ANDA SEDANG MEMBACA

9

Ragbinet: I Scrum Only For Jesus!

LuciusMaximus Isnin, September 26, 2011 , , ,





Euan Murray - kerdil di sisi Tuhan

Euan Murray bukan nama asing dalam kelimabelasan (?!) ragbi Scotland. Pemain yang terkenal dengan jolokan nama The It Man ini bermain di posisi prop untuk skuad ragbi Scotland dan merupakan satu susuk berketinggian 1.88 meter dengan berat 115 kilogram, lebih berat dari sebiji Yamaha RXZ milik seekor rempit.

Namun begitu, sebadang-badang Euan Murray ini beliau tetap takutkan Tuhan. Bagi Euan Murray, biarpun jika seorang individu itu berbadan sasa laksana Bik Mama sekali pun, mereka masih tetap kerdil di sisi Tuhan.

Atas sebab itulah, sebagai seorang Kristian yang warak, Euan Murray mengambil keputusan untuk tidak bermain ragbi setiap hari Ahad. Tindakan ini mengakibatkan Scotland terpaksa turun tanpa beliau ketika menentang Argentina semalam di mana mereka kalah tipis 13-12.

Tetapi bagi Euan Murray, apa sangatlah perlawanan di dalam Piala Dunia Ragbi yang bersifat duniawi semata-mata. Sedangkan balasan Tuhan di akhirat nanti azabnya lagi pedih dan menyeksakan.

"Secara asasnya dalam mengikut Yesus, buat semua atau tidak buat langsung. Saya tidak percaya agama Kristian jenis pilih dan campur-aduk. Saya percaya Al Kitab ialah firman Allah, siapalah saya untuk mengingkariNya?" jelas Euan Murray ketika dihubungi Ragbinet.

Pun begitu sebagai scrummage terbaik Scotland, Euan Murray tetap dipilih oleh jurulatih Andy Robinson dalam skuad Piala Dunia Ragbi. Jelas Robinson, "Euan telah berkata dia tidak akan bermain di mana-mana hari Ahad dan akan memberikan dirinya kepada Tuhan pada hari itu. Itu kepercayaan beliau. Bagi sesetengah daripada kita tidak ada apa yang boleh dilakukan, kita bukan Euan Murray. Kita mesti menghormati pilihan beliau."


Begitulah berimannya Euan Murray kepada Tuhan sampai sanggup tidak bermain perlawanan Piala Dunia Ragbi pada hari Ahad. Semoga ianya menjadi tauladan buat kita semua.


P/S: Dah solat Zohor dah?

9 Ulasan:

ijan de bunks berkata...

errr...zuhur semalam sudah errr..

Fahmi Ismail berkata...

Warak, warak...sampai pakai kepiah dalam padang tu (headgear)...kehkehkeh

Zinedine Zaiddin berkata...

alhamdulillah ana baru aje selesai solat zuhur..antum sekalian pula?

kata aksara: undor

apa bendanya "undor" ni? hahaha

LS berkata...

baru je gua nak pegi zuhur ni :D

obefiendenwaylencau berkata...

Kalau situasi ini di pihak orang islam,mesti obefiend dah troll...tapi bila ia berlaku di pihak kristian,so no point la nak troll kan obe kan?

alquinin berkata...

ah ape kes tetibe obe plak ni?

update singa aslan la satu!

gambar nando torres satu!

Tanpa Nama berkata...

eh.. tab lagi satu tengah bukak fakku.net pulak.. hikhikhik...

nasz playersz berkata...

ahli sukan islam kat msia plak sanggup meninggalkn amalan puasa kalo ada pertandingan dlm blan ramadhan. apa nak jadi..huhu

Streetwizer berkata...

mohon warak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...