ANDA SEDANG MEMBACA

38

Chelsea - Juara FA Cup Yang Bermurah Hati

LuciusMaximus Khamis, Mei 10, 2012 ,




Sebenarnya tak banyak yang perlu ditulis tentang kejayaan Chelsea menjuarai FA Cup 2012. FA Cup ni macam tiap-tiap tahun juga fesyennya, kelab-kelab power yang pernah menjuarai EPL seperti Chelsea dan Blackburn Rovers serta yang bakal menjuarai EPL macam Manchester City bertarung dengan kelab-kelab bawahan seperti Hartlepool United, Blackpool FC dan Liverpool FC.

Kemudian sekali-sekala akan ada kelab bawahan yang diberi jolokan 'Daud' diberi peluang oleh FA untuk mara ke perlawanan akhir menentang kelab berstatus 'Galut' supaya ada unsur keseronokan di situ. Tahun 2012 ini, Liverpool diberi peluang untuk menghidupkan kisah 'Daud melawan Galut' ini.

Tapi amatlah jarang-jarang kelab 'Daud' pernah menang ke atas kelab 'Galut' dalam FA Cup melainkan atas kehendak FA. Maka skrip FA Cup 2012 memang tidak jauh bezanya. Baik di London, Manchester mahu pun Kuala Lumpur, semua tahu skrip yang telah diatur untuk perlawanan akhir minggu sudah. Hanya mereka yang di Liverpool dan D'Stall Corner saja yang masih berada dalam mimpi di malam hari.

Gol oleh Ramires di awal permainan memang sudah dijangka. Kalau Victor Valdes pun kena ayam dengan Ramires inikan sardin macam Pepe Reina pula? Gol kedua oleh Dubuk Liar seperti biasa sekadar untuk mencipta rekod sebagai satu-satunya manusia dan dubuk yang pernah menjaringkan 4 gol dalam 4 perlawanan akhir FA Cup.

Sekadar untuk membangkitkan rasa ghairah orang di Liverpool dan D'Stall Corner, Andy Carroll diberi peluang menjaringkan gol saguhati. Tentang gol kedua yang sebenarnya memanglah tidak gol, itu tidak lebih dari sekadar menunjukkan kepada dunia kehebatan Petr Cech dan untuk memberi peluang kepada pihak media melaporkan sedikit isu kontroversi bagi mewarnai perlawanan akhir FA Cup ini.

Sehingga wisel penamat ditiup, Chelsea bermain bertahan untuk memberikan lebih debaran buat orang di Liverpool dan D'Stall Corner. Tapi mereka yang arif hal bola sepak pastinya sudah tahu. Chelsea adalah juara FA Cup 2012. Terima kasih Liverpool atas latihan memanas badan selama 90 minit di atas padang.

Namun sebagai juara, Chelsea tidak pernah bongkak. Tidak seperti sesetengah kelab yang terlalu riak dan takbur dengan sejarah zaman batu kapur mereka yang kononnya gilang-gemilang. Chelsea walaupun power tidak pernah lupa kepada mereka yang lemah. Chelsea walaupun kaya tidak pernah alpa dari menghulur kepada yang miskin.

Maka atas sebab itu, dalam satu perlawanan yang tidaklah relevan mana, Chelsea bertandang ke Anfield selepas FA Cup dengan satu misi penting. Misi bantuan kemanusiaan yang suci dan murni. Dubuk Liar dan Petr Cech direhatkan, sementara RDM meletakkan Ross Turnbull di gawang. Itu pun The Racist Rabbit Diver masih belum mampu menjaringkan gol.

Nasib baiklah Michael Essien bermurah hati untuk menunjukkan kepada pemain Liverpool cara menjaringkan gol. Nasib baiklah Ross Turnbull bermurah hati untuk memberi Jordan Henderson peluang menebus maruah beliau yang tercalar selepas FA Cup minggu sudah. Nasib baiklah barisan pertahanan Chelsea bermurah hati memberi peluang buat Andy Carroll menunjukkan sedikit kehebatan supaya berpeluang pergi ke Euro 2012 nanti. Nasib baiklah sifat bermurah hati Chelsea memberi peluang buat Liverpool memintas Fulham dan merapatkan jurang dengan Everton. Itu pun masih lagi dipanggil 'Chelsea is our bitch' oleh segelintir orang di Liverpool dan D'Stall Corner. Tidak apalah, sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.

Itulah dia misi bantuan kemanusiaan yang suci dan murni. Sama seperti ketika Chelsea menghulur derma GBP50 juta ke Tabung Bersamamu Liverpool satu masa dulu dan sanggup mengambil pelarian seperti Nando Torres atas dasar kemanusiaan. Sebenarnya dengan duit GBP50 juta itulah juga Liverpool akhirnya berjaya membeli Mickey Mouse Cup musim ini.

Tapi sayang, GBP50 juta hanya cukup untuk membeli Mickey Mouse Cup. Kalaulah ada lagi GBP50 juta, mungkin boleh juga Liverpool guna untuk membayar FA bagi membeli FA Cup pula. Tapi malang, sejumlah GBP120 juta khabarnya habis dibelanjakan King Kenny untuk membeli posisi ke-8 EPL.

Kenalah minta sedekah lagi untuk musim depan nampaknya. Kesian.

38 Ulasan:

Mohd Fadhil berkata...

1st

ady.ahmad berkata...

serius klaka,,

pizli.mw berkata...

Hahaha.

Encik Akmal berkata...

the only reason RDM letak key players macam Terry, Ivanovic, Ramires, Torres aritu pun sebab taknak dikatakan insulting Liverpool sebab hantar team kedua.

tapi masih ramai yang tak faham dan berbangga atas kemenangan yang diberi ini.. ish ish ish...

redzabes berkata...

Encik akmal: sebenarnya Ramires, JT, Ivan main haritu sebab depa suma xleh main final nanti, dan defender lain semua injured, RDM nak simpan players untuk final nanti

Azlan Zed berkata...

slot bersamamu liverpool ker nie?

keh keh keh !

Putra berkata...

tu lah, dah la orang tolong, bongkak pula tu, tak sedar dek untung liberpool ni

Maniax berkata...

nasib baik lah x100...

hantuLongkang berkata...

terima kasih galut bla bla bla kerana bla bla bla bermurah hati bla bla bla dan tidak bongkak bla bla bla malah bla bla bla bagi misi bantuan kemanusiaan lagi bla bla bla...nasib baik bla bla bla ada chelsea bla bla bla...

@Encik Akmal:
pandainya ko...lagi pandai dari RDM nampaknya...kemenangan yang diberi kepala hotak ko...keh2

@putra:
tolong?..apa yang ditolong?..kepala hotak ko berjambul...keh2

Encik Akmal berkata...

kah kah kah!

top_ace7 berkata...

Daud Dalglish? Kah kah!

ijan de bunks berkata...

Cess aku dah bace dekat tweet luci. Mohon liverpool kembali bangang

Putra berkata...

butthurt spotted...keh2

Pet Shop Boys berkata...

Chelsea memang kuat....aku yakin Chelsea boleh beat Bayen Munich di final champs league....buat kali pertama.

Chelsea will have my support. semua fan English football pun support Chelsea. Takkan nak harap Man U kot.

kobetz berkata...

kah3!!
+ dorg menang aritu gumbira cam menang chempien lig la.. mentang2 waktu same.. kih3..
y alwayz bangang?;-p

RABUN berkata...

murahnya harga sebuah maruah sanggup jadi badut ditgh padang...

terima kasih chelsea kerna sudi kalah pada pasukan mickey mouse

alquinin berkata...

ok. sbg fans liverpool aku agak malu juga bila menang 4-1 dan nombor 8 dalam liga tapi segelintir fans liverpool riak macam menang bpl dan menang semua piala.

mohon kesedaran para kops.

Mista Maman berkata...

Abg Lucy, lamo menyepi. Akhirnya, ketelusan entry kali ni lebih berjiwa kemanusiaan. GEMPAQ AH!!!

What else we could say, NO HISTORY? Nevermind, Chelsea in the making, cause we won 4 FA Cups in 6 seasons. At least abg Nando dah ada cup lg tough skit dari Mickey Mouse cup.

Ape pun, Bro Lucy legend jugak la. Kalau x, Sokernet agak hambar sedikit.

Mista Maman berkata...

Pasal season kali ni, aku dapat simpulkan bahawa:

[AVB] P27 W13 D7 L7 P46
- PTS/Game 1.7 Projected (38 games)
= 65pts (57% Rate Menang)

[RDM] P10 W4 D3 L3 P15
- PTS/Game 1.5 Projected (38 games)
= 57pts (50% Rate Menang)

Kalau RDM bw Chelsea menang UCL pun, aku rasa RA "mungkin" bagi another 1 season only utk "trial" sebelum berhajat besar bw masuk Pep Guardiola. Apakah ini semua telah dirancang? Mohon debar...

Aziz Nasution berkata...

Kelab lain taubat lah nk hulur bantuan kat Liverpool ni.. Orang bagi 50 juta utk dibelanjakan dgn seeloknya, deme bantai beli Henderson yg payah bebenar nak sampai passing nya tu.. Carrol tu pun nsb baik lah masa semi dan final dia score kalau tak, sama jelah ceritanya dgn si Hendo.

alquinin berkata...

kelab lain nak hulur bantuan dekat liverpool? wah baik hati betul kelab lain ye? aku ingat bersaing.

keli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keli berkata...

Dear Smurf and Ajiz,
Henderson power.
Carroll pun power.
Henderson kalau letak kat posisi sebenar, dia memang ok.
Carroll pula semakin meningkat prestasi dia tapi terbeban sebab nak justify price tag dia.
Tapi kalau Downing gua takde ape nak cakap la.
Final UCL nanti gua nak cakap semoga berjaya kepada Chelsea sebab gua kesian tengok abang Roman nak sangat UCL tu. Nanti kempunan pulak. Muahahaa...
Apapun bola tu bulat sebab kalau empat segi Chelsea akan kalah. Kahahahaha...

Thanks and best regards,
keli :P

kobetz berkata...

Carroll pula semakin meningkat prestasi dia tapi terbeban sebab nak justify price tag dia...

maknanya ini semua terjadi juga pada torres, berba, robinho..

kenapa bukan zidane, figo, ronaldo, sheva, kaka? mungkin sbb mereka nie world best kot..
ye x..?;-p

p/s - rsnye haterz gembira je ngn prestasi dia but kops yg sbnrnya yg bengang ngn prestasi bangang kerol nie..;-)

ayobkelubi berkata...

aku ingatkan keluar artikel apa ada hal ataupun mohon-mohon.

hahahahaha.

apa-apa pun selamat maju jaya chelsea!.

hantuLongkang berkata...

@RABUN:
diorang bukan badut...

diorang galut...yang badut ialah penyokong galut...tulisan badut mengenai galut pula dikenali sebagai cerita karut...ko kutuk galut, badut2 galut akan cakap ko sakit buntut...hahah

Mat Sabu berkata...

Dah Kalah BESAR Banyak Bunyi..Ha Kalau Nk Counter Entri Ni G Bace Sokerleaks..Bernas..Apa Bangang RDM Ni letakkan Second Tim pada Mase tempat ke-4 belum secure..ke rdm n chelsea n chelsea fans ni deluded enuff to fikir chelsea can win ucl againts bavarian giants..no u dont

Thaqif Ismail berkata...

sokerleaks? gua dengar badut2 sahaje yang bukak blog tu.

kobetz berkata...

sokerleaks bernas..? tu bkn blog.. tu newspaper ke wiki? bapak heavy gle pembaca2 sane!promoter!
kdg2 perlukan RDM bg ke ltk 2nd team? letak 1stteam kang korg lak tacing..

lg 1, Libepol Firdaus ALim ni letak 1stteam asek kalah gak spjg season...sapo yg bangang.. mereka dan penyokong mereka..kah3!

Mat Sabu berkata...

Ok2 My bad..Tapi Kira Mcm Ni La Kan 2011/2012 LFC 3-1 Chelsea...err Paham kan?

Cecep berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kobetz berkata...

xbape phm.. so, cm LFC 0-2 Fulham? camtu?
klo btol aku phm le n ko xyh reply lg
..kih3..

zu berkata...

aku sebenarnya mula-mula nak jugak chelsea menang final UCL ni.
ye la, apa la sangat piala yang ada kat kota london tu kalau nak dikumpulkan kesemua sekali.

tapi bila difikir2kan semula, elok juga kalau bayern je yang menang.
sebab kalau chelsea menang, tak tau la macam mana punya gaya entri yang keluar nanti.
kalau tak kuat mental, boleh menangis baca entri menang FA ni.
bayangkan la kalau menang UCL.

G berkata...

penulisan y art... sian budak2 yenuwaaaaklu.... haha
gua sokong ape lu cakap lusy...
#TRUE STORY

KTBFFH

ezadzuzitsu berkata...

bhaha naek gelax aq baca post nieh?cm mana ko leh dpt ayat yg pegitu p0wer nganjing team l0serf0ol nieh?akekeke

Maniax berkata...

liverpool, kalau bagi 1 billion pun

tetap bangang, kahkahkah.


Carroll 30 juta?

KAH KAH KAH!!!

KAH KAH KAH KAH KAH!!!

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!

akubukanpemikirhebat berkata...

Liverpool asal menang game aje, riuh sekampung mcm dah menang piala dunia. Ha..ha.. well korang semua kan dah maklum, bahawa Liverpool kan kelab yang mendahulukan maruah daripada pencapaian. Tak dpt CL spot takpe, janji menang dengan "big boys". Tapi bile dgn Big boys je la power, bila dgn team kerdil main mcm orang mabuk. Ha...ha..

Sii fieqar berkata...

hahahahaha.......nice entry......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...