ANDA SEDANG MEMBACA

34

Jepun 2-0 Malaysia (11 Perkara)

LuciusMaximus Khamis, September 22, 2011 , , ,




1) Siaran langsung di dua saluran, TV2 dan Star Sports. Di TV2 macam biasa Haji Hasbullah Awang sementara di Star Sports ianya Dez Corkhill sama satu orang lagi mat salleh. Kalau nak ulasan bola tipikal Malaysia yang syok sendiri, ada fakta luar biasa dan gelak-gelak mestilah layan TV2. Kalau mahu ulasan bola gaya EPL, berinformasi dan penuh kritikan tajam maka boleh layan Star Sports. Aku layan dua-dua sekali.

2) Dah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir kenalkan Dasar Pandang Ke Timur, kita masih lagi pandang tapi setakat pandang sajalah, buatnya tidak. Perlawanan semalam dimainkan di stadium sebuah kelab J. League Division 2, Sagan Tosu. Stadium bernama Best Amenity  Stadium (atau Tosu Stadium) ini hanya berkapasiti 24,490, jauh lebih kecil dari Stadium Nasional Bukit Jalil tapi dia punya padang 10 kali lebih kelas dari yang kita ada. Hanya tiga minit berjalan kaki dari stadium ini ialah Stesen Tosu yang menyediakan perkhidmatan keretapi JR Kyushu dan secara purata mengurus sejumlah 13,000 penumpang sehari. Kita punya stadium boleh muat maksimum 100,000 tapi kalau baru 10,000 datang Stesen LRT Bukit Jalil dah huru-hara. Kat sini dah nampak negara mana yang efisien dan mana yang akal pendek.

Best Amenity Stadium - Memang best!

3) Dah lebih 20 tahun juga semenjak para pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar dan tengok bagaimana kita mengadakan Liga Semi-Pro dulu, tengok pasukan negeri, tengok stadium, tengok perlawanan liga kita dan tengok Sultan Bola. Sekarang jumlah kelab profesional dan amatur mereka berjumlah lebih 200, stadium khusus bolasepak berterabur, J. League diberi penarafan Gred A oleh AFC, layak ke Piala Dunia dan Olimpik itu hal biasa dan pemain profesional Jepun bersepah di Eropah. Malaysia? Tanya Sultan Bola.

4) Malaysia memang juara bolasepak Sukan SEA tapi gelaran ini lebih kurang sama saja dengan Bangladesh jadi juara bolasepak Sukan Asia Selatan. Dalam erti kata lain jaguh kampung, jadi bila keluar dari kampung baru tahu langit tinggi atau rendah. Senario yang sama juga boleh diguna pakai ke atas skuad senior yang jadi juara Piala AFC. (okay yang sebenarnya Piala AFF)

5) Corak permainan anak buah Ong Kim Swee semalam seperti biasa ialah tendang ikut arah telor. Pemain tengah nampaknya rajin turun ke bawah membantu pertahanan tetapi sebaik bola berjaya dirampas semua lebih suka berlari-lari anak naik ke atas. Berat telor gamaknya. Barisan serangan pula nampaknya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Jawabnya entah sampai ke bila setakat tunggu dan lihat bola sajalah kerja mereka.

6) Jepun kelihatan bermain dengan 22 pemain di atas padang. Tapi itu kerana mereka bermain dengan memberi tekanan serta membuat hantaran kepada kawan bukannya lawan atau mengikut arah telor. Keigo Higashi banyak mengkucar-kacirkan  pertahanan Malaysia. Pada minit ke-10 Higashi meledak gol pertama. Gol kedua datang dari Ryohei Yamazaki yang menggantikan Higashi. Kensuke Nagai yang dikatakan bintang utama bagaimana pun tidak berapa menyinar kali ini.

Gambar Kosmo! semalam - Dia punya warning, kehkehkeh!

7) Kalau tak kerana Khairul Fahmi Che Mat, Malaysia mungkin bolos 4 atau 5 biji gol. Itu pun aku rasa bolos 2 biji ini sudah cukup buat Jejari Runcing sengih sikit-sikit sambil kata 'pade muko mu ado tino lain lagi!" Tapi aku bagi jugalah Apek sebagai pemain terbaik Malaysia semalam.

8) Satu-satunya peluang Malaysia datang pada minit ke-60 melalui Fandi Othman tapi mamat ni gentel bola banyak sangat macam Nando Torres.

9) Nampak gaya kalau betul nak ke Olimpik, Malaysia kena pastikan menang ke atas Syria dan Bahrain serta cuba mencatat keputusan seri lawan Jepun di Bukit Jalil. Tapi kalau dapat nombor 2 dalam Kumpulan C, kita berkemungkinan terpaksa bersaing pula dengan lawan seperti Arab Saudi atau Uzbekistan.

10) Jadi kesimpulannya memanglah peluang kita ke Olimpik itu kurang 10%. Main dalam kelayakan Olimpik ini lebih kepada menimba pengalaman dan menguji keupayaan kita. Oleh itu paling busuk pun kita mesti menang 2 perlawanan dalam Kumpulan C ini. Tak akan nak kalah semua ye tak? Nanti kena gelak dengan Indonesia dan Singapura pula.

11) Awek Jepun yang datang stadium malam tadi aku bagi A.

Sekadar gambar hiasan - Bukan semalam punya

34 Ulasan:

Adam Ruslan berkata...

Lancer GT 2-0 Inspira.

Dewajiwa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fahmi Ismail berkata...

Aduih, semuanya tak menjadi semalam...apa-apapun, tahniah Malaysia..cuba lagi! Jepun dah set 2050 nak jadi juara World Cup, Malaysia bila lagi?

ザ-sylver- S berkata...

awek melayu?

Md Afzan berkata...

pasing lintang pukang, tahan bola tak kemas, body contact sikit dah jatuh guling-guling, takut-takut nak rapat time jepun pegang bola, dll...

Khuzrin Kamarudin berkata...

Aku rasa macam ada pelik sikit...

Untuk point no 4...

Skuad senior juara Piala AFC? Celah bila pulak tu?

Adakah maksud bradah Lucius ialah juara Piala Suzuki AFF?

Ok.. komen poyo gila babi aku ni.. haha...

out...

Anep berkata...

Ramli mana? Apsal MU tak lepaskan dia. *rujuk iklan diatas. Haha

Ahmad Shafik berkata...

Sultan Bola tu bila laaaa nak berundur, ye dok?
pembangunan ape aku tgk bola sepak Malaysia ni...kurang terurus,tak professional...wat Stadium pon ranap dan lingkup...nak slhkan sape? bencana alam??

gua rase Lancer GT menang 2-0 ngan Inspira pon sbb ade Semangat maria Ozawa kot..

ijan de bunks berkata...

fandi othman buat semua orang dekat mamak semalam geram. kalau dia tak shuffle maybe boleh skor. damnnnnnn

kueh bakar berkata...

kalau betul nak bertahan.bertahanlah macam inter milan.boing 747 depan kotak d.

bagi aku, memang defensiflah corak yg malaysia kena guna bila lawan jepun.kalau open game memang teruk kena belasah.

cuma, bila defen pun 2 penyerang tak perlu turun ke bawah. 9 org bertahan pun dah cukup.janji jgn tgk jer pemain jepon masuk kotak d.baru boleh susun kaunter attack.

15menet separuh masa kedua aku rasa malaysia bagus. jepon tertekan juga sekejap.

izzaq faris besar.tapi bila bodycontact tergolek!

nwa berkata...

kenapa orang komplen fandi?kenapa x komplen izaq faris ha?mamat ni lagi dulu aku tgk macam bukan striker....bangang!kalau taktik bertahan,tugas big striker kat dpn ialah hold bola..tahu?ini tidak,jgnkan hold bola,win header 1 pun xde ....celaka apa striker camni?

pakkordi berkata...

Saya turut bersedih dengan kepincangan bolasepak Malaysia.

hantuLongkang berkata...

layan TV2 la mantap..tak payah tengok pun boleh tahu apa jadi...kucing melintas pun dia ulas..hahah

apa2pun, match semalam memang 'ikut buku'..aku tunggu2 jugak apa kejutan yang cuba dibuat macam dicakapkan...tapi haram tak rasa terkejut sikitpun..rasa nak terberak ada la..

rashideeshukri berkata...

improve lagi dari pengalaman. kita pun tak expect nak qualify dalam sekali try lepas 20+ tahun kan. pembangunan pun kena la setara tapi kalau setakat cakap pung pang pung pang dekat blog/FB/Twitter, apa pun tak boleh!

rakyat/organisasi/kumpulan yang kalau mentalitinya tinggi, tak perlu bergantung harap pada badan berkanun sangat. contoh macam timnas Iraq. rakyat Malaysia? tepuk dada tanya selera.

dan game semalam aku salahkan pada mentaliti. kalau passing berterabur, gentel tak lepas, defending tidur, konfem la sebab takut kan?

Azlan Zed berkata...

aku suka no. 8

#LOL

SembangKongkang berkata...

jepun vs apek sorg je smlm...yg lain2 tu niat nk mkn angin je kot

Ozgur Cek berkata...

Kensuke Nagai dh boring main ngn Malaysia masa sukan asia tahun lepas,tu pasal dia main subs je..

r i J a L berkata...

rata2 yg komen, smua tahu mengenai bola sepak moden.. rakyat malaysia tahu nk ulas ngan lebih baik lagi..

tp apsal bola sepak malaysia tak berkembang mcm rakyat malaysia yg berkembang baik mengenai bola sepak moden sekarang?.. apa depa x penah tgk ke Barcelona main?.. x penah tgk Manchester Utd main?..

harap menjadi penganjur, sponsorship terbaek ajer la.. iklan nk gah.. tp perkembangan bola sepak, hampeh ya amat...

Bozu berkata...

kenapa takda yang komen pasal makwe jepun?

asyraff mohd berkata...

Mahali Jasuli main macam gampang . Block macam gampang , gentel bola macam gampang , clear bola macam gampang , nak harap badan taf je , macam gampang . Gua pelik mamat ni ada dalam skuad senior pun macam gampang . Apa sebenarnya power mamat ni ? Macam gampang !

jebat berkata...

masih kat takuk lama...main bukan nak menang,tp kurang defisit gol...apa punya mentaliti coach ngan pemain...16-2 shot on target..mmg tau dah la result dia..mmg tak kan mng...dok pulun bertahan,kalah gak..elok la main serang,goyang gak jepun bila malaya attack..kena ada semangt leftenan adnan...striker lembik tah apa2...kena body contact melyang jatuh...midfield mcm tak wujud...kalah boleh diterima,tp biar la melawan...penat je berlatih kat slovakia...

Arajo Dilangit berkata...

malaysia kalah semalam kerana tiada pertahanan bhgn kanan ... errr...mahali main posisi apa yer?

Balqis Riza berkata...

disastrous defending, world class goalkeeping..~

Murky berkata...

Xde orang nak maki OKS ke mcm diorang maki K.Raja??? hahaha

Hizwan Nizam berkata...

kami mahu ramli !

HitamPutih berkata...

taktikal kurang menjadi, player kurang stamina dan secara automatik menjadikan pergerakan mereka slow, striker berlari dgn kelajuan 0.01 km/sjm. Sepatutnya mereka tukar kelemahan mereka kepada kekuatan, jika betul mahu main bertahan, gunakan seorg sweeper, kalau tiada stamina jgn main long ball, kalau dah tau striker berlari cam siput, guna sorg jer cukup, padatkan midfield dan defensive, sekurangnye2 satu mata smlm dan dpt mencalar ego jepun, football is not about foot only, you must use your head too..

kobetz berkata...

perkara ke 7!pujian dalam kejian tu..
tggulah ramli balik..dia kn da jnji nk bg bapak dia bangga..

keli berkata...

Sakit jantung gua layan semalam.

Mohd Aizat Nazmi berkata...

Gua syak Mahali influence dia idola dia gua rasa David Luiz la gua rasa. Eh Sergio Ramos mungkin jugak. Eh Dani Alves pun gua rasa jugak. Eh Mahali eh gentel didepan eh satu dua eh eh ohhh bola dicuri dengan senang sekali oleh Mat Jepang.

Maniax berkata...

dapat bola, clear ikut arah telor ong kim swim..

Nik Zulkhairi berkata...

"Jejari Runcing sengih sikit-sikit sambil kata 'pade muko mu ado tino lain lagi!"

nate bewok munggg.. hahah

Kaio berkata...

natang sunggoh point no tujuh. LOL! tersedak aku baca sambil minum air ni. syial lah. PHUIH!!

Streetwizer berkata...

"tendangan mengikut arah telor"

nais...hahahaha

Nuruddin Abu Bakar berkata...

arah telor ftw miahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...