nota: yes, slow, penulis dah emel 2 hari lepas dan baru hari ini saya nak up.
Ia tidak di up ke kolum penulis tamu sebab saya sendiri yang menyuruh beliau menulis sementelah tahu beliau sanggup ponteng kerja demi meraikan wira negara dan menghantar gambar ke sokernet. Kira ada ala laporan eksklusif peristiwa bola negara la.
Selamat membaca;
Penyokong banjiri LCCT sambut kepulangan wira Malaysia
Oleh Khaleeq Shahzada Manja
SEPANG, 22 Nov - Lebih 800 orang rakyat Malaysia memenuhi balai ketibaan Terminal Tambang Murah LCCT bagi menyambut ketibaan skuad bola sepak Sukan Sea XXVI kendalian jurulatih Ong Kim Swee.
Ada antara penyokong yang hadir menanti seawal jam 2 pagi, sejurus tamat perlawanan akhir di Jakarta yang menyaksikan skuad Harimau Muda menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah masa tambahan bagi mempertahankan emas yang dimenangi di Sukan Sea Laos dua tahun lalu.
Tepat jam 8 pagi, pemain dan pegawai diketuai Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar keluar dari balai ketibaan menuju ke bas rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), disambut nyanyian dan pekikan ucapan tahniah penyokong yang rata-rata teruja bertemu wira-wira negara.
“Memang puas hati. Ini kali pertama saya merasai suasana begini. Tahniah kepada skuad Harimau Muda dan terima kasih kerana memberikan kami sesuatu untuk diraikan,” kata Amin Fuad, salah seorang penyokong yang ditemui.
14 Ulasan:
yeszzz.....aku suke....
macam kopi pes paper je
pendek sangat ni..x eksklusif pom
x klaimeks!
Ekslusif tahi jubak.
Copy paste entah dari blog mane ni..
Celaka la..
Penulis tamu kepala bana.
jadi ketahuilah saudara-saudara.
jika entri begini yang anda harapkan dari sokernet.
tidak kah ia rasa seperti celaka.
maka molek kiranya sokernet berpegang kepada paksi kejahatan sokernet yang lama.
-maki tanpa auratnya.
skema sgt la.. namun masih ada potensi utk melangkah lebih jauh untuk menjadi masterchef malaysia, ingat ye, cabaran seterusnya lebih sengit, dan jangan lupe hidangan yang lazat itu datang dari hati
entri sokernet yg paling x bez
Saya boleh terima entri yang kurang sengat dari biasa, tapi yang saya paling tidak boleh terima ialah foto-foto yang tidak focus/'blur'!
benda yang dah lapuk tak payah lah nak entri. apa bana na ni. heh.
lebih sampah daripada biasa
kahkahkah..eksklusif pebenda ni nazri..haha.skema benar ayatnya. tinggi sangat ni untuk sokernet...
takde ape yg menarik pn?
cam baca sokabo je.
pahe gmbr 1st n 2nd fokus yg blakang?
mabuk ke bahang pil kude ni?
Catat Ulasan