ANDA SEDANG MEMBACA

39

Footie Friday: Bola Sepak Malaysia & ASEAN

LuciusMaximus Jumaat, November 25, 2011 ,





Terlebih dulu tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda di bawah kepimpinan Ong Kim Swee kerana berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2011. Ucapan tahniah ini merangkumi setiap lapisan pemain, juga  pegawai pasukan baik yang datang untuk kerja atau yang datang untuk menghabiskan duit bajet yang berlebih.

Hal-hal seperti pemain mana yang kepala bana, yang mana tak layak menyarung jersi Malaysia dan sebagainya kita tolak tepi. Ya, sebana-bana dia pun masih juga dikalungkan pingat emas. Sebana-bana dia pun, bak kata penyokong fanatik Malaysia, masih muncul adiwira penyelamat dengan gol tunggal ke atas Myanmar yang membawa Malaysia ke perlawanan akhir.

Kejayaan memenangi emas bola sepak Sukan SEA 2011 adalah satu pencapaian besar dalam bola sepak Malaysia, sama juga dengan kejayaan menjuarai Piala AFF. Kerana untuk negara yang bola sepaknya masih dunia ketiga macam Malaysia dan pasukan ASEAN lain, ini sajalah kejayaan pentas antarabangsa yang realistik buat kita. Emas Sukan SEA adalah seperti emas Sukan Olimpik, dan Piala AFF itu ibarat Piala Dunia.

Hari ini kita tidak perlu bercerita tentang resepi kejayaan Harimau Muda. Hal ini seperti biasa sudah puas dihebohkan oleh media massa, baik di dada akhbar atau kaca televisyen. Tetapi secara ringkasnya kalau sudah berjuta ringgit dihabiskan untuk ke Slovakia maka hasilnya memanglah paling busuk pingat emas Sukan SEA. Itu tanpa mengambil kira bahawa satu masa dulu FAM tidak perlu pun menghantar para pemain berkampung di negara Eropah semata-mata kerana mengejar pingat emas Sukan SEA.

Persoalannya sekarang setinggi mana prestij pingat emas Sukan SEA atau Piala AFF ini di kancah bola sepak dunia? Adakah dengan status Raja Bola ASEAN benar-benar boleh menjadi kayu pengukur keupayaan Malaysia di pentas Asia kalau tidak dunia?

Thailand pernah pada satu masa dulu mendominasi bola sepak di rantau ASEAN apabila dari tahun 1993 menjuarai pingat emas Sukan SEA selama 8 edisi berturut-turut. Pada waktu yang sama juga skuad senior Thailand muncul juara Piala AFF sebanyak 3 kali. Tapi sepanjang penguasaan 16 tahun ini tidak pernah sekali pun skuad bawah 23 tahun Thailand layak ke Olimpik atau skuad senior mereka layak ke Piala Dunia. Paling hebat dicapai Thailand ialah layak ke Piala Asia sebanyak 5 kali berturutan biar pun kerap dibelasah oleh gergasi Asia seperti Arab Saudi dan Jepun di peringkat kumpulan.

Ini semua berlaku sekali pun era emas bola sepak Thailand ketika itu dibarisi pemain seperti Kiatisuk Senamuang dan Piyapong Piew-on. Thailand diakui sebagai Raja Bola ASEAN tetapi keluar dari rantau ini dan bersaing dalam pentas benua Asia, mereka jelas tidak mampu menandingi kehebatan pasukan dari Timur Jauh atau wilayah Arab. Pentas dunia jangan ceritalah.

Thailand - Pernah menjadi Raja Bola ASEAN tapi pada masa yang sama boleh dijadikan Cerita Thailand Tidak Ke Piala Dunia

Melihat pada senario Thailand ini yang membuatkan kita perlu sedar bahawa menjadi juara di ASEAN adalah sama seperti India menjadi juara Piala SAFF (South Asia Football Federation). Status juara ASEAN itu tidak membawa sebarang makna yang besar melainkan dari menjadi juara di kalangan negara yang pasukan bolasepaknya bangang.

Atas sebab itu sebagai pengikut bola sepak Malaysia yang bukan bermula dari Isnin lepas, atau Piala AFF 2010 atau Sukan SEA 2009, aku dan rakan-rakan Sokernet yang lain menganggap kejayaan Malaysia menjuarai pingat emas Sukan SEA 2011 ini sebagai biasa-biasa saja. Seronok itu memang, dan memang perlu kita merasa seronok dan bergembira kerana seperti yang dikatakan tadi ini sajalah punca keseronokan kita dalam bola sepak. Satu-satunya kejuaraan yang realistik buat Harimau Malaya atau Harimau Muda ialah menjadi juara di kampung sendiri.

Tetapi persoalan berikutnya pula, selama mana kita mahu berpuas hati sebagai juara Sukan SEA dan Piala AFF? Atau adakah kita mahu mengikut jejak langkah Thailand dulu, raja di ASEAN tetapi melukut tepi gantang di pentas Asia?

Ong Kim Swee mensasarkan Olimpik 2012 untuk anak-anak Harimau Muda beliau, tetapi kita tahu ianya sesuatu yang hampir mustahil. K Rajagopal pula meletakkan Piala Asia 2015 sebagai KPI untuk pemain-pemain Harimau Malaya beliau, tetapi dari siri perlawanan persahabatan setakat ini setiap kekalahan telah dilapik dengan ayat manis 'ia pendedahan yang baik untuk pemain negara'. Bagi mereka yang datang ke stadium bukan sekadar untuk membakar 'flare' atau yang menengok bola di kaca televisyen bukan sekadar melihat pemain comel, kita tahu realiti sebenar bola sepak Malaysia.

Realitinya, Malaysia juara ASEAN kerana kita bernasib baik pasukan ASEAN lain lebih sedikit bangangnya dalam bola sepak berbanding pasukan negara kita. Bayangkan jika Australia bertanding dalam Sukan SEA atau Piala AFF, alamat dari Brunei hingga ke Vietnam (ikut susunan abjad) kita semua bakal gigit jari. Harus diingat, Australia adalah negara anggota jemputan khas dalam AFF (ASEAN Football Federation), mereka boleh menyertai semua kejohanan remaja AFF tetapi dinafikan dari kejohanan bertaraf senior hanya kerana semua negara ASEAN tidak berani berdepan dengan Socceroos di atas padang.

Kalau Australia bertanding dalam Sukan SEA atau Piala AFF

Piala Asia 2011 yang berlangsung di Qatar awal tahun ini adalah bukti terbaik di mana duduknya bola sepak ASEAN sekarang. Tidak ada satu pun pasukan bola sepak dari ASEAN yang layak ke Piala Asia 2011. Tidak ada satu pun dari 11 pasukan ASEAN yang wujud hari ini.

Bagi seorang yang pernah merasai saatnya Malaysia menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 1989, kejayaan Sukan SEA 2009, Piala AFF 2010 dan terkini Sukan SEA 2011 adalah tidak lebih dari sekadar memberi kepuasan dan keseronokan. Kepuasan dan keseronokan dalam menyokong pasukan negara yang pernah pada satu masa melalui kemarau kejuaraan 20 tahun lamanya.

Tapi sedikit pun ia tidak akan dapat memberi ilusi palsu yang kita sudah mampu untuk paling kurang ke Piala Asia. Kerana hakikatnya di sebalik kebangkitan bola sepak Malaysia ini, kita sebenarnya bangkit di sebuah rantau yang bangsanya bangang dalam bermain bola sepak.

Jadi apa langkah seterusnya?

Kami abang-abang skuad 1989 berharap adik-adik skuad 2011 bolehlah cuba menang benda lain pula

39 Ulasan:

Najmi Hayat berkata...

padu seperti biasa.
jangan jadi ayam.
emas SEA Games sebutir, riuh sekampung.

Kurast berkata...

Terbaek post nih!

pao berkata...

bros , dia ada perasaan juga :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

#LOL

taufik berkata...

wah, ada nasihat dari abang2 ke adik2

mdfaizal berkata...

haha. betul. lepas tu mesti bnyk cdgn suruh diorg join kelab2 ternama eropah. ntah pape2.

lara nur berkata...

lauk.

teheheheeehe

lauk.

kita lauk.

zulhilmi berkata...

sama seperti apa yang aku fikirkan, "bola sepak asia tenggara hanyalah bertaraf asia tenggara"..tp ramai member2 kutuk aku x patriotik(bangang!)bila aku utarakan pendapat tu..sbb apa yang aku utarakan adalah berdasarkan fakta bahawa thailand penah jadi king of asean tapi sgt2 bangang bila masuk peringkat asia, dunia toksah cerita la...so terima la hakikat ini walaupun pahit.."bolasepak asia tenggara mmg taraf ini sahaja"..

Mohd Nizamuddin berkata...

bola sepak juara asean x kemana.. sedih terkandas di pra olimpik..itu lah fokus sbnarnye..bukan ibu emas

Aziz Nasution berkata...

Off topic.. Ni saja aku nak bagi sikit info pasal AFS..

Nama: Ahmad Fakri Saarani.
Posisi: Sayap Kanan/ Penyerang.
Tempat Kelahiran: KB, Kelantan.
Pengalaman: Perak FA (06-08), Harimau Muda (2008), N.Sembilan (kini).

Kemusykilan nya kat sini.. macam mana mamat ni boleh main wakil negeri Perak & n9, pasukan yg boleh katakan elit? kalau setakat wakil negeri Pahang, aku tak de lah hairan sgt..

Berbo berkata...

bagi aku lagi elok letak Australia dalam AFF sekali, sebab nanti mesti semua team kena improve permainan untuk kalahkan Australia. kalau dah semua team lebih kurang je level dia dalam AFF, memang tak kemana la Malaysia

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Mohon Lucius menulis satu lagi buku berkenaan bolasepak tempatan dengan tajuk "Apa Kata Lucius Tentang Bolasepak Malaysia."

Tiba masanya Lucius menempatkan namanya sebaris dengan Haresh Doel dan Rizal Hashim.

hafizudin berkata...

selepas baca post ni.
rasa lebih bersemangat nak pergi semayang jumaat.

mcphisto berkata...

klasemen di kalangan yang bangang...
itulah FAM

redondo berkata...

ya..masukkan Socceroos dalam AFF, barulah kompetitif...macam hari2 kau main PES level of difficulties professional, memang mcm pakai spender je...try pulak main top player..baru meningkat mutu permainan kau...dan level tu pulak mcm pakai spender lepas hari2 main

pesfreak berkata...

next step...revolution!!

oh btw..tentang AFS, dia dulu player muda yg diketengahkan oleh Steve Darby masa dia coach Perak..debut game AFS ni skor hatrik!! masa tu dia baru 17 thn...tapi tak sangka plak form dia mcm ni..early peak kot? ahaha

Fahmi Ismail berkata...

New Zealand pun apa kurangnya...dah dapat pergi World Cup 2010 walaupun sukan yang dia popular dan hebat ialah ragbi..

faizul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
faizul berkata...

seperti biasa ulasan dari Lucy memang terbaik. padat dan sendat. macam mana Ultras Malaya la sangat boleh berpuas hati dengan kemenangan di Sukan SEA dan Piala AFF pun aku tak tau. kita kena terima hakikat kita masih lagi juara kampung.

zulhilmi berkata...

pelik....kenapa org xtahu yg sebelum ke negeri sembilan?..fakri pernah bermain tuk perlis....

kushyrie berkata...

cukup umphh ulasan saudara Lucius.


persoalan :

adakah Piyapong Piew-on saudara tua Pipiyapong Abdillah Hamzah atau kembar tak seiras?

mohon pencerahan

Ozgur Cek berkata...

mengikut peta yg lucy edit, indon dari kepulauan papua macam tidak dilaukkan..kenapa???

AFS dulu mmg pemain yg bagus..Sukan SEA 09 dia main elok.., time Malaysia u23 v Korea u23 dulu dia lah pemain paling menyerlah dan kalau x silap dia yg skor game tu..

tapi sekarang bana tetap bana..lepas injured time 1st match Sukan Asia terus main bangang sampai sekarang..nasib baik dia injured kalau x mesti Rajagobal ambik dia main AFF dan mungkin Malaysia xmenang..

bgitulah sdikit coretan hidup seorang kepala bana yg ada perasaan dan "mahu dimengertikan"(ayat kosmo)...

zargus2702 berkata...

-aku stuju ngan artikel lucy..emas sukan sea ni umpama menang emas utk kejohanan rumah sukan sekolah antara rumah hijau,biru,kuning dan merah..bile fight utk daerah mmg tercirit, fight utk negeri memang sembelit..

-FAM seharusnya menggalakkn player2 kat negara ni bermain utk liga luar, berikan mereka insentif, dr sudut kewangan, logistik , dan paling tidak pun dr sudut moral..ni x, time safee sali nk g main kat pelita jaya tu, sultan bola, anak die, sume kondem keputusan safee, liga indon lebih kurang kat mlysia la, lebih baik main kat liga jepun la,itu la ini la..

-kalo FAM x bg sokongan, player2 kite sndri kena kuar dr kepompong ulat bulu yg selesa tu, sendri yg pg selection , mulekan dgn liga singapore, cube wakil kelab2 kat sane, sekurang2nye bole merasai bermain dgn pemain import..

-tp kalo dah berkepit ngan artis kehulu ke hilir, smbut besday sana sini, jgn harapla nk berhijrah, setakat main kat kg sendri je la kot..

blogtakterbatas berkata...

Buat liga tempatan bwh 15 ke bwh 17 ke..setiap match budak2 dpt upah..mcm bdk2 kompang main kompang sume sbb dpt upah..paling koman pun abis musim sorang dpt puluh2 ringgit camne,agak2 ramai x bdk2 berebut tmpt?
kalau ada kompeni2 mana sggp taja setiap team cth la RM3000 semusim ke best jgk..
ke rasa mcm idea bangang

seminar berkata...

Saya pun seorang senior jugak (40+) tapi saya rasa tak adil kalau adik-adik kita ni disamakan dengan generasi lalu, malah tulisan ni seolah-olah sudah menghukum/menganggap mereka gagal sebelum mencuba.

Atas pengakuan penulis sendiri, generasi dulu tak lah sehebat mana, jadi apa hak nak komen fasal generasi lain pula.

Masa anda dah lepas. Apa yang lebih baik dan bermotivasi ialah berkongsi sebab mengapa generasi footballers dulu hanya jaguh kampung, dan kongsikan pengajaran tersebut secara bijaksana di mana adik-adik kita ni boleh dapat sesuatu motivasi supaya tak jadi bangang macam abang2 mereka.

Kpd yg lain, jangan putus harapan kerana itu adalah orang yg kalah sebelum mencuba. Bersikap pessimistik (walaupun nampak realistik) hanya akan mempercepatkan/megesahkan kekalahan tersebut.

Mista Maman berkata...

We found that majority players who play for Malaysia are not good enough. From that, we cannot blame those players that had been selected. We must blame & express our dissatisfaction towards the FAM & their management in this beloved country. We hardly can see Malaysia will play at Asian Cup & Olympic or even World Cup. Why? FAM really need to be changed especially the top management. For GOd sake, we actually can develop very well & fight to the highest level. Our facility & financial are quite good. Moreover, we are free from colonization. Just look at Iraq & Bosnia, guys. They still that good. So, why things like this still haunting us? Streamline the FAM, that's the final answer.

PELAUNG PULAU berkata...

kurang padu... kurang perkataan bangang dan kepala bana..takpe2 gua puas ati jugak

http://kampungbolasedunia.blogspot.com/2011/11/kita-menang-dengan-cara-susah.html

Unknown berkata...

Pada saya, biarlah kita bergembira dulu dengan status Raja Bola ASEAN dahulu sebelum kita terus mara ke peringkat Asia dan kemudian Dunia. Dua puluh tahun bola sepak kita masuk "zaman gelap", jangankan Sukan SEA nak menang Pestabola Merdeka pun belum tentu lagi. Inilah aras petanda yang menunjukkan bahawa bola kita sudah tidak bangang lagi.

Nak pasang cita-cita ke Asia dan ke Dunia, kita kuatkan dulu penguasaan di ASEAN. Ini sudah tercapai, jadi kita teruskan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

yours truly berkata...

well lucy, bukan 'abg2' sokernet shj yg follow team msia dr seblum menang sukan sea 2009 atau aff 2010,rmai lg pemerhati2 sukan dr luar sokernet yg senior.anyway,bila dihidangkan dgn hal2 negatif, jd negatiflah ia. jgn putus asa.mungkin bukan waktu terdekat ni utk msia melangkah lebih jauh tp kita sediakan foundationnya.kita kena supportive.sebangang2 team msia,ini team kita.proud is the word.

Unknown berkata...

standard ah ni. to show love, is how you show it. mcm2 cara orang Malaysia ni sayang bola Malaysia, sayang Harimau Malaya. salah satunya dgn tulis camni lah.

mcm sayangkan fakri saarani, ada yg mcm kepala bana, ada yg mcm kepala takuk, tidak ketinggalan yg mcm kepala tahi. tp tujuan dia sama, sebab sayangkan fakri, dan seluruh team bola Malaysia.

kipidap lucy, artikel tulus camni jarang2 dpt kita baca. tq.

Dewajiwa berkata...

@zargus2702

bukan sebab player kita tak nak kot, tapi sebab isu status ranking NATIONAL team kita. maybe junior team kita lebih bagus dari senior team dan ada kemungkinan bleh tackle hati para pencari bakat (yang memang cari player muda bergetah) dari liga atau kelab benua lain TAPI dah status national team kita tak mencapai standard yang diperlukan, nak wat camne kan? sama je konsep nak gi bekerja kat negara lain. kalau institut yang keluarkan sijil untuk kita tak diiktiraf diorang, gah macam mana pun skill kita tetap tak lepas tapisan. sebab tu yang komen kat sini semuanya suggest kita rombak FAM. biar ada usaha untuk naikkan ranking kita. bukan sekadar nak gagahkan team tapi ada visi lain yang lebih mantap. ini tak, orang tua yang sama, template yang sama, hasil yang sama. ke laut..

pizli.mw berkata...

Umur aku dah 30 tahun so aku tak rasa Malaysia akan main World Cup or main Piala Asia dengan hebat dalam kehidupan aku so aku expect memang SEA Games dan AFF jelah. Bila menang memang orgasm bolasepak.

Bila main qualification Olympic dah boleh expect tak boleh pergi. Kalau menang dengan Singapore hari tu dan masuk group pun samalah jugak takkan boleh pergi lagi.

By the time aku dah takde dan orang-orang yang jaga FAM etc sekarang ni pun for sure dah takde harapnya Malaysia dah improvela. Dan harapnya jugak negara ASEAN in general pun baguslah jugak.

Thaqif Ismail berkata...

haha. menang ASEAN pun ok lah. asalkan dapat tengok pemain papua menangis. ok what? haha

r.k berkata...

ghua akan rasa bersyukur jika kerajaan menswastakan bolasepak dan membenarkan korporat mengambil alih serta menubuhkan kelab-kelab bolasepak seperti yang berlaku di Vietnam . biarlah orang kata ianya sebagai pancing undi , ghua tak ambil peduli kerana ia akan menghasilkan mutu liga yang bagus . jumlah pemain yang pawer juga kualiti permainan yang osem . lihat sahaja Jepun .

keli berkata...

Ibarat impikan nak pakai kereta Ferrari tapi sebenarnya cuma mampu pakai Perodua Kenari. Kah kah kah

MOFASAD berkata...

ayat baru

ghua

hantuLongkang berkata...

sebenarnya, masalah bolasepak kita berpunca dari telur..

- pemain kita berat telur..sepak bola pun ikut arah telur
- budak2 muda kita malas mengasah bakat tapi lebih suka mengasah telur
- pengurusan bolasepak kita berfikir dan bercakap menggunakan telur
- takde pengkritik sukan yang berani cakap kena mantapkan lagi permainan lepas bergelar jaguh ASEAN..semua nak jaga telur
- dengan tahap bolasepak yang statik sekian lama, media kita masih bersikap takde telur
- pada yang mengambil jalan alternatif cuba mengkritik, dikata pulak senak telur
- yang rajin pergi stadium pun cuma beberapa bijik telur

dah lama orang kita dipaksa berpuas hati...jangan banyak soal..duduk diam2 goyang telur...tapi sampai bila?

Comel Macam ^@^ berkata...

bro seminar..watever la ko saper...guer amat setuju dgn pendapat lu...dari memaki hamun bana membana lebih baik bagi motivasi pada generasi muda2 ni...kalu pemikiran pmbloggers ni berterusan mcm ni....makanya setakat tu la pencapaian otak diorang..asal malaysia main bola...pasti kalah....setiap kata tu doa...bekata la yg baik supaya hasil yg mendtg adalah baik....guer kalu kome lelebeh kang kot2 terase pulak pembloggers2 ni....lalu kene remove komen guer ni....biorla...diorang ni pun sume dah tue2 dan matang2 so bepikir la dgn cara waras...dan menulis dgn cara yg bersopan...penulis agong menulis karya2 indah...penulis picisan menulis karya sampah...emosi mengawal fikiran....bukan fikiran+iman menguasai emosi....bawak la bersopan yer pembloggers2 sekalian...jaga2 la bahasa kamu....kalau tensen2 sekalipun bawak2 la beristigfar....kan ke elok.....daaaaaa....

jumari jipan berkata...

Padu. apa yg ditulis lucius adalah fakta. bukan emosi semata. org melayu perlu artikel semacam ni supaya sedar. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

encik zainal abidin hassan ke tu? hensem sungguh wajahnya ketika itu. mujur ketika itu fuckbook masuh belum wujud. kalau tak, pasti fanpage dia hanya ada 5 ahli sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...