ANDA SEDANG MEMBACA

34

Harimau Malaya VS Singa Temasek - 11 Perkara

LuciusMaximus Isnin, Ogos 01, 2011 , , ,


6-4?! Kah kah kah! Nasib baik Raja Gelek tak ada!


Aku baru balik dari outstation di Sandakan dan Tawau, jadi memang ulasan ini terpaksa dilewatkan. Tapi celaka apa mana pergi pengulas Sokernet lain? Sibuk menyiapkan tempahan kuih raya ke?

Sebab lewat, macam biasa aku bagi ulasan gaya Tun Dr M.

1) Kalau dulu aku pernah kata Malaysia lawan Indonesia macam England lawan Jerman, maka Malaysia lawan Singapura adalah seperti England lawan Scotland. Perseteruan antara dua saudara rapat, abang dan adik dan sebagainya. Singapura macam Scotland dengan mentaliti tidak mahu kalah kepada kita walaupun jauh lebih kecil. Kita pula macam England masih dengan mentaliti mahu tunjuk siapa 'big brother' (sama macam Indonesia yang selalu fikir mereka 'Abang Long' kepada kita). Bezanya cuma Scotland masih sebahagian dari United Kingdom of Great Britain tetapi Singapura bukan lagi sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Siapa punya kerja bangang ni?

2) Harimau Malaya kena ratah dengan Singa Temasek di Jalan Besar. Kita tak perlu salahkan padang tiruan, stadium kecil, pemain boroi dari China atau mamat pencen Yugoslavia. Harimau Malaya ada keupayaan menjaringkan gol tapi entah macam mana bab bolos gol pun sama hebatnya. Apa pun Sharbinee Allawee telah menghancurkan kepercayaan Rajagopal sama seperti Nasril Nourdin selepas dia bertindak seperti tunggul dalam 3 dari 5 gol jaringan Singa Temasek. Kembali kepada Apek!

3) Khairul Fahmi Che Mat memang mantap, apa makan Apek ni? Keupayaan beliau mengawal gawang memang patut mendapat pujian dari peminat bolasepak dan pujaan dari para gadis. Selepas cemerlang mengawal gawang Malaysia dan sekali lagi menjadi pujaan para gadis, Apek tenang memutuskan pertunangan dengan Jejari Runcing. Nora Danish dah boleh ambil nombor giliran.

4) Safee Sali memang Safee Sali, tak sia-sia Pelita Jaya beli dari Selangor. Mamat ini kalau dapat bola di kaki memang boleh bikin huru-hara, tak percaya tanya Liverpool. Tapi masalahnya Harimau Malaya terlalu berharap pada Safee Sali sebagai lone striker, yang lain semua hampeh. Dan corak taktikal kita ialah Apek tendang bola bagi Safee Sali, yang lain tidur.

5) Bila Malaysia main lone striker, Singapura pula boleh belasah twin strikers (dan kekadang corak serampang tiga mata). Qiu Li dan Aleksandar Duric senang-senang saja kucar-kacirkan pertahanan Malaysia. Bila 2 ekor Singa tua import ini dikekang, mereka ada Shi Jiayi yang muda sedikit dan lebih pantas. Barisan pertahanan kita yang muda belaka goncang dek kerana pengalaman singa-singa tua ini.

6) Aidil Zafuan. Rajagopal patut rujuk dengan Rita Rudaini tentang prestasi semasa Aidil Zafuan kerana hanya seorang isteri yang lebih arif tentang tegang atau kendurnya si suami. Akhirnya Aidil Zafuan keluar awal dan Muslim Ahmad yang pernah goyang di Jalan Besar terpaksa dimasukkan. Adakah Malaysia benar-benar ketandusan pemain pertahanan? Tidak. Kita ada Norhafiz Zamani. Ada sebab kenapa John Terry, Rio Ferdinand dan Jamie Carragher masih jadi tonggak pertahanan kelab masing-masing walau sudah berusia. Dalam bolasepak, pengalaman sahaja mampu memberikan +10 untuk pertahanan. Kalau Nando Torres sendiri goyang berdepan Norhafiz Zamani apatah lagi China perut boroir dan Yugoslavia pencen?

7) Aku perasan K Rajagopal ini dah makin banyak terikut pe'el Arsene Wenger. Nak anak harimau yang muda dan bergetah saja. Memang kita menang Piala AFF 2010 dengan anak-anak harimau ini tanpa dijangka tapi ada baiknya juga dalam perlawanan kelayakan sebegini kita selitkan barang 2 atau 3 ekor harimau veteran. Orang muda memang main laju tapi ada yang mudah gugup, berbeza dengan pemain veteran yang dah banyak makan rumput di padang bola. Kalau Harimau Malaya mahu bersaing di peringkat senior, kita perlukan beberapa ekor harimau veteran sebagai abang long. KL Gengster pun pakai abang long inikan pula Harimau Malaya?

8) Ball possession memang tak wujud dalam kamus bolasepak Malaysia agaknya. Penguasaan bola tu penting, pokoknya kalau bola di kaki pasukan kita pihak lawan tidak akan dapat berbuat apa-apa. Tapi itu hari Harimau Malaya pantang dapat bola mesti nak buat hantaran walaupun tidak ditekan lawan. Aku salahkan sekali lagi anak muda yang nak main laju dan mudah gugup.

9) Bab Singa Temasek berlakon cedera, banyak buang masa, tendang bola keluar padang dan sebagainya itu memang asam garam bolasepak di dunia sebelah sini. Ramai yang tak puas hati dengan drama swasta yang ditayangkan pemain Singapura dan aku akui memang agak keterlaluan. Tapi kita lupa agaknya setiap kali perlawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA, drama swasta yang sama juga kerap ditayangkan oleh pemain tempatan kita. Sama juga tahap gampang keterlaluannya. Macam aku katakan, asam garam bolasepak di dunia sebelah sini. Sebab itu bolasepak Asia Tenggara ini semuanya ke laut.

10) Satu-satunya benda positif dari perlawanan di Bukit Jalil tempoh hari ialah Stadium Nasional penuh sampaikan ada yang tak dapat masuk. Awek aku pun dengar cerita katanya terpaksa duduk atas meja nak tengok orang main bola. Kali terakhir situasi stadium penuh bila Malaysia main bola ini aku rasa berlaku masa Sukan SEA 1989 dulu, itu pun kat Stadium Merdeka. Lepas perlawanan itu Tun Dr Mahathir umum cuti keesokan harinya. Namun untuk perlawanan 28 Julai lepas di Bukit Jalil tidak ada pula cuti diumumkan. Mungkin sebab Tun Dr M tak datang tengok bola di stadium kot. Tapi bila menyentuh bab ulat tiket, tiket palsu atau tiket LRT tiba-tiba tak boleh pakai nak naik LRT, itu lumrah Malaysia kot. Bab itu FAM dan Rapid KL kena banyak muhasabah diri.

11) Sebenarnya semua situasi ini tidak akan berlaku kalau 9 Ogos 1965 dulu Tunku Abdul Rahman dan UMNO tak buat kerja bangang menendang Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia. Tanggal 28 Julai lepas di Bukit Jalil ramai yang pegang kad manila bertulis 3-0. Tapi mungkin segelintir saja yang ingat bahawa jaringan 126-0 di parlimen untuk menghalau Singapura 46 tahun dulu yang kita sangkakan sebagai kemenangan besar kita ke atas Singapura sebenarnya akan menjadi duri dalam daging kepada kita baik dari segi ekonomi, politik dan juga bolasepak. Ini namanya Ketuanan Melayu oleh UMNO? Pungkok!

34 Ulasan:

apenzz tensai berkata...

TERBAIK! gua suka yg no 11 tuh... sempat lagi ko selit perihal sejarah ye?

cayalah!...

enyheartsdiamond berkata...

yang berlalu biarlah berlalu, apa guna pandang-pandang belakang? ;)

Renjuna berkata...

KOmen Style Tun Dr M

--- artikel yang best tahap cipan ...

--- raja suka anak ikan ..

--- Apek terer ... lepas game terus putus tunang

--- Bukan dulu ramai mat bosnia dan mat vetnam (pulau bidong) ker datang Malaysia

--- Biar OKS yang ambik alih Under - 32 Malaysia lepas ni

---UMNO Pungkok ; nahu bahasa terbaru

ijan de bunks berkata...

sejarah bai, dah macam liverpool versi malaysia pulak kahkahkah

tapi memang defend tak menjadi dan sharbinee hanyalah hero terengganu sahaja. sekian

LuciusMaximus berkata...

Pergh, yang dah berlalu biarlah berlalu...

Nama pun ulasan, tak akan aku nak ulas benda yang belum kunjung tiba?

dueng berkata...

kalau tengok, striker mesti nak kena muda. age 28-30 tu dah senja2 dah la. boleh try striker muda. striker kena pantas. midfield tua sikit pun ok lagi. ryan giggs main sampai umur 40+, ok je. defender, lagi tua lagi baik especially utk yang main tengah. flank defender bagi la muda sikit, boleh push bola ke depan. keeper, lagi tua lagi byk experience. so senang cerita, makin ke arah pintu gol sendiri, umur makin meningkat.

lagi satu, aku perasan midfield malaysia buat long pass tapi bola tinggi maka lambat sampai. senang je defender singapura tanduk bola keluar. i think ball control is something we need to improve. pass bola pun banyak habis masa kat tahan bola dan kejar bola yang melantun sebab poor ball control.

speedrider berkata...

pungkog btoi main selit-selit cerita pasal politik. macam pungkoq!

Jojoe Ali berkata...

Aku laa antara yang tak dapat masuk tu. Macam haram. Niat di hati aku nak tunjuk kat anak buah aku yg baru dajah 1 tu, camna feelnya tgk bola kat stadium - alih2 penuh dgn minah seksi pakai stoking kat badan + headband buat skirt. Ini baru pungkoq!

Game jgn cakap la kan.. macam juboq!

yuri berkata...

suke komen 6 dan 11. sekian.

Kurast berkata...

sya pulak suke komen no 1 dan 11. trima kaseh

talkIZcheap! berkata...

cantik.. sempat campur politik ngan sukan, bagus tu, baru betul tipikal Malaysian, keh keh :p

Bab Ball controll tu, aku rasa diorang tak lemah sebenarnya, tapi lebih kepada gugup... gugup main dalam stage sebesar tu, dengan penyokong seramai tu, dengan focus yang jarang dan hampir tak pernah ada, lepas tu tekanan nak kejar game lagi, tambah beberapa key player takde...

cuba korang main one on one atau futsal dengan player negara, dalam game tiada tekanan piala dsb, ingat boleh dapat ke bola dari kaki diorang??

betul lar Lucius cakap, experience tu penting...

MéuzAngelo™ XXIII berkata...

no 11 best.. mmg betul pun ape yg ko komen tu..

whammy berkata...

Pendapat cetek ilmu aku pasal defend Malaysia yelah diorg suka tengok bola, tak tengok kawan dan especially lawan ponya position.

Cuba tgk balik gol2 dan cubaan2 Singapura yg nyaris gol.Punca byknya itulah

whammy berkata...

Oh ya, lupa plak. Dari 1st leg di Singapore haritu saya sudah hairan.

Betulkan saya jika fakta ini silap:-
Ismail Faruki dpt 1st cap dlm competitive game masa 1st leg di Singapore.

Jika ya, saya berpendapat ini keputusan kurang biijak berdasarkan magnitude game tersebut.

Ismail Faruki sekali lagi turun di Bkt Jalil di mana tekanan lebih hebat.

Hairan

ijan de bunks berkata...

aku memang pelik betol ismail faruqi dapat main, da la 1st leg main hancor, main dekat home boleh 1st elevan pulak. poning2

Asrulsani berkata...

takde mood nak komen pasal bola, lambat sangat update.

aku suka no.11; 'menjual temasek adalah kesilapan terbesar Tun'. Apa?Yang berlalu biar berlalu, apa guna pandang belakang? Sejarah mengajar kita dik... kalau macam tu apa guna sambut birthday tiap2 tahun padahal kau dah lahir bertahun2. kehkehkeh

Ozgur Cek berkata...

komen no.11 memang drogba...mantap!!

pOr berkata...

biasala bola malaysia ball possession memang xde dlm kamus.. dpt bola terus hntr ke laut.. main kat kg pon ada ball possession beb..pungkok

Amcek dan kehidupan berkata...

hang punya ulasan bola dulu dalam blog tronoh dah sabmit ke kementerian belia? ke, dah sabmit ke fam?

fowler pun dah sampai thailand. kita, sikit lagi nak dapat riquelme. wakakakaka.... malaysia malaysia...

Goblogz berkata...

no 11 ttp terbaik..

Aziz Nasution berkata...

Datuk Raja lupa yang dia ada pemain bernama Ashaari dan Shakir..tapi macam yg Datuk Raja cakaplah, dia lebih kenal pemain dia..

apa apa pun, game haritu Mahali dan asrarudin lubuk paling besar..dorang tengok bola tak jaga line defend lgsg..bila singapore change side dari kanan ke kiri(or another way around), mulalah tak terkejar winger singapore..Muslim plak dah improve sejak dia membotakkan kepala..Rasanya Datuk Raja dah boleh panggil Norhafiz dgn Subramaniam join the team kot..

p/s-kalau ada afundi keluar dalam team Malaysia, awal2 lg aku dah undi Gurusamy dgn fakri shaarani keluar..

top_ace7 berkata...

Dah katanya budak-budak muda. Mentaliti tak kuat. Bila dah score, jadi excited dan lupa nak defend.

Mahali kalau tak larat nak jadi wingback macam Evra, baik jadi fullback je, stay dekat belakang. Sebab bila dah kena serang, nak turun balik, memang terhegeh-hegeh. Side dia memang kena rogol kaw-kaw dengan Qiu Li dan Shi Jiayi.

Nak harap Kunalan turun, tak dapat lah. Kalau sempat defend pon, dah kena tadah ketiak Qiu Li.

Posession memang tiada dalam kamus Harimau. Pass senang ada tapi nak pass dekat hujung-hujung line outside jugak.

noramieza berkata...

akhirnya Norhafiz Zamani dgn Joseph Kallang Ti diserap masuk.
suppose dari dulu lagi.

Nick Name berkata...

1 Ulasan:

1. S.Kunalan patut diberi pujian dengan larian kencang berjaya mengentarkan Daniel Bannet.

adinda anna liyana berkata...

tumpang tanya luci, kenapa tak sentuh sikit pasal ismail faruqi yg main mcm dia superstar tu?

main sepasukan bukan berseorangan..igt main PES ke?

whammy berkata...

setuju dengan liyana

ismail ni cpt syiok sendiri kot...dah beat 2 org...kwn2 dh bukak...jolok la..
ni tidak...nakkk jugak beat sorg lagi...dah...sangkut...

masa dia beat 2nd man to dia terasa dia zidane kot

rudz berkata...

aku rasa jersi biru takde luck lah.. tak caya tanya chelsea..

pokdegrunge berkata...

sharbini ng apex same2 bodo....

pokdegrunge berkata...

boDO!! mael faruqi bru maen 1 2 game utk msia..serasi x de lg..plus maen tuk game penting plak..vamor la...

youthless04 berkata...

ulasan mantap walau lewat..point no.11 tu kira macam skor penalti pakai backheel je la..pinjam point no.11 ko aku nak copy..thanx bro..

youthless04 berkata...

ulasan mantap yang xkan ada mana2 pengulas dalam m'sia ni berani ulas kt tv mcm nih..esp. point no.11..point no.11 tu kira mcm skor penalti pakai backheel je la..pinjam point tu bro..thanx..

rashideeshukri berkata...

gua tak setuju dengan point nombor 11. gua ada tolong pak cik gua tulis untuk paper PhD dia pasal benda ni. apa yang terjadi adalah lebih kepada 'political error' Tunku sendiri. sebab discussion untuk menendang Singapore adalah lebih kepada ikut angin kepala Tunku yang merasakan provokasi Lee Kuan Yew tak dapat ditangani oleh keadaan masa tu, walhal ada penyelesaiannya. Ketuanan Melayu ataupun UMNO tak terlibat langsung dalam hal ni.

yang lain semua gua agree.

akubukanpemikirhebat berkata...

Memang adat lah main drama. Walaupun singa main mcm hanjing, tapi biarlah hari ni hari dia. Esok2 kalau orang lain buat cam tuh jangan nak mengamuk pulak, sampai bile nak maju?

Streetwizer berkata...

takper..maybe tak de luck beb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...