ANDA SEDANG MEMBACA

71

Kepala Bana Kau!

LuciusMaximus Khamis, November 10, 2011 , ,
Sebenarnya, kalau nak baca cerita bola yang menyebut:

1) Pemain negara janji aksi terbaik
2) Jurulatih negara janji aksi terbaik
3) Pengurus pasukan janji aksi terbaik
4) Setiausaha Agung FAM janji aksi terbaik
5) Tengku Bola janji aksi terbaik
6) Sultan Bola janji aksi terbaik

Kamu semua boleh pakat ramai-ramai pergi kedai beli Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro atau Kosmo!

Aku tak kisah dan aku tak peduli. Duit kau, belanja ikut kepala bana kau!

Tapi kalau nak baca cerita bola yang jujur, yang tak ada ayat-ayat manis dan membodek, yang ditulis oleh kaki bola tanpa mengharapkan satu sen pun sebagai gaji, yang bersedia memberi kritikan kepala bana yang menyakitkan hati, yang tak ada ayat bangang berbunyi 'harap pasukan bola Malaysia berikan aksi terbaik' macam surat khabar lain selalu tulis, kau boleh buka dan baca Sokernet.

Satu sen pun tak perlu bayar pada Sokernet.

Sekian untuk waktu ini, aku ada kerja hakiki nak diselesaikan selaku seorang pegawai ekonomi. Yakni macam mana nak selamatkan padang bola di kampung dari dirembat tauke resort 5 bintang. Celaka apa sebagai pegawai ekonomi nak masuk mesyuarat pertahankan padang bola?

Nanti kita cerita lebih panjang.












Sekadar gambar hiasan

71 Ulasan:

Atan berkata...

First!!

Power Luci.

Fahmi Ismail berkata...

lu memang true Lucy! Support!

rashideeshukri berkata...

http://sokernet.blogspot.com/2010/12/sorotan-piala-aff-suzuki-2010.html

entri ni adalah antara entri lu yang pertama gua baca dalam Sokernet.

niat gua bukan nak provok. gua memang respek lu, tapi lu tak rasa ke entri lu ni ada bunyik-bunyik Kosmo/Utusan sikit?

dan gua tak kisah orang nak kata apa pada gua lepas ni.

treacher berkata...

serabut sial rashideeshukri..

dahla gambar takleh blah

Tanpa Nama berkata...

player kita kat sea games sekarang tendang bola pakai kepala bana. management pikir pakai kepala bana. entah, kepala bana la semua..!

Aziz Nasution berkata...

Jarang nampak Lucy burst out mcm ni.. ini semua salah rashideeshukri!! Hahaha..

Mr Freak ; gatal tengkok mu berkata...

treacher...hahahhahah...tak boleh blah..

kita puji je bolasepak malaysia sampai mati..

ada apa hal?

nwa berkata...

Gua sokong rashidee!!credit is given where its due...bagi credit tak semestinya dengan ayat2 bodek..tak kan 24jam nak rant je memanjang..macam sakit jiwa aku tengok,dah macam perangai pembangkang

faizul berkata...

janji tinggal janji. ahahaha. apa pun tak boleh.

Aziz Nasution berkata...

Lucy berapi..wahhh jarang dapat tengok situasi ni! Ini semua angkara rashideeshukri!

btw, Malaysia punya gaya permainan ada sikit improve.. tapi yelah, sikit!

Mista Maman berkata...

Statement realiti dari ultras sokernet. Kdg2 ade yg dah xtahan nk baca tp layan gak. Komen masih lg ada. Jd, pilihan diri masing2. Manusia2...

Hizwan Nizam berkata...

jujur.
gua suke =)

talkIZcheap! berkata...

Sebenarnya masalah umum paling tipikal atlet Malaysia ialah mental je, tak cukup kuat... benda yang hari-hari buat ok, masuk padang, gelanggang, ring, semua kelaut! Tak terhad kepada bola sepak je sebenarnya...

Kecuali sorang dua la cam Nicol ngan Chong Wei mungkin... tu pun Chong Wei dapat banyak kritikan jugak time lawan Lin Dan, masalah yang sama... mungkin Nicol je kita bleh cakap atlet Malaysia paling konsisten sekarang...

Tapi nak salahkan pengurusan pun boleh jugak kot, kita ambik contoh Ferguson, management power, player takde star sangat pun boleh menang EPL, apedehal...

Tak kisah la kalo ada orang cakap tu jasa Howard Webb sekalipun, kalo management power, reff pun boleh dibeli, apedehal...

Wan berkata...

hangpa tulis je banyak-banyak entri,wahai penulis sokernet. ramai yang mengondem tu tandanya ramai la yang membaca.ape de hal. yang kondem 2,3 kali muka hat tu gak, lagi la tanda dia rajin membaca. lagi banyak membaca, lagi kurang bangangnya

Streetwizer berkata...

yea its true lucy...keep it up!

r i J a L berkata...

3) Main bangang tapi keputusan cantik - macam Chelsea

it's true.. lucy da best..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Rashidee Shukri telah memainkan peranannya dalam demokrasi terpimpin Sokernet, iaitu dengan menyuarakan pendapat berbeza dari pengulas Sokernet.

Sesungguhnya pengulas-pengulas Sokernet juga tidak terlepas dari kritikan dan pendangan yang berbeza yang diberikan oleh pembaca-pembaca Sokernet. Kalau Hasbullah Awang dan Zainal Abidin Rawop pun Sokernet boleh kritik, setakat kritikan dan pendapat berlainan dari pembaca-pembaca tegar Sokernet sepatutnya boleh diterima dengan jiwa yang tenang lagi gembira, apadehal...

Dan terima kasih kepada Ultras Sokernet yang menjadikan Blog Sokernet ini lebih meriah. Kehadiran anda memang dinantikan.

Takkan nak harap Ultras Malaya saja, kan?

azrul berkata...

kalau menang kita puji, kalau kalah kita kritik.
kalau main macam bangsat kita maki macam bangsat..
kalau tak nak kena maki lu main tepuk2 tangan la ngan kakak lu...kalau kalah ada org pujuk

Jojoe Ali berkata...

Wush. Baru aku tinggal dekat seminggu cuti raya qurban, dah ramai yang terkorban! Apakah?

Hmm.

Tanpa niat mengeji, aku memilih untuk berada di tengah2 tapi berat sebelah pengulas Sokernet. Apakah?

Thailand semalam nampak sangat kurang pengalaman, tapi still kita takleh makan walaupun last2 deme tinggal 10 orang. Apakah?

Keputusan sebulat suara untuk mengepalabanakan Harimau Muda oleh pengulas Sokernet bukanlah dibina atas hasat dengki atau benci, cuma keluhan kecewa sekumpulan penggila bola yang dah naik kategori menyampah. Herannya ramai tanak pikir bab tu, tapi memilih untuk baca 2-3 perkataan pertama dan buat rumusan. Apakah?

APAKAH WEH??? APAKAH??!!!!

Lion-O (Thundercats) berkata...

kalau dah menyampah kenapa nak layan bola lg kt Malaysia..pegila layan philippa yoong main jetski ka, layan daniel bego wat kuak kupu2samy ka..main telor kt umah pun ok pa..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Lion-O bodo

Dark Mars berkata...

Alahai... Marah tanda sayang! Takkan x bleh marah kot?

Gua! berkata...

sokernet dan para pembaca sokernet menceriakan hidup sayeeeee!!!! luv u all..auwwwww!!!

siputgulung berkata...

Lion-o xpsal2 kne bodo ngn pipi.haha

se7en berkata...

yg tak reti tgk bola pun tahu malaysia main tak cara waktu lawan singapore dgn thailand...

adat tgk bola, main mcm haruk memang kena keji punya,

Unknown berkata...

"Celaka apa sebagai pegawai ekonomi nak masuk mesyuarat pertahankan padang bola?"

dem...classic example of implementation of soccernomics. eheh

r.k berkata...

Lion-O bodoh .

Rashidee , untuk link tersebut , Malaysia lebih pawer dari sekarang , yang sepatutnya sekarang ni lagi pawer , baru 2 tahun dah tak pawer . tak mengapa rasanya kalau dikepalabanakan . thats my quarter cents .

Klasemen Forever berkata...

rashidee shukri muka baru lepas melancap boleh simpan la lahanat.
lion OKU lu boleh pegi jahanam dengan main teloq lu!


I am KLASEMEN FOREVER. Ptuihhhh. Kepala Bana la 2 ekor kimak ni,

Acaii Jawe berkata...

Bila ngah tensen kerja, aku mesti masuk sini. Baca entry dan baca komen sama menghiburkan :) Truly malaysians.

ghost warrior berkata...

gua minta kerjasama untuk kepalabanakan pengulas perlawanan bolasepak di astro arena.

terima kasih.

Fool@one berkata...

jangan kata pengulas astr arena. pengulas RTM pun sama bangang nye...fandi othman tak habis2 di katanya fandi ahmad....kepalabanakan je mereka semua

Kurast berkata...

apa2 pon entry ini memang kepala bana..okbai

Abdullah berkata...

HAHA...

Padan la..baru baca rupanya..

Pegi baca entri rahsia tarikh lahir semoga kembali tenang...

Tiap kali aku tgk gambar Mourinho dkt ats belah kanan page sokernet..

:D

hantuLongkang berkata...

maka dibaca dari Kitab Bola Purbawara yang ber-empat akan isinya barang sekumpil dua arakian hendaknya sedemikian itu oleh sang kekancil lagak lanun menempah bencana walhal telah termaklum olehnya akan perihal saingnya sang kekambing itu yang tegar deria-pekaknya umpama badak tidur mencangkung, cangkung tak lentik mulut ternganga...

dan sementelahan pula keadaan teramatlah riuh-maha-rendahnya bukan kepalang dengan omongan durjana kekatak pisang memujuk hujan sembari berlonggokan-berlepakan merata-keliling paya tempat sekalian mereka berdua mencuri akan tulang bos mereka...

adapun buku yang pertama berkisah akan usul-berasal kaum yang dinamakan ke atas mereka kaum "kepala-bana"...

syahdan, kaum itu sangat banalah kepala mereka tiada paham-paham jualah akan mereka akan ke-bana-an kepala FAM...

cis...panjang pulak jadinya kalu nak kena berlapik2 macam orang melayu lama..
senang citer macam ni...kepala-bana kepala-bana jugak...tapi sokong tetap sokong...jadi apa masalah sebenar sampai jadi besar ni?...bana!!

definitely maybe berkata...

main bangang tapi keputusan cantik.cantik ke?ok la..apedehal?

Pet Shop Boys berkata...

Kepala Bana Eric Bana

Dark Mars berkata...

Aku tengok si mereka2 yang kekonon Ultras2 nih, lebih kurang extremist white supremacy. Maki, cerca sikit pun x boleh. Dah main macam haram jadah, memang kena panggil bangang la.. Takkan nak panggil intan payung! Aduhai.. Senak ke teluq, dik? Kalau senak teluq, gi layan website FAM la! Jadahnyer merepek kat sini.. Biasa la, keyboard heroes. Ultras konon! Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

kareem berkata...

gua heran gak lucy sebelum ni tulis pasal 'main bangang result cantik - Chelsea'. Jadi, gua nampak game malaysia lawan thailand ni cenderung kepada kesimpulan yang disebutkan lucy...hurmmm

Apapun, malaysia main macam kepala bana jugak!

treacher berkata...

Ape benda ko ni pet shop boys?

Tak klaka la

blogtakterbatas berkata...

Striker Malaysia cuba-cuba la pakai misai ke,mana tahu lagi power?

Lion-O (Thundercats) berkata...

itu je ke pipiya-ponggong punya standard

ini saifool standard saja..

flamez berkata...

Wanna see examples for real mongoloid here. It's LION-O. What a moron.
Apa punya makhluk macam dia kat dunia ni. Mengalahkan babi hutan.

ijan de bunks berkata...

kepala bana la sapa2 yang baru baca sokernet lepas tu taj tahan tengok malaysia kena maki

KEPALA BANA

Lion-O (Thundercats) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keli berkata...

Gua nak gelak tengok ruangan komen...kakaka.
Belajar terima realiti. Gua rasa bolasepak Malaysia sudah terlalu jauh ketinggalan. Gaya main pun kadang-kadang macam budak sekolah menengah main. Tapi sokongan masih perlu ada. Tapi sokongan ini boleh diterjemahkan pelbagai cara. Kritikan juga boleh dianggap sokongan supaya Malaysia berubah dari keldai kepada kuda dan bukan kepada unta.
Lagi satu bentuk sokongan ialah sokongan membabi buta iaitu sokongan tanpa berbelah bagi. Kalah atau menang masih tetap berdiri dibelakang Malaysia.
Selama gua jadi pembaca Sokernet gua rasa Lucy paling banyak buat entri pasal pasukan Malaysia dari cerita pasal sejarah bolasepak Malaysia sampailah perkembangan terkini bolasepak Malaysia. Jangan cepat buat kesimpulan hanya kerana satu atau dua entri sahaja.
Gua harap masing-masing cool down. Makin teruk pulak gua tengok. Gua syorkan nak tengok cara bolasepak sebenar dimainkan memang kena layan EPL. YNWA!!!

Pros|mrcool berkata...

aduihai.. baru je kena kepala bana yang takde maksud dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, da ade orang yg butthurt..

berbalik pada entry lucy, ada betul nya.. kalau semua nak memuji walhal permainan agak bangang, memang tak kemana laa kita.. dah lah utusan, BH, metro tak habis2 dengan pujian melambung. Kat mana kita nak baca ulasan jujur yang penulisan yang tidak berdasarkan kepentingan mana2 pihak?

so sesiapa ada yang tak setuju tu cube buat satu artikel tentang betapa baik nya mutu bolasepak negara atau betapa cantiknya permainan mereka kebelakangan ini.. ayuh kongsikan bersama..

zzzzzzzzz

zulhelmimalek berkata...

ala,lucy baru tegur-tegur manja je pun,takkan la ada yg butthurt. kemon la, kot ye pun Ultras Malaya sangat takkan tak boleh nak kena tegur yedak?

lucy bukannya bangangkan korang,dia just bangangkan mutu permainan pasukan kesayangan kita tu je. tak lebih dari tu pun.

ahm ahmad berkata...

aku antara silent reader yang jarang-jarang nak mengomen..but im agree with Lucy. Saper yang baru baca Sokernet memang tak tau yang Lucy ni dewa sokernet! Ini entri paling jujur peminat bolasepak Malaysia. Yang sakit bontot tu if korang lepak mamak pun ramai yg mengutuk Malaysia main cam haram walaupun menang..bezanya ia secara lisan tak diterjemahkan dalam penulisan. Bila Lucy kritik melalui penulisan ada plak yg meracau..pegi baca Metro Ahad dah lerr jangan baca sokernet!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mista Maman berkata...

Gile kelakar baca komen2 tegar & tipikal kat Sokernet ni. Even selama ni aku join as silent reader, tp aku cuba faham semua artikel setiap pengulas, reaksi komen lagi, then overall with the situation at that particular moment... Tp fakta yang diketengahkan agak releven dgn isu2 semasa. Xkan nak butthurt lak? Ape pun, Sokernet mmg luahkan ape shj yg terbuku, disclaimer pun ada, nak explain mcmmane lg ni? Gila kentang betul. Lepak ah. Mutu bola sepak Malaysia mmg level mcm ni skrg, so xkan nak muji lebih? Belajar terima. Dok baca satu dua ayat/entri, terus kecoh, mmg xboleh blah la kan. Aku still positif with Entri Lucy & Pipi pasal Malaysia team ni.

safwan berkata...

lucy. mohon penerangan kenapa malaysia main tak control possession tapi lebih mengharap serangan balas dan serangan taktikal. kalau takat asean ni, memang berhasil la. bila lawan team yang upper level, kita dapat tengok malaysia main kejar telur la. passsing bola ke atas, 2,3 saat dapat balik ke player lawan.

Alfie Chen berkata...

Lion O bodo

faizul berkata...

ahahaha jujur pun salah ke? dah memang mutu permainan pasukan negara kita macam bangang. terima je la sememangnya pasukan kita ni juara kampung je pun. ahahaha

Lion-O (Thundercats) berkata...

nama pun macam main telor ada hati nak bising

x payah la nak jadi butt-lickers or ARSE lickers or ponggong lickers

sokernet bangsat berkata...

korg sume yg duk maki2 ni mst kaki bangku. kecik2 kene buli. tu dh besar otak jadi bangang. korg dok dpn komputer wat blog jela boleh. get a life losers!

alquinin berkata...

kah kah kah.

pokdegrunge berkata...

hahaha..baloh2..

Ozgur Cek berkata...

minta entri kenny dalglish yg main kayak sukan sea...

Din Guerreroz berkata...

korang tak bosan ke asyik bermusuhan dengan indonesia atau singapura??? gua nak gak merasa kita bermusuhan dengan england tak pun brazil...

Mista Maman berkata...

Terbaeekk @Lost Guerreroz..!

Katok berkata...

Gua setuju dengan Lost Guerreroz... kita kena bermusuh dengan Iniesta, Xavi pulak.

Setakat bermusuh dengan Indonesia, Singapura, sama macam bermusuh dengan rashideeshukri.

Jojoe Ali berkata...

Err.. kalau tak bermusuhan dengan sesapa leh?

Dush!~

Unknown berkata...

mana nak maju main,kepala da lama rosak tak mau tukar

yg penting naikkan harga tiket!!yeah!

Unknown berkata...

main tak pernah konsisten,kalo cantik,cntik betul main..kalo hampeh,mcm bdk skolah main..

yg penting tiket mesti naik!muahahaha

pojak berkata...

dan.
Malaysia menang pingat emas sea.tapi nanti kat olimpik qualification kena ayam gak mcam lawan Jepun haritu.kepala bana la hantar gi Slovakia spent duit juta2

Haziq berkata...

Luci lu xnak buat analisis tentang game England lawan Spain ke??kehkeh England pon main cam haram tp dpt kuputusan cantek

hearyilee berkata...

xde ke nak ulas ttg bola malaysia lawan kemboja.. main mcm palat.. ong kee swe bole ckp permainan yg bagus.. bodo punye coach..

hearyilee berkata...

tak de nak ulas pasal malaysia lawan kemboja.. main mcm palat.. bole lak ong kee swee ckp ini adalah permaianan terbaik malaysia.. bodo punye coach...

AZ berkata...

Apasal Sokernet dh xupdate ni?

biskut berkata...

sapa yang update entry malaysia vs thailand itu hari, giler teruk artikel tuh.

comic reader berkata...

~~saya janji yang terbaik~~sigh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...