ANDA SEDANG MEMBACA

19

Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia : Satu ulasan

j or ji Isnin, November 14, 2011 ,



Malaysia tidak ke Piala Dunia itu semua orang tahu.

Tapi apa cerita sebenar yang berlaku dari 1970 hingga 2014, Malaysia secara konsisten gagal layak ke Piala Dunia? Hanya Lucius Maximus ada butirannya didalam buku kedua beliau yang bertajuk CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA.

Aku membeli senaskah dimalam pelancarannya di Rasta TTDI kira-kira 3 minggu lalu.

Buku yang dimulakan dengan prakata cukup padu dari Pipiyapong tentang angan-angan Malaysia ke Piala Dunia. Galataraub FC, Barcelumut dan Torpedo Lipis? Aku kuat merasakan prakata ini juga adalah sedikit cebisan naskah power Pipiyapong tentang Baharum Bahari seperti yang selalu kita baca di blog beliau. Atau mungkin tidak.

Gaya penulisan Lucius seperti lazimnya kita tahu memang seperti Supermokh diatas padang. Padu dan mampu mengejutkan seperti padunya tendangan sambil berlari Arwah Supermokh juga. Itupun jika anda semua pernah berkesempatan menyaksikan kehebatan Supermokh dan rakan-rakan.

Tetapi jika tidak pernah pun atau hanya menyokong Malaysia di zaman Ultra, Lucius masih mampu membawa anda pembaca muda kembali kezaman kegemilangan bolasepak kita dizaman 70an dan 80an. Aku secara peribadi seperti dibawa kembali ke zaman kanak-kanak aku, menggilai bolasepak Malaysia dengan beberapa nama lama yang secara tidak sedar memberi aku sedikit orgasm.

CMTKPD dimulakan dengan kelayakan 1974. Butiran perlawanan dan rentetan peristiwa yang berlaku ditulis semula oleh Lucius dengan cukup baik. Aku kagum diatas usaha dan kerajinan beliau mendapatkan semula fakta sejarah serta nama pemain, jurulatih dan mereka yang terlibat. Entah arkib mana beliau selongkar, aku tidak bertanya pula. Yang pasti bukan muzium FAM.

CMTKPD juga menyentuh tentang gaya kepimpinan dan campur tangan FAM dalam menentukan corak kegagalan Malaysia ke Piala Dunia. Beberapa nama korban FAM seperti Ken Worden, Frank Lord dan B.Sathianathan juga ada diceritakan. Juga berapa nama pengurus bolasepak serta ragam mereka dalam melukakan hati penyokong setia Malaysia juga tidak terlepas dari tulisan Lucius. Ada banyak info serta fakta menarik yang entah mana dikorek oleh beliau untuk pengetahuan semua.

Kesimpulanya, bolasepak Malaysia dibawah FAM memang unik justeru kegagalan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia juga hasil dari paten yang sama. Lucius tidak memberi penyelesaian keatas kemelut bolasepak Malaysia dan bukan itupun tujuan buku ini, tetapi pihak berwajib harus membaca dan jadikan iktibar. Hati rakyat Malaysia telah lama dilukai dan terus dilukai, apakah tidak ada satu manusia pun yang mahu menjadikan angan-angan Pipiyapong menjadi kenyataan?

Jika anda peminat bolasepak sebenar, samada tempatan atau antarabangsa, anda wajib membeli buku ini. Samada Lucius penulis pujaan anda atau tidak, itu no 20. Jangan terlepas peluang atau menunggu lama-lama lagi, itu perangai The Kops dan The Gunners. Apa dapat?
Anda Ultra Malaya yang hebat tetapi dengan buku CMTKPD, anda adalah Ultra Malaya sebenar!

CMTKPD diterbitkan oleh penerbit indie terkemuka Malaysia, Dubook Press dan boleh diorder disini.


Bila Malaysia nak ke Piala Dunia itu hanya Sultan Bola yang tahu.

19 Ulasan:

jep_tyrant berkata...

wish had the chance to see arwah supermokh in HD

Hazwan Arif berkata...

dah order tapi x sampai lagi. ape citer ni?

JK berkata...

z. kan dah bagitau anto 17hb.

Queca berkata...

pe citer xsmpai lg ni..haha xsabar nk baca

Jer berkata...

buku yang padu

Pet Shop Boys berkata...

Apalah korang ni tak faham-faham pagi...Malaysia dulu power sebab player pakai susuk. Itu pun tak tahu lagi ke?

Sekarang tak boleh macam tu sebab kantoi kat scanner keselamatan Airport.

Zarul Halim berkata...

promote buku macam dr rozmey promote filem dia dulu

Streetwizer berkata...

gua da oder...pun x smpai lg..x pe gua snggup tnggu...

hantuLongkang berkata...

baca benda panjang2 ni, aku malas sikit...bukan malas sebenarnya, tapi agak malas :D..

tapi aku da angkat..agak2 berapa bulan aku dapat kasi habis baca?..
takde nak buat dalam bentuk video?...cis..

Dewajiwa berkata...

sori la lari topik. mau komen sikit bab tatabahasa sebab dah lebam mata digasak. kenapa kan, dalam Sokernet nie kan, selalu tatabahasa diambil mudah. kan? "di" sepatutnya dijarakkan kalau kata nama tempat/lokasi/posisi khas digunakan. biarpun kita sekarang dalam mood santai (chilled out) membaca, tapi bahasa yang kelamkabut untuk bacaan info umum sebegini sedikit sebanyak bleh jejaskan juga reputasi si penulis/entri terutama tulisan yang berprofil/promosi. kalau kat ruangan komen tu biasa laaa. gasak la bahasa apa janji paham sudah. so far hanya Luci, Pipi, Fdaus, BB dan Abdul agak jaga mutu tatabahasa yang diorang guna walaupun Abdul gagah mencarut sekali sekala.

Ji, sori komen ye. kita sama GGMU kan. peace yo. heheh

almighty bongzilla berkata...

lancau la bola msia dan tatabahasa.

EQUILIBRIUM berkata...

Ya saya sokong Luci boleh jadi penulis yang baik sbb dia menjaga tatasusila bahasa :) tapi Obe tak boleh sebab Obe selalu menjaga Susila Typo hahaha.

kareem berkata...

pet shop boys-supermokh ada guna susuk ke?orang cakap la..bukan aku..

Mr Freak ; gatal tengkok mu berkata...

cilake nak tatabahasa..

Hazard Ali berkata...

Dewajiwa ftw~!

Usah kata SOKERNET, tiket bola FAM pun dicetak "Pusingan KelayakKAN" jadinya!

Bangang! (FAM, bukan Sokernet)

j or ji berkata...

dewajiwa,

ini semua salah sistem. mula-mula zaman supermokh dulu eja sepuluh "SA PULOH"

lepas itu saya ngaji arab.

balik ngaji arab saya tengok dah tukar jadi sepuluh (10)

banyak lagi perubahan.semuanya mengikut kepada menteri pelajaran yang baru.asal bertukar menteri pelajaran,adalah penemuan atau pembetulan baru dalam semua sistem.

tapi itu hal lain.

saya terima kritikan membina saudara dengan hati terbuka dan betul,lucy,pp dan fdaus ikut tatabahasa tapi budibahasa siapa yang tahu?

Mohd Nizamuddin berkata...

nape buku aku x smpai2 lagi nie..da lama order..

Si tAmPAn berkata...

dah order buku dah

Harry Lee Chin Yeow berkata...

Aku dah habis baca. Bagi aku, yg penting bukan cerita tahun2 lalu bagaimana Malaysia tidak ke Piala Dunia. Yg penting adalah di chapter2 belakang buku ni, mana Lucius memberi cadangan bagaimana kita blh memperbaiki lvl bola sepak kita.

Dari buku:

"Apakah jejakan pertama kita?"

"Tuanku Sultan wajib berundur."

LOL!!!

Bagi siapa yg sudah beli buku ni, tlg baca apa yg ada di belakang! konsepnya utk meningkatkan bola sepak di Malaysia mmg SPOT ON!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...