ANDA SEDANG MEMBACA

12

D-Day Ialah Dortmund's Day II

Lucius Maximus Isnin, Mei 14, 2012 , , ,




Dari kesinambungan entri tahun sudah, D-Day Ialah Dortmund's Day.

Bila Borussia Dortmund merampas trofi Bundesliga musim lepas ada yang berkata bahawa ini hanyalah pencapaian 'one-off' sahaja, bahawa Borussia Dortmund tidak akan menjuarai Bundesliga untuk musim kedua berturut-turut.

Dan kemudian buat kali pertama dalam 103 tahun kewujudan Die Schwarzgelben, mereka menjuarai bukan saja Bundesliga tetapi turut melakukan Double dengan menjuarai DFB-Pokal!

Ini bermakna, Borussia Dortmund telah mengumpul sejumlah 8 kejuaraan Bundesliga, mengatasi musuh ketat Schalke 04 dan kini berada di kedudukan ketiga di belakang FC Nuremberg (9) dan Bayern Munich (22) dari segi kejuaraan Bundesliga. Borussia Dortmund juga kini telah mengumpul sejumlah 3 DFB-Pokal dan kejuaraan berganda (Double) musim 2011/12 ini meletakkan Borussia Dortmund sebagai salah satu dari hanya 4 kelab Jerman yang pernah mencatatkan Double. Mulai musim depan, dua bintang akan tertera di atas logo Borussia Dortmund pada jersi pemain selaku pengiktirafan di atas 5 kejuaraan Bundesliga era moden.

Bersama kita nikmati kejayaan manis Die Schwargelben. Inilah dia bola sepak sebenar gaya Jerman!


Kejayaan pertama bermula dengan menjulang 'mangkuk salad' Bundesliga setelah meninggalkan Bayern Munich 8 mata di belakang!


Kemudian disusuli pula dengan menjulang DFB-Pokal setelah membelasah Bayern Munich 5-2!


Hasilnya ialah 'open top bus' buat musim kedua berturut-turut di tengah kota Dortmund!


Dan para pekerja lombong Dortmund semua ambil cuti peristiwa!


Kalau musim lepas kejayaan diraikan dengan hanya mencuri rumput padang Westfalenstadion, kali ini para penyokong Borussia Dortmund maju setapak lagi dengan mencuri tiang gol pula!


Kapitan Sebastian Kehl asal menang je dapat kiss, asal dapat kiss je menang


Shinji Kagawa, semoga tidak melakukan kesilapan besar ke Old Trafford


Danke Borussia Dortmund!


Danke Jurgen Klopp!


Apa cerita Schalke 04? Apa cerita Bayern Munich pula?

Amboi bukan main naik angin la Bayern Munich dalam Champions League nanti ye?

12 Ulasan:

Unknown berkata...

zenit taknak ulas ke? ada sorang player arsenal yang dapat trofi kat sana. haha

van kordi berkata...

Tahniah Dortmund! Benar, Shinji Kagawa memang power.

Mista Maman berkata...

Borussia Dortmund defeated Bayern Munchen with goals thriller. Aku tgk game ni. If Dortmund playing with this kind of brand of football, they might win the UCL too. Their president had tears of joy & kata yg team ni bermula dgn modal yg agak mengecewakan.

Now, they are dominating the league utk 2 season berturut2. Kagawa, Goetze, Lewandowski, Smetlzer rata-rata semuanya bawah 25, peluang diorg maintain juara berganda utk tahun2 yg mendatang mmg cerah. Meriah gile sambutan kemenangan Dortmund & fans Dortmund meraikan dgn penuh jiwa & smgt kesetiaan. Kalaulah peminat di Malaysia boleh mcm tu...

Mista Maman berkata...

Brother Lucy, please come out an entry for Juventus. They fight back to win Serie B & Serie A, were great journey & experience, especially for Gigi Buffon & Del Piero, what a legend. Season 2011/12, semua top league mmg sukar dijangka & penuh debaran.

akubukanpemikirhebat berkata...

Bayern Munich ke pasukan yang dibelasah itu? Ini ke pasukan yang dikatakan bakal menjadikan Chelsea lauk sabtu nih?

Power giler ahhh!! Patut la Chelsea dah kecut perut!! Ha..ha...

Mista Maman berkata...

Tapi ini main kat Allianze Arena, home Bayern. Pergh.. Elak UEFA dah setting awal2 je utk ranapkan impian Chelsea.

WassapBerasap berkata...

Apasal korg mintak lucy ulas semua, apa dalam sokernet ni xde pengulas2 lain yg berwibawa ke?

Mista Maman berkata...

Bukan mcm tu, cuma masing2 ada pilihan masing2 kan? So, i gonna choose Mr Lucy sbb contents dia lebih menarik & jitu ah, even if dia ada sengaja tokok tambah. Yg lain ok, ape ade hal. Gue layan jek...

D'Shahrul berkata...

lucy, EPL/liga2 eropah dah habis ni harapnya bolehla sokernet banyakkan ulasan dan taunting Liga Malaysia pulak.

barulah seronok!

talkIZcheap! berkata...

LOL! Ha-HA! UEFA nak ranapkan Chelsea? Final venue tu dah decide awal-awal kot... Kalo camtu, time main kat Wembley tahun lepas, apasal Chelsea 'taknak' masuk final plak? huhu...

Kesian Lucy letak gambar berabis baru 9 komen, kang bagi komen bodoh lagi kesian pulak, tapi apakan daya, kena la bagi meriah jugak kan sikit-sikit kat sini...

Yes! Chelsea fan, keep underestimate Bayern, you're cute that way :p

Btw, Lucy, aku rasa kalau Kagawa pergi United pun, takkan jadi satu keputusan yang silap, at least tak sesilap Shevchenko dan certain 50 million price tag pergi ke Chelsea, I hope... :p

Putra berkata...

kesian fan m.u ni, dah jadi bengap lepas tak menang ape2 season ni

WassapBerasap berkata...

Kah kah kah cute kan? mmg cute pon...

kah kah kah.. pegi la makan nasi dalam dulang ko tu.. kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...