ANDA SEDANG MEMBACA

16

Where Are They, Wednesday - Andrés Escobar

Ahmad Fairuz Rabu, Oktober 19, 2011

Andrés Escobar Saldarriaga ialah seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan Colombia.

Beliau merupakan seorang pemain pertahanan yang hebat. Mula mewakili Colombia pada tahun 1988 dan pada tahun 1994, Escobar bermain untuk pasukan Colombia yang telah melayakkan diri ke pertandingan akhir piala dunia di Amerika Syarikat dengan rekod kelayakan cemerlang, menundukkan Argentina 5-0 di Buenos Aires, seterusnya menjadikan Colombia antara pasukan pilihan untuk menang di USA 1994.

Andrés Escobar hanya pernah sekali menjaringkan gol untuk Colombia iaitu didalam perlawanan persahabatan dengan England di Wembley. Malangnya, Escobar tidak dikenangi kerana jaringan beliau di Wembley itu tetapi jaringan gol sendirinya menentang USA di piala dunia 1994. USA menang 2-1 dan mengakibatkan Colombia gagal ke pusingan kedua.





Anak saudara Escobar bernama Felipe yang menyaksikan gol sendiri pakciknya itu secara langsung dikaca televisyen terus berkata kepada ibunya, "mereka akan membunuh Andres."

Benar kata Felipe. Sepuluh hari kemudian, seorang lelaki bernama Humberto Castro Muñoz (gambar dibawah) telah menembak Escobar sebanyak 12 kali di bandar Medellin, Colombia dan untuk setiap tembakan, Muñoz berteriak, "Gol!". Pembunuhan Escobar ada kaitan dengan kekalahan judi jumlah besar puak-puak gangster di Colombia.




Escobar pernah berkata bahawa beliau sukakan sukan bolasepak kerana tidak seperti sukan lawan lembu (bullfighting), pemain tidak akan mati. Alangkah ironinya.

Di Malaysia ini kalau pasukan negara kalah 5-0, kena kutuk sahaja. Itu pun ada yang melenting.

Andrés Escobar - in his case, football is a matter of life and death.

(Sumber: wiki, footballblog.co.uk)

16 Ulasan:

arek berkata...

sadis..

Ozgur Cek berkata...

fuh...

Awang Joe berkata...

RIP...

Hazard Ali berkata...

Jadi berbalik kepada persoalan utama kita, iaitu Where Are They..

erk.. tak sanggup tanya.

talkIZcheap! berkata...

wow! "Where are they Wednesday" kali ini adalah mengenai player yang sudah tiada... jawapan dia agak obvious...

anyway, masih ingat berita pasal ni time '94 dulu, dulu kecik-kecik berhingus lagi, tak paham sangat sebabnya, tapi memang melekat nama Escobar tu...

RIP

nu_Ox3r berkata...

pakkordi,wat la entri psl game UCL Rangers vs Liverpool mlm td..kah3..dgr kata kalau mng smlm liv akan dapat bye trus ke final UCL..haha

LS berkata...

kat malaysia kutuk makan tahun juga :D

r.k berkata...

kalau pemain pun mental kuyak .. inikan pula penyokong . :)

El berkata...

lepas bolos 5 gol lawan singapore, aku baru ingat nak letak mercun bola dalam spender Sharbinee Alawi.

nasib baik mercun tu haram

Dewajiwa berkata...

tak kena tema la entri nie.

SM berkata...

sebab tu aku pernah tolak offer main kat kelab sana dulu.

cantona79 berkata...

Adakah ini sebagai peringatan buat pemain malaysia sekarang? Setakat maki hamun tutup telinga buat bodoh je la.

Streetwizer berkata...

kalu kat Malaysia aku bajet bukan sorang player aja kena tembak, Sultan Bola pun boleh kena wooo...

Pet Shop Boys berkata...

baca tajuk tau aritkel Pak Kordi...ni zaman Colombia power. entah macamana boleh kalah dgn US of A.

keli berkata...

'football is a matter of life and death'
Adakah ini bermakna nyawa Sultan Bola dan Pipiyapong dalam bahaya? :D

hantuLongkang berkata...

sekarang ni, aku nak tau kat mana kubur dia pulak..kasi up satu entri pasal tu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...