitu. Translasi: Liverpool pukul 10 pemain Arsenal 2-0; gol sendiri oleh Ramsey (78') dan lempangan dari Suarez (90'). Frimpong dihantar pulang (68') kerna cabaran lewat.

Aku tengok bola secara live di asrama sekolah. Ada Astro. Nasib baik tak hujan tadi, kalau hujan confirm service not available. Ada juga bebudak asrama join tengok sekali. Aku siap pesan kat mereka doa-doalah untuk kemenangan Liverpool. Pastu ada dua tiga pelajar buat kiut kata GO ARSENAL.

Ada dua orang pakai jersey Liverpool rupanya

Menonton buat pertama kalinya permainan Liverpool tadi membuatkan aku terasa malu sekejap. Malu pada Kopites sekalian. Ini kerna terdapat beberapa pemain Liverpool yang aku sendiri tidak tahu kewujudan mereka sehinggalah tadi.

Siapa José Enrique Sánchez ni? Kenapa dia ada iras Fabregas? Bila masa kita beli dia? Carian di Google sebentar tadi rupanya kita beli dia dari Newcastle United pada 17 Ogos lepas. Oh baru lagi. Bau kedai. Aku rasa mungkin Andy Carroll ada pakat cucuk ex team mate dia ni meh la mai Liverpool, seronok kat sini kali.

José Enrique Sánchez

Bukan José Enrique Sánchez

Selain itu, Liverpool turut membeli Stewart Downing dari Aston Villa dengan harga 20 juta pound. Pada permainan tadi beliau menunjukkan semangat yang menyegarkan. Saya harap beliau dapat bermain dengan lebih baik lagi di permainan-permainan akan datang.

Stewart Downing

Andy Carroll, unknown lady, Stewart Downing

Liverpool turut mendapat Doniéber Alexander Marangon aka Doni, penjaga gol dari AS Roma, merangkap penjaga gol Brazil, on a free transfer. Jadi backup Pepe Reina. Bagus juga ni, bagi Pepe gerun sikit, biar Pepe kerja keras lagi bersungguh untuk jadi keeper nombor satu. Reverse psikologi.

Doni

Liverpool turut membeli dari Sunderland, Jordon Henderson, berumur 21 tahun pada harga yang tidak dinyatakan (tapi katanya 16 juta pound) seorang pemain England yang dikatakan berpotensi untuk menyinar lagi. Beliau diberi jersey No 14, bekas nombor Xavi Alonso. Berat nombor tu dik, harap kau tak pressure sangatlah.

Jordan Henderson

Arsenal pula tadi menurunkan skuad jambu comels mereka. Ada sorang tu, nama dia Ignasi Miquel. Umur dia 19 tahun. Berasal dari Barcelona, Spain.


Ignasi Miquel - Besday: September 28, 1992

Aku tengok dia main tadi, rasa macam ada something special about him. One thing pasal Arsene Wenger ni, dia memang ada ilmu mencari anak-anak ikan dan membimbing mereka menjadi superstar. Lepas dah jadi superstar kena jual. Repeat cycle. Kau masih ingat pada Thierry Henry? Dan kini Fabregas.

Lepas tu kalau nampak gambar macam ni aku rasa sedih sikit. Mungkin sebab Arsene Wenger nampak fragile, sudah tua. Jangan macam gini bah kau. Harus tunjuk macho selalu, baru anak-anak muda Arsenal semangat.

Arsene Wenger sedih

Anyway, thanks Ramsey for the own goal. And thanks Arshavin sebab tak skor lawan Liverpool. Sebab selalu Arshavin ni rajin skor lawan Liverpool. Aku bila Arshavin kena tukar keluar aku rasa lega pun ada. Yes, mungkin ada chance nak menang ni. Elok pula sebelum itu Frimpong kena second yellow card, merah terus.

And then Liverpool bawa masuk Meireles dan Suarez. Lepas tu three. Eh two goals.

Ola Suarez! 

Overall permainan tadi Liverpool bermain dengan hati-hati. Mungkin sebab baru nak ngam antara pemain. Aku betul-betul harap lepas ni akan bertambah ngam lagi dan seperti minggu lepas aku katakan, harap season ni dapatlah kita merasa top 4 balik. Rindu Champions League weh!

#YNWA!

28 Ulasan:

awall udinn'ALFIE'starr berkata...

this is our year?hahaha trololololol

ijan de bunks berkata...

entry mulia dari jannah. sebagai gunners aku tak sedih sangat bile bace

hellghast berkata...

sengal jugak Jannah nih tak tau player baru sendiri! hahaha!!!

Qazwsx berkata...

berhemah gila ulasan jannah.

mcphisto berkata...

at least budak sekolah rendah pun reti pakai jersi libepul dan bukan asenel..

Azlan Zed berkata...

"Bukan José Enrique Sánchez"

kah kah kah !

sinach zawawi berkata...

seriously babe,ini entry patut sebulan lpas..nasib baik menang,kalo x mmg xde entry liv. hadoi yai..ni rasa nk apply jd penulis ni.jahahha

alquinin berkata...

28th! kah kah kah

Unknown berkata...

this is our year, seriously, hehe

YNWA

Hello Hello berkata...

PEMAIN ARSENAL BERPUASA BOSS

LuciusMaximus berkata...

Jane seorang guru yang tinggal di pendalaman untuk mendidik anak bangsa. Pendalaman yang jantan macam kita pun belum tentu sanggup nak tinggal.

Sila faham kalau dia terlepas hal ehwal semasa Liverpool. Sibuk dengan tugas mendidik dan terputus hubungan dunia luar.

Streetwizer berkata...

jane is back!

kueh bakar berkata...

salam

frimpong tu bagus juga mainan dia.kalo bukan kad merah dia pemain terbaik arsenal malam ni.nasri tamak sikit.van persie takde orang lorong bola.arsavin masam..

downing nampak mantap.jose enrique selalu buat reina tekejut.

kareem berkata...

entri berhemah dari jannah...best2

pakkordi berkata...

Liverpool terlalu power buat Arsenal semalam. Got bulldozed.

YNWA!

Tanpa Nama berkata...

decent gila language dari cikgu nih, nak kutuk pun rasa tak sanggup...

sombong pun tidak, menganjing pun tidak.

adijaya berkata...

sebab arsenal kalah:

1. persie puasa
2. nasri puasa
3. takde sorang pun pemain liverpool puasa

p/s: rasa mcm lucius yg tulis entry ni, betul ke?

dueng berkata...

oklah menang. tapi team byk orang baru, ambik masa nak glued up. puas hati sebab suarez main dari awal season tak macam last season, cuma separuh je. downing ada potential, cuma harap tak injury prone. carroll kena stick it better, dia macam loose sikit.

enrique tu no comment la, first game dia main just 24 hours dari signing. main defend ni kena byk coordination, so it will be a while. I presume it will be Liverpool's Achilles heel kalau Kenny tak taruk ubat bagi mantap bahagian defend.

This is our year? Not yet. Harap top 4 and one trophy to win.

muhamad imran berkata...

amboi jane liverpool menang terus mengalir keluar entry

keli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keli berkata...

Kesimpulan gua player baru liverpool sibuk menunjukkan prestasi untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Tapi player baru Arsenal pulak sibuk nak kutip kad merah.

talkIZcheap! berkata...

Kalo ada astro, boleh follow twit sokkabar sumer, takan berita ni lambat catch up kot?? Oh, ke sekarang musim cuti sekolah, so Janah skang kat KL?? ntah la... huhu :p

Apa barang bagi sebab puasa baru kalah? Zaman Nabi dulu puasa bleh menang perang plak, trolololollll!! :p

hantuLongkang berkata...

@jannah:
roy hodgson dah kena tapau..king kenny ganti jadi manag......eh, macam mana ko tau?..aku baru je tau
jk...jangan marah nnti suarez gigit :D

anyway, emirates kosong...lagi 2 bulan macam tu, jadi kondo la tu..macam highbury..kehkeh

Amjat berkata...

pedalaman ape kalau twitter pun bole main...

Jannah berkata...

I am online via VSAT. Gomen pasang satelit dish. Program SchoolNet. Sini takde line telepon. Apa lagi? Oh karan pakai solar generator.

Oh pasal lambat tahu beli pemain tu saya sebok kerja, tak menyempat nak baca news. Sekian.

Jannah berkata...

Oh dan ya, Ana Raffali itu adik kandung saya. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Saya bekerja di Sabah. Saya bukan asal Sabah.

talkIZcheap! berkata...

Jane had spoken!! :P

luffy berkata...

From the kids pic, i can say that she's teaching at a primary school. Is it?
so guys, please don't think negative. It's the end of august n upsr is around the corner. It isn't freak she's busy rite now. So as the conclusion, you better silence guys if you don't know what is happening. From the kids pic, i can say that she's teaching at a primary school. Is it?
so guys, please don't think negative. It's the end of august n upsr is around the corner. It isn't freak she's busy rite now. So as the conclusion, you better silence guys if you don't know what is happening.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...