ANDA SEDANG MEMBACA

42

27 Ogos 1972: Jerman Barat 3-0 Malaysia

LuciusMaximus Isnin, Oktober 17, 2011 , ,


Jersi hitam kuning Harimau Malaya dan hitam putih Die Mannschaft di dalam satu padang - Benda yang mungkin kita tidak akan dapat lihat lagi seumur hidup kita


Sabtu malam Ahad lepas, ketika rakyat Malaysia masih sibuk berbincang kenapa Alex Ferguson tidak masukkan Rooney dan Chicharito dari awal, atau benarkah Evra dan Suarez mengeji satu sama lain, atau mungkinkah Giggs sayang 'telor' dan sama ada tendangan gol Gerrard adalah genius atau tidak disengajakan, sambil pada masa yang sama berkemungkinan pula melayan perlawanan Manchester City dan Aston Villa, RTM melalui TV1 dengan senyap-senyap menayangkan satu perlawanan bolasepak klasik.

Siaran perlawanan 39 tahun sudah itu adalah pertemuan di antara Jerman Barat (sekarang Jerman) dan Malaysia dalam Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat. Menurut dari rakaman klasik RTM tersebut, siaran ini adalah 'siaran terus menerus TV Malaysia dari Munich melalui satelait bumi Kuantan'. Satelit (satelait ini ejaan lama) bumi Kuantan terletak berdekatan pantai Beserah, mula dibina pada 1967 dan siap sepenuhnya pada 4 April 1970 dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kalau tidak kerana 'satelait bumi Kuantan' ini memang tidak dapat abah-abah kita dulu nak layan bolasepak Olimpik 1972.

'Satelait bumi Kuantan' ini juga bolehlah dikira satu-satunya sumbangan negeri Pahang terhadap bolasepak Malaysia. Sultan Bola dan Pipiyapong pula bukanlah sumbangan tetapi lebih kepada sumbang mahram terhadap bolasepak Malaysia.

Satu-satunya sumbangan Pahang terhadap bolasepak Malaysia

Pertemuan Jerman Barat dan Malaysia berlangsung pada 27 Ogos 1972 di Olympiastadion Munich. Olympiastadion Munich ini memang dibuat khusus untuk Sukan Olimpik, siap sepenuhnya pada 26 Mei 1972. Walaupun bukan perlawanan bolasepak pertama, tetapi pertemuan Jerman Barat dan Malaysia boleh dikira sebagai perlawanan kompetitif pertama di stadium keramat ini. Keramat kerana dua tahun selepas Olimpik, Jerman Barat menjulang Piala Dunia 1974 di Olympiastadion Munich dengan menewaskan Belanda 2-1.

Olympiastadion Munich - Malaysia lawan kompetitif pertama Jerman di stadium keramat ini

Perlawanan Jerman Barat dan Malaysia dihadiri lebih kurang 60,000 penonton di stadium dan disiarkan secara langsung ke serata dunia. Armando Marques dari Brazil menjadi pengadil perlawanan. Arbitro brasileiro ini bagi siapa yang tidak tahu merupakan pengadil paling tersohor dan kontroversi dalam sejarah bolasepak Brazil. Bahawa perlawanan Malaysia pernah diadili oleh pengadil lagenda Brazil adalah juga satu penghormatan.

Satu-satunya pengadil Brazil yang pernah ditulis buku tentang kariernya - O Mito (The Myth)

Bolasepak Olimpik zaman itu terbuka hanya untuk pemain bertaraf amatur. Jadi pasukan Jerman Barat yang berdepan Malaysia dibarisi oleh pemain amatur. Pun begitu ada dari mereka yang kemudiannya muncul pemain profesional dan kebangsaan Jerman, seperti Ronald Worm (MSV Duisburg), Manfred Kaltz (Hamburger SV) dan Uli Hoeness (Bayern Munich), sementara Ottmar Hitzfeld (FC Basel) pula kini dikenali sebagai antara pengurus bolasepak terbaik Eropah. Apa ada hal, pemain kita zaman itu pun semuanya amatur juga.

Malaysia di bawah kendalian jurulatih Jalil Che Din bermain dengan yakin dan tidak goyah sekali pun di stadium yang padat dengan mamat dan minah Jerman. Menjaga gawang ialah Wong Kam Fook yang cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Jerman Barat ("Wong Kam Fook melentik sungguh cantik tadi menyelamatkan bola"). Barisan pertahanan dengan tonggak utamanya Soh Chin Aun dan Namat Abdullah tidak teragak untuk menghalang sebarang cubaan membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Malaysia sementara Abdullah Othman dan Mohammed Chandran cemerlang sebagai fullback yang menyokong jentera serangan.

Namat Abdullah & Soh Chin Aun - Jaket Namat Abdullah tu, siapa ada memang boleh jual harga RM10,000 di eBay

Malaysia mengekang Jerman Barat tanpa sebarang jaringan dalam separuh masa pertama. "Para penonton tidak berpuas hati dengan cara permainan Jerman Barat," kata pengulas RTM. Malaysia juga sekali-sekala mengasak pertahanan Jerman Barat, khususnya bila Looi Loon Teik dimasukkan pada minit ke-61 dan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan di sebelah kanan.

Pun begitu Malaysia berdepan beberapa kesukaran, khususnya ketika merebut bola di udara. Seperti kata pengulas, "hantaran lambung tapi sayang pemain Jerman lebih tinggi" dan "Salleh menggelecek bola itu depan pintu gol Jerman Barat, hantaran tapi pemain kita susah mendapat bola tinggi". Faktor fizikal menjadi penghalang utama. Juga masalah rumput yang berbeza, seperti kata pengulas "rumput di sini lebih tebal dari rumput di Malaysia, sepakan leret mestilah kuat", menghalang Malaysia dari bermain hantaran pendek.

Jerman Barat akhirnya berjaya menggunakan kelebihan mereka dan mula menghasilkan gol melalui Ronald Worm (56), Juergen Kalb (71) dan Rudolf Seliger (82). Malaysia beberapa kali cuba bangkit, Mohammed Chandran bermain secara lebih ofensif sambil Wan Zawawi dan Hamzah Hussein (yang masuk menggantikan Wong Choon Wah) banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Jerman Barat. Malahan pada satu masa pemain Malaysia mampu melakukan 10 hantaran satu sama lain di tepi kotak penalti lawan! Jerman Barat bernasib baik kerana bolasepak zaman itu membenarkan back-pass kepada penjaga gol, maka seperti biasa mereka menggunakannya untuk membuang masa.

Soh Chin Aun - Tidak sayangkan telor macam Ryan Giggs

Walaupun kalah, secara keseluruhan permainan Malaysia di Olimpik 1972 ini aku berani katakan 100 kali lebih bagus dari permainan Malaysia hari ini. Pakcik-pakcik 1972 ini nampaknya tahu apa itu istilah 'penguasaan bola' dan 'hantaran tepat'. Ada kalanya mereka bermain satu unit, menyerang dan bertahan secara bersama. Sampaikan aku merasakan bahawa Total Football sebenarnya dicipta oleh Malaysia (dua tahun kemudian di Olympiastadion Munich, Belanda menunjukkan permainan yang serupa dalam Piala Dunia). Yang pasti penyakit seperti 'tendang ikut arah telor' memang tidak wujud di kalangan pemain.

Begitu juga dengan mutu ulasan oleh pengulas zaman itu yang aku tidak tahu namanya. Yang pasti beliau mengulas dengan tenang dan tidak merapu. Setiap perkataan dan ayat disebut dengan jelas, setiap aksi diperincikan sebaik mungkin. Tak macam ulasan merapu Astro Arena.

Skuad Malaysia yang terbang ke Munich turut membawa bersama mereka seekor anak harimau milik Zoo Negara bernama Tuah II.  Tuah II adalah maskot dan haiwan peliharaan skuad Malaysia. Selesai Olimpik 1972, Tuah II telah dihadiahkan kepada Zoo Munich.

Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?

Bagi aku, perlawanan Jerman Barat-Malaysia dalam Olimpik 1972 ini bukan sekadar bolasepak klasik, tapi satu kemuncak sejarah penting negara. 27 Ogos 1972 ini adalah tarikh keramat, Malaysia menentang kuasa besar bolasepak dunia. Kita kena sedar, hari ini mustahil sudah untuk Malaysia bermain menentang Jerman dalam bolasepak. Dan jika sekalipun itu berlaku janganlah harap kita mampu sekadar tewas 3-0, kerana silap-silap kita boleh dilauk 30-0 kalau dinilai dari mutu bolasepak kita dan Jerman hari ini!

p/s: Dah habis perlawanan klasik ini barulah aku pergi layan Chelsea lawan Everton. Aku tengok gaya permainan Everton pun tak hebat macam Malaysia di Olimpik 1972. Apa ada hal?

42 Ulasan:

treacher berkata...

1st lucy

Waqheh berkata...

zaman ni gua tak tahan tgk kasut but adidas lama mmg cun. kasut la ni harga beratus tapi macam dajei...nasib copa mundial masih ada...kalo tak aku sumpah seluruh jenama...

mcphisto berkata...

hahaha...
sumbang mahram?
mohon sultan bola bertobat

p/s-but copa 2 mmg legend...made in germany boh

r.k berkata...

:3

Arajo Dilangit berkata...

best tgk game nie tp gambar gelap sgt...muka x jelas..gaya rambut mengerbang jer yg jelas kelihatan...

Cesc Luzeza berkata...

memang cool game ni..gambar bercolour ni cantik juga.tapi masa siaran hari tu hitam putih lak.

Haziq berkata...

pengulas dulu mmg terbaek!!

pengulas sekarang cam hampeh..dorang mcm borak kt kedai kopi!!

Aziz Nasution berkata...

"Aku tengok gaya permainan Everton pun tak hebat macam Malaysia di Olimpik 1972."

Hahaha itu skuad 1972.. Skuad skarang ni? mungkin lebih kurang reserve team Everton je kot.. mungkin!

alquinin berkata...

peh jersey malaysia itu sangat cantik!

mrlrie berkata...

boleh tahan gila jugak yea geng M'sia dulu2.. siap bawa anak rimau aummm aummm aumm... pphhehh M'sia kalah tue yg kena tinggal anak rimau tue kat zoo munich... kalau M'sia menang.. M'sia bawa balik apa yea dari German???

SEPHIA berkata...

woaaa..lepas MU terus ssambung tgk bola klasik. sgt rare!

Streetwizer berkata...

Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?

kah kah kah...bwk konek dgn sutan bola ajerla gua syak...

apenzz tensai berkata...

gua pernah tengok dari jarak dekat satelait ni.. memang BESAR gila!... terasa bangga kejap jadi anak Malaysia... walaupun bola sepaknya layak disepak ke laut....

blogtakterbatas berkata...

Aku tengok juga.Sebelum ni dengar cerita je pasal bola Malaysia power masa dulu kan,tapi bila dapat tgk game betul2 kelmarin..peh memang power wa cakap sama lu..respek beb dgn pemain bola kita dulu..!

El berkata...

zaman sekarang player main sebab nak femes and hidup senang je, bukan sebab minat

cantona79 berkata...

Respek la pemain dulu bawak rimau..pemain sekarang masih digelar harimau malaya tp main mcm kucing. Aku rasa next game cuba dapatkan khidmat zookeeper untuk bawak sekor dalam dressing room buat surprise, ada berani?

Muhaimin Rohizan berkata...

tahukah anda , selepas dibelasah jerman . malaysia membalas dendam dengan membelasah USA 3-0 dua hari kemudian . sumber wikipedia

Jarr berkata...

Lucy suke buat gua cengeng mengenang team mesia dedolu..

anyways tahukah anda Frank Pastor,Thomas Hossmang dan Martin Busse bermain utk pasukan Jerman Barat dan kemudiannya dibeli Terengganu utk menghadapai Semi Pro?

Kuat betei Terengganu masa tu.

treacher berkata...

macam biase, lucy sorg je yg bleh kuar artikel berilmiah camni kt sokernet.. org laen?tggu sultan bola turun takhta dulu le gamaknye

Nizam berkata...

mmg epic match!

kareem berkata...

"Aku tengok gaya permainan Everton pun tak hebat macam Malaysia di Olimpik 1972. Apa ada hal?"


Gua syak bukan aje Everton, malah hatta Chelsea sekalipun tak hebat macam Malaysia 1972. Ye dok?

ijan de bunks berkata...

eh sial lah sultan bolo ni.
sedih betul tengok zaman dulu dengan sekarang

Usagi9898 berkata...

artikel berilmiah cam biasa. lucy lu mmg terbaek.

mohon lucy gantikan sultan bola.

keli berkata...

Bila gua baca entri Lucy ni sampai habis memang sangat tersusun dan sedap dibaca.
Gua pon belum lahir lagi time ni. Jeles betol gua dengan orang dulu sebab dapat kenikmatan macam ni. Masa tu siapa agaknya presiden FAM?
Kalau player Malaysia dulu faham istilah penguasaan bola dan hantaran tepat sekarang apa kurangnya sebab diorang faham istilah buang bola dan hantaran tinggi...Wahaha
Gile ahh bawak rimau...sekali dia ngap kepala ko hilang. Kakaa...

redboyz93 berkata...

Presiden FAM masa tu org putih beb...Dr. C Rawson...betulkn aq kalau salah...

Ozgur Cek berkata...

"Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?"

-pemain Malaysia sekarang bawa telur je...tapi main macam orang takde telur..

rashideeshukri berkata...

Sultan Bola. 'nuff said.

hantuLongkang berkata...

mak aihh, lucius, sampai sejarah satelait pun ko lipat?...haha

entri ni membuatkan aku rasa cargas balik dan mahu mencangkung atas kerusi opis ni sambil buat kerja sampai siap..entri yang sangat berinspirasi...tak payah balik rumah main asap pun takpe....

Daud berkata...

dan jgn salahkan pencinta bola sepak tanahair kiranya stadium kosong kecuali stadium pasukan______.tak guna bayar rm 10 semata-mata untuk pergi menyaksikan pemain menendang bola dan bukan bermain bola.

Rasanya pemain bolasepak malaysia wajib menghadiri membaca buku stress management for dummy.tertekan skit terus sepak bola ikut suka hati.tiada ketenangan dlm mengawal bola.

siapa dan bila bola sepak akan mengubah dan berubah di malaysia?

Kurast berkata...

Tahniah Lucy, entry mcm ni la yg aku suke bace dn tgk.

S: "Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?"

J: Bawak Telor

Pet Shop Boys berkata...

;)

Irwan82 berkata...

Sebak plak aku baca entry ni..
serius.. rasa cm nk menangis..
Kenapa skang jadi mcm ni...

please sultan bola.. hentikan tangisan ini...

hangbola berkata...

mengapakah aku lupa ada game klasik mlm tu..rugi..rugi..sape ada source video?

faizul berkata...

bola sepak zaman sekarang ni memang hampeh. kalau tengok rasa nak menangis pun ada. bila la bola sepak Malaysia ni nak berubah? sedih sedih..

Jojoe Ali berkata...

Game ni aku terlepas, sebab tv rosak.
Tapi ari tu aku sempat game klasik layan Harimau Malaya bantai Arsenal, team SuperMokh.

Dan itu.. memang manly tears.

Tabik RTM, sebab sudi menayangkan game-game nostalgia untuk generasi hari ni tonton sambil ternganga...

Amir_naufal berkata...

DUlu style main slow . tak aggresif macam sekarang.

Dulu boleh pegang bola lama2. Boleh siap gentel misai lagi sebelum passing.

talkIZcheap! berkata...

tapi agak lawak bilamana kita tuduh player-player kita sekarang rata-rata bermain dengan bawak telur, sedangkan kita sendiri kalo lawan mereka belum tentu telur pun kita bawak...

fikir-fikirkan, dan selamat beramal... keh keh :pp

Ajeossi berkata...

inspirasi!

Ozgur Cek berkata...

ari tu aku pernah tgk RTM siar pesta bola merdeka time zaman, Dollah,Zainal,Shebby.. Malaysia menang 3-0 lawan Chekslovakia(salah eja kot) aku rasa pada tahun 1986.. syok tgk mat saleh kena ayam dgn orang malaysia

Cob Nobbler berkata...

Epic.

Tanpa Nama berkata...

gua ada jaket macam Namat Abdullah tu, tapi kaler krim stripe merah takde logo rimau je. sape nak, standby rm9,900 tunai.

Hana Ahmad berkata...

SM, aku pun ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...