Aku ada point utama kat sini. Tapi, nanti aku jelaskannya sebab aku nak cakap sesuatu dulu. Ok, begini, ada satu trend yang sedang berkembang sekarang, kalau kau perasaan, orang yang beli jersi ori sangat bangga dengan jersi mereka. Kata mereka, mereka adalah penyokong sejati, dan kau kau dan kau yang beli jersi siam, jangan nak cakap banyak. Hanya mereka yang boleh cakap banyak.
Ok, pointnya di sini, bukan nak persoalkan sokongan mereka yang banyak duit dan ada kad kredit nak tempah jersi, tetapi adakah mereka yang beli jersi siam itu tidak banyak sokongan seperti golongan yang banyak duit tadi?
Dari satu segi, memang kita boleh cakap, kalau kau betul2 penyokong setakat 200 ringgit tu takkan nak berkira. Walau kau perlu makan mi sebulan pun, walau kau kena pinjam duit kawan2 pastu tak bayar sekalipun, dah kalau memang penyokong sejati, jersi ori mesti kau beli.
Dari satu segi pula, kita boleh nampak, mudahnya nak jadi penyokong, setakat ada duit 200 lebih, kau dah boleh claim kau penyokong sejati. Dan yes, mereka boleh cakap, itu satu cara nak tunjukkan sokongan. Sebab, nak pergi stadium selalu tak boleh nak pergi, jadi beli jersi ori pun ok.
Sekali lagi, pointnya, adakah itu adil untuk mereka yang beli jersi siam AAA? Lalu mungkin kata-kata John F. Kennedy ini boleh kita renungkan, “Keistimewaan kita tidaklah lebih besar daripada kewajipan kita. Usaha melindungi hak kita tidaklah harus membayangi keupayaan kita melaksanakan tanggungjawab.”
Jadi, adakah membeli jersi ori itu dianggap satu tanggungjawab wajib kepada penyokong ataupun ia hanya satu keistimewaan? Jangan sampai, perkara jersi ori itu membayangi keupayaan kita dalam melaksanakan tanggungjawab. Dalam bolasepak tanggungjawab utama kau adalah sederhana, iaitu gembira apabila pasukan kau menang dan bersedih apabila pasukan kau kalah, dan bukan marah-marah macam pasukan kau dah pukul bapak kau. Tanggungjawab itu, sangat adil kerana dari budak kecik yang sokong Malaysia tetapi pakai jersi tulis Park Ju Song, sampai ke orang tua yang guna polidane pun boleh laksanakan.
Namun, point utama yang aku nak cakap kat sini adalah, Liverpool memang power. YNWA!
22 Ulasan:
jersi ori??
kah kah kah!!
orang bangang je yang beli jersi ori.
dah setahun agaknya dingin x post entri baru..
apa2pun Liverpool memang power. YNWA!
dah setahun? dua tiga bulan lepas kan ada entri dia.
alaa, kalau nak pakai baju TNB Kelantan tapi nak sokong Manchester pun takpe. yang penting dalam hati tu.
dingin, lu nak baju Dalglish yang time Crown Paints tu tak? lu bagi email, nanti gua kasi gambar dengan pricing.
ceit.bersunnguh ak baca.tp last point tu mmg power.
Mohon jersi downtown.
jersi padang besar tetap menjadi pilihan hati
Dingin: Betol, betol, betol!
Rashidee: apa kata ko email pricing jersi crown paints sponsor kat dingin dan price and what not. Boleh dingin up entry kepada sesiapa berminat. Sokernet tak makan banyak 5% sales tax saja.
:-)
semestinya kamu betul berto...jersi padang besar power...YNWA.
Tahukah anda, dari membazir membeli jersi replika atau segala jenis jersi yang harganya mencapai ratusan ringgit, sebaiknya turun ke stadium berhampiran atau berikan sedikit perhatian dan sokongan kepada liga dan bolasepak tempatan?
Penyokong bolasepak tidak ada kaitan dengan melepak di mamak sambil tonton perlawanan, beli jersi replika, mengetahui bermacam fakta serta 33 misi tentang pasukan pilihan dan habis air liur bersembang tentang kehebatan pasukan yang diminati. Itu hanya resmi seorang peminat yang hidup dalam biuh romantisme bolasepak ciptaannya.
Jika anda benar-benar seorang penyokong bolasepak, maka ayuhlah ke stadium! Hanya dengan berada di stadium akan lengkaplah pembastisan anda sebagai penyokong bolasepak sejati.
nanti kejap lagi ada mamat jaul jersey datang iklan kat sini
gua masa bulan ramadhan singgah Mizi's Sport kat Carefour Bukit Jalil,gua tgk2 jersi Malaysia,harga dlm RM200 lebih,tapi jahitan kat belakang tengkuk...Masyaarakat...senget benget...kehkehkeh sebiji mcm jersi siam gua hahaha!!!
apepun rashidee errr gua sabar menanti jersi Blackburn Rovers gua di hari Boxing day...
dingin jersi liverpool yg crown paint dan candy kat padang besar rm50 je,aku dh beli selai..
Jersi Ori pun boleh jadi masalah negara. Aku tgk ramai je yg smpi beli satu set jersi/seluar/stokin semua ori, tp lagi terserlah lalangnya, cerita fakta kelabnye konon, pstu main bola pun mcm haram. Akibatnya, merosakkan persepsi terhadap certain people yg beli ori jersi full set yg memang kaki bola (rata2 dak skola menengah la). Aku sokong entry ni. Kalau pun mampu/x, yg pntg beli utk diri sendiri biarlah puas hati sebab hati ko sendiri tau nak ape kan. Pasal barang ori/x, pd aku siapa yg memakainya. Ada yg beli ori, tp bile die pakai mcm haram, looked fakes. Ade yg beli bundle, tp mantop. Entahla.. my opinion je.
Dingin, ko terlupa letak 'TM' kat belakang ayat last...
Beli jersi ori barulah true fans? Lame!
Bagus dingin, klaimek betul2 di penghujung...ini memang legend!
Beli jersi ori = true fan.
Main bola tak macam haram = true fan.
Aiseh.. banyak sangat la syarat nak jadi true fan ni. Aku jadi fake fan jelah kalu camtu.
Dush.
apa fungsi beli jersi ori?... klu beli jersi ori itu kelab kesayangan dpt untung, bila ada untung, kewangan kukuh, bila kukuh barulah boleh beli player power2 mcm Sagna ataupun Safee Sali dgn sekali petik jari jer... bukan setakat beli jersi sahaja, pegi stadium beli tiket, beli merchandise, langgan zine kelab atau masuk keahlian pun boleh tambah untung sikit2... tak kisahlah lu true atau tidak bila ada support mcm tu at least ada sumbangan sikit pd bola sepak tempatan atau antarabangsa
beli jeri siam pulak, itu lanun dpt untung, wang keluar negara,inflasi meningkat,jersi pulak smuggle tak kena cukai, kastam jd emo tak dpt kena tax... ekonomi terjejas, minyak naik tak pasal2, kelab kesayangan jd lemah, bila lemah tu yg sagna patah kaki
tp, yg celakanya, jersi ori zmn akhir zmn nie, siap patch kiri kanan bubuh nama belakang siap seluar dia punya kos dah boleh buat bayar deposit EX5 class, memang vavi
bhahahahahahahhahaha.
semuanya berkenaan uwang, kawan-kawan.
uwang.
bahhahahahhahahahaa.
se7en terima kasih kerana relevan dan tidak berfikir menggunakan lutut.
macamana pulak tanggungjawap kita kepada anak2 yatim?...
jadi aku rasa, elok beli jersi ori dan sedekahkan kepada anak2 yatim...dapat support kelab dan jugak pahala sekali..
@pakkordi:
kalu menerusi sokernet, aku syak wasangka sikit...takut jersi sampai, ada gambar konek...takde orang lain dah, abdul punya kijer la tu..
//skang ni kita dah boleh pakai 'haha' tak lagi?...kang takut jadi kes polis..
Woi hantu lu komen serius sikit boleh tak? LOL:D Ha....ak
se7en punya komen ada betolah taukey...tiba2 gua rasa kewajipan membeli jersi ori dan juga kewajipan mandi wajib.:D
Gua kalau pakai jersi ori gua akan terasa hebat dan bertambah hensem dari rupa asal gua. Jersi siam gua pakai masa main bola dan main lumpur.
Senang citer korang beli ori dengan siam sekali. Lu orang Kasi settle je ini cerita. Hehawww...
jersi siam mmg gua ada byk...janji sokongan penting beb...
Catat Ulasan