ANDA SEDANG MEMBACA

36

Mungkin kah?

FdausAmad Selasa, Oktober 18, 2011 ,


Malaysia layak kali ke 2 ke sukan Olimpik 1980 di Moscow. Pada ketika itu Harimau Malaya dibarisi antaranya oleh Santokh Singh, James Wong, Hassan Sani, Khalid Ali dan R.Arumugam. Namun atas faktor politik, hasrat ke Moscow tidak kesampaian. Ini berakar dari semangat solidariti negara Malaysia yang turut menyertai beberapa negara lain mem-boycott sukan Olimpik Moscow dalam protes penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan. Sejarah yang satu ini akan tetap kita semua ingat, buat bekalan bercerita di masa hadapan.

Namun sejarah bolasepak kita tidak terhenti di situ, kesinambungannya masih membakar dengan tahun tahun berikutnya muncul pula legenda SuperMokh - Mokhtar Dahari, yang menerajui pasukan Harimau Malaya membenam Arsenal, juga membawa pasukan Malaysia seri dengan pasukan England B. Negara juga pada masa yang lebih kurang sama turut memiliki permata bolasepak lain seperti K Rajagopal, Yip Chee Keong, K. Kanaraju dan Abdullah Ali.

Bukan setakat itu, di suatu masa dahulu, pemain kelahiran Malaysia seperti Wong Kam Fook, Chow Chee Keong dan Lim Fung Kee turut bermain dalam liga professional Hong Kong!. Perlukan kita sebut juga tentang Lim Teong Kim yang bermain di Hertha Berlin??.
Semuanya Power!!

Masa menganjak ke hadapan dan seterusnya teraju bolasepak negara diambil alih pula oleh wira sukan SEA 1989, Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan, Serbegeth Singh dan Rashid hassan antaranya.

Sekarang mari kita anjak pula masa terus ke belakang,
Bermula dari era 1950'an dan awal 1960'an.
Ketika ini barisan Harimau Malaya megah dibarisi oleh Edwin Dutton, Robert Choe, G. Govindaraju, Stanley Gabriel, Arthur Koh dan seorang manusia power bernama Abdul Ghani Minhat. Abdul Ghani, yang memegang gelaran Raja Bola bersama rakan sepasukan ketika itu adalah Harimau sebenar yang ngauman mereka di atas padang sangat ditunggu oleh rakyat Malaysia di corong corong radio.

Lapis ke dua pemain negara menyaksikan kehebatan Abdullah bersaudara - Namat dan Shaharudin, N.Thanabalan, Zulkifli Norbit, Wong Fook Chuan bersama ketua pasukan berwibawa Abdullah Nordin, mereka membawa negara ke penanda aras dan mercu kehebatan bolasepak Malaysia dengan memenangi kejuaran Piala Merdeka pada tahun 1968. Perlawanan akhir antara pasukan Malaysia menentang Burma yang ketika itu diterajui oleh the imfamous Suk Bahadur, menyaksikan kita menang selesa dengan jaringan 3-0.

Bersama momentum yang masih membara, perjalanan bolasepak Malaysia sekali lagi menempa sejarah dengan melayakkan diri ke sukan olimpik Munich 1972. Ketika ini gua boleh gerenti abah abah kita sangat konfiden yang 10 atau paling lama pun 20 tahun lagi Malaysia akan tampil memberi saingan di pusingan akhir Piala Dunia. Pity to you abah!

Di Munich, kita dibarisi pula oleh Lim Fung Kee, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Dell Akhbar, Wong Choon Wah, Bahwandi Hiralal dan seorang lagi manusia power M.Chandran. Kepoweran pasukan Malaysia masa ni dibuktikan apabila kita boleh tapau Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Filipina yang seterusnya melayakkan kita beraksi di sukan Olimpik Munich 1972. Dan tahukah anda, walaupun kita tak menang Olimpik 1972 tapi kita dapat tapau USA 3-0?, Puas hati ke tak puas hati??,

Persoalan paling besar sekarang, apa benda mesej yang gua nak sampaikan ni?, adakah mesej supaya kita mengenang sejarah macam Liverpool?, atau mesej supaya kita sedar yang dulu bola kita pernah power gila macam Manchester United sekarang?, Yaa..antara mesejnya benda benda tu lah, tapi itu bukan mesej sebenar.

Mesej sebenar yang gua cuba sampaikan ialah MUNGKINKAH...untuk membina pasukan Malaysia sekarang supaya setara, atau lebih dihormati dari pasukan Malaysia terdahlu, kita perlu memiliki semula pemain pemain pelbagai bangsa dan agama dalam satu pasukan seimbang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh, Eurasian, atau Gurkha sekalipun??

The Truly 1Malaysia line up.

Bukan seperti pasukan sekarang yang terdiri dari pasukan Melayu dan S.Kunalan semata mata.

MUNGKINKAH?

Racist kah gua?,

36 Ulasan:

Pauzi Kassim Rancid berkata...

bagus...
sejarah yang lebih bermakna dari sejarah kemerdekaan kita

memang perlu ada ramai kaum supaya ada persaingan...

melayu mudah lupa

pakkordi berkata...

Aku rasa kalau seseorang tu bagus main bola dan mahu mewakili Malaysia, kenapa nak halang?

Masalahnya bangsa cina tak mahu serius main bola sebab kat Malaysia ni, nak tanggung anak bini pun payah kerana gaji tak tentu hala.

Tambah lagi dengan sifat pilih kasih pihak atasan yang masih berleluasa.

2 sen aku, kita masih jauh dan memerlukan anjakan paradigma tahap NASA.

EQUILIBRIUM berkata...

Saya bukan nak menuduh tapi kita boleh nampak bagaimana sukan berpasukan telah berubah sejak tahun 90an. Saya ada borak2 dgn kawan cina budak kedah. dia pun cakap org cina lebih suka main sukan individu. Kurang politik kurang diskriminasi.

Tulisan sebegini pernah saya baca di blog mana saya tak ingat, tapi isinya sama. Kenapa sukan kita mundur kebelakang?

pizli.mw berkata...

Aku ada main futsal dengan geng Cina ni sekali tu. Semua power-power tapi diaorang pilih kerja pejabat.

Hakim. berkata...

dah macam baca entry Liverpool pulak aku rasa..asyik pasal sejarah jer..

Daud berkata...

"Bukan seperti pasukan sekarang yang terdiri dari pasukan Melayu dan S.Kunalan semata mata."

Tersembur asap rokok baca part ni

kueh bakar berkata...

lee teong kim dulu main hertha berlin div 3.skrg hertha berlin dah div 1 kan.

skrg dia asisten jurulatih bawah 19 bayern munich.mcm pep kat barca sikit masa dulu.

tapi lee tiong kim dengan fam macam tak berapa sebulu.

akmal rizal masa gi german pun lepak umah teong kim juga dulu.

Streetwizer berkata...

gua stuju dgn artikel ni, sbb skang ni gua tgk geng2 cina main bleh tahan gak...

Tanpa Nama berkata...

gua ada member cina lari macaa gampaa lajunya..

Dewajiwa berkata...

biar gua jawab:
mungkin. kebarangkalian tu tinggi.

jon berkata...

aku baru nak komen benda yang sama kat entri Lucius tapi ada sedikit tambahan.

ni semua hasil sistem pendidikan yang gagal(UMNO?). segregasi kaum dalam sekolah. coach sekolah semua melayu, yang angkat naik piala presiden pun budak2 sekolah melayu yang mostly kelas hujung-hujung jenis tak berapa nak cerdik. hisap gam banyak. tak dinafikan jugak, sebab budak2 kelas pandai ni makpak banyak atur kelas tuisyen, kelas piano, kelas taekwando, jadi masa coach sekolah nak panggil bebudak ni training terhad walaupun kalau lawan bola peringkat kelas, kelas nombor 1 yang menang. Tapi semuanya memilih masa depan yang cerah dengan pergi oversea belajar engineering. sama kes macam iklan Ramli la.

ada satu cerita yang tak pasti sumber, satu sekolah kat Kedah dulu ada budak cina power tapi tak dipanggil sebab dia cina.

Sekian.

r.k berkata...

selagi sistem malaysia masih pakai kenegerian , bukannya hanya kelab yang dihendel oleh orang bukan politik , selagi tiada academy bola sepak untuk kelab bola , selagi tu ghua malas nak cakap banyak . ngabih an bogheh . bakal anak ghua punya bakal cicit punya bakal cicit dah masuk sekolah tinggi pun belum tentu kita boleh pergi pusingan akhir piala dunia .
pity you abah , salahkan FAM .

skystrike berkata...

gua salahkan sultan bola dlm hal ini...

silamuddin hatbi berkata...

haha mungkin laa..
byk kan doa ngan solat hajat

Wanturd™ berkata...

Aku dah lama fikir benda ni, kenapa tak guna otak cina, skill melayu, stamina india, dan kederat singh untuk pasukan malaysia? Dari dulu pasukan malaysia yang hebat, semuanya campuran2 kaum yang padu. sekarang ni, kalau bukan melayu, india. paling koman ada orang lain, josep kalang t dengan yong kuan yong.

setuju jugak dengan pendapat jon. kat sekolah aku dulu pon sama. yang pergi bukit jalil student kelas 7,8. yang menang bola antara kelas, kalau bukan kelas 1, kelas 2.

ijan de bunks berkata...

serius memang benar entry ni. memang kudrat bangsa lain diperlukan dalam bola nih. dekat universiti aku sekarang ade team india, rajin training dan selalu buat friendly dengan melayu. walaupun tak power sangat tapi bagus lah sebab ada effort. yang tak best nye mereka ni macam tak nak join sangat dengan team utama universiti. mungkin kita orang melayu jenis tak pandang player bukan melayu. btw jersi malaysia aku no 16. s kunanlan. sumpah aku admire dia lagi tinggi dari safiq rahim. tak sabar nak tunggu gary dengan guru. midfield akan jadi lagi superb bila mereka dah jadi 1st team.

tiba2 aku karang panjang. semangat lain macam

rashideeshukri berkata...

sebenarnya ini semua lebih kepada sikap FAM. kalau FAM lebih kepada nak jaga poket sendiri, Sultan Bola haram tak nak blah, ada masa ke nak promot bola sepak negara? kalau ditawarkan insentif yang menarik, gua yakin kawan-kawan non-Malay aku yang rata-rata middle/upper-class citizens tak keberatan nak main bola.

ambik contoh BAM misalnya. kenapa BAM boleh tarik orang-orang Cina main badminton? sebab promosi, pengurusan yang bagus (Punch Gunalan sebagai pengerusi sekarang ni) dan tak banyak merapu macam Sultan Bola.

kenapa orang Melayu main bola? sebab orang Melayu banyak yang miskin dan tak konfiden nak bersaing dengan non-Malays dalam pembelajaran. kalau semua Melayu boleh ambik medic, engineering, bla bla bla, gua yakin takde siapa pun nak pandang FAM tu.

hantuLongkang berkata...

pusing2 cari sebab, last sekali berbalik kat kita..kalaupun sultan bola bersalah, orang dalam FAM kuat tidur, etc2, tapi kalau bangsa lain tanak join, tak jadi jugak...

sekolah jenis kebangsaan makin bertambah...tau2 je la dia punya padang besar mana..itu pasal diorang lagi layan basketball...

pastu futsal makin banyak...bila sebut pasal futsal, kompom2 korang main sama2 korang, diorang main sama diorang pasal tong2 duit, nak set masa, ada nak bawak awek lagi, bla2..

kalu dulu, nak taknak pergi padang sekolah petang2..dah takyah nak set masa...harini ko geng sekali ramasami, esok sekali dengan ah tong, lusa dengan cik salmah, dan seterusnya...takde la asik satu team dengan muka sama je(tapi dulu pun aku rasa muka sama je turun petang2 haha)...

belum kira komunikasi lagi...kalu dulu, cina india semua cakap melayu taknak kalah...orang2 tua kat teghanung nin, selamba cakap teghanung pelat cina sikit2..yang muda2, telo dia mengalahkan orang hongkong..nak borak2 habis game pun ralat...jadi kita makin jauh dengan diorang, baik atas pdang mahupun luar kandang...

tak termasuk budak2 lagi..masa rehat panas gila pun main bola...dalam kelaspun main bola...nak pergi mengaji pun sempat lagi timang bola...tapi sekarang duk main game henset, petang tuisyen main game facebook, balik rumah main xbox..

pendek kata, masalah bangsa lain tak join, ada sekeliling kita...tak payah tengok jauh sampai istana pahang atau tingkat 88 pejabat FAM...

"amoi seberang jalan nampak, minachi lintas tepi tak nampak"

dahtu, apakes MU bangang sangat ni lawan 'otelur amenda-ntah' pun macam tenggiling guling2..haha..(aku rasa je la..pasal tak tengok pun....sekian aku mengular)

Arajo Dilangit berkata...

panjangnya kopek komen antu longkang...
bagi laa sape2 pun main...mmg bungkus...sayur...sayur...
selagi mentaliti FAM dgn kroninya...
coach dgn mentaliti kalah sblom berjuang...
player dgn mental mudah pecah...
bolasepak kita xkn kemana...

En. Kelabu berkata...

politik dalam sukan tak payah nak tengok team negara.

Kat sekolah, universiti,
kalau kau main power macam mana pun, tapi sapa yang select-select orang tu tak sebulu dengan kau, sampai mati kau tak dapat main.

Aziz Nasution berkata...

Aku drp dulu dok terpikir benda ni.. kenapa skrg cina susah nak join apa-apa bidang yg didominasi oleh melayu? Dulu ramai je cina main bola.. sekarang dorang lg rela main basketball atau pingpong.. dulu ramai je dorg ni dalam ATM/PDRM, skrg ni jumlah dorg tak sampai 10% pun dlm organisasi2 tu.. Apa pasal? Jgn suka suka ckp dorang racist.. kalau manjang di diskriminasi, siapa boleh tahan..ye dak?

Geng-geng cina ni kalau korang pernah tgk dorang main futsal, memang mantap.. fitness dorang macam juara merentas desa.. kalau lah dorang ni ramai yg start main bola padang secara professional balik, alangkah baiknya.

jayB berkata...

siapa lagi nak majukan bolasepak kita, kalau bukan kita sendiri.

pembaharuan dan pembaikpulih harus dilakukan dari akar umbi sehingga di peringkat tertinggi.

pendidikan bolasepak bermula dari rumah, galakan dari ibubapa. sistem pembangunan bolasepak di sekolah haruslah berterusan. mensyarikatkan bolasepak malaysia.

tapi aku hanya mampu bersuara.


dahulu, bolasepak seperti rukun negara ke-6

-estet, mamat kalid, 2010.

saranisa berkata...

banyak aku jumpa SJK(C)takder pun padang bola...yg ada cuma kod basketball...camner cina kecik2 nak main bola..

bila masuk sek men (pengalaman aku sendiri)...cikgu PJ banyak yg pemalas...budak melayu dicampaknya bola sepak...budak cina dicampaknya bola keranjang...budak india jer free nak join mana2...tak pernah pun cikgu nak suruh semua join main satu game...budak2 cina yg main bola kebanyakannya budak yang bukan dari SJK(c)...yg dah biasa campur budak melayu..

camner nak datangnya team bola 1malaysia kalau dari umur 5 tahun pun kita dah di asingkan...

Jarr berkata...

babi la komen semua panjang panjang mcm entry.simpan utk tamu rbau bleh tak?

Pet Shop Boys berkata...

Melayu main bola..Cina main badminton...India main taekwando.
Patrik Evra main bola...Black lumba lari...white main snooker...Rastaman jaga bar di Cherating...
Melayu tulis blog bola

khyrule_anuar berkata...

that the point.. kalau dah main ikut kroni ja susah lah.. sampai bila tak maju bola sepak malaysia.. aku dah alami zaman2 neh dari sekolah sampai masuk u.. benda sama jadi.. bila selection main ikut team dia ja.. org lain xda peluang..

Jojoe Ali berkata...

Sikit2 Sultan Bola.. sikit2 Sultan Bola. Yang buat decision dalam meeting ape sume tu, Sultan sendiri ke? TAK JUGAK. Kebanyakannya, orang Melayu tamak yang lebih ralit nak jaga bontot sendiri. Nak tunjuk bagus, so that cepat skit Sultan Bola nampak.

Memang betul pun. Cina India lagi power dari kebanyakan Melayu dalam sukan. Melayu yang power pun sikit sangat, dah makin layu pun. Lagi nak cakap besar, lagi nak tuduh orang sana sini, lagi nak pekecikkan bangsa orang lain sana sini.

Kalau ada pun Cina India dalam sukan mahupun agensi beruniform pun, ada ke diorang nak promote kat anak bangsa diorang suruh join? TAK PUN. Diorang dah jadi Melayu, dah asyik jaga bontot sendiri (mungkin sebab dah pandai basuh berak, belajar dari kawan2 Melayu).

Aku EMO bab ni. Serius. Kata 1Malaysia. Kata kita ni BANGSA MALAYSIA, kaum je lain-lain. Habis, kaum lain nak join bola pun nak buat isu?

Konek kecik. Puiii...

zu berkata...

nazi dalam selimut.

Maniax berkata...

Hadirin sekalian, anda lihatlah budjet 2012 yang tertinggi dalam sektor ape. PENDIDIKAN!. Ya! PENDIDIKAN. Kerajaan kita lebih mementingkan bidang pelajaran berbanding bidang-badang yang lain seperti sukan, keselamatan dll. Sehubungan dengan itu, peminat bola seperti kita ni sebenarnya syok sendiri dengan pencapaian yang dilakukan pasukan bola sepak harimau muda dan tua yang sebenarnya tidak diambil kepentingan oleh orang atas.

Namun kita tidak menolak hasil usaha mereka dalam memberi gelanggang futsal di setiap kampung. Jadi mereka telah membuat gelanggang futsal tanpa atap untuk merealisasi impian mereka yang murni. Apa yang ingin ditekankan disini adalah BUDGET yang diberikan dalam bidang bola sepak padang ini, bukan futsal. Di Eropah, orang yang bermain futsal ini adalah geng-geng veteran sahaja yang ingin melepaskan inzal mereka terhadap permainan bola yang sebenar.

Jesteru itu, pentadbiran bola sepak harus diberikan penekanan. Jika anda sudah berusia 80 tahun, adakah anda mempunyai komitmen untuk mentadbir bola sepak negara? Sudah tentu tidak kerana anda sudah kurang kudrat dan usaha bagi memikirkan idea-idea bagi masalah-masalah yang critical. Sepatutnya orang-orang yang mengisi kekosongan jawatan diatas ini mestilah tidak terlalu tau atau muda dan berpengalaman dan juga tidak terlibat dalam mana-mana parti politik. Barulah idea-idea dik cerdas yang tidak dipengaruhi oleh syarikat-syarikat swasta yang mencari keuntungan akan kembali menceriakan suasana bola sepak masa kini.

Sedarlah bahawa, suasana bola sepak masa kini hanyalah seperti permainan squash,pipiyapong,badminton dan lain2.

Sekian.

keli berkata...

Sekarang ni entri pasal Harimau Malaya dah semakin sandarkan pada kenangan. Nak buat camne ye tak? Terpaksa.
Mungkin 1 malaysia line up sangat bagus. Tapi macam mana dengan proses ke arah itu? Memang susah kerana tiada sokongan kaum2 yang lain tu yang dimaksudkan dalam entri ni.

rashideeshukri berkata...

macam mana nak dapat sokongan kalau orang Melayu macam lu dengan gua ni boleh bercakap dalam blog je. tapi bila realiti, gentel telo dengan budak-budak Melayu jugak time futsal?

sudah laaaa. kalau kita sendiri tak nak berubah, sampai bila pun benda takkan jalan.

Jojoe Ali berkata...

Jadinya saudara Rashidee,

Marilah kita semua letak jawatan beramai-ramai.

Hanis Abd Razak berkata...

dulu nak tengok malaysia dalam game fifa x payah nak buat patch.. sekarang kena buat patch sendiri.

official-hakeem berkata...

bola sepak adalah sukan dunia tiada kena mengena dengan perkauman. tetapi kemasukan pemain berbilang kaum mungkin dapat meningkatkan mutu permainan bola sepak negara kita, tetapi masalahnya adalah pihak FA sendiri, seorang pemain yang berbakat tidak terpilih untuk satu kekosongan posisi, tetapi seorang pemain yang 'boleh tahan la' terpilih untuk posisi tersebut hanya kerana dia ada 'cable cekang'.

kalaulah ada seorang lagi Dato' Ahmad Basri Akil....

Kipassusahmati berkata...

fakri saarani yg main ntah pape pn bleh main mase game dgn singapore..badrol bakhtiar, ashaari shamsuddin yg aku rase lg bgs dr fakri, haram tak main langsung..shahurain yang asyik score utk nogori berbanding dgn zaquan pun tak dapat main utk harimau..ape kes nie..

Kipassusahmati berkata...

tgk contoh fakri saarani laa..main ntah pape pun bleh main utk game dgn singapore..baddrol bakhtiar, ashaari shamsuddin,manaf mamat yang aku rase lg bgs dari fakri pun tak dapat main mase game tu..shahurain yang byk score utk nogori pun tak dapat main utk harimau yg tak garang berbanding dgn zaquan dgn fakri si telor kecik..fikir-fikir dan selamat beramal..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...