ANDA SEDANG MEMBACA

33

Chelsea - Membangun Bersama Islam

LuciusMaximus Isnin, September 12, 2011 ,


Satu-satunya kelab yang boleh lawan Manchester-Manchester, iaitu Chelsea FC mengorak langkah positif hari ini dengan menandatangani pemain muda Scotland dan dulunya Celtic, Islam Feruz.

Andre Villas-Boas ketika dihubungi Sokernet mengesahkan bahawa Islam yang baru berusia 16 tahun kini sah sebagai pemain muda Chelsea.

"Ia adalah satu langkah positif buat Islam dan sejajar dengan dasar baru Chelsea, Membangun Bersama Islam!"



Sementara itu Chelsea macam biasa terus mengorak langkah dengan steady tanpa perlu menjaringkan banyak gol untuk menang. Bukan kerana Chelsea tidak mampu menang besar macam Manchester-Manchester, tetapi sebab sebagai sebuah kelab bolasepak yang waras, Chelsea tahu menang 25-0 pun mata yang dikutip masih tetap 3 biji sahaja. Lainlah kalau kita main Fantasy Football.

Berdepan dengan salah satu kelab Manchester-Manchester hujung minggu ini, Chelsea tahu mereka menggalas harapan besar peminat kelab-kelab lain seperti Queens Park Rangers, Swansea City dan Norwich City. Nak harapkan kelab yang lain memang tak dapat dah. Nak sandarkan harapan pada Liverpool, Arsenal dan Tottenham Hotspur? Itu kerja bangang namanya!

Kita semua tahu Manchester-Manchester sekarang sangat power. Malahan dari musim lepas lagi kepoweran mereka sudah terserlah. Dan macam biasa bila Manchester-Manchester jadi power dan kelab-kelab konon power yang lain jadi bangang, hanya Chelsea yang muncul sebagai harapan terakhir umat manusia.

Mohon debar? Bring it on!

33 Ulasan:

Jac Of Spica berkata...

mohon cabaran

Obefiend Weiland berkata...

aku ketawa ayat menang 25-0 mata masih 3 itu

Shahrul Tanaka berkata...

mohon menang.

pale berkata...

sila kalahkan MU..
bosan menang besar..

Hakim. berkata...

Challenge accepted

Tanpa Nama berkata...

Kelab biasa-biasa Manchester United? Mudah sahaja...

Kamon Chelseans!!...

Richard Hunt berkata...

goal difference penting woiii, kang mata sama goal difference jauh tak menangis pulak bang roman

Ahmad Shafik berkata...

Harapan terakhir Umat manusia...da mcm lawan Alien ke hape? gampang sialllll...XD

SyAzwAn ShAfeE berkata...

torres akan hatrik. *joke of the universe.hahaha

Farid berkata...

Hanya Liverpool saja yang mampu kalahkan kelab Manchester-Manchester ni.

El berkata...

Chelsea harapan terakhir? kalau Chelsea main sorang-sorang pun belum tentu boleh menang. haha

Nik Zulkhairi berkata...

islam feruz minum jus tok guru.

LS berkata...

yeke chelsea harapan terakhir?bukan stoke ke? :D

Wanturd™ berkata...

mohon update senarai juara epl. takkan astro lagi juara season lepas. hehe

r.k berkata...

bring it on ! Up the Chels !

bUdAkmILo berkata...

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM>> ayat diatas cm pernah dengar plok!!
jgn lepas nie tukar plok
"KELAB KEBAJIKAN"

talkIZcheap! berkata...

dengan kemasukan Mata dan meireles, aku nampak Chelsea boleh jadik macam kelab Manchester-Manchester jugak, bermain tempo pantas, dan mungkin jugak menang besar, mungkin perlu sedikit masa untuk click sahaja... Tapi Torres harus dijual dan AVB diberi lebih masa daripada yang biasa diberikan kepada Manager Chelsea..

On the other thought, tolong jangan jual Torresssss.....

"Farid berkata...
Hanya Liverpool saja yang mampu kalahkan kelab Manchester-Manchester ni.

12 September 2011 9:18"

Ini baru joke of the universe, kah kah kah!! :p

keli berkata...

Chelsea pon kadang2 harapkan pagar, pagar tak boleh harap gak. Kalo nak sembang pasal harapan terakhir tunggulah hujung season sket kan...kikiki.

Aie Isa berkata...

Membangun bersama Islam - Dah macam Harakah pulak.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Bring it on! 25-0 masih 3 mata.. kehkehkeh.. yang ni gua gelak gila babi!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih mention kelab manchester yg lagi satu...terima kasih mengakui kehebatan manchester..haha

tuan director berkata...

kemon la sokernet.jgn review kelab top ja.review la jugak kelab aku,blek ben roves

SocketWorld berkata...

prediction :
MU 25 - 1 Torres(thru penalty)

Mista Maman berkata...

Iva - Luiz - JT - Cole
Ramires - Raul - Lampard - Mata
TOrres - Sturridge
OR
Iva - Luiz - JT - Cole
Meireless
Lampard - Mata
Sturridge - Torres - Anelka
chelsea leh beat anyone.

hellghast berkata...

ikut kata org tua2 kalau dabik dada sebelum lawan silap besar sakit dada lepas lawan...mohon cool down...

hantuLongkang berkata...

nampaknya chelsea sebagai kelab kecik masih dijajah dengan manchester-manchester..haha

orang2 bijak-pandai selalu bilang, orang yang tak dijajah mindanya tidak menafikan kekuatan pihak lawan tapi dalam masa yang sama takkan mengangkat lawan sebagai yang 'sangat power'..

macam ni ke akhlak kelab yang claim harapan terkahhir?..haha

AimYou berkata...

aku rasa apa yang hellghast kata tu betul.. lgpun, chelsea ni mmg terkenal dengan 'tua-tua' ni.. nampak ada kesinambungan di situ.. kahkahkah

RABUN berkata...

Harapan terakhir umat manusia? masing masing dah nak pencen nak selamatkan umat kebondonya?

Azlan Zed berkata...

"lainlah kalau kita main fantasy football !"

kah kah kah !

terbaik lucy

terbaik

Jojoe Ali berkata...

Ini kerja ARSENAL namanya!
Dush!~

AKSARA : 'bitio'. bior je le demo berletior.

Aziz Nasution berkata...

"Membangun bersama Islam" - bukti besarnya apabila Yossi Benayoun selamat dijual..muahaha

Sebagai seorang fans yg realistik, aku rasa susah untuk kalahkan setan merah buat masa skrg ni.. Melainkan Nani,Young dan Rooney mati mengejut sehari sebelum perlawanan...

@hellghast:

bro, pernah dengar pepatah melayu zaman kegemilangan Melaka - "Berlagak dulu sebelum kalah"?

Streetwizer berkata...

mohon islamik!

apenzz tensai berkata...

membangun bersama islam eh? ayat x boleh belah shial...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...