Selesai sudah Perlawanan 2 untuk Liga Super 2012. Sebelum bermulanya Perlawanan 2 ini, dunia bola Malaysia dikejutkan dengan kisah ugutan dari Terengganu FA yang mahu menarik diri dari Liga Super kerana merasa ditipu oleh FAM dalam hal pemain import. Kemudian kita dikejutkan pula dengan kisah pemain import Selangor, Ramez Dayoub yang khabarnya juga tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super.
Hanya selepas FAM bermesyuarat di hari Jumaat hingga ke 5.30 petang, ditemani bihun goreng dan karipap barangkali, barulah satu keputusan dibuat berhubung isu pemain import. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM yang dipengerusikan oleh Hamidin Amin bersetuju untuk melanjutkan pendaftaran pemain import ke 13 Februari sekaligus mengukir senyuman di muka ahli bola seperti Ahamad Said selaku MB Terengganu. Harus diingat juga, Hamidin Amin ini orang kuat Selangor FA dan keputusan ini muncul selepas kecoh hal Ramez Dayoub, pemain import Selangor.
Apa pun, itu cerita lain.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa - Tok Midin |
Tujuh perlawanan Liga Super berlangsung dengan satu perlawanan ditetapkan pada hari Jumaat sementara selebihnya pada hari Sabtu. Pahang seperti biasa tidak terlibat dalam saingan bola sepak antara pasukan elit tanah air.
Kelantan 1-1 PKNS FC
Perlawanan ini disiarkan secara langsung oleh Astro Arena jadi aku ambil kesempatan untuk menonton dan mencongak kekuatan kedua pasukan yang beraksi. Tetapi kemudiannya aku sedar alangkah lebih baiknya kalau aku layan cerita Indon di Astro Pelangi dari membuang masa aku selama 32 minit.
Perlawanan ini dijadualkan bersepak mula pada 8.45 malam. Tetapi pengadil hanya meniupkan wisel pada pukul 9.17 malam mengikut waktu jam Astro. Selama 32 minit masa terbuang hanya kerana Sultan Kelantan khabarnya lewat tiba ke stadium. Padahal Sultan Kelantan bukannya ada main bola atau jadi pengadil, maka perlawanan boleh saja dimulakan dari membuang masa menunggu baginda selama 32 minit.
Ada bermacam alasan atau teori yang aku dengar tentang kelewatan Sultan Kelantan. Ada yang beritahu polis tidak membenarkan kereta baginda masuk ke perkarangan stadium kerana masalah tertentu. Ada juga yang mendakwa baginda lewat kerana terpaksa menunaikan solat Isyak berjemaah terlebih dulu.
Apa pun alasannya, bagi aku isu di sini ialah jika perlawanan sudah dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam, maka eloklah sepak mula itu dibuat menepati waktu. Kenapa mesti kita buang masa selama 32 minit sedangkan masa itu emas? Tidak bolehkah seorang sultan cuba berjiwa rakyat dan memberikan saja lampu hijau untuk perlawanan bermula awal setelah menyedari baginda bakal tiba lewat dan mencuri masa emas rakyatnya? Tidak kasihankah pada 22 pemain yang sudah memanaskan badan tetapi kini sejuk di tengah padang, atau kepada 4 pegawai perlawanan yang terpacak macam tunggul, atau 6 budak Milo yang mengusung bendera 'My Game Is Fair Play'? Atau paling sedih, 22 anak-anak kecil yang selama 32 minit itu dibiar saja oleh pengurus perlawanan berdiri sampai lenguh kaki di tengah padang?
Bola sepak Malaysia boleh hidup tanpa Sultan, baik Sultan Bola atau pun Sultan bukan bola. Dan kalau bola kita hendak maju benda kecil seperti menepati masa itulah yang perlu kita beri perhatian terlebih dulu. Tak perlu cakap pasal nak ada liga 'power' tahap Jepun atau Australia kalau sepak mula sendiri terpaksa dilewatkan 32 minit hanya sebab hendak menunggu VVVVVVVVVVVVVIP yang gagal menepati masa.
Kelantan yang dijangka menang mudah, bagaimanapun seri perlawanan ini selepas gol pendahuluan oleh Badhri Radzi dinafikan oleh jaringan penalti pemain PKNS, Fauzan Dzulkifli. Aku anggap ini karma kerana Sultan Kelantan yang melewatkan perlawanan.
Terengganu 3-0 Felda United
Aku tekankan sebelum ini, Terengganu tanpa import memang sudah merupakan sebuah pasukan yang mantap, tidak seperti Pahang. Entah apa yang merungsingkan fikiran MB Ahmad Said sehingga beliau bersungguh-sungguh mahukan pemain import, sedangkan pemain seperti Ismail Faruqi dan Ashaari Shamsuddin sudah cukup untuk membawa Penyu ke puncak klasemen.
Trio pemusnah Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie tidak menyinar sekali lagi, tetapi pemain tengah Ismail Faruqi yang terlebih dulu memberi kejutan buat Felda United pada minit ke-11. Apabila Felda United dipaksa pula bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Nazri Ahmad dibuang padang, Terengganu tidak membuang masa untuk menambah jaringan, kali ini Ashaari Shamsuddin muncul wira dengan dua gol pada 20 minit terakhir perlawanan.
Kekalahan Felda United memberi renjatan realiti buat anak buah E Elavarasan yang sebelum ini melakukan kejutan dalam perlawanan pertama mereka. Sementara buat Terengganu, kemenangan pertama ini berita gembira kedua dalam minggu yang sama selepas keputusan FAM melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import.
Kedah 0-0 Lions XII
Wan Jamak rupanya masih digantung tak bertali oleh FAM, maka satu-satunya harapan buat Kedah ialah menyandarkan tugas pada Nidzam Adzha, bekas pemain Kedah yang satu masa dulu dicuri dari Perak.
Sebagai bekas pemain, Nidzam Adzha menyambut ketibaan seorang lagi bekas pemain Kedah, senior beliau sendiri iaitu V Sundramoorthy yang melatih pasukan Lions XII. Ini kepulangan pertama V Sundramoorthy ke Stadium Darul Aman selepas berpuluh tahun lamanya.
Namun apa yang dijangka pertembungan menarik antara kedua pasukan sekadar dihiasi dengan tendangan ke arah bulan oleh kedua belah pihak. Bagus untuk perlawanan ragbi, tetapi tidak untuk bola sepak. Bila melihat kepada aksi sebegini aku tertanya-tanya kenapa Kedah membeli pemain import seperti Daniel Soares Neves dan kenapa agaknya Singapura sanggup memberi kerakyatan kepada Agu Casmir kalau kedua-duanya main tak setara mana.
Agu Casmir - Entah tang mana bagusnya sampai Singapura boleh bagi kerakyatan bola |
Ini perlawanan yang bagus jika kita berniat hendak membiar televisyen menengok kita tidur.
Kuala Lumpur 0-3 T-Team
Aku difahamkan bahawa Stadium KLFA di Cheras sedang dalam proses pembaikan maka atas sebab itu perlawanan ini terpaksa diadakan di Stadium Hang Jebat yang letaknya di Melaka. Masalahnya di sini kalau di Cheras pun jarang ada yang turun menyokong City Boys, apatah lagi kalau di Melaka?
Berdepan T-Team yang sebelum ini telah merobek Kenari, anak buah Razip Ismail membuktikan kenapa mereka patut dipilih sebagai relegasi utama musim ini. Kuala Lampur langsung tidak melawan, sebaliknya tunduk mudah 3-0 kepada T-Team melalui dua gol oleh Zairo Anuar dan satu lagi oleh Zachariah Simukonda.
Kesimpulannya ialah Kuala Lumpur turun hingga ke Melaka untuk 'home game' mereka sendiri dengan jaminan mereka akan kehabisan wang untuk kos pengangkutan tanpa mendapat sebarang keuntungan dari segi jualan tiket. T-Team pula bertandang untuk satu 'away game' yang pastinya turut tidak memberi sebarang pulangan buat mereka, melainkan 3 mata penuh. Macam mana bola kita nak maju?
Johor FC 0-2 Negeri Sembilan
Stadium JCorp memang dikenali sebagai gelanggang keramat pasukan kelab 'underdog', Johor FC. Namun ianya tidak membantu skuad Lebah dalam berdepan juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan.
Jang yang menaruh keyakinan pada penyerang muda Shakir Ali (yang sebelum ini digugurkan dari skuad kebangsaan) mendapati kepercayaan tersebut ditebus apabila pemain tersebut meledak dua gol untuk Jang pada minit ke-32 dan 48.
Jang & Afrika berpisah tiada |
Johor FC yang pastinya mengharapkan untuk bangkit seperti Selangor mengikat Negeri Sembilan sebelumnya bagaimanapun kecewa apabila gagal merobek pertahanan utuh anak buah Azraai Khor. Kedudukan kekal hingga wisel penamat dan Jang akhirnya beroleh kemenangan yang pertama.
Selangor 1-0 Perak
Yob bertandang ke Bukit Jalil untuk bertemu Selangor, musuh tradisi Yob sejak azali lagi. Berdepan Red Giants, skuad Seladang milik Yob tetap tenang seperti biasa.
Gol tunggal Safiq Rahim menyelamatkan maruah Red Giants dari disondol Seladang. Bagi Yob, kekalahan pertama ini adalah adat berbola sepak. Apa yang penting, jangan sampai jatuh ke Liga Perdana macam Pahang sudah.
Sabah 2-1 Sarawak
Derbi Broneo kembali lagi musim ini dan amatlah rugi jika tidak turun ke Stadium Likas meraikan kedatangan skuad Bujang Senang bertemu skuad Sabahawks. Apatah lagi bila Sabah memastikan hampir kesemua kaunter tiket di stadium dikendalikan oleh sumandak-sumandak begini.
Sumandak penjual tiket - WIN! |
Antara kedua kuasa bola sepak Borneo ini, Sabah terlebih dulu menghuni Liga Super apabila dipromosi naik pada musim lepas sedang Sarawak masih bergelut dalam Liga Perdana. Tetapi dalam Perlawanan 1 Liga Super 2012, Sabah kecundang kepada Felda United 2-0 sedang Sarawak yang merupakan pendatang baru menang dengan jaringan yang serupa ke atas Kuala Lumpur.
Pertemuan kedua pasukan adalah kali ketiga dalam tempoh dua bulan selepas keduanya mengadakan perlawanan ujian pra-musim di Kuching yang berkesudahan seri dan satu lagi kemenangan buat Sarawak. Tetapi Derbi Borneo yang sebenar ialah dalam saingan Liga Super ini.
Bagi jurulatih Sabah, Justin Ganai, kemenangan ke atas Sarawak adalah penting demi mengembalikan reputasi Sabah sebagai juara Borneo.Begitu juga sebaliknya buat jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang mahukan kemenangan kedua Sarawak dalam musim sulung mereka di Liga Super.
Seramai sekitar 10,000 penyokong memenuhi Stadium Likas di hari perlawanan. Cuaca yang cerah sepanjang hari menjamin malam yang tidak hujan. Oleh kerana Sabah negeri yang tidak bersultan, maka sepak mula dimulakan hanya beberapa minit lewat dari jadual asal tetapi ianya boleh diterima akal.
Justin Ganai seperti biasa menurunkan kedua pemain import Sabah, Brendan Gan di bahagian tengah dan Michael Baird di bahagian serangan. Gandingan Michael Baird ialah penyerang Bobby Gonzales, anak Sabah yang musim sebelumnya bermain untuk Sarawak.
Sabah lebih banyak menguasai perlawanan, namun di peringkat awal prestasi Michael Baird agak mengecewakan. Tetapi pada minit ke-20, bola muntah dari penjaga gol Sarawak disambar pantas oleh Michael Baird untuk gol pertama perlawanan.
Sabah meneruskan penguasaan sepanjang separuh masa pertama, dengan Brendan Gan perlu diakui cemerlang menggerakkan jentera tengah serta mengkucar-kacirkan pertahanan Sarawak. Ketika dalam masa tambahan separuh masa pertama, larian tepi padang oleh Michael Baird yang disusuli hantaran lintang ditanduk padu oleh Bobby Gonzales untuk gol kedua Sabah.
Sarawak bagaimanapun bangkit dalam separuh masa kedua dan tindakan Robert Alberts memasukkan K Ravindran membuahkan hasil untuk gol pertama Sarawak. Tetapi ianya tidak cukup untuk Sarawak menafikan Sabah dari merampas kembali gelaran jaguh Borneo apabila kedudukan kekal 2-1 hingga wisel penamat.
Hanya di Sabah berita bola keluar di muka surat pertama |
Perlawanan 'home game' pertama Sabah ini juga menarik kerana buat kali penyokong Sabah dapat melihat kelibat pemain Juffry Omopor diturunkan untuk perlawanan kompetitif pertama beliau. Siapa Juffry Omopor ini? Beliaulah pemain yang digembar-gemburkan di seluruh Borneo Utara sebagai Messi Sabah. Dan dalam perlawanan menentang Sarawak ini kelincahan beliau terbukti malah hampir menghasilkan gol ketiga Sabah namun rembatan beliau hanya beberapa inci melepasi palang gol.
Secara kasar, Sabah sebenarnya boleh menjadi 'darkhorse' dalam Liga Super musim ini. Dan apa lagi selepas menghantar Bujang Senang balik tidak berekor ke Kuching.
Perlawanan 3
Perlawanan 3 Liga Super malam ini adalah seperti berikut:
Perak lawan Negeri Sembilan (Perak menang) *Astro Arena
Felda United lawan Selangor (Selangor menang)
Sarawak lawan Terengganu (seri)
T-Team lawan Sabah (T-Team menang)
Lions XII lawan Kuala Lumpur (Lions XII menang)
PKNS FC lawan Kedah (seri) *RTM TV1
Kelantan lawan Johor FC (Kelantan menang)
17 Ulasan:
Kecewa sungguh Perak kalah...tak apa, usaha lagi !
perlis paling rilek tahun ni. kalah 7-2 dgn majlis perbandaran muor, kalah 2-0 dgn sime darby dan seri dgn pos 2-2. Baru 3 game dah lepas 11 biji.
Hari ni dah kecoh SPRM dah siasat player. Bagi gua, jangan siasat player saja. Siasat pengurusan sekali. Rasanya elok la kalo pengurus yang selalu pakai jubah tu berenti sat.
Johor FC masih mampu mengubah perjalanan liga. Kalah dgn juara bertahan, xmengapa, tp bnyk yg perlu digubah dalam percaturan & formasi. Hope JFC kembali bangkit dr kekalahan..:>
Sultan Kelantan bangang
dont mess with the yob!!!
lawa awek kaunter tiket tuh.
N9 ngan astro arena tu mcm aur dan tebing .. every week siot .
mcm x game lain nak siarkan ..
maybe ada talian silaturahim antara FAM , N9 & astro ..
Awek Sumandak tu lawa sial...ada nombor tepon dia?
pergh..ambik gambar curi..hehehehe
nice review..
btw untuk terengganu,mungkin ada benarnya jika player import tidak digunakan terengganu masih boleh bersaing dalam liga-M..
tapi camnepun terengganu masih perlukan player import dalam saingan piala AFC bulan mac nih,sepertimana juga kelantan yang boleh import sehingga 4 player untuk tujuan tu..
no offense,sometimes political influence quite useful dalam bolasepak malaysia cam kes terengganu..baru kenal dunia geng2 fam..
majulah sukan tanpa fam..lol
felda menang...keh3.. red giant ke red faced!!kah3..
apapun, moga lebah dpt mengenjut player brazil dlm skuad,..pedulikkan fam tu..bangsat!
gua sempat tengok game Johor FC lawan N9 dekat live stream TV1. apa yang gua boleh katakan ialah Johor FC agak steady, main laju, kadang-kadang kreatif jugak cara diorang attack, dan agak entertaining. tapi Farizal malam tu power pulak.
by the way, ramalan lu tak tepat. Selangor kalah. babi!
sek kiter nelang lagi terik ning adik abang
top 3 tu boh
aku sokong pknsfc,.. sebab sedara aku kerje sana..
masa kecik2x selalu kite nengok budak darjah 6, ugut budak darjah 3,.. aku nampak FAM camtu jugak
aku sokong sumandak jaga kaunter.. ni kali aku minta nombor fon dia..hahaha
kah kah kah..rizal hashim komen pasal sultan lewat dah kene attack ngn rakyat kelantan.kat sini still aman sentosa lagi
Catat Ulasan