ANDA SEDANG MEMBACA

29

Chelsea 2 - 0 Bayer Leverkusen

Lucius Maximus Rabu, September 14, 2011 ,


Nando Torres tidak menjaringkan sebarang gol. Apa ada hal?


Dari Januari lagi semenjak dubuk albino ini berpindah ke Stamford Bridge, ramai penyokong Liverpool yang menggelarnya judas. Bila si dubuk albino gagal menjaringkan gol secara rutin macam di Anfield dulu, lebih ramai yang bertepuk sorak gembira. Ini sangat tipikal untuk peminat Liverpool. Hanya ada 2 perkara yang menggembirakan mereka, yakni Liverpool menang ke atas Manchester United dan Nando Torres gagal menjaringkan gol untuk Chelsea. Perkara lebih penting seperti menjuarai EPL atau layak ke Eropah dilupakan begitu saja. Apa nak jadi agaknya?

Malam tadi dalam perlawanan Champions League sekali lagi Nando Torres gagal menjaringkan sebarang gol. Untuk mana-mana peminat Liverpool ini berita baik buat mereka melupakan hakikat bahawa untuk Liverpool musim ini tidak ada bolasepak Eropah pertengahan minggu. Mereka cukup gembira bila seorang pemain berharga 50 juta tidak menjaringkan 50 gol semusim.

Memang dulu Nando Torres banyak menjaringkan gol. Itu perkara biasa untuk seorang penyerang berbisa apabila bermain di sebuah kelab biasa-biasa. Masa di Liverpool dulu memanglah dia yang paling power. Pipiyapong pun kalau diletak dalam skuad Torpedo Lipis akan memegang status ayam tambatan. Tapi cuba kalau kita letak Pipiyapong di dalam barisan Arsenal, ayam tambatan akan bertukar kepada sekadar anak ayam.

Jadi bila Nando Torres berhijrah ke Chelsea, beliau menyertai barisan serangan yang luar biasa, bukan lagi jenis yang biasa-biasa. Barisan serangan yang terdiri dari Didier Drogba, Nicolas Anelka, Salomon Kalou, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku (ya Lukaku ni power juga sebenarnya). Dari berstatus penyerang handalan untuk sebuah kelab biasa-biasa macam Liverpool, Nando Torres bertukar kepada penyerang biasa-biasa untuk kelab handalan macam Chelsea. Simple.

Benda macam ini pun penyokong Liverpool susah nak nampak. Taksub sangat dengan sejarah rekaan sendiri, perangai macam orang UMNGOK.

Jadi malam tadi Nando Torres tidak menjaringkan gol, seperti biasa. Apa nak heran? Dalam kelab handalan seperti Chelsea tugas menjaringkan gol dipikul sama rata oleh semua pihak, dari Petr Cech ke Andre Villas-Boas. Kalau tugas menjaringkan gol ini diserahkan hanya pada satu susuk tubuh kita akan berdepan situasi seperti Liverpool minggu sudah masa kalah dengan Stoke City. Semua nak harapkan pada Luis Suarez yang meroyan pada pengadil kerana gagal menjaringkan gol.

Pun begitu, 2 gol Chelsea datang dari bantuan Nando Torres, yang disempurnakan oleh David 'Sang Singa' Luiz dan Juan 'Mata' Mata. Apa ada hal?

Nando!

Nando lagi!

2-0 kalahkan kelab bekas pemain Chelsea, Michael 'Ubermensch' Ballack.

Return of the Ubermensch

Raul Meireles turun tetapi gagal menjaringkan sebarang gol. Berita baik buat Liverpool!

Sementara itu...

Kata orang, bila Arsenal berpindah dari Highbury ke Emirates, mereka terlupa membawa bersama roh Gunners di stadium lama.

Emirates besar, tapi jiwanya kosong. Ia akan lebih kosong bila mana Arsenal ketinggalan 2 atau 3 gol seawal separuh masa pertama dalam mana-mana perlawanan kerana peminat Arsenal sangat terkenal dengan perangai pulang awal bila ada petanda akan kalah.

Malam tadi Arsenal bertandang ke Westfalenstadion, The Temple of the Yellow Wall, stadium bolasepak paling power di seluruh cakerawala. Lawan mereka bukan kecil anak, tapi Borussia Dortmund, kelab bolasepak paling ART di seluruh Deutschland.

Robin van Persie membuka jaringan pertama buat Arsenal. Tetapi kemudian dinafikan oleh gol penyamaan hasil jaringan Tomas Rosicky, maaf, maksud aku Ivan Perisic.

Ini bukan Tomas Rosicky

Ini bukan Ivan Perisic

Di barisan tempat duduk penonton, Arsene Wenger hanya mampu melihat dan berharap alangkah bagus kalau Emirates ada jiwa bolasepak macam Wesfalenstadion. Nasib baik Wenger tak duduk di Sudtribune.

29 Ulasan:

top_ace7 berkata...

Semua kerna Abam Nando Torres! And his cased are closed!

SAUJANA HIJAU berkata...

gambar-luiz dan mata berkata "terima kasih ke dia ni deh..."

kushyrie berkata...

Huan Mata dan Luiz Singa berkata sambil jari telunjuk diajukan kepada no.9 :

"inilah dia dubuk albino yang mengatakan pemain2 chelshea bermain terlalu lambat dan tua!"

Dia yang salah!

Putra berkata...

gampang...apesal aku nak tergelak tengok gambar wenger nih

SocketWorld berkata...

Chelsea beli penyerang biasa-biasa nih dgn harga £5.0 million je (kesalahan titik perpuluhan disengajakan).
Apa ada hal.

nu_Ox3r berkata...

ak jeles meireles blah g chelsea.king kenny pun terlalu taksub dgn smngt ibrahim perkasa versi British

HiSaM ! ! ! berkata...

pergh......pedas.gua tersembur karipap baca post ni

Pet Shop Boys berkata...

Apalah nak jadi fan Liverpool ni(geleng kepala)...

Streetwizer berkata...

ooo..keja torres assist aja..aku ingat score goal...

Farid berkata...

Hebat betul Nando ni. Perh..

talkIZcheap! berkata...

persoalannya, kenapa Chelsea perlu bayar 50 juta Euro untuk striker biasa-biasa? Kenapa tak bayar 15juta untuk striker yg lebih hebat seperti, Chicharito, sebagai contoh?

Boleh jelaskan tak? He he...

RABUN berkata...

biasa je....

Hfz A. berkata...

satu lagi entri masterclass dari lucy

Kelambu berkata...

"Benda macam ini pun penyokong Liverpool susah nak nampak. Taksub sangat dengan sejarah rekaan sendiri, perangai macam orang UMNGOK." - Lucy, kalau tiap2 tahun main UCL, tapi tak menang2.. susah gak bro.. sejarah Liverpool bukan rekaan sendiri, tapi chelsea ye kot...

Hfz A. berkata...

abang @kelambu jangan marahhhh

Raiden berkata...

hanjingan terbaik dari Lucy untuk fan liverpool..

Richard Hunt berkata...

Kelambu: Masuk UCL bukan pasai nak menang ja bro, Liverpool setiap kali UCL pun bukan menang tiap musim yedak? kah kah kah.

Lagi satu UCL ni bagus untuk financial, hang dapat masuk group stage UCL pun hang dah dapat uang.

Nak harap history, selangor lagi power.

mangifera berkata...

jgn meroyan lucy, aku faham ko rasa nak hentak kepala torres tu. anyway, thanks for the money last time. hahaha.

ni masuk UCL ni boleh menang ke? dah tua2 bangka dan kerepot dah chelsea ni, larat ke nak bersaing dgn darah muda kat UCL tu.

arsene wenger tu dah macam muka Mr Bean dah gayanya. lawak sungguh.

ijan de bunks berkata...

alah libepol ni tahu masuk champion league ni nak suruh menang cup je. dieorg tak tahu ke masuk je dah dapat duit juta2. dah berapa lama cakap nak buat stadium baru,silap2 stadium kelantan siap dulu nanti

hantuLongkang berkata...

dengan rekod sekarang, nampak tertib bila kita berpoya2 dengan 1 rangkap rodat simple:
fernando torres, daripada penyerang unggul menjadi penyerang tunggul dengan 50 juta cara...apa ada hal, chelsea kagum dengan tunggul2 simple mereka sekeliannya.. :D

dan apahal UCL malam ni banyak pakai binary 101101011?..tak hapal sipir 3 ke belake?...ciss :D
oo, napoli kelab menantunya aguero jadi segan nak score...datuk giggs jugak yang tak tau malu pandai2 score gawang benfica punya(no pun intended, seriously!)...laut standard mana the white pele tercampak tadi?..scumterranean ke manc pacific?..hiahaha

//all the best untuk meireles...
semoga dia dapat score/assist untuk chelsea...tapi, chelsea tetap kalah jugak 3-4, 2-4, 1-3 mahupun 2-8...
eh silap, 2-8 dah ada kelab lain jolok dulu...hahah

Kelambu berkata...

hoi.. mana ade aku marah.. hahaha.. aku support QPR dowh...

nu_Ox3r berkata...

talkcheap:buat pertama kali ak setuju dgn komen ko.haha

Abdul Sokernet berkata...

abang ingat nak buat undang2 baru, kalau entri UCL penyokong Liverpool diharamkan dari memberi komen

talkIZcheap! berkata...

tak baik dowh Abdul nak haramkan diorang...


daripada 'haramkan', lebih baik cakap 'tidak layak'! keh keh keh... :pp

talkIZcheap! berkata...

"Pakcik Giggs, Pakcik Giggs!
Berlari-lari di sayap kiri!
Pakcik Giggs, Pakcik Giggs!!
'Mengoyak' anda sejak 1991!!"


:p

mangifera berkata...

ban je la Bedul wei...kalau entry takde nak sebut2 atau berkait dgn liverpool, aku pun tak heran nak comment.

pengulas entry ni yang kecoh2 nak petik nama liverpool, apa hal? datang bulan ke? ke gila talak? hehehehe.

aranzedo berkata...

gua syorkan nando main shadow striker...

keh keh keh !

hantuLongkang berkata...

haha..baiklah..
budak2 liverpool layan awek2 balik surau naik basikal bonceng tiga malu2 angkat kain sembahyang sampai keting lagi bagus...
eh, ada lagi ke zaman MU skang situasi tu?...haha

balaci terhormat& co. berkata...

50juta tu function dia mmg utk assist je kan?konpius ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...