ANDA SEDANG MEMBACA

22

Ringkasan Maklumbalas 'Unofficial Meeting' Antara TMJ, Johor FA & Johor FC

Abdul Sokernet Isnin, Februari 20, 2012

Mereka yang berjanji bakal membawa zaman kegemilangan bola sepak Johor

Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
  • Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
  • Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
  • Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
  • Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
  • Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
  • Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
  • Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
  • Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
  • Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
  • Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
  • Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya Pasukan  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
  • Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
  • Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
  • Mewujudkan “Johor FA CafĂ©” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.

9.00 malam
19 Februari 2012 bersamaa 26 Rabiulawal 1433H
Istana Pasir Pelangi
Johor Bahru

Komen Abang Abdul: Korang komen la dulu hal ni, nanti abang panggil Abam Lucius untuk komen panjang lebar pulak. Lucius ni mesti ada je benda yang dia tak puas hati punya, abang pun pelik dibuatnya.

Kredit: Jengking Fan Club

22 Ulasan:

Abdul Sokernet berkata...

"Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun."

Abang harap beberapa tahun tu jangan sampai makan puluhan tahun pulak

Nwx berkata...

Apa jadi ngn MP Muar ngn MPJB? Br je nak naik xmemasal kena bubar. Penaja JFC pula lepas ni akan terus menaja ke tak. Macam2 la TMJ ni.


Honestly rasa terlalu rush, konfirm banyak masalah.

Fahmi Ismail berkata...

Yang aku suka tentang Johor; laksa Johor,kueh nagasari,kueh tepung bungkus, lontong Johor, Mee rebus Muar, dan pisang goreng cicah sambal kicap..

D'Shahrul berkata...

Muar dan MBJB tak rasa sangat. JohorFC paling kesian. yang eloknya, idea Lucy diamik pakai. Rasanya, idea 2 pasukan ni lebih membebankan JohorFA kerana terpaksa tanggung 2 buah pasukan. sblm ni jaga Johor je, sementara MBJB, muar dan johorFC jaga kewangan sndiri. maybe boleh titahkan syarikat2 terus taja johor pula. entahlah...
johor B kena start main FAM league la kan? tu pon kalau FAM luluskan la...

hantuLongkang berkata...

perancangan sangat bagus...tapi pelaksanaannya, wallahua'lam...

aku suka dengan penghapusan unsur2 politik, akademi dengan kerjasama arsenal/cardiff dan johor FA cafe(apsal johor FA? bukan Kafe Bolasepak Johor ke, Pusat Libur Jengking ke, Kopitiam Lebah Madu ke :D)...

tapi aku masih percaya penghapusan statsu import untuk pemain dari ASEAN(sambil terdapat quota homegrown player) dapat menaikkan mutu liga M...dan jadual perlawanan untuk terengganu ialah pukul 3 selepas solat jumaat di stadium berbumbung dan berkipas angin :D...

mutu ada, penonton bertambah(bukan sahaja di malaysia dengan pembabitan pemain2 ASEAN), penajaan turut meningkat...FAM pun boleh kaya..hahah

Jarr berkata...

Dengor citer sampai nak amik Omar Batistuta. power power.

hantuLongkang berkata...

@jarr:
pehh...batigol datang johor...
tapi kalu orang dalam johor FA semua badigol, batigol dapat buat apa?...keh2

tapi untuk fikir positif, semoga johor dapat bersaing lebih baik dengan kedatangan batigol..terengganu elok bawak masuk zidane :D...

mdfaizal berkata...

kalau betul diorg guna nama Johor & Johor B.. ntah apa2 la.. tak komersil langsung.

cth guna la Johor & Johor Takzim ke..

Ozgur Cek berkata...

point 1-6 dah betul2 masyuk..
pastu ada Johor dan Johor B pulak...ni pengaruh La Liga ni,tp konsep je lain..
aku harap rancangan 2 pasukan 1 negeri ni xjadi

kobetz berkata...

1.johor a n johor b? nape x johor rendah n johor menengah.. keh3?
name bg garang sket..

2.ini bermakna tiada lg sang lebah dan sang jengking ke? huhu..

3.buang keruh, amek yg power je..

apa-apapun, kita tunggu dan lihat..

Hazard Ali berkata...

Aku suka bab sumber kewangan dikawal oleh TMJ tu. Sponsor sure tak berani lari. Pancung siak...

Ozgur Cek berkata...

point 1-6 dah betul2 masyuk..
pastu ada Johor dan Johor B pulak...ni pengaruh La Liga ni,tp konsep je lain..
aku harap rancangan 2 pasukan 1 negeri ni xjadi

ijan de bunks berkata...

@fahmi ismail

awek2 johor pon sedap jugak kalau diratah

SM berkata...

lagi best kalau maskot jengking tu tukar kepada semangkuk lontong. baru la beridentitikan johor. tak gitu orang johor?

Tuan Menara berkata...

Nama Johor B tu x komersial bg aku.
Aku cadangkan nama Johor Juniors.
Macam Boca Juniors gitu.
Ok tak?

keli berkata...

OK! Semoga sukses hendaknya yeeee...

faizal abd fathi berkata...

TMJ bakal presiden FAM!

PennyRoyal Tease berkata...

Tajuk entri tu jauh benar menyimpang..


https://twitter.com/#!/JENGKINGFANCLUB/status/171453191198752768/photo/1

mcm utusan jugak lu orang ni belit

pakkordi berkata...

Saya akan memberikan 'the benefit of the doubt' kepada TMJ.

Saya setuju bahawa untuk anjakan paradigma berlaku, arahan harus datang dari pihak atasan. Dalam kes ini, TMJ dan bukan manusia marhaen seperti kebanyakan orang didalam FAM.

Semoga berjaya.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun."

Tahukah anda, mohon berikan nombor supaya nampak sedikit keyakinan akan berjayanya perubahan yang bakal dilaksanakan dalam Johor FA.

FAM pun ada bagi sasaran bila Malaysia dapat masuk Piala Dunia....

Maman berkata...

Agenda dah menyakinkan dah. Tp, pelaksanaannya yang menjadi isu besar selama ni. Kadang2 kene jd diktator jugak baru jalan. Tipikal Melayu cerita mmg DAHSYAT, buatnya..xmampu nak capai 80% gak. Xpayah lebih kurg, nak buat terus buat. Bagi sasaran beberapa tahun pun xpasti lg sebenarnya. Aduyai.. Johor...Johor..~

Shane Falco berkata...

kalau camni lah, kembali ke liga amatur tahun 80an dolu2 lah...14 team negeri je...campur tentera,polis, s'pore, brunei dah...

kalau liga pro, mustilah ade nilai komersial...negara lain dah maju sgt2 ke depan, kita gostan plak, adoyyaaiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...