ANDA SEDANG MEMBACA

13

Prebiu Liga Super: Perlawanan 2

LuciusMaximus Jumaat, Januari 13, 2012 ,




Kelantan lawan PKNS FC

Juara bertahan Liga Super lawan pendatang baru yang sudah pun tumbang dalam perlawanan pertama mereka. Dengan Kelantan dalam keadaan terbaik selain prestasi Norshahrul Idlan Talaha yang meletup sementara Mohammed Ghaddar biasa-biasa saja, Red Warriors pasti tidak berdepan masalah meratah pasukan kelab seperti PKNS FC.
Verdik: Kelantan menang

Kedah lawan Lions XII

V Sundramoorthy bakal kembali ke Stadium Darul Aman setelah 22 tahun meninggalkan Kedah tempat beliau mula mencipta nama sebagai pemain bola hingga diberi jolokan The Dazzler. Tetapi kali ini The Dazzler kembali sebagai jurulatih Lions XII dan bakal berdepan dengan bekas pemain idola Yob, Nidzam Adzha yang memangku tugas Wan Jamak selaku jurulatih Kenari. Siapakah antara dua bekas pemain hebat ini yang mampu menjadi arkitek strategi pasukan masing-masing yang lebih hebat dari lawannya? Adakah Sang Singa bakal menjadi lebih ganas selepas terluka atau mampukah Kenari terbang kembali?
Verdik: Kedah menang

Kuala Lumpur lawan T-Team

Anak buah Razip Ismail berdepan tugas maha berat menentang pasukan di puncak klasemen, T-Team. T-Team yang sebelum ini membelasah Kedah 3 gol tanpa balas harus diakui kekuatannya apatah lagi dengan khidmat anak Pahang bernama Yunus Alif menjadi pengendali mereka. Malahan kejayaan T-Team dalam perlawanan pertama dan kegagalan Terengganu pula menjadikan pasukan kelab ini lebih menonjol sebagai kebanggan rakyat Terengganu. Dan tidak lupa juga rakyat Pahang, kerana Yunus Alif ini sajalah yang mereka boleh harapkan sebagai wakil Pahang dalam Liga Super. Tak akan nak harap pada skuad Pahang dan Sultan Bola kot?
Verdik: T-Team menang

Terengganu lawan Felda United

Sang Penyu yang masih menangis kerana kalah dalam perlawanan pertama dan masih meroyan kerana tidak dapat menggunakan pemain import kesayangan mereka kini berdepan pula dengan Felda United, yang baru-baru ini membuat kejutan untuk menewaskan Sabah 2-0. Tetapi tanpa import Terengganu adalah sebuah pasukan yang baik, cuma mungkin MB Ahmad Said saja yang tidak berfikiran sedemikian. Pun begitu, Felda United di bawah E Elavarasan juga tidak kurang hebat, namun kelebihan tempat sendiri mungkin memihak pada skuad Penyu.
Verdik: Terengganu menang



 Sabah lawan Sarawak

Derbi Borneo kini kembali lagi. Bulan lepas kedua gergasi Borneo ini telah bertemu dalam dua siri perlawanan persahabatan, Sarawak menang 1-0 perlawanan pertama dan seri 0-0 dalam perlawanan kedua, sehingga akhbar Borneo Post milik Sarawak mendabik dada di laman sesawang mereka. Tetapi kali ini saingan Liga Super bakal memberikan impak yang lebih besar, terutama sekali Sabah yang tewas mengejut perlawanan sebelum ini dan masih kelihatan agak goyah sekali pyun berbelanja besar musim ini. Sejauh mana Justin Ganai dapat meniup kembali semangat padi kepada jiwa pemain Sabah, atau adakah Robert Alberts akan menyorak Ngap Sayot dan memastikan Sarawak terus memiliki 'Borneo derby football supremacy'?
Verdik: Seri

Johor FC lawan Negeri Sembilan

Berbeza dengan Terengganu, Johor FC tidaklah meroyan sangat tentang kehilangan pemain import mereka. Dan dengan kemenangan dalam perlawanan pertama skuad Lebah pasti lebih yakin apabila menyambut kunjungan Jang di Stadium JCorp, gelanggang keramat Johor FC. Dengan K Devan yang berpengalaman selaku jurulatih, tidak mustahil Jang bakal berseri muka sekali lagi.
Verdik: Seri



Selangor lawan Perak

Red Giants lawan Seladang. Orang Jawa lawan Yob. Football rivalry antara dua pasukan ni aku tak perlu cerita panjang. Cuma aku nak nasihat, Don't Mess With The Yob!
Verdik: Aku tak berani nak letak verdik

13 Ulasan:

Fahmi Ismail berkata...

Harap skuad Yob menang menentang Selangor minggu ni...Chaiyob !

Jarr berkata...

Verdict: Aku tak berani nak letak verdict.

hahaha mcm gamp!





Aksara: Bagism = bagism ni amalan bagi membagi ke apa?

Aziz Nasution berkata...

"Cuma aku nak nasihat, Don't Mess With The Yob!"

aku rasa dah boleh ubah dah tagline tu. Don't mess with the 'flag-waver' yongs! Mantap.

jumari jipan berkata...

cool punya poster.

Usagi9898 berkata...

harap selangor men elok menentang perak.

_akmalraman berkata...

jcorp keramat kami.underdog yang power.

zu berkata...

peehh macam flyer gig tu.
baru semangat sikit nak lenjan vespa ke bukit jalil ni!

mcphisto berkata...

dengor kabor pengikut-pengikut sultan bolo kene katok ngan gengster kemamang kat wisma fam petang jumaat tadi..lol
xpayoh bagi verdik
kite bagi rezak teruh
terengganu 3-fam 0

Mista Maman berkata...

Johor FC can win! JCorp Stadium is sacred enough to prove it.

hellghast berkata...

gua dah kate dah kelantan tu kelab siam..kahkahkah!!!

lucy tak kena panggil mengulas perlawanan bola ke? mohon saudara rizal jemput mengulas sekali...

aranhellstorm berkata...

viva selangor!

sekalipun beraksi di stadium tumpangan, Gergasi Merah tetap menjadikan bijih timah milik cucu cicit Long Jaafar sebagai santapan walaupun sebutir saja.

kehkehkeh

hantuLongkang berkata...

walau dikatakan meroyan, tapi tindakan mat said kena dengan keadaan..fam dapat apa yang mereka perlukan...felda united dan citiboy united pula dapat 3 buah tangan...apa nak heran

Shane Falco berkata...

patut tak brani mengverdik sbb mmg dah tau akan kalah walaupun hanya sebutir,haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...